Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label ilmu bisnes. Show all posts
Showing posts with label ilmu bisnes. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Belajar vs Bisnes


Bismillah,

Soalan : Adakah tidak perlu anak jadi pandai dan hantar mereka belajar hingga dapat ijazah untuk mereka ceburi perniagaan?

Jawapan :

Belajar itu adalah satu kewajipan bagi menuntut ilmu. Bahkan dalam Islam kita digalakkan untuk mencari ilmu seberapa banyak yang boleh.

Alasan kerana mahu berniaga tidak boleh kita sandarkan kerana itu kita tidak menghantar anak-anak untuk belajar, jadi orang pandai. Kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang yang mereka minati dan seterusnya bukan makan gaji, tapi boleh meneruskan legasi bisnes kita yang ada.

Ramai sahabat-sahabat saya yang berjaya dalam perniagaan, anak-anak mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Terbukti apabila habis belajar mereka tidak perlu menagih pekerjaan dengan orang lain, bahkan mereka memberi peluang pada anak-anak membina bisnes sendiri sesuai minat dan kemahiran mereka.

Tidak salah belajar walaupun fokusnya nanti kepada perniagaan. Mungkin cabang yang dipelajari berbeza, tidak mengapa. Kita mungkin mengambil bidang kejuruteraan tetapi berniaga bidang servis. Ijazah dalam pendidikan namun berniaga pakaian, sebagai contoh.

Apa yang penting didik anak-anak tahu dan faham, bahawa belajar adalah keperluan mencari dan menambah ilmu. Orang yang miliki ilmu dikira lebih berharta berbnading material yang ada.

Sementara anak-anak belajar pendidikan formal, didik juga mereka pendidikan informal. Sekiranya kita ada perniagaan, maka dedahlah anak-anak kepada perniagaan yang kita ceburi, satu masa mungkin mereka dapat meneruskan legasi perniagaan kita. Jika tidak pun mereka beroleh pengalaman dari situ.

Pandai itu juga satu anugerah. Jika anak bijak dalam pelajaran pastikan kepandaian itu dapat disalurkan ditempat terbaik. Bukan semestinya mendapat anugerah pelajar terbaik mereka akan menjadi pekerja terbaik. Namun setidaknya mereka berjaya menggilap potensi diri sewaktu tempoh pembelajaran.

Ia boleh diterapkan usaha gigih itu pula dalam bidang dan kerjaya yang mereka ceburi. Ini kerana kejayaan perlu dicipta bukan sekali, namun berkali-kali.

Oleh itu mangan salah tafsir. Bila mahu anak berniaga maka dia tidak perlu belajar mencari ilmu. Ada banyak cara untuk menggali ilmu dan meraih pengalaman, baik secara formal atau informal.

Apa yang penting wawasan kita adalah mahu melahirkan generasi yang berilmu. Dengan ilmu yang dimiliki anak-anak akan mampu pergi lebih jauh dalam kehidupan. Bijak membuat tafsiran dan akan menjadi lebih matang membuat pilihan.

Wallhualam


Friday, April 3, 2015

Tips Perniagaan yang menguntungkan


Bismillah

Perniagaan adalah satu pekerjaan yang ramai diceburi oleh ramai insan. Baik muda atau tua ramai yang menjadikan perniagaan bukan setakat mata pencarian, bahkan perniagaan menjadi satu cara menambah kekayaan yang ada.

Dewasa ini ramai yang tercari bagaimana menambahkan kekayaan dari perniagaan. Tahukah anda perniagaan yang sebenar di sisi Allah? Surah As saff ayat 10 Allah berfirman?
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”. {As saff:10}

Wednesday, March 4, 2015

Ke mana selepas SPM?



Bismillah,

Ada rakan FB bertanyakan persoalan perlukah lepasan SPM menyambung pelajaran jika mahu berbisnes. Maka ada pelbagai jawapan yang diberi, ini antara jawapan saya:

Pengalaman adalah universiti terbaik di dunia. Ilmu juga penting dicari dan digali baik secara formal atau informal. Perlu tahu dan faham. Ada bisnes yang jika tiada sijil professional tidak boleh diadakan contoh Law Firm, Counselling Consultancy, Klinik dll. Jangan bagi alasan bisnes untuk masuk universiti dan belajar dengan disiplin. Disamping itu carilah pengalaman dengan cara mendekati orang yang sudah lalui perjalanan jatuh bangun.

Ada juga rakan FB yang memberikan pandangan :
Ada betul nya tak perlu ke universiti jika hendak berniaga dengan cara boleh attend kursus2 pendek berkaitan perniagaan untuk dapat sedikit sebnyak ilmu..tapi  jika ke universiti pastinya ilmu yang dituntut dan pengalaman sewaktu belajar boleh menjadi nilai tambah terhadap persediaan menghadapi dunia bisness, pengalaman sewaktu belajar spt membuat presentation, mengurus masa, mengurus organisasi,penglibatan dalam aktiviti seperti keushawanan, latihan industri & banyak lagi. Itu semua boleh menjadi pengalaman dan persediaan awal untuk menjadi seorang usahawan.

Rakan ini pula menyatakan bahawa beza pemikiran orang yang masuk U dengan lepasan SPM. Ilmu ni lagi dicari, lagi tak cukup. Insyallah ilmu yang baik akan membawa kebaikan dunia akhirat, univeristi merupakan salah satu tempat untuk menimba ilmu. Betul boleh berjaya tanpa ke universiti, tapi lebih cemerlang jika berjaya bersama ilmu yang tinggi.

Ada juga yang memberikan pandangan bahawa belajar kalau ada peluang. Perlu, zaman kita sekarang ni perlu ada macam-macam ilmu, dalam university bukan apa yang dalam buku tu je semata-mata yang kita akan dapat. Proses kematangan fikiran, dan proses berfikir secara professional selalunya develop pada tahap dan usia ni.

Kesimpulan, belajar selagi ada peluang.