Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label masa. Show all posts
Showing posts with label masa. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

Mengurus masa


Rezeki bukan semata wang ringgit atau harta benda. 

MASA juga rezeki

Setiap kita diberikan 24 jam. Bagaimana kita mengagihkan, bagaimana menggunakan masa dengan cara terbaik.

Sunday, September 7, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta



Bismillah,

Lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman menjadi tema hari kemerdekaan tahun ini. Liriknya amat menyentuh hati. Satu ketika saya pernah menjadikan lagu tema untuk satu program motivasi. Ternyata hadirin amat terpanggil dengan alunannya. Semalam anak saya di asrama menelefon bertanyakan bagaimana mahu menulis karangan dengan tajuk " Di sini lahrinya sebuah cinta"?. Maka ia pasti pelbagai jawapan yang boleh diberikan.

Sebagai anak bangsa yang sayangkan negaranya pasti ada sebab yang celas kenapa lahirnya cinta pada bumi bertuah ini? Sudah pasti ia kerana di sini tanah tumpah darah, ia tempat kelahiran, tempat dibesarkan dan disini kita merintis kehidupan.

Nun jauh di sudut hati persoalan ni banyak membangkitkan pada kisah silam. Kisah bagaimana kehidupan ini bermula dan bagaimana ia sekarang ini. Di sini lahirnya sebuah cinta banyak membawa pada kisah silam yang penuh dengan cabaran. Ia manis untuk dikenang kerana dari situ pengalaman dan kematangan dikutip. Ia menjadi universiti buat diri dalam menimba ilmu kehidupan. Ia tidak mampu dituliskan namun ia tersimpul kukuh bersama kecintaan, bersemadi nun di lubuk perasaan bahawa kecintaan kepada tanah air ini tiada galang ganti. Menjadi tempat bersemai kasih mana mungkin ia terhakis dari ingatan.

Sungguh benar... di sini lahirnya sebuah cinta.
Abadi
Sejati

Wallahuaalam

Tuesday, February 25, 2014

Muhasabah



Berlalu masa hanya seketika
Menjerat diri yang sering lupa
Mencari harta menjadi leka
Apa ada pada dunia
kerana semuanya
sementara belaka
Mahu apa pada harta
Pejam mata tinggal segala
Apa dibawa hanya pahala
Sedar aku hakikat dunia
Alpa seketika tidak mengapa
Kembali pada yang Esa
Moga diberkati perjalanan usia

Ummu ieman
25 Feb 2014

Friday, December 13, 2013

Bangkit Memburu Azam


Bismillah,

Sejenak merenung masa, ia berlari laju hingga ada ketika kita lelah menghambatnya. Lalu masihkah kita perlu menunggu ia pergi tanpa turut sama berlari mengejar masa itu. Kini bukan lagi masa untuk merintih pada kegagalan tetapi masa melaksanakan segala tekad dan azam.

Tahun baru Hijrah sudah mendatangi, tahun baru Masehi bakal menyusul lagi. Maka di mana kita sekarang? Mahu ke mana kita di hari mendatang?

Jika seperti masih kabur dan masih dengan angan-angan. Sudah itba waktu untuk bangkit dari mimpi. Masa untuk mengorak langkah dan berjalan menuju impian.

Apa bekal yang dibawa dalam perjuangan. Ia kalimat tulus yang mengerti Allah bersama dalam setiap pendakian. Jagalah Allah, Allah menjagamu.

Thursday, August 15, 2013

Muhasabah Diri: Hargai masa yang ada


Bismillah,

Isu semasa, Mesir sedang bergolak, ramai yang syahid. Lalu dimana kita? Melihat mereka yang terkorban syahid terasa kerdil diri. Mereka sanggup berjuang demi Islam, terfikir adakah kita sanggup dan mampu sehebat mereka dalam memperjuangkan Islam. Maka sudah pasti jawapan ada dalam diri masing-masing. 

Jika kita membuat perbandingan mudah mereka sanggup meninggalkan keselesaan demi berjuang namun kita bila keselesaan itu tertarik sekejap kita sudah merungut. Bila tidak dapat apa yang dicita kita mudah sentap. Walhal diluar sana, saudara seIslam kita di Mesir, Syiria dan Palestine  ditindas, hak mereka dirampas, mereka semua dizalimi oleh pemerintah. Bahkan ada yang mahu mengamalkan Islam namun disekat contohnya apa yang berlaku pada saudara kita di Rohingya. 

Persoalan buuat diri kita, adakah kita sama seperti mereka? Adakah kita disekat untuk beramal? Adakah kehidupan kita tertindas sebagaimana mereka? Sudah pasti kita mempunyai lebih ruang untuk beramal dan melakukan apa yang kita suka. Soalnya adakah Allah suka dan redha dengan kita. Adakah apa yang kita buat itu mematuhi syariat. Adakah amalan wajib telah terlaksana dan amalan sunat yang cukup mudah kita lakukan? Ternyata kita banyak memberikan alasan yang pelbagai. 
Masa itu ibarat pedang. Jika tidak diguna ia akan membunuh kita. Ingat kepada hadis 5 perkara sebelum 5 perkara. Maka mari kita sama-sama perbetulkan diri serta menggunakan detik waktu yang ada untuk meraih redha Allah. Sungguh kita sering lalai dan leka terutama diri ini, moga saling ingat mengingat dan tegur menegur kita mampu memperbaiki dna mempertingkat diri menjadi lebih baik. Amen.
Wallahuaalam.