Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label Muddaris. Show all posts
Showing posts with label Muddaris. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Kasih Sayang siri 1



Bismillah,

Berkongsi satu kisah yang banyak menyedarkan diri bahawa masa yang ada boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara seandainya kita mahu dan rajin. Saya mengenali seorang wanita yang gigh berniaga. Beliau berasal dari Pantai Timur, berkahwin dengan orang berasal dari Kuala Lumpur membawanya menetap di Lembah Klang.

Dara berniaga membawa dirinya membuka sebuah kedari runcit. Walau bersaing dengan kedai Aceh dan sebagainya namun dia mampu untuk sentiasa maju. Kegigihan berniaga tidak di sangkal bila apa sahaja yang ada akan beliau ambil peluang. Berniaga barangan keinginan wanita juga menjadi piliihan. Dari periuk belanga cadar dan sebagainya. Bertahun-tahun mengenali beliau maka saya menjadi tempat untuk engadu masalah. Menjadi kaunselor perlukan saya menjadi pendengar setia segala persoalan dan permasalahan beliau.

Maka seperti biasa penyelesaian mudah adalah kembali pada Allah. Salah satu yang paling membuat saya tersenyum bila dia merasakan dirinya tidak menjadi pilihan ibu. Bahkan adiknya lebih disenangi dan disayangi ibu. Mengapa saya tersenyum kerana saya teringat dua anak remaja peremupan saya. Saya juga teringat kata-kata kakak sulong yang mengatakan ibu saya lebih ingat pada kakak ke tiga saya berbanding mereka yang lain. Bagi yang menjadi ibu sudah pasti jawapan 'semua anak disayangi... namun ia bukan seperti sekeping kek yang boleh di bahagi-bahagi. Kasih sayang sangat subjektif.

Banyak hal-hal berkait kasih sayang dikongsi dan dibincangkan dalam group kaunseling yang saya kendalikan bersama pelajar namun sebagaimana bicara... ia mata subjektif untuk dirungkai, bahasa badan belum tentu memberi ketepatan pada apa yang ada disanubari. Jika kita mengatakan ibu lebih sayang anak yang lain dari kita, maka tanya diri kita yang juga punya anak-anak... Bagaimana? Tepuk dada tanya sanubari, jawab dalamn hati....

Wallahuaalm.

Wednesday, April 9, 2014

Pengalaman mendidik hati nurani



Bismillah,

Ada banyak perkara yang kita buat dalam kehidupan berdasarkan pilihan sendiri. Ada yang susah ada yang mudah. Begitu juga saya. Ada perkara yang saya pilih semata-mata mahu mendidik hati dan jiwa sendiri. Mahu menyelami bagaimana rasa melakukan perkara yang susah. Apa rasanya meletakkan diri di tempat, keadaan dan situasi begitu. Ia membantu diri untuk menyelami dan menghayati apa rasanya berada dalam situasi yang sekiranya kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melakukan. Lalu bila kita berada di situasi itu kita akan merasa bersyukur diberi nikmat dan anugerah oleh Allah.

Perjalanan kita walau ada susah dan payah, namun kita ada banyak pilihan. Bahkan kita mungkin boleh meriba tangan sahaja, tidak perlu berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat seperti insan yang kehidupannya kais pagi makan pagi. Melakukan kerja itu sebenarnya akan mendekatkan kita kepada Rabb Yang Maha kuasa betapa hidup di dunia ini tiada beza antara kita semua melainkan taqwa.

Mendidik hati untuk bertaqwa jika tidak dapat merasai kehidupan si miskin maka kita akan menjadi bakhil. rasa segala kita yang punya. Melalui kehidupan dengan jerih payah mendidik diri agar bersyukur saat diberi dan jangan berputus asa bila diuji. Apa yang ada pada diri adalah pinjaman yang sementara. Lalu berpuasa dan bekerja di panas terik membenarkan fizikal untuk merasai betapa diri masih dapat meneguk rasa enak makanan di waktu berbuka, diri masih berpelunag bermalas-malas dan berehat bila kepenatan. Lalu bagaimana dengan mereka? Masihkan ada ruang dan peluang? Mungkin tidak di dunia namun jika taqwa mereka lebih dari kita sudah pasti ganjaran buat mereka di akhirat sana.

Maka bersyukur Ya Allah. Memberikan sekelumit ruang untuk bernafas dan mendidik diri ku ini menghayati dan merasai.... sungguh diri ini ada ketika menzalimi diri sendiri. Hadir segala nikmat pemberian dari MU masih kurang rasa bersyukur, masih tidak setimpal dengan amal yang diperbuat. Lalu jalan ini ku pilih moga dengannya aku terdidik, darinya aku belajar untuk sentiasa melihat bumi yang ku pijak dan tidak hanya mendongak laingit yang di atas.

Wallahuaalam.

Monday, November 18, 2013

Peranan pendidik


Bismillah,

5 peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik bagi memastikan kecemerlangan dan kegemilangan ummah adalah:

MUDARRIS
ÒMengajar ataupun pengajaran.
ÒBertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial.

ÒApa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh.

MUAALIM
ÒMengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan.
ÒMempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
ÒMengajar kerana Allah dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

MURABBI
ÒMurabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.
ÒSentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka.
ÒMenjadi kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

MUADDIB
ÒMendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar.
ÒBertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar
ÒMemberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. 
MURABBI
ÒMembawa kepada jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah dan khalifahNya dimuka bumi.
ÒMempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan.
ÒAlim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.