Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label tip murah rezeki. Show all posts
Showing posts with label tip murah rezeki. Show all posts

Tuesday, April 26, 2016

Memberi Membawa Seribu Erti

Memberi Membawa Seribu Erti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap hari ada sahaja seruan untuk beramal melalui infaq.
Sejauh mana kita menyahut seruan tersebut? 
Ramai yang mengatakan tidak mampu atas alasan kewangan. 
Sebenarnya kita mampu memberi dengan banyak cara, hatta satu doa juga merupakan pemberian ikhlas dari seorang hamba.
Pemberian ukurannya bukan kuantiti yang diberi, tetapi keikhlasan yang setulus hati. Ia perlu melangkaui perasaan simpati dan empati. Itulah ihsan.
Amalan memberi adalah satu tabiat baik yang perlu kita semua miliki. Jangan takut jatuh miskin bila memberi kerana memberi itulah yang menjadikan kita kaya sebenarnya. 
Wallahuaalam
Dr Sakinah Salleh
16 Rejab 1436H

Monday, April 18, 2016

Permintaan rezeki dengan pemikiran syukur

Permintaan rezeki dengan pemikiran syukur
======================
Setiap kita pasti menghitung, apakah, di manakah, banyak manakah rezeki hari ini?
Rezeki tidak hanya dalam bentuk duit ringgit, bahkan ia juga hadir dalam bentuk pertolongan dari Allah bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau permasalahan.
Rezeki bila ada orang membantu dalam urusan. Rezeki juga bila Allah mudahkan perjalanan yang jauh. Razeki bila jiran menghulurkan makanan. 
Pendek kata segala urusan kehidupan insan berkait dengan rezeki pemberian Allah.
Ibrah para Rasul menjadi panduan berguna saat kita terhimpit oleh perasaan apabila memikirkan persoalane tentang rezeki. 
Surah Al-Qasas, ayat 24 :
"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
Ayat ini menjelaskan bagaimana beradabnya Nabi Musa berdoa kepada Allah. Saat lari dari Firaun, baginda merantau jauh. Tiada memiliki apa-apa. Hinggalah bertemu dengan dua orang gadis yang mahu memberikan air pada ternakan mereka.
Melihat mereka sukar menunggu, maka Nabi Musa menghulurkan bantuan. Sewaktu memikirkan nasib diri itulah baginda berdoa, 
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Doa baginda memohon rezeki dari Allah saat baginda tiada miliki apa-apa. Kemudian datang anak Nabi Syuib menawarkan bantuan. Baginda ditawarkan untuk berkahwin dengan anak gadis Nabi Syuib, namun perlu berkuli selama 8 tahun.
Kisah Nabi Musa boleh diambil iktibar. Cara berfikir perlu sebagaimana Nabi Musa berfikir. Cara pemikiran bila ditawarkan bekerja perlu sambut dalam keadaan gembira. 
Baginda sanggup berbuat apa sahaja.
ربي اني لما انزات اليامن خير فقير...

Jika dilihat dari konteks doa, seperti kita berkata-kata "Ya Allah, aku ni faqir, aku akan buat apa sahaja yang diberi" Ia tanda insan yang bersyukur. Bukan memilih apa yang diberi, merungut dengan keadaan.
Orang yang kurang bersyukur pastinya agak berkira. Apalagi bila berkuli dengan tiada bergaji. Bahkan kita sering cenderung melihat masalah lebih dari nikmat.

Dalam konteks permintaan rezeki, kita perlu banyak bersyukur. Bagaimana carannya? Iaitu dengan memberi tanpa syarat, memberi lebih dari apa yang diminta serta tidak berkira.
Lebih banyak menghitung apa yang telah kita miliki berbanding yang tiada. Allah akan beri lebih dari yang kita sangka bila kita bersyukur. 
Insan berkeluh kesah dengan rezeki kerana kurang bersyukur dengan apa yang ada. Sifat mahukan lebih untuk diri itu menjadikan insan sentiasa tamak. 
Walhal permintaan rezeki tiada lain demi meraih redha Allah. Disebalik rezeki yang diberi ada sebahagian milik orang lain. Insan bersyukur akan menyalurkan bagi jalan Allah. Pastinya ganjaran akan berlipat ganda bagi mereka.
Rezeki dari sifat mustahil Allah akan hadir bila kita ikhlas.

Wednesday, February 24, 2016

Rahsia Makbul Doa

RENUNGAN SEKETIKA
~ Maqbul Do'a
Bagaimana mungkin maqbul do'a seseorang, perkara yang haram terpisah tiada.
.
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٩٥﴾
Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ;
dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha ) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya ALlah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[al-Baqarah :195]

عن أبي هريرة رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إن الله تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا ،وان الله أمر المؤمنين بما
 أمر به المرسلين ..فقال تعالى " يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا... " المؤمنون /٥١... وقال الله تعالى يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُم ..." البقرة/١٧٢ ... ثم ذكر رجل يطيل السفر أشعث اغبر يمد يده إلى السماء يا رب يا رب ، ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسة حرام وغذي بالحرام فإنى يستجاب له.
رواه مسلم

Dari Abu Hurairah r.a dia berkata : RasuluLlah bersabda : “Sesungguhnya ALlah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya ALlah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para Rasul-Nya dengan firmannya :
Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal soleh. Dan Dia berfirman : Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rezqikan kepada kamu. Kemudian beliau menyebutkan ada seseorang melakukan perjalanan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia memanjatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata :
'Ya Robb, Ya Robb, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan segala kehendaknya dipenuhi dari sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana mungkin do'anya dikabulkan”.
(Riwayat Muslim).
[Muslim no. 1015]

Pengajaran :
1. Dalam hadits diatas terdapat pelajaran akan sucinya ALlah ta’ala dari segala kekurangan dan cela.
2. ALlah ta’ala tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Maka siapa yang bersadaqah dengan barang haram tidak akan diterima.
3. Sesuatu yang disebut baik adalah apa yang dinilai baik disisi ALlah ta’ala.
4. Berlarut-larut dalam perbuatan haram akan menghalangi seseorang dari terkabulnya doa.
5. Orang yang maksiat tidak termasuk mereka yang dikabulkan doanya kecuali mereka yang ALlah kehendaki.
6. Makan barang haram akan merosakan amal dan menjadi penghalang diterimanya amal perbuatan.
7. Murah hati untuk berinfaq dari barang yang halal dan larangan untuk berinfaq dari sesuatu yang haram.
8. Seorang hamba akan diberi ganjaran jika memakan sesuatu yang baik dengan maksud agar dirinya diberi kekuatan untuk ta’at kepada ALlah.
9. Do'a orang musafir yang hatinya sangat mengharap akan maqbul.


Kredit Prof Saidfudin Mas'udi

Sunday, October 18, 2015

Tip Murah Rezeki


Bismillah,

" Kita dapat rezeki bukan kerana apa yang kita kerjakan tetapi dari amalan yang kita lakukan. Kerja yang dilakukan itu adalah asbab sahaja", Kata sahabat saya Ustaz Edrus.

Benar sekali, amalan atau ibadat yang kita lakukan itulah yang membuka pintu rezeki. Jika kita bekerja keras sekali pun untuk mendapat duit namun rezeki tidak juga masuk. Bahkan ada ketikanya, hanya sedikit pemberian sedekah, namun rezeki masuk melimpah ruah.

Ada juga yang mengeluh kenapa rezeki tidak kunjung tiba walhal sudah habis upaya mengerah keringat, pelbagai amalan diperbuat namun rezeki tidak juga jadi milik kita. Maka ketika ini kita perlu soal diri sendiri, sempurnakah amalan, ikhlaskah kita beribadat, semata-mata untuk murah rezeki atau mencari redha Allah?

Mungkin ada yang tidak berpuas hati akan mempertikaikan betulkah kerana amalan? Jika begitu mengapa yang bukan Islam tidak beribadat tapi tetap kaya raya. Lalu kita perlu lebih faham, bahawa Allah itu bersifat dengan Ar Rahman. Dia memberi untuk semua makhluk, tapi perlu ingat, pemberian dari sifat Ar-Rahim itu hanya untuk yang beriman.

Kita mungkin kaya namun tidak bahagia dan tenang. Kenapa? Kerana kita tidak dekat dengan Allah. Kaya harta sahaja tidak cukup kerana kita perlu kaya hati dan jiwa. Maka untuk murah rezeki amalan yang perlu sentiasa diamalkan adalah sedekah. Sedikit tapi ikhlas itu lebih bermakna di sisi Allah.

Bagi membuka pintu rezeki dan Allah murahkan rezekiNya, mari kita sama-sama muhasabah. Dari manakah harta kita, apakah cara yang kita gunakan untuk memperoleh harta dan ke mana harta itu kita salurkan. Agar bila ia jelas, maka kita bukan sekali mendapat rezeki melimpah ruah, bahkan berkali-kali.

Jika sudah kita lakukan yang sebaiknya demi mendapat rezeki yang halal dan melimpah ruah, namun kita masih tetap sama seperti dulu. Sabarlah, Allah sedang menyimpan sesuatu yang terbaik buat kita. Jika tidak di dunia, akhirat sana ganjarannya bakal kita peroleh. Amin


Wallahuaalam.


Sunday, October 27, 2013

Cerita Rezeki Dari Langit

Bismilah,
Inilah kisah yang dikongsikan oleh Dr Zulkifli dalam rancangan Tasawuf Harian di TV al Hijrah. Setiapkali beliau dikaca TV saya sebolehnya tidak mahu melepaskan berkongsian ilmu dari beliau yang mantap. Seringkali bila berkisar kisah sola rezeki maka semua teruja mahu mengetahui bagaimana mendapatkan rezeki yang murah. Semoga kisah ini memberi manfaat buat kita dalam memahami konsep rezeki.

Seorang lelaki yang berpegang kepada prinsip rezeki adalah dari langit. Ini kerana beliau mengambil kefahaman ini berdasarkan ayat al Quran bahawa rezeki itu dari langit. Oleh itu apabila disarankan unutk isterinya mencari rezeki dengan bercucuk tanam maka beliau tidak mahu melakukan kerja-kerja tersebut percaya rezekinya dari langit bukan di bumi.

Suatu hari beliau bermimpi bahawa ada tertanam harta di dalam tanah, namun mimpi itu tidak diendahkan, esoknya beliau bermimpi perkara yang sama, lalu diceritakan mimpi itu kepada isteri beliau. Maka jenuh si isteri meminta suaminya menggalikan harta yang dimimpikan itu. Perkara mimpi ini diceritakan kepada isteri jirannya. Si suami tidak mahu mengali harta tersebut kerana beliau yakin rezeki adalah dari langit.

Isteri jiran itu menceritakan kepada suaminya. Lalu si suami berusaha menggali harta tersebut. Maka tanpa disangka ada dua bungkusan yang berat di dalam bungkusan tersebut. Lalu di bawa pulang bungkugsan tersebut ke rumahnya. Bila dibuka dua uncang tersebut, rupanya didalam itu teradpat ular.

Sahabat ini tidak berpuas hati, lalu di ambil bungkusan itu dilempar ke bumbung rumah jiranya yang percaya rezeki dari langit. Si suami yang percaya rezeki dari langit ini terdengar sesuatu hatuh dari bumvung rumahnya, ternyata bila dilihat terdapt dinar dan dirham di dalam bungkusan tersebut. 

Cerita ini bukanlah cerita yang diketahui kebenarannya, namun moral cerita ini, rezeki itu memang dari Allah, namun kita perlu mengusahakannya dan bukan sekadar menadah tangan tanpa ada usaha da ikhtiar. Bila sudah berusaha maka kita perlu bertawakkal dengan Allah agar dilimpahkan rahmat. 
Wallahuaalam.