Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, November 19, 2011

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah ada di mana-mana, jangan anggap orang lain ceria seolah dia tidak punya masalah. Besa orang yang namap seperti orang yang tiada masalah dan orang yang ada maslalah adalah cara bagaimana mereka mengatasi dan mencari penyelesaina kepada masalah tersebut. Selain itu mereka tidak menyemakkan fikiran dengan berfikir semata-mata kepada permasalahan tersebut, tetapi sentiasa mencari alternative dan kreatif menyelesaikannya. Kenapa kita jadi rungsing bila ada masalah? Sebabnya mudah, kerana kita menggalas masalah tersebut tanpa membuat penyelesaian berhemah serta kita mahu menyelesaiakn measalah terbut secara serentak atau ‘on the spot’ semua ingin selesai….
Mengapa kita bermasalah? Mudah saja…kerana adanya masalah maka kita memaksa fikiran kita berfungsi secara optimum…orang yang merasa diri tiada masalah amat berbahaya kerana kita berada di ‘comfort zone’. bahaynya berada di zon selesa ini adalah membawa kita lupa pada diri…
Cuba Tanya diri kita masa kita bersedih atau bergembira kita banyak ingat Allah ..pendapat saya masa kita bersedih, berduak…saat kita ditimpa musibah…jadi jangan rasa gundah bila Allah bagi kita masalah kerana Allah saying pada kita..dan kita berpeluang mendekatkan diri pada Allah.
Ingat, ada masalah boleh selesai dengan mudah dan cepat, ada juga yang mengambil masa yang lama…itu bergantug kepada cara kita mengendalikan maslaah tersebut. Jika anda stress dengan masalah itu pastikan anda keluar dulu dari zon itu, untuk release stress anda boleh baca Quran, zikir, berselawat dan pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan. Disini saya ingin berkongsi tipss yang boleh anda lakukan dalam bentuk tindakan:
a)      Kenalpasti masalah yang menganggu fikiran anda itu satu persatu
b)      Senaraikan diatas kertas /diari
c)      Letak mengikut keutamaan atau letakkan pembahagian, contoh mungki masalah ditemapt kerja, urusan keluarga, hal berkait kawan-kawan, masalah kewangan etc
d)     Senaraikan plan bertindak mengikut kesesuaian disebelahnya
e)      Letakkan dateline atau bila anda pelru selesaikan perkara itu atau rancang juga masa untuk ada selesaikan perkata tersebut
f)       Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup. Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain.

Friday, November 18, 2011

Srikandi Kelas Corot

Seperti biasa rutin harian yang ingin dilakukan adalah membaca akhbar dan dalam masa yang sama hati pasti akan teringin menjengok di ruangan alam maya FB. Jika tidak menatap FB seperti tidak sah kerana banyak perkara baru yang boleh dipelajari dan info baru yang kedapatan. Sambil bekerja sambil curi-curi membaca apa yang patut setidak menghilangkan rasa boring menyiapkan kerja. Ia seperti satu selingan. Namun habit sebegini perlu ada limitasi supaya kerja yang perlu dibereskan tidak tertangguh. Dua hari lepas adalah hari keramat bagi pelajar UPSR tahun ini kerana keputusan peperiksaan telah rasmi diwawarkan. Pelbagai berita dari segenap ceruk kedapatan dalam akhbar ditambah pula cerita kegembiraan di FB. Apa yang paling seronok adalah membaca kisah-kisah mereka yang Berjaya, dan ada juga yang memberi semangat kepada yang gagal. Paling menarik hati penulis bila membaca berita di Harian Metro dengan tajuk SRIKANDI KELAS COROT. Memang satu  berita yang sangat memberi inspirasi kerana seorang belajar yang lahir dari keluarga yang bercerai dan tinggal bersama nenek. Sudah pasti ia memberi sumber inspirasi kepada pelajar yang lain, yang berada dalam situasi yang sama. Bahkan cerita ini juga memberi semangat untuk diri penulis sendiri untuk menyiapkan novel Islamik yang dalam pembikinan. Moral paling bagus dalam berita ini sebenarnya adalah KEINGINAN UNTUK BERJAYA“The burning desire”. Keinginan yang kuat inilah yang menjadi pendorong bagi setiap individu yang ingin yang ingin menjadikan impian menjadi kenyataan. Kejayaan itu memang subjektif sifatnya, biar bagaimana keadaan namun seseorang boleh tampil dengan kejayaan yang tersendiri kerana usaha gigih yang berterusan,doa yang berpanjangan serta keizinan dariNya. (Berita ini sendiri sebenarnya juga menjentik perasaan sendiri...)
Selain berita kejayaan yang diberitakankan, apa yang seronok juga untuk saya kongsikan apabila di FB adanya pesanan dari wanita hebat yang berjaya dan menjadi IKON kepada saya mengingatkan kepada semua warga supaya jangan bersedih jika anak anda tidak mendapat keseluruhan sebagaimana yang diimpikan. Memetik kata-kata beliau “Saya mahu beri kata-kata motivasi kepada ibu bapa pelajar yang tidak dapat banyak A. "Dalam dunia realiti, pegawai bank tidak peduli berapa 'A' kita dapat. Mereka mahu tengok berapa 'kosong' dalam akaun kita...." dan salah satu respon dari rakan FB kepada kata-kata beliau iaitu “Dari segi idealnya, kita perlu BERUSAHA untuk dapatkan hasil cemerlang dalam apa jua yg kita usahakan. Sebanyak mungkin A/ '000/ title didepan dibelakang. Tetapi yg menetapkan ganjaran dan hasilnya ialah Allah. Jika gagal usah kecewa dan marah. Hanya DIA yg tahu rahsia disebaliknya. Tabah dan tawakkal. Yang berlalu ialah qada' n qada' darinya. Yang semasa ialah usaha dan doa kita. Yang didepan ialah harapan dan doa . Apa jua keputusan dan ganjaran di dunia berada ditanganNYA. Setiap anak ada keupayaan dan keistimewaan sendiri . Kita hanya berupaya menyokong, dan motivasikan mereka dan semaikan kekuatan ugama. insyaAllah Allah akan sentiasa melindungi mereka. ( my own realisation after making so many mistakes -- dan masih berharap kepadaNYA)
Manakala respon seorang lagi berkata: “Banyak A pun kadang-kadang tak ada maknanya. Seorang kawan beberapa tahun muda daripada saya, dulu dia dapat 4A UPSR dan 8A PMR. Tapi dia berhenti sekolah semasa tingkatan empat tanpa sebab kukuh. Seorang kawan lagi amat slow dan pendiam, dan resultnya nyawa-nyawa ikan, sekarang menjadi guru yang berjaya.
Ikon ini mengatakan bahawa“Motivasi dari mantan murid kelas corot untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat 'A': Nasib baiklah hidup ini bukan macam garis lurus -- lurus di pangkal, lurus sampai ke hujung. Kalau hidup ini macam garis lurus, tidaklah PTS sekarang mempunyai 7 orang pegawai kewangan yang mengira duit saya setiap hari. (Sayalah mantan murid kelas corot itu!
Kesimpulanya apapun dalam kehidupan kita sejarah kegagalan silam bukan bermakna kita akan gagal selama-lama kerana pasti ada peluang lain untuk kita Berjaya dan berubah menjadi lebih baik. Bagi yang berjaya pertama kali pastikan kejayaan berkali-kali selepas itu. Semoga kejayaan itu bukan untuk dibanggakan tetapi apa yang penting biarlah ia menjadi contoh kepada orang lain serta mengingatkan diri bahawa kejayaan bukan kerana kita Hebat tetapi sekdara kehebatan yang dipinjamkan olehNya sahaja. Maka sesuailah dengan doa yang sering kita lafazkan “ Rabbana aatina f-idunia hasana wafil-akhirati hasanah..(Ya Allah Berilah aku kejayaan dunia dan kejayaan akhirat..)” 

Memahami Persoalan Aqidah Siri 1


Persoalan Aqidah



Untuk memahami ilmu aqidah ia sebenarnya satu ilmu yang amat mudah.Ianya telah ditinggalkan kpd kita oleh Allah dan rasulNya dgn maklumat yg amat jelas ..wudhuuhulbaidho' ulama' pada zaman qurun mufaddholah tidak pernah bercanggah pendapat pada hal aqidah. Namun menelusuri zaman, berbagai fitnah timbul antaranya penterjemahan buku2 falsafah yunan, grik kedlm bahasa arab yg mewujudkan fahaman2 baru pada pentafsiran ayat2 mutsyabihaat yg pada asalnya hyalah usaha utk menangani falsafah2 perosak yunan dan lainnya.


Aqidah perlu mengikut manhaj yang dipegang oleh para salafu al-soleh.perkara ini amat penting supaya aqidah yang kita pegangi adalah aqidah yang suci dan sahih sebagaimana yang Rasulullah ajarkan kepada sahabatnya tanpa dipengaruhi oleh aqidah atau pegangan yang lain. Perkataan manhaj yang digunakan adalah bermaksud kayu pengukur atau program yang mana boleh kita rujuki untuk memastikan kesahihan sesutau pendapat atau amalan atau pegangan. Dalam konteks ini ia bermaksud kayu pengukur yang diguna pakai oleh para salaf as-soleh. Realiti kita sekarang ini, ramai antara kita berada dalam krisis nilai. Kita tidak tahu menilai apa yang betul dengan yang tidak, yang sohih dan yamg bathil bahkan ada juga yang samar.

Sebagai contoh, aqidah golongan syiah berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah, ini adalah bersamaan denga golongan Sunni, begitu juga golongan Muktazilah. Kesemua golongan mendakwa mereka betul. Oleh yang demikian, bagaimana dalam hal furu' bila sesorang kafir ingin memeluk islam? Mazhab mana pula harus mereka yang berminat ini akan ikuti? Mengapa Syafei dan mengapa tidak Hambali?Begitulah sebaliknya, inilah yang dinamakan krisis nilai dikalangan umat. Ini belum temasuk pada ideologi modern/barat. Western ideology melalui ilmu-ilmu falsafah yang banyak diterapkan dalam sistem pembelajaran baik pada tahap university, kolej atau tahap awal pembelajaran sejak sekian lama terutama di negara-negara islam sendiri. Ini amat jelas kepada kita tentan keperluan kepada manhaj. Memperkatakan tentang Manhaj, ianya bukanlah dibentuk sewenang-wenangnya melainkan dari istibat dari nas-nas (ayat-ayat al-Quran yang sahih sahaja. Namun timbul pula persoalan bahawa sememangnya manhaj itu sudah disandarkan kepada nas atau dalil naqli tetapi mengapa ia perlu disandarkan kepada manhaj golongan terawal?

Bagi menjawap persoalan diatas, manhaj perlu disandarkan pada golongan terawal pertamanya kerana mereka adalah golongan yang paling dipercaya (thiqah) yang terdiri dari para sahabat yang menerima pengajaran atau sumber direct (secara langsung) atau  terus dari Rasulullah. Bahkan ada di antara ayat-ayat al Quran yang diturunkan (asabul-nuzul) kerana kejadian yang berlaku dikalangan mereka. Dari sini golongan sahabat memainkan peranan mengajarkan dan menyampaikannya kepada generasi selepas mereka iaitu tabiin atau tabiin-tabiin yang mana mereka ini termasuk dikalangan mereka iaitu imam-imam besar dalam mazhab 4 iaitu Maliki, Hambali Hanafi dan Syafiie.  ini termasuk juga ulama-ulama hadith iaitu Bukhari, Muslim, Tirmizi dan lain-lain perawi.Manhaj golongn terawal ada juga disebut sebagai manhaj golongan yang berjaya .. Manhaj firqah annaajiyah.

Daripada nas-nas yang sahih ini juga ada pula fahaman yang berbeza, maka maka bagaimana pula untuk menentukam fahaman yang benar-benar sahih? Jika dinilai  dalam konteks penyelidikan, manhaj atau metodologi merupakan perkara asas yang menjadi tunjang kepada sesuatu penyelidikan. Sebagai contoh dalam menilai halal atau haram sesuatu makanan, maka ia perlu kepada asas atau manhaj yang tertentu. Contohnya yang jelas iaitu menggunakan terminologi yang digunapakai dalam mazhab-mazhab Syafii Hambali, Maliki atau Hanafi. Metodologi kajian yang dijalankan mestilah jelas supaya hasil kajian nanti tidak bercampur aduk antara beberapa mazhab tersebut. Seperti dalam hal hukum memakan buaya, menurut pendapat Maliki ianya halal tetapi syafii kata tidak. Dalam hal usul atau akidah ini, metodologi yang digunapakai mestilah jelas dan disokong oleh dalil naqli..bukan akli.

Definisi
Aqidah menurut bahasa berasal dari kata al-‘Aqdu yang berarti ikatan, at-Tautsiqu yang berarti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-Ihkamu artinya mengokohkan/ menetapkan, dan ar-rabthu biquwwah yang berarti mengikat dengan kuat.[1] Menurut istilah adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya.

Aqidah Islamiyah adalah keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan segala pelaksanaan kewajiban, bertauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ dan Shifat Allah) dan ta’at kepada-Nya. Beriman kepada Malaikat-Malaikat-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Kitab-Kitab-Nya, hari akhir, taqdir baik dan buruk dan mengimani seluruh apa-apa yang sudah shahih tentang Prinsip-Prinsip Agama (Ushuluddin) dan perkara-perkara yang ghaib. 

Beriman kepada apa yang menjadi ijma’ (kon-sensus) dari Salafush Shalih, serta seluruh berita-berita qath’i (pasti), baik secara ilmiah maupun secara amaliyah yang telah ditetapkan menurut al-Qur-an dan as-Sunnah yang shahih serta ijma’ Salafush Shalih. [Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa]

Pemahaman Tentang Aqidah
Akidah dan iman merujuk kepada perkara yang sama. Kekuatan akidah bermaksud keimanan yang teguh. Sebagai langkah untuk memantapkan aqidah, perlu kita melihat kepada asas atau punca kepada iman. Mudah bagi kita untuk mengatakan kita seorang yang beriman, tetapi amat sukar untuk menentukan tahap keimanan kita.lagi sukar untuk memastikan bila masa iman bertambah atau berkurang.apa yang penting, kita perlu ada kesedaran untuk memahami perkara ini...dan tidak akan diperoleh secara percuma tanpa ilmu yang mendalam. Hanya dengan ilmu kita akan dapat memantapkan keyakinan yang merupakan asas kepada keimanan yang teguh. Kepercayaan semata2 tanpa disusuli dengan amaln masih tidak menjamin seseorang untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Asas akidah kita adalah tauhid. Tauhid rububiah, uluhiah dan asma wa sifaat menjadi tunjang kepada iman. Tauhid rububiah merujuk kepada keyakinan bahawa Allah adalah adalah Tuhan yang mencipta, Penguasa dan mentadbir sekelian alam.sebenarnya fitrah semula setiap manusia samada Islam atau bukan Islam mengakui hakikat ini. Firman Allah: walain saaltahum man khalaka alsamawat walard layakulunna Allah. Yang bermaksud mereka (kafir) ditanya siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan mengatakan Allah.Pada tahap rububiyyah semua makhluk terima bahawa Allah adalah tuhan tapi pada masa yang sama percaya juga wujud tuhan lain yg menjaga urusan tertentu ..pada tahap uluhiyyah, itulah yg membeza mukmin dgn kafir dimana pd tahap ini kita nengatakan bahawa hanya Allah yg berhak ditujukan segala ibadat dan tiada sekutu bagiNya



Dipetik dari perbahasan Maahad Forum

Wednesday, November 16, 2011

Keikhlasan Dalam Membina Kerjaya


Segelintir dikalangan kita begitu mudah menyebut perkataan ikhlas tetapi jarang memahami apakah maksud di sebalik kata-kata itu. Pengertian di sudut bahasa atau betapa panjang lebar penjelasan yang diberikan tidak cukup untuk kita memahami atau megentahui dengan begitu terperinci dan menghayatinya dengan begitu mudah. Keikhlasan adalah pokok kepada Ihsan yang buahnya adalah hasil dari segala perbuatan yang kita lakukan yang hanya kita diri sendiri lebih mengetahui apa yang di dalam diri dan yang lebih utama Allah yang Maha Esa yang lebih arif lebih mengetahui nilai atau darjah peratusan keikhlasan hambanya dalam melakukan apa jua. Meletakkan matlamat yang betul dan bersih serta bebas dari unsur-unsur yang tidak baik seperti pepatah ” ada udang sebalik batu” atau ” ada yang tersirat di sebalik yang tersurat” ini lah yang kita perlu berikan keutamaan. Oleh itu apabila kita ingin meletakkan matlamat dalam hal berkait dengan kehidupan maka letaklah nilai keikhlasan itu didepan dan pastinya segala matlamat yang kita capai itu akan mendapat keredhaan Allah baik kita berjaya atau gagal dalam menjayakan matlamat kita.

Menjaga Pemakanan


Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang individu. Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitaamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental. Mengambil makanan berkhasiat dan makan dalam kuantiti yang sederhana dan berkhasiat. Makanan yang diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah perut seperti perut berangin dan masalah kepada usus dan hati. Pada tanggapan kita pemakanan seimbang yang semulajadi seharusnya menyihatkan. Sebenarnya makanan yang diproses bukan dari tanaman atau ternakan organik adalah berisiko untuk mengandungi bahan kimia pertanian. Oleh itu bagi menjaga pemakanan, adalah elok sekiranya pengguna memilih makanan yang bebas dari racun pertanian.

Penyakit :Membuah Keinsafan, Menjana Kesedaran

Sebagai pesakit yang diuji Allah dengan penyakit, sebenarnya anda sedang berada di bawah pengawasan ketat Allah (s.w.t). Setiap gerak laku baik anda akan dinilai dan digandakan pahalanya berlipat kali ganda berbanding ketika anda sihat. Oleh itu jagalah adab sebagai pesakit dan sedarlah dengan pemerhatian Allah yang lebih teliti. (perumpamaan untuk manusia supaya mudah difahami. Sifat Allah sebenarnya tidak boleh dibandingkan). Oleh itu bersangka baik kepada Allah dengan menyakini bahawa semua perkara dan peristiwa yang Allah datangkan kepada kita adalah baik serta mempunyai hikmah tersendiri. Banyak kebaikan yang kita boleh ambil biarpun pada pandangan zahirnya nampak seperti malapetaka dan beban yang amat besar. Kita nampak ujian dari Allah sebagai bala kerana kita gagal melihat ujian itu dari perspektif yang menyeluruh terutama dari pandangan batin (perkara tersirat).

Monday, November 14, 2011

Kepentingan Komunikasi dalam Rumahtangga

Layanan yang diharapkan dari pasangan adalah;
  • difahami
  • diterima
  • dihormati
  • disayangi
  • diberi perhatian
  • diberi sokongan
  • dipercayai
Keperluan dalam komunikasi adalah:
  • menjadi pendengar yang baik
  • mengambil berat 
  • memberi reaksi positif apabila berkomunikasi
  • ikhlas mendengar atau berkata-kata
  • Memberi galakan dan pujian apabila perlu
  • Elakkan isu panas
Komunikasi mata melibatkan;
  • Kedudukan tubuh dan pergerakan
  • Mimik muka dan air muka
  • Ketrampilan
  • Suara merasa senang dan gembira

Sunday, November 13, 2011

Pengalaman adalah Guru Terbaik

Bagaimana mencipta kejayaan cemerlang dalam kerjaya yang di ceburi? Itulah antara persoalan yang sering berlegar dikalangan individu yang ingin meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi. Pandangan penulis untuk berjaya dalam kerjaya ada pelbagai cara, salah satunya dengan mencari dan mencedok ilmu sebanyak mungkin dalam kerjaya yang kita ceburi. Selain itu pengalaman adalah satu perkara yang juga penting dalam meningkatkan kerjaya. Ada dua bentuk pengalaman iaitu pengalaman diri sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pengalaman ini amat berharga dalam membentuk dan memberi garis pandu kepada inidividu dalam melakar kerjaya HEBAT.

Saturday, November 12, 2011

Kanser dan Risikonya


Apakah  itu kanser?
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.
Apakah yang menyebabkan kanser?
Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak diketahui dengan jelas. Sehingga 90% daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan cara hidup. Faktor-faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama seperti berikut;
§  Faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti jantina, umur dan pembentukan genetik.
§  Faktor yang boleh diubahsuai yang dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling.
Faktor risiko kanser
§  Merokok menyebabkan kanser paru-paru.
§  Makanan yang tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
§  Pengambilan makanan yang diawet dengan garam, bersalai dan jeruk bernitrit yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.
§  Melakukan hubungan seks pada usia yang sangat muda dan dengan ramai pasangan dikaitkan dengan kanser serviks.
§  Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan secara berterusan menambahkan risiko kanser ruang mulut, farinks dan esofagus dan juga kerap dikaitkan dengan kanser hati.
§  Mengunyah sirih tembakau dikaitkan dengan kanser mulut. Jangkitan virus hepatitis B mendedahkan seseorang kepada kanser hati.
§  Pendedahan kepada agen karsinogen di tempat kerja dan alam sekeliling dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
Apakah tanda amaran awal kanser?
§  Berlaku pendarahan yang luar biasa di antara tempoh haid atau selepas putus haid atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
§  Benjolan atau bengkak pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
§  Terdapat perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2- 3bulan.
§  Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit dibahagian tersebut.
§  Pendarahan yang luarbiasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung.
§  Luka atau benjolan bisul yang tidak sembuh atau ulser atau tompok-tompok putih dan merah di mulut .
§  Suara menjadi garau atau serak yang berpanjangan lebih dari dua minggu.
§  Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen yang berpanjangan.
§  Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
§  Badan sentiasa rasa letih atau hilang berat badan secara mendadak (10% atau lebih dalam masa 3 ke 6 bulan)
§  Senak atau kesukaran untuk menelan makanan
§  Batuk berterusan dan kahak berdarah.
Langkah pencegahan dan Pengesanan awal kanser
Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Untuk jenis kanser yang boleh dikesan lebih awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.
Amalkan gaya hidup sihat akan dapat memerangi risiko kanser tersebut. Ini membawa maksud:-
§  Jangan merokok
§  Aktif setiap hari
§  berupaya mengekalkan berat badan yang unggul
§  lebihkan makan berupaya buah-buahan, bijiran dan sayur-sayuran
§  Makan makanan yang berstatus rendah lemak, gula dan garam
§  Jauhi pengambilan alkohol
Link:http://www.infosihat.gov.my & pemplet National Cancer Society Malaysia

Friday, November 11, 2011

Mencari Erti Dalam Kehidupan


Siapa?
Kenapa?
Mengapa?
Bila?
Berapa?
Di mana?
Bagaimana?

Telus dan Tulus dalam Perhubungan

Rumahtangga bahagia adalah idaman semua insan. Banyak perkara yang boleh memberi kebahagiaan dalam rumahtangga jika dapat dipraktikkan oleh pasangan yang berumahtangga. Antaranya adalah setiap pasangan perlu mempunyai sikap TELUS DAN TULUS. Apa maknanya bersikap telus dan tulus? Iaitu: 

  1. mengatakan sesuatu yang tidak benar, tidak bohong atau menipu semata-mata supaya orang diri kelihatan baik, agar diterima, menghindari kemungkinan kesan negatif, atau untuk menutup kesilapan.
  2. memberi gambaran yang tidak sebenarnya secara pertuturan dan perbuatan, dilakukan dengan cara menokok-tambah cerita yang sebenar
  3. tidak mengatakan perkara yang sebenarnya, bertujuan menyembunyikan kebenaran sebagai satu cara untuk mengelakkan diri dari menghadapi kesan dari akibatnya, seperti takut atau tidak mahu bersikap jujur serta tidak mahu kelihatan jahat. 
  4. berpura-pura tidak tahu, sifat ini bukan semata membohongi orang lain tetapi juga menipu diri sendiri. 


Kejujuran amat berkait rapat dengan integriti diri, telus menjadikan diri hebat di mata orang lain dan dapat dipercayai serta mempunyai aura kepimpinan dan karisma tersediri baik dalam dalam rumahtangga mahupun masyarakat. Dalam konteks perhubungan rumahtangga, bersikap telus dan tulus ialah perlakuan jujur, ikhlas  dengan pasangan. Jangan sekali-kali berbohong atau menipu pasangan semata-mata unutk mengmabil jalan mudah.  Sifat telus ini perlu dalam setiap bicara, perbuatan dan juga keputusan. Sebagai contoh pasangan yang seringklali bersikap tidak telus perlu sedar bahawa apa yang ingin disorokkan dari pasangan pasti akan terbongkar jua. Sikap tidak telus akan membawa kepada pembohongan demi pembohongan, jika segala pembohongan atau penipuan itu terbongkar mana secara tidak langsung akan punah kepercayaan kita kepada pasangan. Pasangan yang telah memberi kita kepercayaan akan selamanya bersikap curiga. Rentetan ini boleh berlaku pergaduhan yang berpanjangan, ungkit mengungkit dan sebagainya. Berkata kata benar walaupun pahit itu adalah jalan terbaik. 

Diari Seorang Penulis

Mungkin ramai yang berfikir menulis itu satu perkara yang mudah, namun ada juga yang merasakan ianya susah. Susah atau mudah bagi diri saya menulis memerlukan fokus dan juga kreativiti tersendiri. Sepanjang bergelar penulis sudah tiga kali saya bertukar editor. Alhamdulillah, editor yang bertukar ini bukan kerana tiada keserasian bekerja bersama, tetapi mereka ini mendapat kenaikan pangkat. Setiap editor mempunyai visi dan misi yang berbeza dari segi penerbitan buku. Sekali fikir seperti Menteri yang bertukar di kementerian dalam kerajaan, setiap kali bertukar menteri maka setiap kali itu juga peraturan dan dasar bertukar. Jika dilihat dari sudut yang positif , sebagai penulis saya memang perlu bekerja lebih keras terutama dalam memastikan proposal penulisan menepati kehendak dan citarasa editor. Pada peringkat awal saya rasa sedikit terbeban dan juga kecewa kerana ada proposal yang lama tidak dapat diteruskan kerana itu adalah misi dan visi bersama editor sebelumnya. Bersama editor yang baru penulis terpaksa mencari idea/teknik/approach yang baru. Namun semua ini sebenarnya adalah satu cabaran yang perlu diambil sebagai sesuatu bentuk yang positif dan sihat kerana dengan cara begini penulis akan sentiasa memerah fikiran mencari idea yang baru serta approach yang berbeza dalam penulisan, ini kerana penulisan banyak bergantung kepada kehendak editor dan juga pasaran/market pembaca. Sudah sebulan saya menerima tugasan untuk menghasilkan penulisan yang berkait dengan kesihatan, berminggu saya buntu mencari idea, namun dalam tempuh tersebut saya cuba meneruskan penulisan dalam bentuk kreatif. Dari dulu saya memang bercita-cita untu menulis novel berunsur motivasi dan juga Islamik, setelah cuba mendapatkan editor untuk penulisan kreatif namun belum ada ruang dan peluang untuk saya, maka saya bertekad unutk terus menulis saat idea datang mencurah. Saya meneruskan juga penulisan novel tersebut walaupun belum tahu siapa yang akan menerbitkan buku tersebut kerana  idea selalunya datang disaat kita ditolak. Saya percaya jika ada rezeki adalah ruang untuk buku tersebut dipasarkan. Berbalik kepada penulisan yang perlu diilhamkan, saya akhirnya berjaya memecah kebuntuan, penglaman hari ini cukup berharga apabila saya berjaya menemuramah seorang pesakit kanser yang sayak kenali, hasil temuramah memberi saya idea yang pelbagai untuk menulis tentang kesihatan di bawah label SIHAT MENTAL SIHAT FIZIKAL. Semoga buku yang bakal saya garap ini boleh memberi inspirasi kepada insan yang diuji dengan kesakitan dan juga keluarga mereka yang berdepan dengan ahli keluarag mengidap sakit kronik. Misi saya menulis demi 'Dakwah dan Perjuangan Islam' ini diharap mendapat berkat dan rahmat Ilahi.


Tuesday, November 8, 2011

Tips Membina Imej Diri

Pembentukan diri penting untuk kelihatan menarik dan mempesona dari segi penampilan, perawakan, peribadi dimata orang lain.Ia terbentuk dan terbina hasil daripada asuhan ibu bapa, pendidikan dan pengaruh masyarakat sekeliling. Tips Membina imej diri yang terbaik adalah:
  1. Menjaga Ibadah
  2. Menjaga Hubungan/Silaturrahim
  3. Membina Karisma 

Penghargaan Kendiri (Self esteem)

Penghargaan kendiri (Self esteem) adalah penilaian kendiri yang dibuat oleh individu terhadap dirinya.Penilaian ini juga mengambil kira pandangan orang lain dan bagaimana kita menilai pengalaman tertentu dalam kehidupan kita Seseorang yang dikatakan mempunyai penghargaan kendiri menpunyai keyakinan diri serta melihat dirinya berkebolehan serta bernilai. Mengikut kajian identiti sosial boleh membantu keyakinan kendiri seseorang individu. Menurut Rogers, setiap orang perlu menerima reaksi yang positif. Ini termasuk melalui interksi terapeutik. Emosi juga memainkan peranan dalam keyakinan diri positif.

Bagaimana Meningkatkan Penghargaan Kendiri?
  1. Dapatkan sokongan/support dan kepercayaan diri
  2. Forgive & Forget-Biarkan yang lepas berlalu pergi
  3. Tingkatkan pengetahuan diri
  4. Bicara hati/ self talk
  5. Visualisation/ memotivasikan diri dan belajar dari kesilapan
  6. Menjalin perhubungan jujur
  7. Elakkan perbandingan
  8. Merangka strategi kejayaan
  9. Proaktif & Responsif kepada Perubahan
  10. Reframing
  11. Bina Matlamat Baru

Sikap, Kepercayaan dan Nilai

Sikap merupakan sesuatu yang dipelajari untuk respons kepada seseorang, sesuatu keadaan atau sesuatu idea secara positif atau negatif. Sikap juga memperlihatkan apa yang anda suka dan tidak suka. Jika anda menyukai rakan anda, bermakna anda mempunyai sikap yang positif kepadanya. Jika anda tidak dilahirkan menyukainya tetapi anda telah mempelajari untuk menyukainya. Kepercayaan pula berkait dengan apa dan bagaimana mindset kita berfikir tentang sesuatu. Bagaimana menstrukturkan kefahaman anda tentang apa yang difikirkan betul, apa yang tidak. Ia banyak berdasarkan pengalaman lampau yang dialami. Anda mungkin bersikap positif tentang sesuatu tetapi masih mempercayai bahawa terdapat kesalahan dalamnya. Manakala nilai adalah sesuatu yang berkonsepkan baik dan buruk, betul dan salah yang telah dimantapkan. Nilai anda lebih sukar diubah berbanding sikap dan kepercayaan serta sukar untuk dikesan dan dikenal pasti. Kesimpulannya, kepercayaan merujuk kepada benar/betul atau palsu/salah nilai pula merupakan komponen utama dalam diri kerana telah dipupuk dan dimantapkan sejak awal,  berbanding sikap, ia mencerminkan sama ada kita suka atau tidak kepada sesuatu perkara. 

Persekitaran Berperanan Mentarbiyah Jiwa

Faktor sekeliling memainkan peranan yang amat besar seperti cara didikan bagaimana seseorang individu itu ditarbiah dididik atau diajar.  Mungkin ini salah satu sebab ramai dikalangan ibu bapa yang berdepan dengan masalah mendidik anak-anak cenderung untuk memilih sekolah yang terbaik bagi menempatkan anak-anak belajar. Ini bagi memastikan anak-anak dapat menyerap bukan semata-mata ilmu yang disampaikan pada guru tetepi ‘biah’ itu juga mampu mempengaruhi sikap dan perilaku anak-anak. Memetik kata-kata seorang pakar : “Effective character education is not adding a program or set of programs to a school. Rather it is a transformation of the culture and life of the school.” Dr. Marvin Berkowitz
Faktor persekitaran baik positif atau negative mampu memberi kesan kepada individu. Sebab itu pepatah Arab ada menyebutkan: “ Sahabat kita adalah cermin diri kita”. Sesungguhnya sahabat adalah orang yang rapat dan sering bergaul mesra dengan kita. sahabat mampu mempengaruhi tingkah laku dan cara kita berfikir (mindset). Menjadikan kita individu yang hebat dan baik akhlaknya maka pilihlah kawan kita, hiduplah dalam ‘biah’ Islam. Jika ditakdirkan kita hidup atau berada dalam suasana yang bukan Islam @ tidak baik maka siapkanlah diri dengan benteng keimanan. Biarpun factor persekitaran boleh mempengaruhi diri namun jangan jadikan itu sebagai alasan kerana setiap individu perlu membina jati dirinya. 
Membincangkankan tentang isu di atas, penulis percaya 'biah' atau faktor sekeliling yang memberi kesan  bukan semata kepada manusia tetapi kepada binatang. Penulis mempunyai hobi memelihara binatang termasuk memelihara ikan. Seekor ikan kaloi dipelihara sejak kecil di dalam kolam yang di dalamnya penuh dengan pelbagai ikan kecil, pohon-pohon keladi dan pepohon air, menjadikan ikan ini tidak ganas atau memakan ikan-ikan kecil tersebut. Bahkan ikan-ikan kecil begitu senang membiak melahirkan generasi demi generasi manakala ikan kaloi juga menjadikan pepohon yang tumbuh subur di kolam itu sebagai sumber makanan baginya. Namun berbeza dengan seekor lagi ikan kaloi yang dipelihara di dalam aquarium. Ikan ini ganas dan garang sewaktu lapar dan menjadikan ikan-ikan kecil sebagai makanan. Bayangkan dua jenis ikan yang sama namun dibesarkan dalam dua suasana dan pemakanan berbeza menzahirkan sifat dan tingkahlaku berbeza. Maka adalah tidak mustahil manusia juga begitu. Maka berbalik pada konteks diri sendiri dan juga  anak-anak kita, binalah jatidiri dengan 'biah' Islam. Jadilah seperti ikan dilaut biarpun hidup dilautan yang masin, namun isinya tidak menjadi masin. Itulah  insan yang hebat.

Friday, November 4, 2011

Hari Arafah

Hari ini adalah hari wukuf di Arafah. Semua yang mengerjakan haji berada di tanah Arafah berhimpun tanpa mengira latarbelakang, darjat, semapdan geografi dan bahasa. Apa yang sama adalah mereka semua berhimpun atas perkara yang SATU, menyebut menyeru dan memohon hanya kepada Allah yang Esa. Hati-hati ini bersatu dalam beribadat dan sujud kepada Allah yang KUASA. Saat ini adalah tarikh keramat kerana Allah turun ke langit dunia untuk mendengar segala permohonan hambanya. Bagi yang tidak berkesemapatan berada di bumi Arafah maka mereka disunatkan berpuasa. Puasa itu boleh menyucikan dosa setahun dan tahun yang akan datang. Maka ambillah kesempatan ini walau di mana kita berada untuk bersama-sama menyerah diri beribadat kepada Allah berzikir kepadaNya.  maha Suci Allah, Moga Dia yang Esa meredhai segala apa yang kita lakukan serta menerima segala ibadat dan amal kebaikan serta menyucikan segala dosa. Moga harapan untuk berada di hari wukuf di bumi Arafah untuk hampir kepada Nya diberikan  bukan sekali, namun berkali-kali olehNya... Ameen Ya Rabbal Aallamin.

Thursday, November 3, 2011

JAGALAH ALLAH NESCAYA ALLAH MENJAGAMU.

Perjalanan hidupa setiap individu itu pasti tidak akan sama ujian dan cabaran yang Allah berikan, ada satu-satu perkara  mudah baginya untuk dicapai, maka ada yang lain-lainya begitu susah dan penuh ranjau? Mengapa demikian? Tidak lain untuk manusia itu sentiasa mengenal siapa dirinya, ke mana dia akan pergi dan beristirehat dengan kekal satu masa nanti. Manusia saat di uji sering lupa pada nikmat yang telha diri, mereka lebih banya merintih dan cepar berputus asa. Walhal masa Allah memberikan seribu nikmat alangkah mereka leka dan cepat terlupa...itula sifat insane..oleh  itu Wahai Diri...sentiasalah hampiri  diri kepada Tuhanmu setiap masa dan ketika..JAGALAH ALLAH NESCAYA ALLAH MENJAGAMU...saat kamu susah..mohonlah hanya padaNYA..tika kamu diberi nimat syukurilah DIA... 

Jadilah Insan Yang Prihatin

Setiap kali peperiksaan sudah pasti kita ibubapa akan begitu ingin tahu bagaimana dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Begitulah juga dengan saya, sebagai ibu, pencapaian anak perlu diketahui untuk kita mengenalpasti kelemahan anak-anak. Selain itu saya juga akan bertanya markah siapa yang paling tinggi di dalam kelas unutk menhetahui tahap dan kedudkan pencapaian anak. Menjawab pertanyaan itu anak saya Ieman Ihsan sering bercerita tentang kehebatan seorang pelajar di kelasnya yang sering menjadi saingan di dalam peperiksaan. Mereka berdua bersaing secara sihat dalam mempertingkatkan prestasi. Sebagai ibu, dari dulu saya ingin mengenali dan mengetahui dengan siapa anak saya berkawan bukan mengira kekayaan atau pangkat tetapi dengan mengenal kawan anak-anak saya maka saya dapat mengetahui kecenderungan dan sifat anak saya sendiri. Ibubapa pelajar ini hanya bekerja menjual di pasar, pakaian sekolahnya lusuh, ada masa dia tidak membawa bekal duit ke sekolah.Biarpun adik beradik yang lain sedikit tercicir di sekolah sementelah ibubapa bekerja unutk mencari rezeki namun si kecil ini punyai jati diri yang hebat. Dia mampu membawa diri hingga boleh seiring dengan orang lain bahkan mampu menjadi lebih hebat dibanding pelajar yang lain walaupun rata-rata pelajar di dalam kelas itu dari golongan pertengahan dan elite. Ada ketika Ieman ke sekolah dia diberi wang saku yang lebih untuk dijkongsi bersama pelajar ini. Jika membawa makanan saya kirimkan sekali untuk Ieman berkongsi dengan dia. Apa yang berlaku menyebabkan kawan-kawan begitu musykil dengan Ieman, kenapa sering berkongsi semua perkata dengan rakan yang seorang ini. Pernah satu ketika saya mengethuai beg sekolahnya koyak, maka saya kirimkan beg yang baru melalui Ieman. Menyedari kekurangannya dan kesusahan hidup menyebabkan hati saya tersangat ingin mengenali diri beliau. Keinginan  ini menjadi kenyataan apabila mengambil report kad sekolah saya berkesempatan melihat wajahnya dari jauh. Pemalunya orangnya kerana apabila di panggil dia tidak mahu menghampiri. Kekaguman saya kepada pelajar ini bukan semata pelajaran akademiknya namun dia juga mempunyai kemahiran dalam pendidikan Islam, bairpun tidak di hantar ke sekolah agama atau KAFA, namun dia pandai mengaji. Hari ini saya menulis kerana beberapa kali saya terfikir untk bertemu ibu bapanya. saya amat mengharap pelajar ini dapat belajar di sekolah agama KAFA. Dia pelajar yang baik, pandai maka pendedahan perlu diberi bukan setakat ilmu akademik tetapi juga ilmu agama. Beberapa kali saya terfikir untuk mendaftarkannya di sekolah KAFA belajar bersama-sama dengan Ieman, namun saya bimbang mencampuri urusan keluarga orang lain. Impian itu ssering terbantut. Namun  hari ini saya bersemngat kembali unutk bertemu ibu bapanya, namun no tel yang di dail yang saya dapatkan dari sekolah tidak berjawab. Jika ada kesmepatan saya berhajat untuk pergi ke rumahnya. Buka sebagai ibu kepada Ieman tetapi sebagai guru yang prihatin kepada anak mereka. Pengalam menjadi guru kebajika serta guru biasiswa di sekolah hampir tujuh tahun yang lalu menyebabkan jiwa saya tidak betah melihat pelajar yang berpotensi untuk pergi jauh dalam pendidikan namun kerana kekurangan dan kedhaifan keluatga menyebabkan mereka tidak berpeluang belajar sebagaimana orang lain. Mengenali seseorang yang rapat dengan anak kita juga membantu ibubapa untuk mendidik jiwa dan perlaku anak. Seringkali saya katakan kepada Ieman..lihat lah Fadi Iman..dia belajar dalam serba kekurangan, namun dia tidak menjadikan itu satu alasan untuk dia berjaya cemerlang. Pernah jua terfikir alangkah baik jika pelajar ini saya boleh ambil sebagai anak angkat....Apa yang boleh saya katakan..menjadi ibu bapa serta dalam masa yang sama pernah berkhidmat sebagai guru sebenarnya mencelikkan diri kepada bukan hanya kepada isu dan perihal anak-anak sendiri namun apa yang ada disekitar anak-anak kita. Kita juga secara tidak langsung perlu tahu dengan siapa anak kita berkawan, siapa di sekeliling mereka dan dengan siapa mereka suka bergaul. Apabila kita belajar dan mempunyai keinginan untuk tahu dan mengambil tahu kita sebenarnya mendidik diri untuk menjadi prihatin.

Monday, October 24, 2011

Membina Keyakinan Diri

 

Bismillah,

Seseorang yang tidak mempunyai motivasi seringkali berhadapan dengan perasaan rendah diri dan merasakan duri serba kekurangan. Pembinaan keyakinan diri adalah penting bagi seseorang indiviu meningkatkan motivasi diri. 

Keyakinan diri akan terbina sekeranya individu mengenal potensi yang ada pada dirinya. Bagi mengenal potensi diri individu perlu sedar "Siapa" dirinya, perlu mengetahui asal usul serta menerima segala yang ada pada diri dengan seadanya dari segenap aspek seperti rupa paras, keluarga, kisah silam yang mungkin tidak menarik atau apa-apa sahaja. 

Jika individu tidak dapat menerima keadaan yang dikatdirkan Allah pada dirinya maka secara tidak langsung dia akan hilang keyakinan diri dan secara tidak langsung perasaan tidak yakin pada diri sendiri membawa kepada perasaan rendah diri, berfikiran negatif, susah mempercayai orang lain dan pelbagai lagi sifat negatif terhasil dari tidak yakin diri. 

Seseorang yang ingin membina keyakinan diri perlu percaya bahawa setiap kekurangan yang ada pada diri perlu di muhasabah dan ditingkatkan dengan mengilap kelebihan yang ada pada diri. Kita perlu menerima takdir yang ditentukan Allah. 

Ingatlah! Segala kelemahan dan kekeurangan  itu mampu dijana kelebihan dengan mencari kekuatan dan hikmah disebaliknya. Potensi diri perlu digilap dan perbaiki dari semasa ke semasa. Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan diri. 

Untuk menyokong diri supaya mendapat tenaga yang positif, maka kita perlu memilih kawan yang dapat memberikan kata-kata atau rangsangan yang positif. Ini membantu ke arah membina nilai positif yang ada pada diri. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif dari orang sekeliling. 

Individu perlu bijak mana yang baik dan mana yang buruk. Menggunakan perhatian  atau 'observation' boleh digunakan dalam menilai sesuatu. Walaupn begitu, jangan tertipu dengan penglihatan kita, kadang-kadang apa yang kita lihat bagus itu adalah sebaliknya berlaku,lihat lah menerusi kaca hati dalam membuat penilaian. Bila yakin diri dapat dimilik maka sudah pasti ia mampu memberi kesan kepada kehidupan yang lebih positif.


Kenali Diri Bina Identiti