Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Belajar vs Bisnes


Bismillah,

Soalan : Adakah tidak perlu anak jadi pandai dan hantar mereka belajar hingga dapat ijazah untuk mereka ceburi perniagaan?

Jawapan :

Belajar itu adalah satu kewajipan bagi menuntut ilmu. Bahkan dalam Islam kita digalakkan untuk mencari ilmu seberapa banyak yang boleh.

Alasan kerana mahu berniaga tidak boleh kita sandarkan kerana itu kita tidak menghantar anak-anak untuk belajar, jadi orang pandai. Kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang yang mereka minati dan seterusnya bukan makan gaji, tapi boleh meneruskan legasi bisnes kita yang ada.

Ramai sahabat-sahabat saya yang berjaya dalam perniagaan, anak-anak mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Terbukti apabila habis belajar mereka tidak perlu menagih pekerjaan dengan orang lain, bahkan mereka memberi peluang pada anak-anak membina bisnes sendiri sesuai minat dan kemahiran mereka.

Tidak salah belajar walaupun fokusnya nanti kepada perniagaan. Mungkin cabang yang dipelajari berbeza, tidak mengapa. Kita mungkin mengambil bidang kejuruteraan tetapi berniaga bidang servis. Ijazah dalam pendidikan namun berniaga pakaian, sebagai contoh.

Apa yang penting didik anak-anak tahu dan faham, bahawa belajar adalah keperluan mencari dan menambah ilmu. Orang yang miliki ilmu dikira lebih berharta berbnading material yang ada.

Sementara anak-anak belajar pendidikan formal, didik juga mereka pendidikan informal. Sekiranya kita ada perniagaan, maka dedahlah anak-anak kepada perniagaan yang kita ceburi, satu masa mungkin mereka dapat meneruskan legasi perniagaan kita. Jika tidak pun mereka beroleh pengalaman dari situ.

Pandai itu juga satu anugerah. Jika anak bijak dalam pelajaran pastikan kepandaian itu dapat disalurkan ditempat terbaik. Bukan semestinya mendapat anugerah pelajar terbaik mereka akan menjadi pekerja terbaik. Namun setidaknya mereka berjaya menggilap potensi diri sewaktu tempoh pembelajaran.

Ia boleh diterapkan usaha gigih itu pula dalam bidang dan kerjaya yang mereka ceburi. Ini kerana kejayaan perlu dicipta bukan sekali, namun berkali-kali.

Oleh itu mangan salah tafsir. Bila mahu anak berniaga maka dia tidak perlu belajar mencari ilmu. Ada banyak cara untuk menggali ilmu dan meraih pengalaman, baik secara formal atau informal.

Apa yang penting wawasan kita adalah mahu melahirkan generasi yang berilmu. Dengan ilmu yang dimiliki anak-anak akan mampu pergi lebih jauh dalam kehidupan. Bijak membuat tafsiran dan akan menjadi lebih matang membuat pilihan.

Wallhualam


Tuesday, April 7, 2015

Taadib


TAADIB
Pengalaman menjadi pendidik, mengajar bakal pendidik dan menjadi mentor kepada pendidik amat berbeza. Saya bertuah berada dalam 3 situasi ini untuk diri sendiri mengutip pengalaman dan muhasabah diri.
Semalam dalam satu sesi interview seorang bakal pendidik diminta untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang tempoh practicum. Lalu beliau berkongsi satu pengalaman.
"Seorang pelajar memukul pelajar yang lain hingga kawan tersebut menangis. Lalu saya memanggil pelajar tersebut, sebagai pengajaran saya memukul tangannya secara perlahan untuk memberi pengajaran. Pelajar itu kemudian dibiarkan sendirian.
Tidak lama kemudian dia datang kepada saya dan menyatakan... Cikgu saya janji, janji saya tak buat lagi".
Lalu saya bertanya kepada bakal guru tersebut, apakah itu approach yang terbaik dalam mendidik anak-anak? Mungkin ada lagi alternatif lain?
Kelu!
Apa kata senario berbeza, anak tersebut tidak perlu dibalas pukulannnya, namun cukup sahaja menyatakan perbuatan itu tidak baik dan tidak perlu memencilkan dia?
Moral:
+Seringkali dalam mendidik anak-anak kita tanpa sedar mengajar anak untuk membalas semula perbuatan. Mungkin lebih baik jika kita mendorong anak-anak agar saling memaafkan.
+ Skil interview berbeza-beza berdasarkan pengalaman dan latarbelakang pendidikan. Tepuk dada tanya apa yang kita mahu?

Monday, February 9, 2015

MEMPERKASAKAN BAHASA ARAB

Rakan Fb iaitu Dr Fitri Salleh berkongsi tentang terminology bahasa Arab di muka buku beliau dan saya amat tertarik sekali. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa ahli syurga. Mempelajarinya adalah satu ibadah.
===== ====== ====
Bahkan mempelajari Bahasa Arab sekarang ini bukan semata-mata untuk memahami Al Quran, ia juga penting untuk kita membaca buku-buku ulama terbilang secara langsung dan bukan melalui terjemahan.
Sahabat saya yang pakar ilmu hadith dan juga amat mahir Bahasa Arab iaItu Tuan Haji Ab Hakimee Abdullah pernah menyuarakan pandangan beliau tentang hal ini. Katanya tidak sama membaca terjemahan dengan naskah asal. Adakala terminology itu tidak/kurang menepati maksud sebenar.
Ada benarnya juga, semalam saya menonton Al Khawater, perkataan 'tamam' diterjemahkan sebagai 'puas hati'. Saya tidak mengatakan terjemahan ini salah namun ada perkataaan lain yang sesuai. Antara buku Islamic Psychology yang menjadi rujukan saya contohnya adalah tulisan Al Balkhi, ia tidak mudah untuk difahami kerana lenggok yang digunakan itu amat tinggi bagi diri saya yang belajar Bahasa Arab tahap kelas corot.
Apapun sejak itu saya berazam untuk lebih mendalami bahasa Arab. In sya Allah bagi memperkasakan Bahasa Arab untuk memahami isi kandungan Al Quran saya juga akan menawarkan kelas Bahasa Arab kepada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Monday, February 2, 2015

Motivasi Kejayaan


Bismillah,

Belajar kerana mahu belajar lebih baik dari belajar kerana suruhan. Bila ada kemahuan di situ ada jalan. Gambar di atas menceritakan banyak perkara pada kita betapa menimba pelajaran itu wajib walau dalam apa jua keadaan. Tiada beg sekolah,hanya berbekalkanbeg plastik sahaja. Menggunakan apa yang ada. Bukan mencari apa yang tiada. Kesusahan hidup bukan alasan selagi ada kemahuan. Kemahuan yang kuat dalam merealisasikan matalamt akan membawa kejayaan.

Dewasa ini segelintir kita mudah mendapat apa yang kita mahu. Semua permintaan kita dipenuhi, Spa yang kita mahu senang diperoleh maka kita kurang menghargai. Kita kurang bersyukur dengan apa yang dimiliki. Apabila ke sekolah kita tidak mengambil dan mencedok ilmu tapi lebih banyak masa bermain dan berhibur. Sedangkan diluar sana ada ramai yang tidak bernasib baik seperti kita. Mereka ini mahu belajar namun serba kekurangan.

Kekurangan yang ada itulah yang menjadi pemangkin kepada kejayaan. Sedar hidup ini susah. Tahu kejayaan tidak akan datang bergolek maka segala daya dan usaha dikerah. Tiada alasan remeh temeh, tiada erti putus asa. Susah menjadi senang bila hati redha dan pasrah.

Perhatikan berapa ramai insan yang berjaya bukan kerana ibu bapa mereka berjaya dan kaya raya. Ramai yang bermula dari bawah. Mereka belajar dari pengalaman, mereka matang dalam mengharung cabaran. Kesusahan hidup menjadi perjalanan yang indah bila ia dihayati. Menjadi insan yang kental jati diri, tahu membezakan antara mimpi dan realiti akan menjadikan seseorang lebih berdaya saing, kreatif menjayakan, melihat masalah sebagai satu cabaran, menjana idea untuk solusi dan keluar dari belenggu kejumudan. Motivasi kejayaan bagi mereka ini adalah impian yang kukuh tersemat di hati yang hanya diri sendiri bakal menjayakan segala yang dicitakan.

Benarlah hidup itu satu perjuangan. Hanya yang terbilang mampu melihat peluang.

Wallahualam.

Kredit Foto oleh: Faizal Redcarpetphotography II  

Saturday, January 24, 2015

Mendidik anak cara Rasulullah


Bismillah,

Isu terbaru adalah isu hukuman yang bakal dikenakan ke atas ibu bapa yang merotan anak-anak oleh JKM. Sudah pasti ada pelbagai pandagan terhadap hukuman ini sementelah merotan itu dalam Islam adalah salah satu cara mendidik anak-anak yang diajar oleh Rasulullah. Bila anak tidak solat sedangkan sudah berusia 10 tahun maka mereka perlu dirotan agar tahu hukum solat itu wajib.

Setiap ajaran Rasulullah ada hikmah tersendiri. Ia ajaran dari langit, maka wajarkah kita menolak hukum itu. Sudah pasti rotan itu satu jalan terakhir sebenarnya. Hakikat kita sebagai ibu bapa jangan sampai tahap kita perlu merotan. Jika dari awal di asuh anak-anak tidak perlu dirotan. Ibu bapa adalah cermin pada anak-anak. Jika celik mata dari buaian anak-anak sudah melihat ibu bapa solat bahkan umur 3-4 tahu sudah dilatih berjemaah bersama, di bawa ke masjid maka untuk anak-anak terdidik dengan solat itu sangat mudah.

Itu tentang solat, bagaimana pula jika anak-anak menjadi nakal dan tidak mendengar kata dan sebagainya. Maka ibu bapa sejak dari kecil menggunakan rotan bagi menakutkan anak-anak dan mendisiplinkan mereka. Bahkan ada juga ibu bapa yang melepaskan geram denga merotan dan memukul anak sehingga membawa kepada kecederaan. Wajarkah begitu?

Saya sewaktu kecil pernah dirotan ibu kerana keluar bermain di tali air, saya lari bila dikejar, namun rotan itu singgah juga di betis. Tapi sejak itu saya hanya di rumah. Takut kena lagi libasan. Jika lewat solat akan diperingat. Bila sudah bersekolah maka saya mula faham apa itu Do & Dont's. Apalagi bila bersekolah agama banyak perkara yang perlu kita tahu dan buat.

Bila sudah ada anak-anak saya dan suami berazam untuk tidka menggunakan approach kekerasan pada anak-anak. Kami berdua tegas hanya dengan suara dan mata. Ia asuhan sejak kecil. Oleh itu bagi anak-anak cubit manja itu pun sudah menyakitkan bagi mereka. Konteks pujian yang diamalkan oleh Rasulullah adalah yang terbaik. Anak-anak yang dipuji perbuatan mereka akan tinggi self esteem mereka berbanding anak-anak yan sering menerima kritikan.

Maka mendidikan anak perlu dilihat approachnya bagaimana, kita perlu mengasuh anak-anak sejak dari dalam kandungan. Supaya anak-anak mendengar kata maka lazimkan berzikir dna membaca Al Quran. Hati dan jiwa akan terdidik. Selain itu jika kita juga tidak mendengar kata dengan ibu bapa maka bagaimana kita mahu anak-anak mendengar kata-kata kita? Ia ibarat ketam mengajar anak berjalan. Ibu bapa perlu menjadi contoh dan imej pada anak-anak.

Rotan itu adalah jalan terakhir, paling terbaik adalah akhlak yang terpandu oleh ibu bapa.

Wallhaalam

Saturday, September 6, 2014

Pengalaman membuka tadika


Bismillah,

Hari ini saya dari pagi merasa teruja untuk berunding dengan seorang pemilik premis kedai untuk tujuan tadika ABS Al Ihsan yang akan dibuka. Apabila tiba di depan premis saya rupanya ada seorang lagi yang juga berminat mahu menyewa kedai tersebut. Saya berpeluang melihat di sebelah dalam kedai. Ia memang menarik namun sebelum ini kedai tersebut merupakan pusat snoker. Tapi ia tidak lama kerana premis itu dibasmikan oleh pihak berkuasa tempatan kerana tiada lesen.

Bila berunding harga sewa, pemilik itu seperti tidak mahu menurunkan harga. Namun saya terpaksa akur. Bila keluar dari premis, tiba-tiba seorang lagi mahu menyewakan kedai tersebut menawarkan saya kedai rakannnya yang juga berhanpiran dengan jalan bahkan sewanya juga lebih rendah. saya terus bersetuju. Seronok melihat kawasannya yang lapang bahkan ada pula ruang padang di laman belakang. Saya menjadi bertambah teruja. Ya Allah mudahkan laluan ini.

Apa yang paling seronok saya dipanggil cikgu. Dah lama tak dengar panggilan itu. Saya sudah hampir 10 tahun meninggalkan dunia persekolahan. 2003 meninggalkan SMKSU untuk menyamnung PHD dan tidak lagi bersama Kementerian Pelajaran. Namun kini saya kembali ke dunia pendidikan tetapi dalam ruang lingkup yang berbeza. Ia sungguh dekat di hati. Segala yang ada merupakan pernacangan Allah kerana Dia sebaik-baik Perancang.
Wallahuaalam.



Thursday, October 10, 2013

Diari Penulis

Bismillah,

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang tidak terhingga. Hari ini dan kelmarin mendapat berita ke dua buku yang terbit pada bulan Jun baru-baru ini telah diulang cetak. Saya rasa amat terharu dengan sokongan dari pembaca. Apa yang lebih saya harapkan agar semua ilmu yang bermanfaat akan menjadi pahala di akhirat nanti. 

Sekarang ini saya sedang mempersiapkan buku Motivasi 3i untuk wanita. In sya Allah moga-moga hujung/awal tahun ia dapat diterbitkan dan sampai kepada pembaca. Buku yang terbaru ini hadiah buat wanita yang sering tercari resepi bahagia dan berjaya. ia kesinambungan dari buku motivasi 3i yang dikupas berkait dengan wanita. Membicarakan pelrbagai persoalan berkait wanita dan dalam masa yang sama membawa kisah wanita yang hebat yang boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi buat wanita. 

Menulis menjadi satu keseronokan jika ia memberi manfaat kepada pembaca. Namun ada banyak halangannya. Ia bukan satu perjalanan mudah kerana disiplin dan ketekunan amat dituntut. Moga Allah permudahkan perjalanan dakwah ini serta memberikan ilmu dan ilham yang baik bagi dikongsi bersama pembaca. 
Wallahuaalam.  

Saturday, October 5, 2013

Motivasi Pelajar SPM ; Tips mengingat fakta dan formula

Bismillah,

Hari ini Alhamdulillah dipermudahkan Allah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SPM di Koleh Dar Al Hikmah. Motivasi pelajar SPM dan teknik menjawab diadakan bagi memberi suntikan semangat kepada para pelajar agar mereka gigih belajar walau di saat akhir. Selain itu motivasi ini juga membolehkan mereka memperoleh tips belajar berkesan. Antara yang boleh saya kongsikan dengan para pelajar antaranya adalah:

Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk baru
Wujudkan kata kunci.
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan
Mengulang isi penting
Mempraktikkan dalam aktiviti seharian
Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Memahami subjek dan bukan hanya sekadar hafal.
Belajar menggunakan seluruh pancaindera.
Mengulangkaji pelajaran dengan relax dan bukan dalam kepenatan.
Manfaatkan masa yang ada sebaiknya.


Friday, September 27, 2013

Dilemma memilih sekolah anak-anak

Bismillah,

Setiap kali peperikasaan UPSR, PMR dan SPM maka ibu bapa akan terfikir tentang sekolah yang bakal di tempatkan bagi anak-anak sesuai dengan keputusan yang diperoleh dan keupayaan serte kecenderungan anak-anak. Berdebar saat menerima keputusan beralih pula kepada dilemma memilih sekolah untuk mereka. Ada ibu bapa yang mahu anak-anak bersama mereka maka mereka akan di hantar ke sekolah berhampiran sahaja. Namun ada yang memilih untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang dirasakan lebih bagus seperti SBP, SBPI, SMKA, SAM, INTEGRASI dan juga alternatif school/sekolah swasta yang menawarkan pelbagai pakej pelajaran baik untuk akademik mahupun ko kurikulum. 


Apa jua sekolah bukan satu yang penting kerana lebih penting adalah kemahuan anak-anak sendiri untuk belajar tetapi sekolah tetap memainkan perana dalam membentuk keperibadian anak-anak. Memang ibu bapa adalah faktor utama namun perlu kita ambil kita dengan siapa anak-anak kita bergaul, bagaimana corak pergaulan tersebut dan apa silibus yang ditawarkan. 


Maka pada saya ia tidak menjadi satu diemma yang besar kerana priorti anak-anak saya perlu bersekolah aliran agama sebagaimana saya dan suami sebelum ini. Bahkan jika aliran sains sekalipun saya mahu memastikan anak mengambil aliran Sains Agama. Bagi saya yang mmilih anak-anak perlu belajar bahasa Arab maka sudah pasti itu adalah ciri ke dua yang perlu ada. Ciri yag ke tiga saya memastikan sekolah tersebut dekat dengan rumah atau dengan kata lain mudah untuk dikunjungi dan dilawati. Biarpun tinggal di asrama kami mahu memastikan agar anak-anak sentiasa dekat dengan kami untuk kami mudah mengambil dan menghantar. 

Apapun sekolah yang dipilih ia bergantung kepada anak-anak dan ibu bapa yang memainkan peranan dalam mendidik. Ini kerana ibubapa tetap berperanan dalam hal anak-anak, sekolah walau di mana, aliran apa tetap memerlukan tarbiyaah dan didikan dari rumah. 

Wallahuaalam.