Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label jurnal motivasi. Show all posts
Showing posts with label jurnal motivasi. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Motivasi 3i; Mensyukuri Nikmat


Bismillah

Menurut Imam Ghazali, syukur termasuk ibadah yang tinggi maqam atau darjatnya. Malah lebih tinggi daripada sabar dan khauf (takut) kepada Allah. Definisi syukur menurut ilmu tasauf ialah ucapan, sikap dan perbuatan berterima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikanNya (Sumber: Definisi Syukur Menurut Al Quran).        

Di dalam sebuah hadith ada disebut Rasulullah SAW menunaikan solat malam (tahajjud) sehingga bengkak kedua kaki baginda, ditanyakan oleh Aisyah kepada baginda kenapa baginda menyusahkan diri baginda sedangkan baginda telah diampunkan dosa yang lepas dan akan datang. Berkata baginda '' Apakah aku tidak menjadi hambaNya yang bersyukur?"(HR Imam At Tirmidzi daripada Al Mughirah bin Su'bah). Maka sudah jelas betapa perlunya kita bersyukur atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Bagaimana cara bersyukur?

Menurut Imam Al Ghazali, cara bersyukur terdiri daripada empat komponen berikut:

1. Syukur dengan hati

Menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat baik kecil atau besar adalah semata-mata anugerah dan kemurahan Allah SWT.

2. Syukur dengan lisan

Ucapan ''Alhamdulillah'' tatkala hati yakin sepenuhnya dengan nikmat yang diperolehi semata-mata anugerah dari Allah. Meski pada zahirnya nikmat atau rezeki berkenaan diperolehi daripada seseorang.

3. Syukur dengan perbuatan

Perbuatan menggunakan segala nikmat yang diterima dijalan yang diredhaiNya. Umpamanya menggunakan harta untuk berzakat, sedekah dan beribadah kepada Allah. Pancaindera pendengaran  dan penglihatan digunakan untuk mendengar dan melihat ayat-ayat dan kebesaran Allah dan tujuan utuk kebaikan semata-mata.

4. Menjaga nikmat dari kerusakan

Umpamanya nikmat kesihatan, perlu dijaga secara yang sepatutnya agar terhindar dari penyakit. Yang lebih utama menjaga nikmat iman dan Islam dari sebarang bentuk ancaman. Iman dan Islam dapat dipupuk antaranya dengan mendirikan dan menjaga solat, mentaddabur Al Quran, berzikir, berdoa dan menghadiri majlis taklim.

Allah SWT menjanjikan akan tambahan nikmat bagi hambaNya yang bersyukur seperti firmanNya dalam Surah Ibrahim (14:7) Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), sungguh azabKu sangat pedih.

Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur?

Untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur, kita perlu berdoa dan memohon kepadaNya sebagaimana firmanNya dalam Al Quran, Surah Al Ahqaf (46: 15) ''..Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmatMu yang Engkau berikan kepadaKu dan kepada kedua ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Doa Nabi Sulaiman AS sebagaimana firman Allah dalam Surah An Naml (27: 19) ''Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlan daku dengan limpah kurniaMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh''.

Dalam sebuah hadith,Rasulullah SAW mengajarkan doa kepada Muaz ibn Jabal r.a. "Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadat dengan baik kepadaMu'' (Allahumma a'inniálazikrika wasyukrika wahusni'ibadatika). Eloklah kita sama-sama amalkan doa ini selepas setiap solat.

Mudah-mudahan Allah dengan limpah rahmatNya membantu kita untuk menjadi hambaNya yang bersyukur, amin ya Rabb...
لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلاّ بِاللهِ الْعَليِّ الْعَظيمِ.


Dipetik dari perkongsian WhatsApp

Friday, March 6, 2015

Cerpen Selendang Bawal


SELENDANG BAWAL
Saya bermula dalam trading sewaktu saya di tingkatan 4. Saya bersekolah di SMA Maahad Muhammadi Perempuan Jln Merbau, Kota Bharu.
Satu ketika bersembang dengan seorang rakan sekelas, tentang cita cita untuk ke Mekah. Kata sahabat itu bapanya sudah menyediakan duit 5 ribu dalam setiap akaun dia dan adik beradiknya. Saya katakan beruntung jadi anak orang kaya.
Saya tahu sahabat saya ini bapanya seorang ahli bisnes, maka tidak pelik beliau sekarang ini menjadi konsultan dalam bidang finance, mengajar di universiti berprestij.
Pulang ke asrama saya terfikir bagaimana mendapatkan 5ribu seperti beliau ada. Mustahil pelajar yatim penerima biasiswa seperti saya boleh mengumpulkan duit sebanyak itu.
======
Ternyata Allah mendengar bisikan hati. Sahabat seasrama saya, ibu dan ayahnya baru pulang dari bermastautin di Mekah sejak sekian lama. Ayahnya menjadi guru di pondok Moden dan ibunya merupakan tukang jahit.
Ibunya menjahit pelbagai jenis jahitan, ada selendang bawal, telekung, cadar dan pelbagai lagi. Jahitannya sangat cantik dan halus. Pekerja yang mereka upah adalah dari Siam jadi kosnya waktu itu amat murah.
Mereka perlukan orang yang boleh membuat marketing. Maka saya menawarkan diri untuk cuba pasarkan. Bagusnya saya diberi consignment. Jika tidak mana mungkin pelajar miskin seperti saya mampu untuk bermodal.
Strategi pertama saya adalah memasang agen. Agen itu adalah kakak-kakak saya sendiri, juga saudara mara yang juga kaki bisnes.Konsepnya dua /tiga kali bayar. Harganya digandakan lebih sedikit dari harga jual yang biasa. Mahu bayar cash pun harga sama juga.
Produk berkualiti, design terkini menjadikan selendang bawal menjadi jualan yang hit. Tunjuk sahaja tak perlu cakap banyak kerana produk tersebut yang berbicara.
Tak sampai setahun saya mampu mengumpulkan duit mencecah 5ribu dal bank. Melihat angka 5k tertera pada buku bank ia sangat mengujakan. Ia titik peluh yang amat berbaloi bagi saya yang baru berjinak-jinak dal perniagaan.
Benarlah berniaga itu membuka sembilan pintu rezeki.
Dah ada duit 5 ribu, agak apa saya buat? itu dibelanjakan?

JURNAL

Bismillah
JURNAL
Menulis jurnal adalah satu perkara yang rutin dilakukan dalam menulis kajian kualitatif. Bahkan sebagai Kaunselor saya adakala akan mencadangkan klien saya juga menulis jurnal mereka.
Jurnal dapat membantu individu untuk membuat refleksi perlaksanaan atau kegiatan seharian. Ia sekaligus dapat memberi manfaat bagi meningkatkan dan menambah baik serta membimbing individu dalam menjalankan apa sahaja aktiviti mereka. Bahkan ia juga sangat membantu dalam merencanakan masa depan.
Apabila saya selaku partner yang diamanahkan mengurus Tadika ABS Al Ihsan, Saujana Utama maka selain dari menyediakan validasi dari sudut lokasi, memastikan penubuhan dan operasinya berjalan lancar, saya juga perlu memastikan setiap satu perkara mesti mempunyai dokumen sokongan yang lengkap.
Oleh itu seawal menerima tugasan yang diberi, saya mulakan dengan menulis JURNAL Tadika ABS. Alhamdulillah jurnal ini sangat membantu saya membuat refleksi diri dan perjalanan kehidupan sebelum in