Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label Perhubungan. Show all posts
Showing posts with label Perhubungan. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Komunikasi ; dekat tapi jauh



Bismillah,

Komunikasi sangat penting sebagai alat penghubung. Bila tiada komunikasi maka banyak perkara tidak dapat disempurnakan. Silap cara berkomunikasi juga boleh mengundang padah. Dunia hari ini serba moden dan canggih. Ia secara positifnya menjadi penghubung pada jarak yang jauh.

Sebagai contoh, adanya telefon atau internet memudahkan kita untuk menghubungi satu sama lain. Pendek kata tekan jari sahaja sudah boleh berkomunikasi. Namun tidak semua yang canggih dan moden itu bagus jika perkara yang baik menjadi sebaliknya.

Dek kerana internet dan telefon yang dekat menjadi jauh. Perhatian bagaimana hubungan kekeluargaan renggang kerana tiada komunikasi sebenar. Ibu bapa, anak-anak sibuk dengan FB, whatsup, twitter dan segala macam media menyebabkan komunikasi secara realiti tidak lagi dipeduli.

Lihat di kedai makan, di pasaraya dan merata-rata, manusia sibuk menatap skrin telefon dari melihat dan berbicara dengan orang dihadpaan mereka. Maka jika ibu bapa yang sibuk berintenet secara tidak sedar akan mengabaikan anak-anak. Komunikasi semakin jauh, hubungan akan hambar, kasih sayang tidak terpupuk.

Maka untuk yang jauh kita dekatkan, berilah masa. Tengoklah mata anak-anak, pasangan kita, orang-orang yang dekat dengan kita. Berinterasi dengan mata dan hati, agar satu masa bila mereka pergi kita tidak menyesali.

Wallahuaalam

Wednesday, April 16, 2014

Tentang Persahabatan


Erti persahabatan
Ia muncul dalam ketawa,
Ia pergi saat duka menjerat jiwa
Ada tikanya
Ramahnya hanya sandiwara
Ungkapannya sekadar sendaloka

Dia yang digelar sahabat  
ada tikanya menikam hati
membekas pedih dan menghiris rasa
Bahasanya yang tajam
rakusnya tindakan
Hakikatnya dia duri dalam persahabatan,
Kenangan  terpahat
Cerita yang tersurat
Menggamit kesedihan
Menggaris luka yang terpendam
Tercari aku sahabat sejati  
Umpama As- Siddiq dan Al Faruq
Menjadi perisai Baginda Nabi

Sahabat,
sering menyapa ketika sendu,
selalu bertanya kala berduka
Menjadi peneman segala suasana
Penghibur dan penglipur lara

Hilang ia tidak berganti


Nukilan,
Ummu Iman Ihsan

Saturday, July 27, 2013

Aku Bukan Selebriti


Bismillah,

tajuk yang seperti agak sensasi. tapi kenapa selebriti? Mudah saja, ramai yang kalangan kita cenderung kepada glamer, suka dikenali, mahu tampil ke depan sebagai susuk yang berpengaruh, mahu dilihat hebat, mahu dilihat cantik..segala-galanya mahu yang TER.... lalu salah satunya ramai yang beranggapan menjadi selebriti itu sesuatu yang hebat. Dek kerana itu ramai remaja memasang impian mahu menjadi artis.. kerana artis sinonim dengan selebriti. Walhal selebriti itu bukan hanya dari golongan artis bahkan sesiapa sahaja susuk yang dikenali baik ahli politik, bisnesman, pendakwah adalah juga selebriti. tetapi remaja melihat hidup gaya artis itu lebih hebat lebih dilihat sebagai selebriti.

Salahkah mahu menjadi selebriti? Sudah tentu ia tidak salah.Tidak semua selebriti itu tidak bagus atau mencerminkan sesuatu yang tidak baik. Namun disebalik sesuatu ada kekurangan. Ia merupakan privacy yang hilang. Bila dikenali serba serbi tidak lagi menjadi rahsia. Lalu salahakan menjadi terkenal. Tidak salah jika dikenali dengan kebaikan, namun malang bagi kita bila dikenali dek keburukan. Lalu selebiriti itu apa signifikannya.

Umapam orang yang berpeluang masuk TV/Radio dilihat sebagai glamer, hebat. Mungkin bagi segelintir, walhal sesiapa yang muncul di kaca TV membawa satu wadah yang penting. Mereka menjadi cermin kepada para penonton. Mereka itu membawa mesej. Lalu mesej apa dan bagaimana ia mahu di bawa tanyalah kepada diri. Jangan kita tersalah langkah berimpmian menjadi selebriti tetapi akhrinya ia membawa musibah.

Sering saya katakan, APA YANG KITA SUKA BELUM TENTU BAIK UNTUK KITA... lalu berpada dalam banyak ha.. jadilah insan yang tawadduk.. mencari dan mahu meraih taqwa agar diterima menjadi selebriti warga langit.
Wallahuaalam.


Sunday, June 30, 2013

Hikmah kesakitan


Bismillah,
Setiap insan akan diuji sessuai dengan diri mereka, itulah yang dijanjikan Allah untuk kita dalam ayat
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah AL-BAQARAH ayat 286)

Maka sebagai insan kita bukan setakat perlu bersabar apabila menerima segala ujian tersebut namun mencari jalan dan penyelesaian agar ujian yang dihadapi boleh di atasi. Hari ini saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat yang ditimpa ujian kesakitan maka ia amat menginsafkan diri. Betapa setiap ujian kesakitan itu melatih diri untuk meningkatkan keimanan dan berikhtiar untuk menghadapinya. 

Ujian kesakitan berkait dengan konsep usaha dan ikhtiar. Insan yang diuji adakala lelah dan mudah berputus asa bila segala ikhtiar seringkali menemui jalan buntu lalu disinilah perlu kita meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah dalam menjawab segala permintaan dan merealisasikan segala doa. Ikhtiar manusia tidak terbatas selagi tidak melanggar syariat. Ada segelintir ikhtiar yang diambil adakala menyalahi akidah terutama bila melibatkan unsur-unsur syirik dan sebagaimana. Ini tidak dinafikan apabila keinginan seseorang itu begitu tinggi dala mengusahakan apa yang diingini maka ada kecenderungan memilih jalan mudah. Sebagai contoh seorang yang sakit percaya dengan kata-kata bomoh bahawa sakitnya itu buatan orang sekian sekian maka apabila individu mempercayai kata-kata tersebut maka ia akan menyebabkan hubungan dengan orang yang disebut tadi akan terjejas. Lalu apa sahaja saranan bomoh biarpun bersalahan akan dituruti. 
Lalu konsep ikhtiar boleh diambil dengan mengambil iktibar kepada ujian yang menimpa Nabi Ayub bagaimana baginda sabar dan sentiasa mengharap kepada Allah. Seseorang yang ditimpa kesakitan nyatanya bila menerima hakikat dan pasrah dengan ujian maka sakit itu menjadi satu nikmat iaitu nikmat keimanan. Inilah nikmat yang hanya si pesakit yang mengetahuinya. Ia mengukuhkan hubungan hamba dan Rabbnya saat sakit yang menimpa itu dilihat sebagai satu hikmah buat diri. 
Wallahuaalam

Sunday, June 23, 2013

Hikmah Ujian



Tak kala diri diuji....hikmahnya

  1. Menyedari sifat kehambaan kepada Allah
  2. Mengubah sikap takbur dalam diri
  3. Mengenal kelemahan diri
  4. Mereka itu orang yang mendapat keampuan, rahmat dan hidayah
  5. Menaikkan darjat seseorang
15 Syaaban 1434 Hijrah

Rantai Ujian Silaturrahim


Bismillah,

Seringkali bila ibu bapa menyuruh sesuatu tidak mahu iku, namun bila sudah tiada mereka akan menangis, alangkah baik jika aku memutar balikkan masa. Maka cuba muhasabah bagaimana silaturrahim kita dengan ahli keluarga? Adakah kita sering memberi alasan sibuk. Betapa ibadat berbuat baik dan bersilaturrhim serta menjalin ukhuwwah ini adalah suruhan Allah.

Friday, June 21, 2013

Bijak buat keputusan


Bismillah

Hidup seringkali berkait dengan keputusan yang kita buat, keputusan tersebut pastinya ada yang betul dan adakala silap walau seperti telah dibuat pertimbangan sebelumnya. Bahkan ada keputusan yang betul tidak perlu memakan masa yang lama. Lalu bagaimana mengatasi bila silap berbuat keputusan?

Pada hemat saya perbincangan dan mendapat mendapatkan pandangan orang lain adalah satu cara yang baik, namun ia tetap perlu diteliti kerana yang bakal menaggung segalanya adalah diri. Maka yang baik adalah bila bermusyawarah lakukanlah istikharah. Supaya hati tenang. Memang adakala permasalahan tidak akan selesai hasil keptusan yang silap tadi. Namun setidaknya kita pasrah dengan apa jua takdir berlaku. Setidaknya Allah mempermudahkan kita setelah silap melakukan keputusan. ia juga merupakan satu bentuk pengalaman dan ilmu buat diri.

Wallahuaalam

Sunday, June 16, 2013

Apa yang membuat kita bahagia?


Bismillahirrahmanirrahim,
Masih bercerita tentang bahagia...
Mengikut kajian bahagia dalaman lebih kekal dibanding bahagia secara luaran. Apa beza bahagia luaran dan bahagia luaran. bezanya bahagia dalaman merupakan ketenangan yang dicapai oleh diri serta memiliki hubngan yang bermakna. Manakala bahagia luaran pula dilihat kepada material yang dimiliki serta kehebatan yang diraih secara lahiriah. 

Bagaimana meraih bahagia?
Ia merupakan usaha sendiri yang perlu diraih dengan rasa kehendak dan kemahuan kepada kebahagiaan yang hakiki. Ia diperoleh dengan mendekatkan diri kepada Allah. Ramai yang merasakan kecantikan yang dimiliki itu merupakan suatu kebahagiaan yang smepurna hingga ramai yang mengejar untuk memiliki kecantikan wal hal ia tetap tidak memberikan kebahagiaan, sebab itu ramai yang memilik wajah canti kdan material yang cukup namun mengapa mereka membunuh diri dan tidak bahagia dengan kehidupan? 

Jawapannya bahagia bukan pada duit berjuta, Ia bukan wajah cantik jelita tetapi ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata. Rasa tenang, pasrah dengan ujian memberi bahagia tersendiri inilah bahagia dalaman yang diperoleh dengan mendekatkan diri dan menjaga hubungan dengan Allah. Selain itu sokongan orang sekeliling seperti kasih sayang merupakan satu kebahagiaan yang tidak ternilai. ia bukan semata hubungna kasih sayang antara keluarga tetapi dengan sahabat handai, jiran tetangga dan ahli masyarakat am nya. 

Seorang tua yang duduk di Indai memiliki rumah yang sempit serta hidup dalam daif apabila di tanya bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan begitu. Jawabnya dia bahagia dengan apa yang ada kerana dia miliki keluarga yang bahagia walau hidup susah, rumahnya mengadap sungai bila angin menyapa dia merasa begitu nyaman dan nikmatnya Alam penciptaan Allah. Di sini jelas kepada kita bahawa bahagia itu adalah rasa syukur dalam diri ayas apa yang diperoleh. Ia bukan menidakkan usaha dan mengubah hidup, namun ia untuk dimuhasabah di nilai pada diri sendiri betapa kita tidak merasa bahagia kerana kita melihat apa yang belum kita milik dan kurang menghargai apa yang telah kita milik. 

Biarapa jua bahagia yang mahu diraih, kita mahukan bahagia yang hakikiki, nun di syurga nan abadi. Maka tiada lain berbuat kebaikan dan jauhi kemungkaran. 
Wallahuaalam.

Wednesday, May 22, 2013

Tanggungjawab Suami sebagai Menteri Rumahtangga


Siapakah menteri dalam rumahtangga? Pasti ada pelbagai jawapan...

Setiap suri yang bekerja ramai yang berada dalam dilemma.. ada yang berniat diperingkat awal mahu membantu suami mencari nafkah.. mahu mempermudah apa yang susah.. mahu memberi walau tidak diminta pertolongan... Namun malangnya si iateri akhirnya bukan setakat hanya membantu bahkan menjadi peneraju utama dalam mencari rezeki.. Suami yang sepatutnya mencari nafkah hidup dalam zon selesa bila si isteri sudah pandai mencar kewangan sendiri, lebih banyak menggunakan duit ringgti sendiri dalam membesarkan anak-anak... Akhirnya suami menjadi malas bekerja.. kedekut untuk memberi biarpun dia betanggungjawab kepada keluraga... 

Lalu siapakah yang bersalah dalam hal ini... sudah pasti kesilapan paling besar adalah si isteri.. ini kerana tugas mencari nafkah adalah tugas suami.. Jika kehidupan seadanya tidak mewah sebagaimana orang lain yang mempunyai dua pendapatan tidak mengapa jika sengsara yang akan diperoleh... Bahkan ada yang berkata jika tidak bekerja mana mungkin memberi kepada ibu ayah sendiri.. lalu di sini menjadi dilemma si isteri yang bekerja.. ada suam iyang mencatu pemberian kepada isteir kerana bimbang si isteri akan menghulur pada ibu ayah sendiri... Walhal ibu bapa mertua adalah ibu bapa seperti ibu bapa sendiri bila di ijab kabul..

Disini kita boleh menilai sejauh mana kebetanggungjawaban seorang yang bergelar suami... Bagi suami yang mempunyai isteri yang bekerja.. ingatlah tugas mencari nafkah adalah atas bahu anda..tugas menyediakan kelengkapan isi rumah, makan minum adalah tanggugjawab suami.. Mungkin di dunia si suami boleh terlepas.. dari tanggungjawab ini..Namun ingatlah.. akhirat akan tiba.. di dunia yang fana itu pastinya kita tidak sanggup menaggung azab dan seksa Allah... Maka muhasabahlah diri... Tanggungjawab perlu ditunai... berkahwin bukan setakat memenuhi janji dan cinta kasih..ia datang bersamanya seribu tanggungjawab yang perlu dilaksana...
wallahuaalam..

Thursday, April 18, 2013

Wanita Srikandi


Sheikh Mustafa Sibai’i seorang ulama’ dan tokoh di dalam Ikhwanul Muslimin pernah menulis,
Wanita adalah penyakit dan juga penawar. Perempuan yang cerdik, berakhlak mulia dan mempunyai perasaan yang halus adalah ubat serta penawar kepada suami dari segala keletihan maknawi dan fizikal.

Manakala wanita yang jahil dan bodoh menjadi penyakit kepada keluarga dan beliau mencemarkan setiap ahli keluarga dengan kuman-kuman keluh kesah serta pergaduhan.

Wanita solehah dan istiqamah pula menjadi penyembuh kepada seluruh penyakit yang menimpa masyarakat.


Bila bapa kencing berdiri anak kencing berlari

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak dalam menjadi role model. Ibu bapa adalah guru pertama di rumah dalam mendidik anak-anak. Lalu bila berlaku sesuatu hal yang tidak baik yang dilakukan anak-anak maka itu adalah tempias dari cermin yang dilihat oleh anak-anak,Mereka meniru apa yang dilakukan dan apa yang diperbuat oleh ibu bapa. Memang ada segelintir kes di mana ibu bapa sudah memberi contoh terbaik tetapi anak-anak masih tidak seperti ajaran mereka. Namun kes sebegini tidak banyak berlaku, jika ada ia merupakan ujian kepada ibu bapa dalam mencari redha Allah. 

Tuesday, April 9, 2013

Ucapkan Terima Kasih


Pernahkan anda mengira, berapa kali mengucapkan terima kasih kepada suami? Atau hakikatnya lebih banyak anda merungut dan mengkritik dari mengucapkan penghargaan. Maka sudah pasti berpuluh alasan diberi untuk menyatakan suami tidah berhak mendapat penghargaan. Bahkan suami yang perlu berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban. Bila ditanya pula pada suami, berapa kali menyatakan penghargaan pada isteri. Lalu jawapannya sama.Sifat manusia seringkali mencari kekurangan dibanding kelebihan. Maka kerana itu rumahtangga tidak menjadi aman. Ada sahaja yang tidak cukup dan tidak kena pada pasangan. Bagi mewujudkan rumahtangga yang aman dan sejahtera maka kita perlu sentiasa menerima dan memberi. bersabar atas kekurangan dan bersyukur atas kelebihan. Wallahuaalam.

Wednesday, March 13, 2013

Merasa Diri Hebat Maka Jadilah Anda "Bodoh Sombong"


Bismillah,

Dengan siapa kita berinteraksi, dengan siapa kita berdepan, tidak penting siapa mereka tetapi apa yang penting adalah bagaimana sikap dan tingkahlaku yang kita tonjolkan terhadap mereka.  Cara kita melayan orang sekelilimg kita adalah cermin diri kita. Ia menonjolkan imej kita yang sebenar.