Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label aqidah. Show all posts
Showing posts with label aqidah. Show all posts

Monday, April 18, 2016

Apa ertinya aku menganut Islam

Apa ertinya aku menganut Islam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hakikatnya ramai dikalangan kita yang Islam keturunan. Maka ada segelintir, Islam hanya pada nama. Berbanding mereka yang mencari kebenaran, mereka ini tidak bersyukur akan nikmat iman. 
Bahkan ada juga yang tidak faham apa ertinya bergelar Muslim. Peranan dakwah dan sebagainya. Dakwah hanya dilihat sebagai tugas agamawan. 
Walhal, setiap kita adalah berperanan sebagai 'daie'. Rasulullah berpesan, "sampaikan dariku walau sepotong ayat". Disini jelas tanggungjawab setiap muslim. (Dalam al Quran ada disebut, Muslimin, Mukminin dan Muhsinin. Topik ini ada penulis kongsikan dalam buku Kompas Jiwa.)
Oleh itu tidak pelik bila kita membaca pelbagai komen negatif tentang isu agama, hukum dan lain. Ada juga yang mengambil remeh soal aqidah dengan slogan kebebasan. 
Sewaktu di universiti dulu dua 'courses' yang wajib diambil bagi membolehkan penulis graduate adalah Compartive Religion 1 & 11. 
Penulis. masih ingat lagi bila nak kena baca bilble. Jenuh juga la, apalagi bila nak jawab exam. Dapat soalan cepumas KBAT pula dari lecturer. Soalan tu masih diingati sampai sekarang.
Semester selepas itu belajar pula pasal kitab-kitab Hindu dan pelbagai lagi yang bukan agama samawi.
Semalam bila penulis mendengar ceramah live dari DZN terdetik juga la dalam hati... "kan best jika dia jadi salah seorang pensyarah yang mengajar comparative religion". 
Moralnya, kita perlu melihat sesuatu perkara yang baik dan kelebihan yang ada pada individu. Bukannya mencari kekurangan. Tidak perlu kita bersikap 'judgemental'. Serahlah kepada Allah.

Wednesday, September 16, 2015

Program Amal bersama Orang Asli


Bismillah,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah hari ini cuti bersempena Hari Malaysia kami dari Sukarelawan Yayasan Peramah bersama Ansar Care dan Amal Care bergabung turun padang menziarahi orang asli yang tinggal di Sg Buloh.

Seawal pagi kami berkumpul di depan Hospital Sg Buloh menuju ke kampung orang asli berhampiran. Sebelum itu kami telah bersedia dengan barangan sumbangan serta peralatan untuk membuat aktiviti bersama orang asli setempat.

Program disebelah pagi sebaik sampai kami melakukan dua aktiviti iaitu membersih kawasan surau, ini diuruskan oleh para Muslimin. Manakala kami golongan Muslimat menziarah rumah-rumah orang asli dengan membawa bersama barangan sumbangan.


Mereka ada terdiri dari Islam dan juga Kristian. Namun masih ramai yang menganut anamisme. Kami para Muslimat bergerak dalam empat kumpulan. Alhamdulillah, kedatangan kami diterima baik. Kami bertanyakan khabar dan bertanyakan sedikit sebanyak latar belakang mereka.

Setiap rumah yang kami singgah kami jemput mereka hadir program di surau selepas zohor, di mana kami akan adakan proram bersama anak-anak serta program bersama warga orang asli setempat. Selesai misi ziarah kami kembali ke surau untuk bersama mereka yang menghadiri kelas mengaji.

Sementara menunggu mereka tiba giliran mengaji kami mengadakan halaqah bersama mereka. Kami mengajarkan merek Fardhu Ain seperti cara solat dan bacaan dalam solat. Alhamdulillah, mereka mahu belajar, walaupun sebagai muallaf namun mereka tetap mahu belajar.

Tidak dinafikan, perlu ada banyak sesi follow-up bagi memastikan mereka dapat mempelajari Islam dengan lebih baik. Setakat ini hanya ada seorang ustazah yang datang mengajar di surau, ia tidak memadai. Dakwah perlu lebih kerap dan ada lebih banyak NGO yang turun bersama mereka.

Apapun sehari program bersama orang asli hari ini, kami sangat berpuas hati, bahkan merasa terpanggil untuk meneruskan dakwah kepada mereka secara berterusan selagi diizinkan Allah. Ada segelintir mereka yang masih belum menganut Islam, harap dapat diIslamkan.

Hidayah milik Allah, namun usaha yang berterusan dalam menjelaskan tentang Islam pastinya memberi harapan cerah agar mereka faham tentang Islam, dan bagi yang muallaf akan lebih dekat dengan Islam.

Wallahualam




Wednesday, November 19, 2014

Menjaga hak orang lain


Bismillah,

Hidup adalah pentas ujian. ramai dikalangan kita mahukan orang lain berterima kasih bila memberi. Ramai yang lebih banyak merungut apa yang tidak dia miliki dibanding mensyukuri apa yang sudah dimiliki. Ada juga yang lebih banyak mempertikai kekurangan dari kelebihan yang ada. Setiap kali ada kekuranga yang diperoleh maka dia akan sedaya upaya mengungkit dan mencari-cari silap.

Jika kita perhatikan cara hidup kita jauh berbeza dengan para sahabat Rasulullah. Mereka lebih banyak berfikir untuk orang lain dibanding diri sendiri. Bagaimana kisah seorang yang membeli kebun namun didapati ada emas didalamnya. Lalu dipanggil pemilik yang sebelumnya. Maka dikatakan padanya oleh si pembeli "ambillah emas ini kerana saya hanya membeli kebun". lalu jawab si pemilik "saya hanya menjual kebun dan bukan emas". Masing-masing tidak mahukan emas tersebut. Lalu kes tersebut dibawa kepada yang arif. Oleh kerana sipemilik kebun mempunyai anak lelaki dan si penjual mempunyai anak perempuan maka dijodohkan keduanya dan diberikan emas tersebut kepadanya. Inilah kisah yang menunjukkan bagaimana sahabat meraikan hak sahabat yang lain.

Maka di dalam hidup kita jagalah hak orang lain. Utamakan hak mereka lebih dari hak diri sendiri. Bagi hak sendiri janganlah merasa risau kerana serah kepada Allah merupakan jalan terbaik. Mencari redha Allah pastinya ganjaran yang besar bakal diperoleh. Maka jagalah hak insan maka Allah akan menjaga hak kita.

Wallahuaalam.

Sunday, November 16, 2014

Kematian



Bismillah,

Hari yang penuh dengan suka duka. Menerima berita kematian yang tidak disangka. Benar janji Allah tua atau muda mati itu pasti. Terfikir bila pula giliran kita. Ya Allah sungguh diri ini leka dengan dunia. Bila berita kematian otu datang ia menginsafkan, namun ada ketika hati ini didatangi lagha. Sibuk dengan dunia.

Maka apa yang di bawa bila ruh dicabut dari jasad. Hanya bekalan amak yang tinggal. Harta dunia menjadi sia-sia. Tidak bermakna lagi bilamana zakat dan sedekah dan infaq tidak dipraktikkan. Diri sebenarnya maklum akan apa yang disuruh dan apa yang dilarang, namun hati masih cinta pada apa yang dilihat zahir pandangan walhal yang tidak tersirna dimata zahir itu lebih hakiki sifatnya.

Berita kematian ini, berkali datang kepada diri. Lalu ku panjat doa buat Rabbul Jalil. Ampuni kami, redhalah dengan kehidupan kami. Terimalah amal kami. Masukkan kami dalam golongan orang-orang soleh yang dijanjikan syurga.Ameen.

Saturday, September 6, 2014

Tips kehidupan dari Ustaz Zahazan


Sharing drp Ust Dr Zahazan Mohamed. Hayati maksud nya.
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Friday, June 6, 2014

Apabila Jodoh Menyapa : Cinta ada pilihan


Bismillah,

Hari ini tertera di ruangan FB yang dikomgsi oleh Muslim Care Malaysia Society menyaksikan Ayu yang berkahwin dengan warga Nepal telah berjaya kembali ke Malaysia.

 Ayu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga....
Kisah Pn. Ayu mungkin akan disamakan seperti gadis-gadis kita di Lombok, walhal kisah beliau lebih istimewa dan mendesak kerana untuk menyelamatkan akidah beliau serta dua orang anaknya.
Ayu, atau nama penuhnya Nur Sri Rahayu telah melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki warga Nepal, pada tahun 2006. Perkahwinan di Malaysia yang mendapat restu dari kedua ibu bapanya pasti akan membayangkan kebahagian rumah tangga yang berkekalan. Tetapi keadaan berubah apabila suaminya mengajak keluarga ini pulang ke kampung halaman suaminya di Nepal.
Apabila pulang ke kampung suaminya, keadaan hidup Ayu dan anak-anaknya berubah setelah suaminya mendapat pekerjaan baru di Dubai. Keluarga suaminya yang bukan beragama Islam tidak memberikan kasih sayang dan layanan yang baik kepada Ayu kerana perbezaan agama.
4 tahun ayu terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara beliau dan anak2nya. Keluarga suaminya yang mengongkong beliau serta di sisihkan banyak menambahkan penderitaan kepada beliau. Mereka diberi makanan haram seperti babi untuk hidup, ini membuatkan Ayu terpaksa mencari rezeki sendiri demi sesuap rezeki yg Halal.
Perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Metro dan Wisma Putra untuk memberi pembelaan kepada keluarga ini. Atas nasihat Wisma Putra, Ayu dinasihatkan untuk datang ke kedutaan Malaysia di Kathmandu. Dengan itu, Ayu terpaksa lari dari keluarga mertuanya sejauh 500km tanpa wang satu sen pun untuk menyelamatkan akidah beliau dan anak-anaknya.
Berbekalkan tawakkal dan doa rakyat Malaysia, Ayu berjaya sampai di Kedutaan Malaysia. Tetapi terpaksa menghadapi kekangan kerana pihak imigresen Nepal tak membenarkan Ayu keluar dan terpaksa membayar denda kerana tinggal melebihi tempoh di Negara itu selama 4 tahun. Sejumlah wang perlu dibayar dimana sini, Muslim Care Malaysia Society telah mengambil inisiatif untuk membantu menyelamatkan Akidah 3 beranak ini.
Roadshow oleh AF Ustaz Norazli Musa, aktivis Muslim Care serta kempen media telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos2 untuk membawa pulang keluarga ini. Alhamdulillah, berkat doa dan sumbangan rakyat Malaysia, serta sumbangan dari kedutaan Malaysia di Nepal sendiri berjaya untuk menyelamatkan akidah 3 beranak ini kembali ke Malaysia.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, Pihak Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Nepal dan akhbar Harian Metro kerana banyak membantu dalam misi menyelamatkan akidah keluarga ini. Semoga usaha dan sumbangan kalian mendapat redha Allah, dan doakan keluarga ini terutamanya anak2 kecil ini menjadi anak yang soleh serta menyumbang untuk agama kelak.

Moral dari kisah ini ada banyak yang bleh dipelajari. Di dalam buku Apabila Jodoh Menyapa ada saya nukilkan kisah dan pengalaman berkahwin dengan warga asing.
Betullah cinta itu buta, namun hakikatnya kita boleh membuat pilihan. Gunakan mata hati untuk membuat timbangtara.
Apalah ada pada cinta berbanding agama yang bakal membawa kita ke syurga.
Pada anak-anak remaja di luar sana atau sesiapa sahaja yang mahu memilih jodoh, buatlah keputusan yang bijak. Jika suami mahu memeluk Islam ia bukan semata kerana cinta dan perkahwinan, namun lebih penting Islam kerana kenal Pencipta, kenal Rasulnya.

Moga kita semua dilindungi Allah dan sentiasa dalam iman. 

Sunday, March 2, 2014

Tasawwuf Harian : Allah itu nyata


Bismillah,

Allah itu nyata kewujudannya. Orang yang dekat dengan Allah akan merasa muraqabatullah. Mereka merasa Allah menyaksikan segalanya. Seorang Sheikh sentiasa menyebut: 

1. Allahu bersama ku
2. Allah penyaksi ku
3. Allah melihat aku

Kesannya dia mudah menghafal. Ada satu ketika di ke pasar dan melihat ada orang mengamuk meletakkan pisau pada seorang anak perempuan. Apa yang berlaku Sheikh ini pergi ke tempat tersebut dengan bertongkat. Walau di halang dia tetap pergi. Dia bertentang mata orang tersebut. Lalu rebah orang itu. Bila ditanya kenapa dia jatuh pengsan? Jawab lelaki itu dia seperti mendengar ; Allahu Nazhirun (Allah Maha Melihat).

Allah berhak memberi segala permintaan kepada hambaNya dengan syarat dia sandarkan segalanya pada Allah. Doa yang dipanjatkan kepada Allah akan diperkenankan. Doa ada 4 mengikut Ulama:

  1. Berdoa dan terus dapat
  2. Doa tertangguh: Lama berdoa baru dapat
  3. Doa yang tidak dimakbul tapi Allah selisihkan bala.
  4. Doa yang tidak bagi di dunia tapi ditunda di akhirat

Justeru apabila kita taat kepada Allah, doa sudah jadi menzahirkan ubudiyyah. Sekadar menzahirkan kehambaan kita kepada Allah. Allah tidak berhajat kepada makhluk sedang makhluk yang berhajat kepada Allah. Bila berhajat dan maqbul kita gembira, dan bila kita berdoa dan kita tidak memperoleh maka tetap kita gembira. Biar doa dan permohonan tidak dapat kerana apabila kita dapat itu adalah habuan kita, namun bila kita tidak mendapat itu adalah kehendak Allah.

Kefahaman ini menggambarkan kepada kita bahawa kita perlu kembali kepada Allah. Apabila berdoa pelru merasakan kehambaan yang tulus ikhlas kepada Allah. Anas R.A berkata: Nabi sedang berkhutbah lalu datang seorang lelaki dan bangun bercakap. Ya Rasullah habis sudah harta benda, kering kontang. Lalu Rasulullah berdoa. Kata Anas dia melihat awan putih sewaktu nabi belum berdoa. Namun bila Rasulullah berdoa awan hitam datang walhal tangan belum di letak. Bila turun hujan kami solat dalam hujan, solat dalam hujan hinnga kami pulang ke rumah. Hujan yang berpanjangan berlangsug hingga Jumaat yang sama. Lalu orang yang meminta itu menyatakan agar dihentikan. Lalu nabi berdoa agar hujan itu diselerakkan kepada orang lain. Maka ketika itu Anas berkata awab itu berselerak dan hujan berhenti serta merta. 


Doa adalah satu bentuk ikhtiar yang dalam ruang lingkup ajaran Islam, Apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah. Semua natijah adalah dari Allah. 

Saturday, March 1, 2014

Mengenal Allah


Bismillah,

Sifat yang baik adalah orang yang mengenal Tuhan. Ilmu adalah penyuluh kepada konsep mengenal Tuhan. Ilmu memberi kefahaman yang jelas dalam memahami ilmu Allah untuk mencapai MARIKFAH ALLAH dan MARDHATILLAH.
Menurut Ibnu Ataillah, 
Siapa yang mengetahui hak Allah melalui nama dan sifat Allah maka segala makhluk yang kita lihat bahawa Allah itu wujud. Adanya Allah adalah tanda kewujudan makhluknya. Dengan melihat kepada kejadian Allah maka ia memberi keyakinan kepada Allah itu ada. Dia yang menjadikan alam ini seluruhnya.

Dengan melihat fenomena ia menginsafkan kita betapa Allah itu wujud dan maha berkuasa. Gerakan aqal ini membawa kepada kesedaran betapa Allah Maha Kuasa. Sesiapa yang banyak berzikir dan beribadat serta memahami dengan ilmu maka dia tidak merasakan kepentingan kepada perkara lain. Dunia tidak lagi berharga dimata mereka. Apabila menghayati kekuasaan dan keesaan Allah maka tiada lain yang kita ingat dalam dada. Hidup tiada lain tujuan melainkan hanya mencari kecintaan Allah. Merasa diri lemah dna kerdil disisi Allah.

Orang yang kenal Allah apa sahaja berlaku baik yang baik atau buruk maka tiada lain di sudut hati melainkan semuanya dari Allah. KECINTAAN kepada Allah membawa insan lupa kepada dunia yag lagha. Kenikmatan itu dirasakan hanya sementara sahaja. Manisnya iman bagi orang yang cinta kepada Allah dan rasulnya. 

Kemanisan iman ini dirasai dalam tiga perkara: Allah dan Rasul dikasihi melebihi segalanya, kasih pada seseorang semata kerana Allah, benci kepada kekufuran dan takut kepada Api neraka. 

Monday, November 18, 2013

Mengapa Melayu mudah sesat- TV Hijrah

Bismillah.

Bagi memahami Islan asasnya adalah aqidah. Kerangka aqidah itu jelas halal dan haramnya, sesat dan menyesatkan. Sebagai contoh amalan syiah sendiri tidak boleh menerima bidaah dan amalan yang sesat. Begitu juga adanya fahaman moden yang membawa mesej fahaman agama itu kolot dan menghalang kemodenan.

Inilah yang membawa pengaruh tidak sihat kepada umat Islam hari ini. Pada zaman ini ada yang juga anti hadis. Inilah mereka yang tergolong sebaga orang yang sesat. Mereka ini hanya percaya kepada Al Quran sahaja. ia muncu sejak zaman Umar bin Abdul Aziz lagi. Ia juga berlaku pada zaman Imam Syafie. Bagaimana kita perlu ikut dengan Sunnah Nabi. Orang yang menolak Sunnah maka mereka ini menolak al Quran.

Apabila kita tidak memahami nas secara keseluruhan maka ia membawa kepada kesesatan. Sejak zaman Nabi juga ada penyelewengan dan agama sesat. Sebab-sebab ikhtilaf itu pada zaman Nabi, sahabat boleh merujuk kepada Nabi. Nabi menyebut; " Bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat,  sesunghunya siapa dikalangan kamu hidup dengan panjang di sana akan terdapat pertelingkahan yang banyak, maka berpegang teguhlah kepada sunnahku, dan khulafa ar Rasyidin.....

Jika dikaji konteks ajaran sesat di mana kita perlu kembali kepada ahli sunnah wal jamaah. Kefahaman yang menggangu-gugat ini dapat dibasmi dengan kembali kepada Ahli sunnah wal jamaah.

Perkongsian Dr Zukifli dan Dr Ashrf