Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label as. Show all posts
Showing posts with label as. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Bangkit dari kegagalan


Sungguh benar apa dikata.. bila tersungkur bangun semula, saat jatuh bangkit kembali.. tidak perlu dikira berapa kali kita jatuh namun yang penting kita mengira berapa banyak percaturan yang perlu dibuat setiap kali kita bangkit, apa strategi yang perlu diguna pakai agar kita mampu berdiri teguh. Sesungguhnya setiap kali kejatuhan dan juga kegagalan berlaku maka setiapkali itu juga kita belajar sesuatu yang baru serta tidak mengulangi kesilapan yang sama. Percayalah...  sesungguh Allah menguji hambanya dengan kegagalan untuk kita sering muhasabah perjalan kehidupan kita.
Setiap kali kita gagal ia sebenarnya bukan kita gagal tetapi sebenarnya kita belum cukup berjaya. 

Thursday, September 6, 2012

Mana Perginya Naluri Seorang Ibu?



KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.
“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.


Membaca harian metro ini meruntun hati dan perasaan...
Adakala manusia tidak lagi berfikir secara waras. Adakah mereka ini tidak bersedia menjadi ibu maka tiada naluri seorang ibu? Membaca kisah ini mengingatkan saya kepada ceramah Ustaz Ahar tentang bagaimana garangnya ibu monyet apabila anaknya diganggu.Agakknya ibu monyet lebih naluri keibuan dari segelintir yang namanya manusia.. Wallahuaalam.

Thursday, April 5, 2012

Antara Minat dan Tanggungjawab

Photo: Dock stretching out into a lake
Salam Jumaat,

Moga hari ini memberi kita rahmat dan barakah dari Allah Subhanahuwataala. Dalam ruang waktu ayng terbatas ini saya ingin mengambil peluang membicarakan tentang minat dan tanggungjwab. Saya terpanggil untuk berkongsi perkara ini kerana saya satu waktu dulu pernah rasa terhimpit dalam keadaan ini, oleh itu bila ada rakan-rakan seperti tenggelam punca dalam memilih antara minat dan tanggungjawab maka saya ingin berkongsi sedikit sebanyak perjalanan yang saya lalui sepanjang kehidupan .

Berkata tentang minat sudah pasti kita akan sentiasa seoronk melakukannya. Minat memberi kita perasaan gembira dan seronok untuk melakukannya. Biar susah atau terpaksa berkorban namun kita boleh dan mampu melakukannya. Biarpun hasil minat itu mungkin tidak sehebat mana dari segi ganjaran namun kita akan merasa puas.

Membincangkan pula tentang tanggungjawab, adakala kita tidak mahu dan tidak berminat melakukannya, tetapi dek kerana terpanggil dengan kepeluan dan desakan maka kita melakukannya juga walau dalam keadaan terpaksa.
Photo: Flowers
Antara minat dan tanggungjawab jika boleh saya contohkan diri saya sendiri, minat saya lebih kepada mengajar, menulis namun jika saya bersandarkan kepada minat ini sahaja maka sudah pasti saya tidak akan meraih apa yang telah saya peroleh hari ini. Oleh itu saya terpaksa mengambil satu tanggungjawab iaitu melakukan apa yang saya tidak suka, apa dia? Saya menerjunkan diri saya dalam perniagaan. Memang tidak suka dan tiada kemahiran, tetpai saya belajar. Banyak pengorbanan yang saya lakukan. Akhirnya saya berjaya. Banyak perkara yangi ngin saya capai dalam kehidupan Alhamdulillah Allah memberi laluan itu melaluinya.

Setelah melalui satu perjalanan menyelsaikan misi tanggungjawab itu maka sekarang ini saya boleh melakukan apa yang saya minat. Walaupun minat yang saya lakukan ini tidak menjanjikan imbuhan yang besar dibanding bergiat aktif dalam perniagaan, namun hati saya cukup puas. Bahas mudah yang boleh saya gambarkan adalah seperti teori Maslow. tahap yang dikatakan satisfaction atau "self actualisation". Mungkjin ada banyak perkara lagi yang belum selesai dalam banyka misi saya tetapi setidaknya minat yang dulu terpaksa saya korbankan demi menyesaikan misi dan tanggungjawab yang utama dalam kehiduap telah selesai.
Photo: Purple flowers
Oleh itu bagi anda yang terhimpit antara minat dan tanggungjawab, berilah dulu prioriti kepada tanggungjawab yang utama, korbankan minat itu seketika untuk merealisasikan apa yang penting dan perlu didahulukan. Itu sering terkandung dalam mesej saya sebelum ini " BUAT APA YANG KITA TIDAK SUKA UNTUK DAPAT APA YANG KITA SUKA". Walaubagaimanapun dalam perjalanan kita menyahut misi dan cbaran kehidupan pastikan..INGAT PESANAN INI " JAGALAH ALLAH NESCAYA ALLAH MENJAGAMU"

Wednesday, March 21, 2012

Memberi lebih baik dari menerima

Hari ini satu perkara yang dikongsikan dengan saya oleh insan yang hebat motivasi dirinya iaitu Prof Muhaya sewaktu bertemu diofisnya, memetik kata-kata beliau;  "kita sebenarnya mengikut graf apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini dan kita akan mendapatnya kembali, contoh kalau orang bercakap kasar dengan kita maka mungki satu ketika kita pernah melakukan perkara yang sama pada orang lain". Penjelasan beliau ini hampir sama ungkapannya dengan apa yang sering saya katakan iaitu " kita adalah apa yang kita beri pada kehidupan kita".

Dalam konteks memberi, ramai orang sebetulnya lebih mengharap kepada PEMBERIAN dari orang lain, dibanding dengan diri sendiri menjadi PEMBERI. Sebab itulah banyak yangk ita dengari adalah rungutan, komen, kritikan atau protes tentang si dia atau  si polan tidak berbuat begitu/begini. Jarang sekali kita melihat kepada diri sendiri serta mencari di mana silapnya kita. Bahkan kita begitu mudah meliha keburukan orang lain terhadap diri kita.

Andai kata diri merasa begitu sempurna tetaapi kita masih mendapat kritikan atau layanan yang tidak sempurna maka pada hemat saya itulah ujian buat diri kita. Sebagai contoh berapa ramai para isteri merungut suami tidak membantu kerja rumah padahal si isteri juga sibuk bekerja, ada juga para suami memberi komen isteri masak tidak sedap padahal isteri tidak bekerja. Ini antara rungutan yang menjadi nadi dalam kehidupan rumahtangga, oleh itu bagi mencari penyelesaian, kita bukan mencari APA YANG BELUM ORANG LAIN BUAT UNTUK KITA, TETAPI KITA MENCARI APA YANG BELUM KITA BUAT UNTUK ORANG LAIN. Pasti susah mendidik diri menjadi begini, tetapi itulah sebenarnya hakikat hidup dan inilah yang di ajar oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Oleh itu saya juga berpesan kepada diri sendiri semoga kita bukan menjadi energy sucker yang suka mencari dan melihat keburukan dan kelemahan orang lain, tetapi menjadi energy giver yang sentiasa melihat kebaikan orang lain dan meperbaiki kelemahan diri sendiri.

Wallahuaalam.