Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, March 20, 2017

Apa maknanya kita beriman



Memetik kata-kata dari seorang ulama: Islam tidak akan sempurna tanpa iman. 
Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. 
Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Berniaga itu mulia




Berniaga pekerjaan mulia
ia pentas mencari barakah 
bila jual beli tanpa riba
bila dilakukan dengan amanah
bila berhubungan kerana Allah
bila sedekah menjadi amalan
bila apa yang ada disyukuri
bila ibadat sentiasa dijaga
bila niat mencari mardhatillah
semuanya menjadi ibadah.

Motivasi Rumahtangga

Motivasi Rumahtangga
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.
Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.
Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.
Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.
Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.
Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).
Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta?
Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang.
Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.
Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan.
Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu.
Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi.
Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.
Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak?
Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara.
Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.
Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.
Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung.
Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri?
Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu.
Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?
Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya.
Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang.
Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya?
Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran.
Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah.
Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu.
Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
Tulisan : Ustaz Pahroi Mohd Juoi.

Wednesday, January 25, 2017

Tip Rumahtangga

Rumah tangga yang bahagia dapat dibina bila setiap individu dapat menghargai kelebihan serta sabar dengan kelemahan.

Zuhud

Zuhud

Imam Ahmad 17 tahun kasutnya tidak bertukar?

Kita?


Allah sebaik perancang

Bila Allah mahu berikan sesuatu ada masa Dia simpan begitu lama, kerana Dia mahu kita belajar erti sabar, tidak kenal erti putus asa, pelajari apa itu hikmah. 
Saat kita perolehi apa yang kita citakan, akan hadir rasa syukur dan keinsafan dalam diri serta hakikat reda yang sebenar.
Maka pujian atau kejian tidak bermakna apa-apa kerana kita tahu
SEMUANYA DARI ALLAH 

Sunday, January 8, 2017

Sepi Yang Indah

Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam...kerana Tuhan sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
Begitu juga hati, semakin berusia semakin sepi dan ingin sendiri...kerana Tuhan sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia...
Akhirnya, hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekal menuju akhirat.
Tulisan : Ustaz Pahroi Mohd Juoi

Jaga Aqidah

Bismillah
Tazkirah Jumaat hari ini di Surau Al Hidayah sebelum Khutbah Jumaat berkongsi informasi tentang Syiah.
Ada beberapa perbezaan yang penceramah berikan antara gologan Ahli Sunnah dan Syiah. 
Antara isu menarik yang beliau kongsikan dan saya sendiri baru terfikir adalah katanya orang Melayu sangat terpengaruh dengan ajaran Syiah sehinggakan nama Muawiyah tiada yang diguna pakai dikalangan nama-nama orang Melayu gara-gara Muawiyah difitnah dan diburuk-burukkan oleh golongan Syiah.
(Ya tak ya juga)
Apa yang bangsa Melayu Islam terlepas pandang adalah Muawiyah bukan semata mengukuhkan daulah Islam tetapi beliau merupakan Penulis Wahyu kepada Rasulullah.
Moralnya, siapa kita mahu mengutuk sahabat Nabi? Muawiyah dalam
satu pembacaan saya tidak permah meninggalkan sunat witir.
Tepuk dada tanya iman dan amal sebelum mengkritik orang lain.
Muhasabah diri!

Wednesday, November 23, 2016

Kahwin Anda Berani?


Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Dimaklum oleh editor hari ini bahawa buku Kahwin, Anda Berani telah pun diulang cetak setelah 3 minggu berada di pasaran.
Sekalung penghargaan kepada semua pembaca serta rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan membaca karya-karya saya.
Terima kasih saya juga kepada semua team PTS yang dedikasi dan merealisasikan buku ini berjaya ditebitkan.
Tidak lupa juga buat yang disanjungi sifu, mentor dan guru saya dalam penulisan tidak lain iaitu Chairman PTS Media iaitu Puan Ainon Mohd ( Ainon Mohd.) dan Prof Abdullah Hassan.
Titipan untuk bonda, suami Alwi Mohd Yunus dan anak-anak Anis NajwaAin Syafia Qutreenie dan Iman Ihsan. Kalian adalah inspirasi.


5 CARA CARI IDEA BISNES

5 CARA CARI IDEA BISNES
"Saya berminat nak buat bisnes tapi saya tak ada idea. Di manakah saya boleh cari idea bisnes?"
Eh, macam cari barang hilang pula. Pernah dengar begitu? Adakah "idea bisnes" boleh dicari?
Ada orang tunggu idea turun dari langit. Ada orang dapat idea di dalam tandas. Sebenarnya, kita juga boleh cari idea bisnes - tanpa menunggu dapat ilham!
1. Selesaikan masalah. Apakah "masalah" yang dihadapi oleh pengguna. Jawapan penyelesaian kepada masalah itu adalah idea bisnes yang cukup baik. Orang sanggup bayar jika perkhidmatan atau produk yang kita tawarkan boleh selesaikan masalah mereka.
2. Buat inovasi kepada produk di pasaran. Pengguna inginkan sesuatu yang baru. Buat penambahbaikan kepada produk atau perkhidmatan sedia ada. Inovasi tidak semestinya berteknologi tinggi, mahal atau luar biasa. Inovasi ialah suatu perubahan yang cukup bermakna kepada pengguna.
3. Ramai orang sukakan produk sedia ada di pasaran tetapi pada harga yang lebih rendah. Cari jalan untuk bangunkan produk atau perkhidmatan setanding apa yang ada di pasaran tetapi pada harga yang murah. Kita boleh kurangkan spesifikasi yang tidak penting bagi mengurangkan harga.
4. Cuba aplikasi skil kita di luar bidang. Sekiranya kita graduan kejuruteraan, cuba lihat bagaimanakah ilmu dan kemahiran itu boleh diaplikasikan dalam bidang lain, contoh biologi. Ia merupakan satu cara bagaimana kita boleh menjana idea baru.
5. Cari jurang dalam produk atau perkhidmatan sedia ada. Apakah yang ada dalam rangkaian tersebut? Apakah yang tidak ada dan diperlukan pengguna. Kemukakan cadangan bagaimana menyambung dua titik yang tidak bertemu itu. Apa saja yang berikan jawapan kepada masalah pengguna, itu idea bisnes.

Tuesday, October 25, 2016

Makna keadilan

Adil menurut Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Al Miskawyh pula menyatakan bahawa keadilan adalah memberikan sesuatu yang semestinya kepada orang yang berhak terhadap sesuatu.
Manusia pastinya sukar untuk berlaku adil kerana adanya dorongan nafsu dan kelemahan yang ada pada seseorang insan itu sendiri.
.

Pantun

Pantang silap orang viralkan
Itulah peel manusia akhir zaman 
Kelajuan internet ibarat siput berjalan.
Menyukarkan kerja yang perlu disiapkan.

Monday, October 24, 2016

Parenting : Nurture vs Nature

Genetik atau dna serta persekitaran sangat penting.Keduanya mempengaruhi kehidupan individu.
Dalam konteks keibubapaan, ramai yang berpendapat jika ibu bapa dari keturunan yang baik-naik maka anak juga akan begitu. Sebab itu ada yang memilih pasangan dengan berhati-hati agar dapat menjaga nasab.
Selain itu pengaruh persekitaran juga amat penting. Bagaimana ibubapa mentarbiyah atau mendidik anak-anak akan mempengaruhi mereka.Ibu bapa adalah model kepada tingkahlaku anak-anak. Segala apa yang diucapkan dari bibir akan diperhati dan ditiru. Oleh itu ibu bapa perlu menjaga bahasa dan akhlak mereka.
Tidak dinafi mereka akan juga meniru apa yang diperoleh dari kawan-kawan. Namun jika mereka sudah sebati dengan cara didikan di rumah, pengaruh luaran agak sukar meresap.
Sebaik manapun didikan mahupun keturunan, akhirnya balik semula kepada diri seseorang itu. Apabila mereka matang dan bijak membuat pilhan baik dan buruk dengan berpandukan kepada iman dan taqwa.

Monday, October 3, 2016

MISTERI KEMATIAN

*MISTERI KEMATIAN*
Janganlah cemas ketika anda hendak wafat.
Janganlah terlalu cemas juga ketika jantungmu berhenti.
Janganlah juga panik saat engkau merasakan sekarat
Jangan perdulikan jasad anda yg akan hancur
Kerana kaum muslimin ada saja yang...
Akan melaksanakan kewajiban mereka
1. Menanggalkan pakaianmu
2. Memandikanmu
3. Mengkafanimu
4. Menggalikan lobang lahatmu
5. Mengeluarkanmu dari rumahmu
6. Mengangkat jenazah kamu ke van jenazah
7. Mengantarkanmu ke tempat tinggal barumu (kuburan)
8. Banyak orang yg akan berdatangan untuk mengangkat jenazahmu, bahkan banyak pula yg meninggalkan pekerjaannya demi untuk menguburmu, boleh jadi banyak dari mereka yg melupakan nasihat yg pernah Engkau sampaikan pada suatu hari yg telah berlalu.
ً
9. Peralatanmu akan segera diselesaikan, berpindah tangan
- kunci-kunci kendaraan dan rumahmu 
- buku
- beg
- handphone mu
- kasut
- pakaian
- apabila keluargamu baik, maka mereka akan menyedekahkannya agar ia bermanfaat untukmu 
Pastikanlah bahwa:
Bumi tidak akan sedih atasmu 
Tidak pula alam semesta
Keadaan juga akan berjalan seperri biasa, tidak terpengaruh dan tidak berubah dengan perpisahanmu 
Perekonomian akan terus berlanjut
Pekerjaan anda, akan datang orang lain untuk mengantikan
Hartamu akan dibagikan secara halal kepada ahli waris 
Sementara anda akan dihisab atas segala sesuatu hingga perkara yg hina dan kecil
Yang pertama akan runtuh darimu ketika wafat adalah namamu..
Oleh kerana itu, setelah meninggal orang akan berkata tentangmu: dimana mayatnya ?
Mereka tidak memanggil lagi dengan menyebutkan namamu
Namamu tinggalah kenangan belaka.
Ketika akan mensolati, mereka berkata: hadirkan jenazah..
Mereka tidak memanggil dengan menyebutkan namamu
Betapa cepat namamu hilang berlalu....
Ketika akan menguburkan, mereka berkata: dekat kan mayatnya, tanpa menyebutkan namamu..
Tidak akan ada yg membela, baik suku, kedudukan ataupun keturunanmu
Betapa rendahnya dunia ini dan betapa besarnya apa yang akan kita hadapi setelahnya
Catatan dengan tinta emas
Kesedihan atasmu akan terbagi menjadi tiga:
1. Orang yg mengenalmu sepintas akan mengatakan: kasihan dia !!
2. Teman-teman mu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka akan kembali kepada canda dan tawanya..
3. Kesedihan mendalam di rumah ! Keluargamu akan bersedih sepekan, satu-dua bulan atau hingga satu tahun
Kemudian mereka akan meletakkannya dalam memori ingatan
Demikianlah
Kisahmu telah terakhir pada kalangan manusia
Engkau tinggal hanya ALBUM KENANGAN
Kisahmu akan dimulai bersama suatu yg nyata
Dialah alam akhirat
Telah sirna darimu
1. Keindahan
2. Harta
3. Kesihatan
4. Anak
5. Anda telah berpisah dari rumah dan istana
6. Istri
Dimulai lah kehidupan Yang sesungguhnya
Pertanyaan sekarang:
Apa yang telah Engkau siapkan untuk kubur dan akhiratmu?????
Ini adalah hakikat Yang perlu untuk direnungkan
Jagalah selalu atas :
1. Ibadah yg wajib
2. Ibadah yg sunnah
3. Sedekah tersembunyi
4. Amal sholeh
5. Solat malam
Dengan harapan anda menjadi selamat
Jika anda bantu orang lain dengan menyebar peringatan ini
Akan anda dapati hasil dari kebaikannya dalam timbanganmu pada hari kiamat
"Berilah peringatan kerana peringatan akan bermanfaat bagi orang beriman"
Kenapa mayat memilih
"Sedekah"
Jika kembali ke dunia
Sebagaimana firman Allah 
"Ya Allah, jika Engkau akhir kan ajalku sedikit saja, niscaya aku akan bersedekah"
Orang tsb tidak mengatakan:
Niscaya aku akan umrah
Atau akan shalat
Atau akan puasa
Para ulama menjelaskan:
Seorang mayat tidak mengatakan kecuali sedekah, tidak lain kecuali dikeranakan dia telah melihat betapa besarnya impak yang dihasilkan dari sedekah bagi mereka yang telah wafat
Maka dari itu, perbanyaklah sedekah
Kerana nanti pada hari kiamat, seorang mukmin akan berada di bawah naungan sedekahnya
Sedekah terbaik yang boleh anda lakukan sekarang ini 
Menyebarkan risalah ini dengan niat sedekah
Keranana setiap orang yang mengamalkan nasihat ini dan mengajarkannya kepada generasi berikutnya, maka ganjarannya
Akan sampai kepadamu insya Allah
MATI ITU PASTI

Thursday, September 22, 2016

Doa melembutkan hati


Doa Lembutkan Hati
Seringkali kita berdoa agar Allah lembutkan hati si polan dan si polan, hingga kita terlupa untuk berdoa agar Allah lembutkan hati sendiri.
"Ya Allah lembutkanlah hatiku agar aku mudah memberikan kemaafan dan melupakan kesalahan insan terhadapku"
اللهم لين قلبي
#travelogempayarjiwa

Bagaimana Mengatasi Anak Nakal?




Bagaimana Mengatasi Anak Nakal?
===========================
Selesai kursus seorang ibu datang bertanyakan pada saya mengenai persoalan bagaimana mengatasi anak nakal dan tidak mahu mendengar nasihat. 
Lalu saya bertanya; " Puan ada peluk dan cium anak Puan setiap hari?
Beliau mengelengkan kepala. 
"Puan ada memuji setiap perbuatan baik yang anak Puan lakukan?." Tanya saya lagi. Beliau mengelengkan kepala.
Lalu saya berikan cadangan; 
" Puan nanti peluk dan ciumlah anak Puan setiap pagi mereka mahu ke sekolah, jangan marahkan anak dengan memukul tanpa sebab.
Elakkan menengking bila anak buat salah. Bila anak tidur bercakaplah dengan mereka sambil usap kepala. Doakanlah anak agar dilembutkan hati. Masih belum terlambat".
Beliau mengangguk dan berlalu dengan mata berkaca.
Nota:
Sebagai ibu bila berdepan hal anak-anak, ia bukan mudah. Pastinya ada pelbagai cabaran. Bahkan ia adalah percubaan demi percubaan bagaimana menggunakan pendekatan yang sesuai bagi anak dan situasi sekarang yang banyak menyumbang kepada pentarbiahan dan pendidikan anak-anak.
Bagi seorang anak lelaki/perepua yang sedang membesar menuju dewasa ada ketika mereka ini sangat memerlukan perhatian. Bila ibu bapa tidak memberikan perhatian yang dimahukan maka mereka akan menunjukkan sikap atau perangai untuk kita mengambil peduli tentang mereka.
Kenakalan anak mungkin juga oleh pengaruh rakan. Tetapi hebat bagaimana pun pengaruh rakan, jika ibu bapa lebih mempunyai daya pengaruh ke atas anak-anak maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi.
Sikap nakal anak juga mungkin dipengaruhi oleh sikap ibu bapa. Perlu diingat, ibu bapa adalah cermin diri pada anak-anak. Mereka mudah meniru apa yang tidak baik, oleh itu berhati dalam berbicara dan bertingkahlaku kerana anak-anak akan meniru apa yang kita lakukan. Pepatah menyebut, " bapa borek anak rintik". 
Nakal anak juga kadang menunjukkan mereka ini ada idea dan bijak. Kenakalan boleh dikenal pasti, bahkan ia juga cara anak-anak memahami kehidupan. Sebagai ibu bapa, kita berperanan memandu mereka agak kreativiti yang ada pada anak-anak disalurkan pada cara yang betul.
Mengatasi anak-anak yang nakal tidak susah jika ibu bapa sanggup berubah bermula dengan diri sendiri. Lakukan apa yang belum dibuat terhadap anak. Sayangi mereka dengan tulus. Jangan terlalu mengharapkan anak berubah sekaligus, bahkan beri peluang anak belajar memahami kehidupan dengan cara banyak bercakap-cakap dengan anak-anak. 
Berleter dan bercakap-cakap ada bezanya. Masalah ibu bapa lebih banyak berleter dari bercakap-cakap. Jika masa kecil kita sering bercerita dengan anak-anak, pendekatan ini masih boleh diguna pakai. Banyakkan berkongsi dengan gaya penceritaan bagi menghantar mesej yang baik.
Ibu bapa sekarang lebih sibuk melayan media sosial berbanding melayan anak-anak. Bila anak sunyi dan rasa tidak disayangi mereka akan memberontak dan mencari tempat untuk melayan perasaan mereka. Bahayanya mereka akan mudah terjebak dalam perkara yang tidak baik.
Dekati anak-anak, sayangi mereka, fahami perasaan mereka dan bukan semata meminta mereka memahami kita. Jadi ibu bapa yang prihatin dengan sentiasa mengambil tahu perihal anak-anak.
Jangan putus asa berdoa untuk anak-anak. Doa ibu bapa itu lebih mustajab.
wallahuaalam

Sunday, July 10, 2016

Kita dan keluarga kita


Kita dan keluarga kita
~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini berpeluang ziarah ibu tunggal yang baru sahaja bersalin. Suami beliau meninggal eksiden dua bulan lepas sewaktu beliau sedang sarat. 
Saya elakkan bertanya kisah suami yang meninggal. Hanya bertanyakan kesihatan beliau dan sekolah anak-anak. Wanita ini sangat ceria dan tiada warna duka sewaktu bercerita hal anak-anak. Dalam hati terdetik, tabahnya wanita ini.
Melihat anak-anak yang masih kecil terasa sayu. Anak lelaki beliau baru tingkatan satu. Tapi sangat matang dan berdikari. Urusan keperluan rumah dia uruskan. Anak sulong perempuan pula urus adik-adik yang masih kecil.
Saya masih ingat sewaktu suami beliau disahkan meninggal, bonda menelefon saya memaklumkan berita kematian. Dihujung perbualan beliau sedih kerana keadaan yang sama seperti dirinya dulu. Ia satu kisah yang tidak pernah dikongsi apalagi mendengar keluhan.
Mengandung saat ditinggalkan suami. Pasti ia satu pengalaman sukar yang tidak pernah diungkapkan. Namun setelah puluhan tahun berlalu ia tetap berbekas di hati.
Sewaktu saya beransur mahu pulang, bonda dan mertua serta adik beradik ibu tunggal ini baru sahaja tiba. Saya melihat betapa sokongan keluarga yang amat padu dari keluarga sendiri dan keluarga suami. Realitinya ini sangat membantu dan apa yang diperlukan beliau saat ini.
Kajian saya tentang cabaran ibu tunggal juga membuktikan bahawa sokongan keluarga amat penting bagi membantu ibu tunggal atau balu bangkit membina kehidupan baru. 
Nota:
Hakikatnya walau siapa kita dan di mana kita berada, keluarga adalah segalanya.
Bila kita mahu membuang keluarga kerana mengejar cinta baru maka fikirlah beribu kali.
Atau jika ada yang bermasam muka sesama ahli keluarga, berilah kemaafan.
Hidup ini tidak lama. Mengalah bukan kalah, ia tanda kita miliki hati dan jiwa yang hebat.
Memaafkan tidak perlu bayaran....

Selamat Hari Raya 1437H

Bismillah,
*Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aaidin wal faizin* 
Semoga Allah menerima (puasa) kita & menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) & termasuk orang2 yang mendapatkan kemenangan]


كل عام وانتم 

Thursday, June 2, 2016

Seminar Smart Learning


Tenggelamnya Kapal Van der Wijck



"Demikian ahli seni, tidak peduli kepada wang, kerana kekayaannya yang sangat dicita-citakan oleh ahli seni bukan kekayaan wang tetapi kekayaan bahagia, kekayaan alam yang tercurah ke dalam kalbunya"
- (Hamka, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck: 157)