Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, October 29, 2012

Bila Si Anak Melawan Cakap Ibu Bapa

Lama rasanya tak mencoret di sini... cuti yang panjang sempena Aidil Adha.. ditambah batuk dan selsema selepas naik bercuti memang menyeksakan. Apapun hari ini ingin berkongsi sedikit tentang anak-anak. Ramai dikalangan kita sering mempersoalkan kenapa anak-anak tidak mahu mendengar kata. Bila dilarang makin dibuat. Hingga menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran. 

Jika anda berdepan masalah sebegini, cuba tanya diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana bahasa anda bila berkomnuikasi dengan anak-anak. Intonasi suara yang bagaimana anda guankan bila bercakap dengan anak-anak? Isu apa yang anda sering kemukakan? dan lebih penting lagi adakah anda menggunakan gaya leteran atau (dengan kata lain menunjukkan kuasa VETO yang ada sekalu ibu bapa) atau anda lebih suka menggunakan cara yang lebih persuasif iaitu lebih memberi peluang unutk anak-anak berkongsi dengan santai dan tidak dipaksa mendengar leteran ibu bapa. 

Sebagai ibu bapa kita perlu menjadi pendengar yang bai kepada anak-anak, bukan sahaja kita mahu anak-anak mendengar kita. Masalahnya kita suka menggunakan oneway communication, sebab itu anak-anak tidak mahu mendengar, bahkan suka melawan cakap. Selain itu telek juga cara kita bercakap, adakah kita ibu bapa yang bersikap authoritarian? Jika kita bersikap begini memenag confirm anak-anak akan menjauh dan lebih suka menyimpan perasaan dari berkongsi.... 
Jika anda mahu anak-anak mudah dilentur, pastikan kita juga mahu berubah. Belum terlambat, kerana apabila kita mula berubah, orang sekeliling kita juga akan berubah... Alangkah bagus jika kita ibu bapa cuba memahami anak-anak bukan semata mahu anak-anak mendengari segala pesanan kita.  Selamat mencuba... 

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Eidil Adha 1433H

Sempena tibanya hari raya Edil Adha yang bakal disambut esok oleh seluruh warga Malaysia, saya mengucapkan selamat menyabut hari raya korban. Harapanya agar hari raya yang bakal tiba ini memberi lebih kesedaran kepada kita dalam konteks memahami apa itu pengorbanan. Sesungguhnya apabila memperkatakan tentang pengorban ia amatlah luas. Kita bukan membuat pengorbanan dalam erti kata menyembelih haiwan ternakan sebagai niat unutk berkorban namun disebalik falsafah korban itu sendiri banyak perkata yang perlu kita lihat. 
Ramai yang mengaku telah berkorban baik kepada keluarga, masyarakat, negara namun adakah kita sudah cukup ikhlas dalam melakukkannya. Ada yang berkorban tapi mengungkit-ungkit pengorbanan tersebut. Pengorbanan apa jua haruslah tulus ikhlas agar kita memperoleh pahala darinya. Pengorbanan juga biarpun kecil namun tetap memberi impak yang besar sebenarnya. Oleh itu sempena hari raya korban yang bakal tiba mari kita sama menghayati konsep sebenar pengorbanan agar kita memperoleh redha Allah.
Selamat hari Raya Eidil Fitri

Monday, October 22, 2012

Kewajipan Solat


Solat itu wajib bagi semua umat Islam yang akil baligh. Namun ramai yang meremehkan solat. Solat sebenarnya mampu merawat banyak penyakit terutama penyakit resah gelisah, kebimbangan dan sebagainya. Dengan bersolat hati akan menjadi tenang. 
Ada yang merasa susah untuk solat kerana dari usia muda tidak menjadikan solat sebagai rutin ,namun ia tidak susah jika kita insaf dan mengetahui bahawa solat itu adalah kewajipan ke aats setiap individu Muslim. setiap ibu bapa perlu mempraktiskan solat bersama anak-anak dirumah supaya mereka akan menjadikan solat itu sebagai rutin kehidupan. Kesedaran untuk bersolat ini akan wujud bila kita mengetahui keesaan Allah. Bagi seorang yang takut kepada azab Allah pastinya akan memastikan solatnya berkualti iaitu kyusuk dan melakukan solat dengan sempurna.

Friday, October 19, 2012

Peristiwa Dalam Sejarah Di hari Sabtu


Hari (Sabtu) pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya, kerana...

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara -saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa untuk membunuhnya. Lalu, Allah S.W.T mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Bangsa Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad s.a.w di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah S.W.T dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
 


Thursday, October 18, 2012

Apa yang paling bernilai dalam hidup kita?


Sedetik mengambil masa.. 
cuba tanya apa yang bernilai dalam kehidupan kita? 
Adakah emas permata atau kemewahan dunia? 
Sudah pasti ada pelbagai jawapan.. 
kerana ada banyak perkara yang bernilai dalam hidup kita.. 
biar apa pun ia 
pastikan kita meletakkan yang satu ini paling utama..
KELUARGA KITA.

 

Tuesday, October 16, 2012

Jauhi Sifat Angkuh, Sombong dan Buruk Sangka



Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat Sombong, Angkuh dan Buruk Sangka



1) Jika kita berjumpa dengan Kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Belum Banyak Melakukan Dosa daripada kita
2) Apabila bertemu dengan Orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Sudah Lama Beribadat
3) Jika kita berjumpa dengan Orang Alim(Berilmu), anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana Banyak Ilmu yang Mereka Pelajari dan Ketahui
4) Apabila bertemu dengan Orang Jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Melakukan Dosa dalam keadaan Jahil(Tidak Mengetahui)
5) Jika kita berjumpa dengan Orang Jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti mereka akan Insaf dan Bertaubat daripada Melakukan Dosa
6) Apabila bertemu dengan Orang Kafir, katakan di dalam Hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah untuk Memeluk Agama Islam, maka segala Dosa mereka akan Diampunkan oleh Allah

Monday, October 15, 2012

Sikap Diri

Apabila memperkatakan sikap manusia ini adakala kita melihat mereka begitu baik dan sopan, tetapi ada juga yang suka berbohong, Mulut manis, sopan santun jika dilihat, namun apabila berkata-kata suka berbohong dan menokok-tambah segala benda. Jika sepuluh orang kita berkawan dengan orang sebegini maka kita akan sengsara. 
Kita tidak perlu kecewa dengan sikap manusia yang sebegitu. lalu apa yang harus kita lakukan untuk mengubah mereka? Kita perlu melihat sikap kita sendiri, adakah bila kita dilayan dengan kasar, kita mahu membalasnya juga dengan kekasaran? Atau jika sesorang itu bersikap dingin dan menunjuk-nunjuk maka kita juga berkelakuan sebegitu? 
Jawapan kepada persoalan apabila seseorang melayan kita dengan layanan yang buruk ,bersabar dan senyumlah...percayalah mereka adalah golongan yang tidak mengerti... mereka belum mengenal diri hingga mereka menjadi orang yang "bodoh sombonh". yang penting kita jangan bersikap seperti itu. Berdoa agar merekay ang begini akan berubah menjadi lebih baik... 

Friday, October 12, 2012

Menangkis Cabaran Membina Strategi Kejayaan Siri 1



Setiap kali kita mempunyai agenda dan misi yang besar dalam kehidupan, pasti akan ada cabarannya. Seperti saya sendiri tidak terlepas juga dengan cabaran, contoh terdekat adalah cabaran untuk menyiapkan buku terbaru saya iaitu Tips 10 Tokoh Usahawan Muslimah. Buku ini menjadi misi penting kerana ingin mengenegahkan kehidupan Muslimah yang bergelar ahli perniagaan dan dalam masa yang sama menjaga syariat Islam serta pelaksanaannya. Perjalanan ini memang bukan mudah kerana ia melibatkan individu yang berjaya serta sibuk dengan urusan perniagaan mereka.

Biar berapa banyak halangan, namun kita tidak boleh mengalah padanya. Pelbagai cara dan kreativiti perlu difikirkan supaya misi dan visi dapat disempurnakan. Jika mahu mengalah memang boleh mengalah, tetapi sesoerang yang mahhu berjaya perlu lebih kuat dan perlu positif dengan apa jua halangan dan cabaran yang ada. Cara saya mempositifkan minda adalah dengan meletakkan setiap perkara itu pasti ada hikmah. Contoh apabila seseorang tokoh itu menarik diri dengan alasan tersendiri, membatalkan temu janji, serta apa -apa sahaja yang melibatkan mereka, maka saya katakan.. "Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya meneruskan misi dakwah ini"

Kehidupan kita juga sering dikelilingi dengan segala macam ragam dan sikap manusia. Seseorang yang mahu berjaya perlu tahan sabar dengan cabaran seperti ini. Ini sama juga keadaannya di mana-mana, sikap manusai sekeliling kita adalah untuk melatih diri kita sendiri bagaimana bertingkahlaku dengan sitausi dan keadaan sekeliling kita. Adakah kita bersikap positif atau negatif? Jika mahu berjaya maka kita perlu kekal positif, memang adakala kita tersasar, tapi perlu ingatkan diri, banyakkan beristhgfar maka laluan kita akan dipermudahkan oleh Allah. 


sssss

Thursday, October 11, 2012

Apa Ada Pada Pangkat dan Gelaran


Dialog Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah.
Kata Rajak bin Haiwah:
Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.
Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.
Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis.
‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.
Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
 

Monday, October 8, 2012

Berlari Ke Garis Penamat



Pelari di garis akhir
Mengejar waktu 
Menghambat masa 
Pada detik penentu
Yang belum ada garis penamat
Kecundang belum ternoktah
Namun keringat kian membasah
Tenaga berjuang bermatian sudah
Menuju ke garis itu
Penentu satu kejayaan


Nukilan Ummu Ieman Ihsan
*selamat menempuh peperiksaan buat anak-anak 
ku semua..moga kejayaan milik kalian

Sunday, October 7, 2012

GILAP POTENSI BINA IDENTITI


Rintihan hati tiap kali rasa perkara yang mahu dimiliki atau ingin direalisasikan tidak sebagaimana yang diharapkan itu pastinya hanya kita sendiri yang tahu. Rasa kekecewaan itu perkara biasa. Tapi bagaimana memujuk hati agar pasrah dan redha. Walau adakala emoasi yang surut dengan tangisan telah reda namun kekecewaan dan ingatan kepada persoalan itu adakala menjengah. 


Takkala ditanya atau disapa, hati adakala bagai dirobek sembilu, dihunus tajam kata-kata itu, malangnya lidah kelu untuk menyatakan kegagalan itu. bagi melangkah ke depan mencari sinar baru dan harapan yang baru biarpun masih cita-cita yang lama maka diri perlukan sedikit kekuatan. Potensi yang berbaki perlu dijana dengan kreativiti yang lebih mencapah agar apa yang diimpikan pasti akan dapat dimiliki. Moga suratan kali ini akan lebih baik dari sebelumnya. 

"Wahai Tuhan yang tetap hidup, yang kekal memerintah selamanya-lamanya. Dengan RahmatMu aku bermohon pertolongan. Perelokkanlah segala urusuanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekadar sekelip mata"

Saturday, October 6, 2012

Nilai Diri Kita...

Saya terbaca iklan yang dipost oleh rakan dalam FB closed group yang mahu berkongsi tentang pendapat kami semua tentang iklan tersebut. Apabila membaca iklan itu dan melihat gambarnya memang saya rasa adalah tidak wajar iklan yang berbau lucah dipamerkan didada akhbar. Betul ia untuk melariskan produk tapi perlukah menggunakan ayat-ayat yang berbau lucah dan mengambarkan bahawa seks itu menjadi satu matlamat utama dalam hidup kita. bayangkan jika yang melihatnya anak-amak kita.. 

Kita perhatikan dalam sesebuah masyarakat apabila kita meletakkan keinginan atau matlamat lebih kepada nafsu maka sudah pasti akan hancurlah masyarakat tersebut. Sama juga dengan rumahtangga,memang seks itu penting, tetapi bukan perkara yang paling penting hingga jika tiada maka boleh musnah sebuah rumahtangga. Ada ramai orang yang berkahwin namun tiba-tiba pasangan mereka jatuh sakit. lumpuh namun mereka boleh hidup bersama hingga kahir usia. 
Kehidupan bukan kepada memenuhi kehendak nafsu, namun kehidupan adalah melihat lompong yang ada pada diri kita dan sekeliling kita uttuk diperbaiki dan ditambah nilai, contohnya ilmu pengetahuan, amalan-amalan yang kita sendiri perlu pertingkatkan. 

Kehidupan bukan sekadar memenuhi keperluan Fizikal tetapi memenuhi keperluan Spritual... Nilailah diri kita ditahap mana.. tepuk dada, jangan tanya selera..tapi tanyalah Iman kita..

Thursday, October 4, 2012

Jauhi Syirik


Manusia seringkali berbuat syirik kepada Penciptanya baik secara sengaja atau tidak sengaja.  Sebagai contoh mengamalkan sihir, jampi, bersahabat dengan jin atau syaitan.  Walhal Allah yang menghidupkan dan memberi mereka rezeki. Oleh itu prinsip sebenar dalam hidup saat kita susah atau senang kita perlu menyerahkan seluruh kehidupan kita untuk mencari keredhaan Allah. Kita perlu berserah diri hanya kepadanya. “Dan barang siapa menyembah tuhan yang lain disamping Allah, padahal tidak ada satu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitunganya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada beruntung” (AlMukminin:117)

Wednesday, October 3, 2012

Pesanan Buat Diri


Setiapkali dibohongi, sematlah dalam hati bahawa...
Dia Maha Mengetahui hakikat kebenaran.
Dan sesungguhnya kebenaran itu akan terbukti cepat atau lambat.. 
Selebihnya pasrah dan redha kepadaNya agar orang yang suka berbohong ini diberi hidayah untuk berubah.

Tuesday, October 2, 2012

Hukum Qurban




Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi Ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al Hajj : 37)
Perkara utama dalam qurban ini adalah taqarrub iaitu taqarrub dengan sembelihan ini.Manakala manfaat daging adalah perkara ke yang dua. Bahawa tujuan paling utama dalam ibadah qurban ialah taqrrub,jadi bila kita tidak dapat menepati syarat dalam ibadah ini maka taqarrub kita tidak sempurna atau tertolak.
Ramai kalangan ulama mensyratkan wajib kita atau wakil kita utk menyaksikan sendiri atau menyembelih sendiri korban tersebut sbg rasa taqarrub kita kpd Allah ..dan satu lagi syarat ialah kita mesti makan sedikt dari korban tu juga atas dasar untuk merasa taqarrub itu.

Dipetik dari Abi Nabilah

Monday, October 1, 2012

Kehilangan Satu Peringatan


Petang tadi saya ke pejabat Skynet untuk menghantar beberapa parcel... Memandangkan ofisnya dekat dengan ofis saya maka saya memilih untuk sekadar mebawa dompet kecil yang berisi wang yang mencukupi untuk membayar caj perkhidmatan dan juga hp... Entah kenapa saya selalunya amat berhati-hati meletak telefon di tepi meja sambil mengisi beberapa form. Masa itu dalam beberapa second sebenarnya hp saya tidak berada di tempatnya kerana saya sendri ralit menulis. Bila saya sudah membayar dan keluar dari premis baru saya teringat hp yang terletak di atas meja. Dalam 3 minit, saya berpatah balik hp saya sudah tiada. Hmm nak kata cuai mungkin saya sedikit cuai, cuma saya sedikit ralat kerana sewaktu itu tiada pelanggan lain, yang ada hanya seorang staf dan owner yang berusursan di kanuter. Bila ditanya dia tidak mengaku, bahkan mengatakan tidak nampak. Tidak mahu bergaduh dengannya kerana memikir ia hanya hp (konon harta dunia) tapi bila memikirkan untuk membeli yang baru perlu spend duit banyak juga.. 
Kehilangan ini memberi peringatan kepada diri saya agar lebih berhati-hati lagi dengan senario sebgitu. Saya jarang kehilangan barangan. Bila sesuatu itu hilang kita redha kerana kita percaya pasti ada hikmahnya, dan ;ebih penting kita mengharapkan Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin tidak dalam bentuk material tetapi mungkin benda-benda lain.. 
Kehilangan dalam hidup ini buan suatu perkara pelik, ia ujian biasa yang raat-rata kita alami. Namun dalam banyak-banyak hal berkait kehilangan, jangan kita hilang rasa cinta untuk beribadat. Jangan Allah bolak balikkan hati kita dan menghilangkan iman yang ada dalam diri. Kehilangan itu satu peringatan bahawa dalam hidup pasti kita akan mengalaminya, namun jangan hilang kasih sayang dan rahmat Allah. Jika hilang rahmat dan kasih sayang Allah maka kitalah orang yang paling malang. Moga kita sentiasa berada dalam restu IIahi. Hilangpasti ada gantinya asal kita tahu dan belajar darinya bahawa sesungguhnya SEMUA DAN SETIAP SESUATU ITU ADALAH MILIK ALLAH... INNALILLAH WAINNA ILAHI RAAJIUUN...

wallahuaalam