Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru 2014


Sabar Melayan Merenah Pelajar

Bismillah,

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik. Moga segala amalan yang ikhlas dalam mendidik anak bangsa akan diberi ganjaran oleh Allah.

Tidak dinafi tugas guru amat mencabar. Bukan mudah menyandang jawatan ini jika tidak sabar.
Berkongsi kisah hari ini apabila mengunjungi satu sekolah saya agak terkejut apabila seorang guru menarik dan menjentik telinga seorang pelajar. Mungkin pelajar tersebut agak nakal tetapi saya tidak rasa wajar untuk menarik telinga apalagi ia bukan cara terbaik memberi pengajaran dan nasihat.

Saya terfikir betapa jika anak-anak sendiri diperlakukan begitu. Lebih baik merotan tangan atau badan dengan cara yang betul dibanding menarik telinga. Ia agak sensitif pada saya. Jika anak sendiri angkat suara sudah berubah wajah, apalagi jika ditarik telinga pasti memberi kejutan. Pada saya apajua kesilapan ada cara terbaik dan bukan dengan kekasaran. Berilah pujian pasti anak-anak atau pelajar mudah disuruh dan dibentuk.


Thursday, June 27, 2013

Prihatin Keselamatan Anak-anak


Assalamualakum, Moga Jumaat kali ini membawa kita lebih dekat pada Allah sedekat Ramadhan yang beberapa hari lagi akan tiba. Bersyukur jika kita diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. 1434 Hijrah

Hari ini seawal pagi sudah terbaca kisah anak hilang di Metro. Saya tidak dapat membayangkan perasaan ibu dan ayah mereka. Dua orang anak yang disuruh si bapa membelikan lampin hilang di tengah kota raya. Mungkin jika kita membaca isi cerita ia seperti kesilapan ayah yang memberi izin anak yang masih kecil 8 tahun dan 10 tahun untuk keluar ke kedai. Ada juga kemungkinan si bapa terpaksa menjaga anak yang masih kecil lalu dia mengharapkan anak yang lebih besar keluar membeli lampim. Pokoknya bukan mencari salah sesiapa, perkara bila mahu terjadi ada sebab musababnya namun perlu kita mengambil alternatif beringat sebelum kena....

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013



Selamat hari guru pada semua warga pendidik..

Pendidikan amat penting kepada anak-anak. Ramai ibu bapa memilih pendidikan agama demi memastikan anak-anak bakal lahir sebagai generasi yang beriman dan bertaqwa. Ini adalah satu insiatif yang bagus. Bersekolah di sekolah aliran agama bukan satu lesen yang anak-anak akan lahir menjadi anak yang baik dan beriman. Biarpun tidak semuanya tidak berhasil kerana rata-rata pelajar yang bersekolah agama lebih bagus dari segi syakhsiah mereka kerana ilmu yang dipelajari disekolah. 

Sebagaimana yang penulis katakan memang ada segelintir pelajar yang bersekolah agama, tetapi bila mereka keluar ke universiti, berada di alam pekerjaan watak dan karakter mereka tidak lagi bercirikan pelajar sekolah agama. Ada yang tidak segan silu melahirkan karakter, minat dan kcenderungan mereka dari gaya mereka berpakaian, minat yang mereka tonjolkan, rakan-rakan yang mereka gauli serta cara berfikir mereka adakala seperti mereka bukan dari didikan atau hasilan sekolah aliran agama. 

Persoalannya kenapa ini berlaku? Adakah ia kesilapan guru walhal pelajar-pelajar ini kebanyakannya cemerlang dari segi akademik. Adakah kesalahan ibu bapa kerana ibu bapa sudah cukup memberikan contoh terbaik kepada mereka. Adakah kesilapan sistem pendidikan yang ada bilaman silibus menekankan juga terhadap nilai-nilai yang perlu.Pada pandangan setengah sen penulis, ini berlaku kerana AQIDAH yang tidak mantap. Mereka belajar agama tetapi tidak meresap ke dalam jiwa. Mereka belajar agama tetapi penghayatan hanya surface sahaja. Mereka belajar agama setakat kehendak ibu bapa tanpa jiwa dan perasaan mereka menghargai ilum yang dipelajari dengan mempraktikkan apa yang mereka pelajari. 

Selain dari aqidah, mereka yang sebegini realtinya belum matang, dan masih tercari-cari erti dan makna kehidupan. Mereka masih mengagungkan hiburan yang tiada makna kerana matlamat kehidupan akhirat masih kabur. Dunia yang singkat dan sementara ini dilihat sebagai medan untuk melampias kehendak dan nafsu yang merajai diri... lalu harapan ibu bapa melihat anak-anak menjadi anak yang soleh berkecai... 

Bukan salah ibu bapa.. tetapi ia merupakan cabaran kepada ibu bapa untuk sentiasa menerapkan ilmu agama pada anak-anak sepanjang kehidupan.. Anak-anak yang iman mereka  kurang mantap perlu sentiasa diingatkan akan matlamat kehidupan. Ibu bapa perlu memahami bahawa ada anak-anak yang merasa dikongkong (dek kerana jiwa mereka masih bercelaru dan cintakan dunia) maka apabila sudah belajar di universiti, sudah bekerja ia seperti satu kebebasan yang bermakna buat mereka untuk buat apa yang mereka suka dan minat, walaupun bercanggah dengan kehendak agama. 

Kita perhatikan seorang pelajar yang hebat dan kental imannya biarpun tidak belajar di aliran agama, dikelilingi oleh biah yang kurang Islamik tetapi masih menjaga ciri-ciri Muslim yang sebenar kerana mereka faham kenapa mereka bergelar Islam. Mereka menghayati apa maknanya menjadi hamba Allah. 
Biar apapun isu ini hanya berlaku segelintir kepada pelajar aliran agama. Masih ramai yang lahir sebagai cendikiawan terbilang, menjadi pelapis perjuangan ulama. Jangan merasa serik memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap cabaran yang di beri, setiap peristiwa yang allah uji ada hikmahnya. Sebagai ibu bapa jangan putus berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah.
Wallahuaalam.