Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label TANGGUNGJAWAB. Show all posts
Showing posts with label TANGGUNGJAWAB. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Hargai tika dan saat ini



Bismillah,

Hargai apa yang kita miliki saat ini, sebelum ia pergi, sebelum kita meratapi dan sebelum kita menyesali.

Itulah yang seringkali saya katakan, itu jua yang sering saya ingatkan.

Realiti hidup sukar untuk dimengertikan. Kita tanpa sedar mengambil mudah dengan apa yang ada di depan mata. Kehidupan seharian menyebabkan kita leka. Kita tidak ambil endah.

Ada ibu bapa, namun tidak kita hubungi bertanya khabar, walhal kita boleh bersembang berjam-jam dengan rakan sekerja. Bila mereka pergi dan sudah tiada. Ia tidak bermakna lagi.

Ada isteri/suami yang sangat setia, namun kita sering tidak menghargai apa yang Allah beri. Kita lebih sibuk mencari salah dan silap dari menghargai. Bila satu ketika pasangan kita dipanggil Illahi saat itu baru kita meratapi.

Ada anak-anak yang menagih kasih, dek sibuk dengan urusan jarang sekali kita berkesempatan melayani dan mengisi masa bersama. Jarang sekali kita peluk dan bertanya khabar. Bila Allah panggil anak kita pergi, ia tidak bermakna lagi.

Ada sahabat yang baik sering membantu saat susah, selalu menceriakan saat kesedihan. Bila kita di puncak kejayaan, kita lupa ucapkan terima kasih, tidak sekali penghargaan kita berikan. Bila sahabat kita tiada lagi, baru kita mengerti erti sunyi.

Kehidupan hari ini, perlu kita hargai, dengan menghargai siapa sahaja insan yang ada disekeliling kita. Siapa jua mereka.

Jangan biarkan perasaan menyesal dan bersalah menghantui diri. Berilah yang terbaik pada insan yang penting dalam hidup kita. Ketika masa masih ada, buatlah apa yang perlu. Laksanakanlah tanggungjawab yang sepatutnya. Belum terlambat. 

Tuesday, April 7, 2015

Harta Pusaka



HARTA PUSAKA
Allah memberi rezeki dengan cara yang berbeza. Ada yang diperoleh secara mudah dan ada juga yang terpaksa kita usahakan sendiri. Salah satu rezeki yang bergolek adalah harta pusaka. Apa jua yang dinamakan harta setiap darinya akan dipersoalkan kelak, salah satunya bagaimana kita membelanjakan harta itu? Apakah manfaatnya buat diri dan orang lain?
**************************
Saya mendapat harta pusaka peninggalan arwah ayah sewaktu genap usia saya 18 tahun. Paling saya terharu dan saya kagum dengan ibu saya adalah beliau tidak pernah menjual walau sebidang tanah pun harta peninggalan arwah ayah.Walau terpaksa bekerja keras mencari rezeki untuk anak-anak, namun sebagai ibu tunggal yang gigih. ibu saya tidak pernah putus asa dengan rezeki. Tidak juga berjoli dengan apa yang ada.
Setelah sekian lama,sering sibuk dengan urusan kerja, maka seminggu yang lalu sekali lagi ibu memaksa saya pulang untuk memberikan sebahagian lagi harta pusaka yang belum ditukar hak milik. Katanya sebelum menutup mata dia mahu selesaikan apa yang patut. Sekarang ibu tidak punya apa-apa. Harta yang berharga beliau miliki adalah kami, anak-anak dan cucu cicit. Namun kami sebagai anak-anak biarpun harta pusaka sudah bertukar hak milik segala hasil sawah dan juga kebun tetap jadi hak milik ibu.
Sewaktu itu saya tidak berapa tahu nilaiannya. Namun jika dinilai kesemuanya ibu saya sudah jadi jutawan sekarang ini, jika semua ini masih menjadi miliknya.Pendek kata setiap tahun boleh ke Tanah Suci. Hakikatnya ibu tidak tamak, dia mahu anak-anak memperoleh apa yang sepatutnya.
Bahagiakah milik harta pusaka? Hakikatnya, disaat usia berganjak dan diri semakin matang, saya semakin sedar harta itu datang bersamanya dengan tanggungjawab. Persoalan pertama yang sering saya katakan pada diri, berat amanah ini.... Belum cukup bakti saya kepada ibu ayah serta datuk nenek moyang yang telah mengusahakan tanah pusaka ini. Merekalah yang telah mengeluarkan keringat meneroka tanah menjadikannya ladang.
Sejujurnya harta ini perlu dikembangkan menjadi ladang pahala untuk mereka. Segala hasil perlu menjadi sedekah jariah yang akan mengalir kepada mereka di alam barzakh. Sebagaimana hadith Rasulullah menyebut salah satu yang dibawa anak Adam bersamanya ke alam kubur adalah sedekah jariah. Maka kita sebagai penerima harta pusaka inilah berperanan untuk menjadikan dan menyambungkan ia agar menjadi ladang pahala kepada mereka yang telah pergi. Sungguh besar amanat ini....
Namun hakikat sebenar, sewaktu kita hiduplah jugalah kita perlu memperbanyakkan amal jariah. Harta yang ada jika anak-anak tidak memperbuat yang sepatutnya maka ia tidak akan bermakna apa-apa. Saya terfikir mahu mewakafkan sedikit dari apa yang ada. Ya Allah jadikan kami golongan kaya di dunia dan kaya di akhirat. Di dunia kaya dengan amalan kebaikan dan di akhirat menjadi jutawan yang bakal mendapat sebaik-baik ganjaran dari Allah.
Wallahuaalam.

Friday, June 14, 2013

Tip Bahagia siri 2

Sambungan tips Bahagia...


16. Kurangkan cakap & lebihkan mendengar,
17.Luaskan jaringan sahabat,
18.Menyendiri sekali sekala,
19.Jaga diet,
20. Exercise,
21.Bentuk sifat Qanaah,
22. Sentiasa jujur-- sekali bohong, kena tutup dgn pembohongan berterusan,
23.Kawal diri jgn sampai org lain yg kawal diri kita,
24.Ubah apa yg termampu, yg lain serah kpd Allah,
25.Hakis sifat takut & risau & yakin ketentuan Allah yg terbaik,
26.Fokus pd 1 masalah pd 1 masa,
27. Elak bawa masalah hingga tidur,
28. Selalu bahagiakan org lain,
29.Bentuk rutin harian yg positif,
30.Programkan minda utk bahagia,
31.Temui cinta sejati,
32.Hidupkan seberapa byk sunnah harian,

33.Seimbangkan hidup agar harmoni

Dari FB Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Friday, May 31, 2013

Membina Keluarga Bahagia




Alhamdulillah sempena kedatangan Jumaat yang barakah akhirnya saya berjaya menyiapkan draft buku Membina Keluarga Bahagia. Dengan segala macam kerja yang perlu dibereskan ada rasa sepeti tidak percaya boleh menyiapkannya.. ternyata Allah mempermudahkan jalan dan urusan..

Friday, May 3, 2013

Amalkan Zikir, Wirid dan Doa


Kesempurnaan hidup adalah keinginan semua, ini berkait dengan menyempurnakan amalan seperti solat, berzikir, berdoa dan banya melakukan amalan sunatnya selain amalan yang wajib. Bagi memelihara diri agar boleh menjaga kewajipan amalan serta menambah yang sunat maka kita perlu banyak melakukan muhasabah diri. Cuba bayangkan seandainya kita mati esok hari apa bekalan kita. Adakah semuanya sudah mencukupi untuk dibawa kea lam sana? Yakinlah bahawa setiap yang kita lakukan baik kebaikan atau kejahatan ada dua malaikat iaitu malaikat Raqib dan Atib yang sentiasa mencatat amalan kita. Oleh itu pastikan diri kita sentiasa berada dalam ibadat contohnya banyak berzikir kepada Allah.
Bila mahu berbuat sesuatu kita fikirkan pilihan yang kita ada. Contoh kita boleh memilih antara iman @ nafsu, dosa @ pahala, syurga @ neraka, taat @ maksiat, Allah redha @ Allah murka.  Bila kita boleh member peluang kepada diri untuk berfikir sebelum memlakukan sesuatu maka ini boleh menjaga kita dari melakukan perkara mungkar dan membawa kita mengerjakan perkara makruf. Lalu biasakanlah diri setiap masa dengan zikir sambil melakukan apa sahaja seperti sewaktu memandu, melakukan pekerjaan. Bila waktu bersolat ajarlah diri untuk wirid terlebih dahulu, agar kita ada masa untuk Allah dari perkara-perkara lain yang berbentuk dunia. Selebihnya, berdoalah agar Allah memelihara kita dengan rahmat dan taufiqNYA.
Wallahuaalam.
3.Mei.2013

Thursday, April 25, 2013

Janji yang ditagih


Janji itu amanah
ia bukan sekdar lontaran kata
atau jua luahan bahasa
saat dipertutur
hadir bersama tanggungjawab
munafik bagi yang engkar
lalu janji itu
jangan dipermain sesuka hati
kelak termakan diri
janji bukan sebarang janji
menjadi bukti di hari kemudian
janji yang tertunai 
pasti tersedia ganjaran

Nukilan; ummu ieman ihsan

Saturday, April 20, 2013

PRU 2013: Rasional dalam tingkah laku, jaga akhlak dan adab

Hari ini sekali lagi detik bersejarah terukir bila pengumuman untuk pencalonan calon-calon PRU 2013. Dan ia juga menjadi detik bersejarah kerana hari ini saya menempah tiket untuk pulang mengundi.. Setelah layak mengundi sebanyak 4 kali bari ini kali pertama saya in sya Allah akan menjalankan kewajipan mengundi. Ramai yang bertanya bahkan menyalahkan saya kerana tidak mengundi. Sekali fikir saya tidak mahu mengundi kerana saya tidak minat berpolitik, walaupun tahu politk adalah sebahagian dari agama. Pun begitu saya tetap menyokong dalam senyap mana-mana pemimpin yang layak pada mata saya. 

Thursday, April 18, 2013

Wanita Srikandi


Sheikh Mustafa Sibai’i seorang ulama’ dan tokoh di dalam Ikhwanul Muslimin pernah menulis,
Wanita adalah penyakit dan juga penawar. Perempuan yang cerdik, berakhlak mulia dan mempunyai perasaan yang halus adalah ubat serta penawar kepada suami dari segala keletihan maknawi dan fizikal.

Manakala wanita yang jahil dan bodoh menjadi penyakit kepada keluarga dan beliau mencemarkan setiap ahli keluarga dengan kuman-kuman keluh kesah serta pergaduhan.

Wanita solehah dan istiqamah pula menjadi penyembuh kepada seluruh penyakit yang menimpa masyarakat.


Thursday, April 11, 2013

Bijak membuat pilihan


Seronoknya perasaan mahu balik kampung, itu bagi yang tiada komitmen. tapi bagi yang ada komitmen pastinya akan ada sambungan ayat yang seterusnya iaitu... seronok balik kampung jika tak perlu pergi tuisyen, bahagia balik kampung jika tidak memikirkan kerja-kerja ofis yang menimbun..serta pelbagai lagi sebab-sebab yang memusnahkan perasaan ingin pulang ke kampung. Tetapi untuk kali ini, bila diumumkan pilihanraya 2013 maka ia seperti satu tolakan bagi yang mengatakan tiada masa dan ruang unutk bercuti ke kampung kerana terpaksa pulang demi menunaikan keawajipan. Itu bagi yang nama mereka tersenarai untuk mengundi di kampung halaman. Bagi yang mengundi di kawasan kediaman maka sudah pasti ia satu kemudahan. Berbalik kepada terpaksa balik kampung kerana mengundi ia juga satu keseronokan kerana adanya peluang unutk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Semalam saya berkenalan dengan seorang hamba Allah yang mahu menempah tiket bas untuk pulang ke kampung. Katanya tiket nanti kehabisan, jadi beliau perlu cepat-cepat beli. Lalu sempat saya bertanya.. "bukan main semangat lagi mahu balik mengundi, agak-agak mahu undi parti mana la gamaknya yea.." saya sekadar bersoloroh sahaja tetapi, beliau menjawab.. "saya sepuluh tahun berada dlm parti x.. saya pernah menghina dan memaki serta mencaci seseorang ..... sekarang saya sangat-sangat insaf, rasa sangat2 bersalah, saya mahu pulang ke kampung kerana mahu memastikan parti y ini menang"..terkedu saya mendengar.. Lalu panjang lebar diceritakan pada saya kisahnya..

Moral ceritanya.. kita tidak boleh terlalu taksub dengan sesuatu hal hingga sanggup mencaci dan memaki orang lain. Insan yang beliau sebut itu pernah saya ketemu beberapa kali. setiap kali beliau akan berpesan satu perkara ini yang tidak saya lupa..beliau tidak banyak mercerita soal parti..tetapi lebih banyak menasihati soal ibadat dan prinsip.. sementelah bercakap dengan kami yang sememangnya dari sekolah aliran agama..kata beliau" walau sesibuk mana pun kita jangan tinggal solat tahajjud..amanah Allah perlu dijaga..".

Lalu siapapun pilihan parti yang kita pilih dan percaya untuk memegan tampuk negara pastikanlah ia boleh membawa kita kepada insan yang lebih baik yang tiada lain matlamatnya melainkan untuk mencari redha Allah agar hidup di negeri hakiki akan selamat...
Wallahuaalam.   

Tuesday, April 9, 2013

Ucapkan Terima Kasih


Pernahkan anda mengira, berapa kali mengucapkan terima kasih kepada suami? Atau hakikatnya lebih banyak anda merungut dan mengkritik dari mengucapkan penghargaan. Maka sudah pasti berpuluh alasan diberi untuk menyatakan suami tidah berhak mendapat penghargaan. Bahkan suami yang perlu berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban. Bila ditanya pula pada suami, berapa kali menyatakan penghargaan pada isteri. Lalu jawapannya sama.Sifat manusia seringkali mencari kekurangan dibanding kelebihan. Maka kerana itu rumahtangga tidak menjadi aman. Ada sahaja yang tidak cukup dan tidak kena pada pasangan. Bagi mewujudkan rumahtangga yang aman dan sejahtera maka kita perlu sentiasa menerima dan memberi. bersabar atas kekurangan dan bersyukur atas kelebihan. Wallahuaalam.

Friday, April 5, 2013

Konsep Belajar ; Adakan Jurnal Peribadi untuk Inspirasi


Belajar adalah topik yang sama ada disukai atau sebaliknya. Biar apapun konsep belajar adalah :
  1. Niat kerana Allah
  2. Jihad mencari ilmu
  3. Mendapatakna ilmu pengetahuan
Seseorang yang berjaya kerana mendapat pengetahuan bukan semata keputusan yang bagus. bagi mendapat kepuasan belajar dunia dalaman menentukan dunia luaran. Jika kita belajar kerana Allah, kerana ia satu jihad maka ia bukan satu perkara yang susan dan bukan juga satu keterpaksaan untuk kita laksanakan. Bahkan belajar adalah satu perkara yang amat menyeronokkan. Untuk mengubah diri supaya seronok dan gembira menjadi pelajar, maka inidividu boleh mengadakan jurnal peribadi. Jurnal peribadi ini mampi mengubah diri masa 40 hari untuk menjadikan ia satu tabiat yang baik. Apabila memilik jurnal maka  ia  perlu ditulis setiap hari, dalam seminggu apa yang ditulis pasti diingat. Jurnal adalah satu yang boleh memberi motivasi untuk melakukan dan ia juga boleh memberi inspirasi untuk membangkitkan jiwa dan semangat terhadap belajar. Dengan adanya jurnal peribadi ia mengingatkan kita apa yang perlu dilakukan sebagai pelajar. 

Selamat Mencuba

Wednesday, April 3, 2013

Tunaikan Kewajipan Mengundi (PRU2013)


Hari ini telah diumumkan pembubaran Parlimen untuk PRU 2013. Sikit punya lama menunggu untuk dibubarkan. Sebenarnya saya selama hidup tidak pernah mengundi, tetapi kali ini saya akan pastikan saya mengundi demi hak untuk menentukan pemimpin yang layak. Selama 3 penggal tempat saya mengundi calonnya adalah sepupu arwah ayah, yang saya panggil Pak Muda. namun untuk kali ini sudah pasti laluan kepada calon yang baru. Alasan untuk saya tidak balik mengundi kerana saya penuh yaki beliau akan menang pilihan raya. Karakternya dan cara hidup beliau sudah pasti menyebabkan beliau menjadi pilihan. 

Untuk penggal ini saya belum pasti siapa calonnya, tetapi saya akan pastikan saya memilih berdasarkan kriteria pemimpin tersebut. Bagi anda yang layak menggundi pastikan anda menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hebatnya kali ini saya mendengar statistik di ruangan Bicara TV Hijrah pertambahan anak muda mendaftar untuk mengundi adalah 20%. Kesedaran anak muda untuk mengundi pasti bersebab.. apapun TENTUKAN PILIHAN ANDA DENGAN BIJAK.