Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label teknik nabi. Show all posts
Showing posts with label teknik nabi. Show all posts

Friday, March 6, 2015

MOTIVASI KERJA GAYA NABI


Bismillah,
Perilaku dan akhlak Rasulullah yang sangat mulia terhadap sesama manusia serta selalu berbuat baik kepada siapa saja menjadikan baginda sebagai contoh teladan yang baik (uswah hasanah). Rasulullah sebagai Rahmatan lil-Aalamin mempunyai empat sifat yang wajib ada pada Baginda.
Sifat ini boleh menjadi guideline bagi setiap individu yang tahu dan bermatlamat menuju hidup yang hakiki. Apa dan bagaimanakah individu boleh menerapkan sifat ini dalam kehidupan seharian?
-----------------------------
Contoh:
+Siddiq/Benar : Benar pada setiap perkataan atau perbuatan biarpun yang tahu kejujuran hanya Dia. Yakin Allah mencatat setiap gerak-geri maka tidak perlu diawasi.
+Amanah : Bila diberi amanah melakukan tugas maka perlu diselesaikan dan dijayakan. Maka tidak perlu ada supervisor atau CCTV yang meneropong dimana, apa kita buat kerana ada Mata yang tidak dilihat tapi melihat sentiasa memantau dan memerhatikan.
+Tabligh/Menyampaikan : Tidak lokek dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa mahu menyebarkan apa yang baik dan manfaat kerana yakin setiap perkara ada ganjarannya. Sentiasa MAHU dan ingin memperkayakan diri dengan ilmu serta tidak jemu dan malu bertanya bila tidak tahu.
+Fatonah/Bijaksana : Bijak membuat timbang tara atau membuat keputusan berdasarkan baik dan buruk serta mampu mengambil risiko yang terbilang.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)

Amanah



Meneladani Rasulullah
صلي الله عليه وسلم
Amanah adalah salah satu sifat yang wajib bagi Rasul.
Nabi Muhammad merupakan seorang yang amanah. Sifat ini terserlah sejak dari awal sebelum baginda menjadi Rasul. Oleh kerana sifat amanah ini maka Nabi Muhammad sangat dipercayai hingga diberi gelaran AL AMIN.
Dikongsikan oleh seorang sahabat saya hebatnya sifat Al Amin baginda Rasul
bilamana dia di bawa tinggal bersama Abi Talib setelah menjadi yatim piatu dan datuknya juga meninggal dunia, baginda tidak akan MAKAN melainkan setelah anak-anak Abi Talib selesai makan.
Jika diperhatikan kisah ini betapa Nabi Muhammad seorang yang sangat amanah dan berhati-hati serta waspada diri takut mengambil HAK orang lain
*******^^^^^
Moralnya jangan kerana mahu mengenyangkan perut kita sendiri kita sanggup mengambil hak orang lain.
Dalam konteks kehidupan kita seharian sifat amanah ini perlu diaplikasikan dalam menjalankan apa juga perkara, baik sebagai ibu bapa, pekerja, sahabat, rakan niaga dan lainnya.