Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label Pendidik. Show all posts
Showing posts with label Pendidik. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Taadib


TAADIB
Pengalaman menjadi pendidik, mengajar bakal pendidik dan menjadi mentor kepada pendidik amat berbeza. Saya bertuah berada dalam 3 situasi ini untuk diri sendiri mengutip pengalaman dan muhasabah diri.
Semalam dalam satu sesi interview seorang bakal pendidik diminta untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang tempoh practicum. Lalu beliau berkongsi satu pengalaman.
"Seorang pelajar memukul pelajar yang lain hingga kawan tersebut menangis. Lalu saya memanggil pelajar tersebut, sebagai pengajaran saya memukul tangannya secara perlahan untuk memberi pengajaran. Pelajar itu kemudian dibiarkan sendirian.
Tidak lama kemudian dia datang kepada saya dan menyatakan... Cikgu saya janji, janji saya tak buat lagi".
Lalu saya bertanya kepada bakal guru tersebut, apakah itu approach yang terbaik dalam mendidik anak-anak? Mungkin ada lagi alternatif lain?
Kelu!
Apa kata senario berbeza, anak tersebut tidak perlu dibalas pukulannnya, namun cukup sahaja menyatakan perbuatan itu tidak baik dan tidak perlu memencilkan dia?
Moral:
+Seringkali dalam mendidik anak-anak kita tanpa sedar mengajar anak untuk membalas semula perbuatan. Mungkin lebih baik jika kita mendorong anak-anak agar saling memaafkan.
+ Skil interview berbeza-beza berdasarkan pengalaman dan latarbelakang pendidikan. Tepuk dada tanya apa yang kita mahu?

Wednesday, April 1, 2015

Cikgu oh Cikgu


Bismillah,

Hari ini merupakan hari terakhir sebagai pengurus di tadika abs Al Ihsan setelah hampir 7 bulan lebih menggalas tugasan ini. Hari ini juga hari terakhir bagi dua orang guru yang terpaksa menyambung pelajaran. Dan dalam masa yang sama ada dua orang guru yang mendaftar untuk bertugas bagi menggantikan mereka berdua.

Selama hampir 6 bulan menggalsa tugas dengan pelbagai cabaran, ia satu kenangan indah yang tidak terucap. Besar dan banyak pengalaman yang dikutip sepanjang 7 bulan mengendalikan tadika. Ia juga pengalaman manis bila berpeluang mengajar anak-anak tadika. Jika pada awalnya saya rasa amat kekok dan sering tertanya bagaimana mengendalikan, bila menempuh pengalaman itu sendiri, ia amat mengujakan.

Anak-anak ini ibarat kain putih. Kita sebagai guru yang mendidik mereka. Biarpun tidak terlibat secara langsung dalam P&P namun pengalaman mengurus tadika memberi satu input yang berguna untuk diri. Satu
masa jika mahu membuka tadika saya sudah tahu caranya bagaimana.

Saat pertemuan dan perpisahan hari in berakhir dengan suasana keceriaan. Kami juga mendapat hadiah istimewa dari Che Puan Muda Mariam. Moga pengalaman ini menjadi satu titik kejayaan untuk masa akan datang.






Monday, February 9, 2015

MEMPERKASAKAN BAHASA ARAB

Rakan Fb iaitu Dr Fitri Salleh berkongsi tentang terminology bahasa Arab di muka buku beliau dan saya amat tertarik sekali. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa ahli syurga. Mempelajarinya adalah satu ibadah.
===== ====== ====
Bahkan mempelajari Bahasa Arab sekarang ini bukan semata-mata untuk memahami Al Quran, ia juga penting untuk kita membaca buku-buku ulama terbilang secara langsung dan bukan melalui terjemahan.
Sahabat saya yang pakar ilmu hadith dan juga amat mahir Bahasa Arab iaItu Tuan Haji Ab Hakimee Abdullah pernah menyuarakan pandangan beliau tentang hal ini. Katanya tidak sama membaca terjemahan dengan naskah asal. Adakala terminology itu tidak/kurang menepati maksud sebenar.
Ada benarnya juga, semalam saya menonton Al Khawater, perkataan 'tamam' diterjemahkan sebagai 'puas hati'. Saya tidak mengatakan terjemahan ini salah namun ada perkataaan lain yang sesuai. Antara buku Islamic Psychology yang menjadi rujukan saya contohnya adalah tulisan Al Balkhi, ia tidak mudah untuk difahami kerana lenggok yang digunakan itu amat tinggi bagi diri saya yang belajar Bahasa Arab tahap kelas corot.
Apapun sejak itu saya berazam untuk lebih mendalami bahasa Arab. In sya Allah bagi memperkasakan Bahasa Arab untuk memahami isi kandungan Al Quran saya juga akan menawarkan kelas Bahasa Arab kepada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Saturday, September 6, 2014

Pengalaman membuka tadika


Bismillah,

Hari ini saya dari pagi merasa teruja untuk berunding dengan seorang pemilik premis kedai untuk tujuan tadika ABS Al Ihsan yang akan dibuka. Apabila tiba di depan premis saya rupanya ada seorang lagi yang juga berminat mahu menyewa kedai tersebut. Saya berpeluang melihat di sebelah dalam kedai. Ia memang menarik namun sebelum ini kedai tersebut merupakan pusat snoker. Tapi ia tidak lama kerana premis itu dibasmikan oleh pihak berkuasa tempatan kerana tiada lesen.

Bila berunding harga sewa, pemilik itu seperti tidak mahu menurunkan harga. Namun saya terpaksa akur. Bila keluar dari premis, tiba-tiba seorang lagi mahu menyewakan kedai tersebut menawarkan saya kedai rakannnya yang juga berhanpiran dengan jalan bahkan sewanya juga lebih rendah. saya terus bersetuju. Seronok melihat kawasannya yang lapang bahkan ada pula ruang padang di laman belakang. Saya menjadi bertambah teruja. Ya Allah mudahkan laluan ini.

Apa yang paling seronok saya dipanggil cikgu. Dah lama tak dengar panggilan itu. Saya sudah hampir 10 tahun meninggalkan dunia persekolahan. 2003 meninggalkan SMKSU untuk menyamnung PHD dan tidak lagi bersama Kementerian Pelajaran. Namun kini saya kembali ke dunia pendidikan tetapi dalam ruang lingkup yang berbeza. Ia sungguh dekat di hati. Segala yang ada merupakan pernacangan Allah kerana Dia sebaik-baik Perancang.
Wallahuaalam.



Monday, November 18, 2013

Profesionalisme dalam pendidikan

Profesionalisme adalah keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran.
Seseorang yang profesional adalah terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika kemahiran.
Pembudayaan kualiti memastikan setiap hasil kerja mereka sesuatu yang berkualiti dalam semua aspek.
Kualiti ini dapat dinilai melalui sumber manusia yang dilahirkan.


Peranan pendidik


Bismillah,

5 peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik bagi memastikan kecemerlangan dan kegemilangan ummah adalah:

MUDARRIS
Ã’Mengajar ataupun pengajaran.
Ã’Bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial.

Ã’Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh.

MUAALIM
Ã’Mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan.
Ã’Mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
Ã’Mengajar kerana Allah dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

MURABBI
Ã’Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.
Ã’Sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka.
Ã’Menjadi kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

MUADDIB
Ã’Mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar.
Ã’Bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar
Ã’Memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. 
MURABBI
Ã’Membawa kepada jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah dan khalifahNya dimuka bumi.
Ã’Mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan.
Ã’Alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Friday, June 21, 2013

Bijak buat keputusan


Bismillah

Hidup seringkali berkait dengan keputusan yang kita buat, keputusan tersebut pastinya ada yang betul dan adakala silap walau seperti telah dibuat pertimbangan sebelumnya. Bahkan ada keputusan yang betul tidak perlu memakan masa yang lama. Lalu bagaimana mengatasi bila silap berbuat keputusan?

Pada hemat saya perbincangan dan mendapat mendapatkan pandangan orang lain adalah satu cara yang baik, namun ia tetap perlu diteliti kerana yang bakal menaggung segalanya adalah diri. Maka yang baik adalah bila bermusyawarah lakukanlah istikharah. Supaya hati tenang. Memang adakala permasalahan tidak akan selesai hasil keptusan yang silap tadi. Namun setidaknya kita pasrah dengan apa jua takdir berlaku. Setidaknya Allah mempermudahkan kita setelah silap melakukan keputusan. ia juga merupakan satu bentuk pengalaman dan ilmu buat diri.

Wallahuaalam

Friday, May 31, 2013

TEKNIK MEMBACA BERKESAN


a. Browsing: tinjauan awal untuk membolehkan pembaca menilai isi sepintas lalu. Contoh memilih sebuah buku dari perpustakaan

b. Scanning : digunakan untuk mendapatkan idea - idea dan isu - isu utama dengan cepat. tumpuan diberi kepada perkataan penting, isi penting, fakta penting.

c. Speed reading: membaca secara cepat bagi mendapatkan sesuatu gambaran keseluruhan.

d. Study reading : perlu membaca dengan berhati - hati untuk memahami butir - butir atau penerangan yang kompleks.

 

Tuesday, May 28, 2013

Peranan Pendidik

Guru tidak sepatutnya jadi seperti sebatang jarum. Menjahit segala jenis pakaian, tetapi dirinya sendiri sedang ‘tidak berpakaian’. Demikian juga kita sebagai seorang pendidik, jangan hanya sibuk mencurahkan ilmu dalam masa yang sama kita berkelakuan seperti orang yang tidak memiliki ilmu.




Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013



Selamat hari guru pada semua warga pendidik..

Pendidikan amat penting kepada anak-anak. Ramai ibu bapa memilih pendidikan agama demi memastikan anak-anak bakal lahir sebagai generasi yang beriman dan bertaqwa. Ini adalah satu insiatif yang bagus. Bersekolah di sekolah aliran agama bukan satu lesen yang anak-anak akan lahir menjadi anak yang baik dan beriman. Biarpun tidak semuanya tidak berhasil kerana rata-rata pelajar yang bersekolah agama lebih bagus dari segi syakhsiah mereka kerana ilmu yang dipelajari disekolah. 

Sebagaimana yang penulis katakan memang ada segelintir pelajar yang bersekolah agama, tetapi bila mereka keluar ke universiti, berada di alam pekerjaan watak dan karakter mereka tidak lagi bercirikan pelajar sekolah agama. Ada yang tidak segan silu melahirkan karakter, minat dan kcenderungan mereka dari gaya mereka berpakaian, minat yang mereka tonjolkan, rakan-rakan yang mereka gauli serta cara berfikir mereka adakala seperti mereka bukan dari didikan atau hasilan sekolah aliran agama. 

Persoalannya kenapa ini berlaku? Adakah ia kesilapan guru walhal pelajar-pelajar ini kebanyakannya cemerlang dari segi akademik. Adakah kesalahan ibu bapa kerana ibu bapa sudah cukup memberikan contoh terbaik kepada mereka. Adakah kesilapan sistem pendidikan yang ada bilaman silibus menekankan juga terhadap nilai-nilai yang perlu.Pada pandangan setengah sen penulis, ini berlaku kerana AQIDAH yang tidak mantap. Mereka belajar agama tetapi tidak meresap ke dalam jiwa. Mereka belajar agama tetapi penghayatan hanya surface sahaja. Mereka belajar agama setakat kehendak ibu bapa tanpa jiwa dan perasaan mereka menghargai ilum yang dipelajari dengan mempraktikkan apa yang mereka pelajari. 

Selain dari aqidah, mereka yang sebegini realtinya belum matang, dan masih tercari-cari erti dan makna kehidupan. Mereka masih mengagungkan hiburan yang tiada makna kerana matlamat kehidupan akhirat masih kabur. Dunia yang singkat dan sementara ini dilihat sebagai medan untuk melampias kehendak dan nafsu yang merajai diri... lalu harapan ibu bapa melihat anak-anak menjadi anak yang soleh berkecai... 

Bukan salah ibu bapa.. tetapi ia merupakan cabaran kepada ibu bapa untuk sentiasa menerapkan ilmu agama pada anak-anak sepanjang kehidupan.. Anak-anak yang iman mereka  kurang mantap perlu sentiasa diingatkan akan matlamat kehidupan. Ibu bapa perlu memahami bahawa ada anak-anak yang merasa dikongkong (dek kerana jiwa mereka masih bercelaru dan cintakan dunia) maka apabila sudah belajar di universiti, sudah bekerja ia seperti satu kebebasan yang bermakna buat mereka untuk buat apa yang mereka suka dan minat, walaupun bercanggah dengan kehendak agama. 

Kita perhatikan seorang pelajar yang hebat dan kental imannya biarpun tidak belajar di aliran agama, dikelilingi oleh biah yang kurang Islamik tetapi masih menjaga ciri-ciri Muslim yang sebenar kerana mereka faham kenapa mereka bergelar Islam. Mereka menghayati apa maknanya menjadi hamba Allah. 
Biar apapun isu ini hanya berlaku segelintir kepada pelajar aliran agama. Masih ramai yang lahir sebagai cendikiawan terbilang, menjadi pelapis perjuangan ulama. Jangan merasa serik memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap cabaran yang di beri, setiap peristiwa yang allah uji ada hikmahnya. Sebagai ibu bapa jangan putus berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah.
Wallahuaalam.

Monday, April 22, 2013

Kejayaan perlukan skrip kehidupan


Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah baik dalam apa bentuk kejayaan yang kita mahukan. Kita mahu berjaya dalam pelajaran, perniagaan, pekerjaan, keluarga atau apa sahaja maka tips terbaik adalah melakarkan skrip kehidupan. Apakah yang dikatakan skrip kehidupan? Skrip kehidupan adalah perancangan yang kita tulis dan kita sering nyatakan secara lisan apa yang kita mahukan. 

Friday, April 5, 2013

TIPS PENGURUSAN STRES



  1. Kenali punca-punca stress
  2. Terima perubahan di dalam kehidupan
  3. Menangani perubahan & adaptasi skil-skil baru
  4. Psikologi Positif - Paradigma Baru
  5. Pandangan Optimistik
  6. Mengembangkan skil-skil yang berkuasa dan semulajadi di dalam menangani tekanan
  7. Mengubah stres menjadi kekuatan dan ketahanan diri sendiri




Konsep Belajar ; Adakan Jurnal Peribadi untuk Inspirasi


Belajar adalah topik yang sama ada disukai atau sebaliknya. Biar apapun konsep belajar adalah :
  1. Niat kerana Allah
  2. Jihad mencari ilmu
  3. Mendapatakna ilmu pengetahuan
Seseorang yang berjaya kerana mendapat pengetahuan bukan semata keputusan yang bagus. bagi mendapat kepuasan belajar dunia dalaman menentukan dunia luaran. Jika kita belajar kerana Allah, kerana ia satu jihad maka ia bukan satu perkara yang susan dan bukan juga satu keterpaksaan untuk kita laksanakan. Bahkan belajar adalah satu perkara yang amat menyeronokkan. Untuk mengubah diri supaya seronok dan gembira menjadi pelajar, maka inidividu boleh mengadakan jurnal peribadi. Jurnal peribadi ini mampi mengubah diri masa 40 hari untuk menjadikan ia satu tabiat yang baik. Apabila memilik jurnal maka  ia  perlu ditulis setiap hari, dalam seminggu apa yang ditulis pasti diingat. Jurnal adalah satu yang boleh memberi motivasi untuk melakukan dan ia juga boleh memberi inspirasi untuk membangkitkan jiwa dan semangat terhadap belajar. Dengan adanya jurnal peribadi ia mengingatkan kita apa yang perlu dilakukan sebagai pelajar. 

Selamat Mencuba

Sunday, March 17, 2013

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR


Apa yang jarang diketahui oleh sesetengah pelajar adalah bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Ada juga yang tidak mengetahui bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.




Wednesday, December 19, 2012

Dairi Seorang Penulis : Menjana Idea Menulis


Seringkali saya mengatakan apabila mahu menulis akan ada banyak cabarannya. Salah satunya adalah bila kita mahu menulis tetapi kekeringan idea. Idea seperti tidak dapat dikeluarkan untuk menulis biasanya berkait dengan emosi atau fikiran kita yang mungkin terganggu dengan sesuatu hal. Saya juga pernah begitu, tetapi adakalanya juga apabila kita dalam keadaan tertekan atau bersedih idea boleh juga datang mencurah. Maka tidak dapat tidak saat idea tidak mahu datang maka inilah ketikanya kita perlu mennambahkan lagi ilmu dengan membaca. membaca adalah satu perkara yang wajib bagi yang mahu menjadi penulis. 

Jika kita malas membaca dan menggali ilmu maka idea kadangkala susuh untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan. ramai yang kononnya mempunyai idea pelbagai, tetapi mempunyai kesukaran untuk diterjemah dalam bentuk penulisan. Bahkan ada yang sudah menulis pelbagai perkara tetapi sering tidak berkesudahan, ini kerana diri adakala mempunyai mood tersendiri, bahkan adajuga datang sifat malas, ketika itu kita memberi alasan pelbagai untuk tidak siap menulis. 

Tips paling mudah bagi memastikan kita sentiasa dapat menjana idea berterusan bukan semata-mata membaca, kita perlu juga memohon kepada Allah agar diberikan ilum dan ilham. Kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah atas anugerah ilmu dan pengetahuan kepada kita. Semuanya adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu banyakkan soalt taubat serta beristikharah agar idea menulis akan dapat diperoleh. Untuk menjadi penulis perlu berani dan percaya bahawa apa yang kita tulis itu walaupun mungkin tidak sehebat orang lain tetapi setidaknya kita telah memulakan langkah unutk menjadi penulis.
Wallahuaalam

Wednesday, November 21, 2012

Amanat Sayyid Qutb


Petikan surat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb sebelum syahid di tali gantung.

"....Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad.

Adapun, jika kita hidup untuk orang lain iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana mulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini.."

Friday, November 16, 2012

Diari Seorang Penulis 3


Menjadi penulis adalah cita-cita ramai orrang, namun tidak semuanya menjadi kenyataan dek kerana ada pelbagai kekangan. Antaranya ada beberapa orang sahabat saya yang mahu menyiapkan buku mereka tetapi tidak berkesudahan kerana merasa susah membuat olahan dari segi bahasa. Ada juga yang mempunyai fakta dan mesej yang mahu disampaikan namun masa pula tidak mengizinkan. Ada juga yang sudah menyiapkan beberapa naskah tetapi ia tidak pula mendapat kelulusan dari pihak penerbitan. Pendek kata menjadi penulis bukanlah satu perkara mudah walau dilihat seperti mudah. 

Pada saya, nergelar penulis tidak perlu mendabik dada merasakan diri hebat, kerana menulis adalah satu tanggungjawab. Ia sekadar satu medium menyampaikan segala misi. Menjadi penulis juga bukan bermakna kita tahu segala, ia sebenarnya banyak memberi kesedaran bila menulis ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu kerana untuk menulis perlu banyak membaca. Bagi yang mahu bergelar penulis jangan serik mencuba, kerana saya juga banyak melakukan percubaan... Percubaan sekali bukan bererti gagal..tapi ia sekadar permulaan untuk langkah kejayaan... 
Good luck.  

Wednesday, October 3, 2012

Pesanan Buat Diri


Setiapkali dibohongi, sematlah dalam hati bahawa...
Dia Maha Mengetahui hakikat kebenaran.
Dan sesungguhnya kebenaran itu akan terbukti cepat atau lambat.. 
Selebihnya pasrah dan redha kepadaNya agar orang yang suka berbohong ini diberi hidayah untuk berubah.

Tuesday, August 7, 2012

Bersyukur dengan Anugerah Allah




Hari ini dan semalam sungguh bertuah buat saya kerana bertemu dengan insan hebat yang begitu kental dan bersemangat walau dugaan yang menimpa amat hebat. Berkongsi kisah suka duka mereka menyebabkan saya berasa diri begitu bertuah. bersyukurnya saya walau saya merasa apa yang saya lalui dalam kehidupan amat mencabar. Terasa kecil ujian yang Allah beri buat kita bila mendengar orang lain lebih teruk ujian yang menimpa mereka.

Kita sepatutnya belajar menghargai orang-orang sekeliling kita sebelum terlamabat. Sebelum mereka hilang disisi kita. Kita kadang kala suka mengkritik, suka mencari kesilapan bahkan tidak pernah merasa apa yang dibuat oleh orang-orang yang kita sayang atau mereka yang disekeliling kita lakukan kepada kita. Bahkan kita merasa apa yang beri kepada tidak pernah cukup dan tidak penrah sempurna.

Bersyukurlah dengan segala pembarian Allah, buruk baik pasti ada. Namun jangan smapai kita tidak bersyukur dengan sedikit rahmat tersebut. Kita selalunya menyesal apabila yang kita milik telah diambil pergi. Kita biasanya mahu bersyukur bila apa yang ada hilang disisi. Belum terlambat buat kita untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berbudi buat kita. Ucaplah terima kasih, sampaikanlah ucapan kasih sayang moga saat mereka tiada disisi kita tidak terkilan dengan perbuatan sendiri.