Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, July 19, 2012

MADRASAH RAMADHAN


Status Hadis: Ramadhan;
Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;
أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار ]
Ertinya: Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalahpembebasan dari neraka.
Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.
Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya’qub, MA :Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.
Jalur Pertama: Salah satu jalur periwayatan hadisi ini versinya demikian:أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-’Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis dha’if yang berjudul ‘Adh-Dhu’afa‘. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu ‘Asakir. Mereka Yang Mendhaifkan.
Adapun para muhaddis yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi.
Beliau mengatakan bahwa hadis ini dhaif (lemah periwayatannya). [Al-Jami’ Al-Saghir]
2. Syeikh Al-Albani.
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadis dhaif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu’ (palsu). [Lihat: Dhaif Al-Jami’ Al-Saghir, No. 2135 “Dhaif Jiddan’]
Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar.
2. dari Maslamah bin Shalt.
3. dari Az-Zuhri.
4. dari Abu Salamah.
5. dari Abu Hurairah.
6. dari Nabi SAW.
Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini disebut dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah ‘adik’ dari hadis maudhu’ (palsu).
Bezanya, kalau hadis maudhu’ itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu’.
Kesimpulan:
Kesimpulannnya, hadisi ini punya dua gelaran.
Pertama, gelarannya adalah hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Gelaran kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.
Wallahu a’lam bishssowab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ulasan Ust. Zaharuddin:
Jawapan yang diberi adalah benar, saya telah melakukan semakan juga, dan hasilnya adalah sama. Hadith tersebut adalah kurang kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan dihujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.
Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu,  إن صح الخبر
Ertinya : “Jika sohih khabar ini” ( Rujuk ibn Khuzaymah)
Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata:-
وفي سنده من صحّح وحسن له الترمذي، لكن ضعفه غيره، ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله: إن صح.
Ertinya: “Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya: Sekiranya Sohih” (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)
Saya juga tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya, antaranya seperti berikut:-
1) I’anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469 ;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58
Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.
Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohiholehnya sendiri:
صحيح ابن خزيمة - باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر.
حدثنا علي بن حجر السعدي، ثنا يوسف بن زياد، ثنا همام بن يحيى، عن علي بن زيد بن جدعان، عن سعيد بن المسيب، عن سلمان قال: خطبنا رسول الله r في آخر يوم من شعبان فقال: « أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء»، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم، فقال: «يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، من خفف عن مملوكه غفر الله له، وأعتقه من النار، واستكثروا فيه من أربع خصال(1): خصلتين(2) ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله، وتستغفرونه، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما: فتسألون الله الجنة، وتعوذون به من النار، ومن أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة ». [(1) الخصال: جمع خصلة وهي خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة. (2) الخصلة: خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة] [صحيح ابن خزيمة، 3/161و رقم: 1887. قال محقق الكتاب، الدكتور محمد مصطفى الأعظمي،: "إسناده ضعيف].
 Tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-‘Ayni dalam kitab ‘Umdah Al-Qari’ sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-
ولا يصح إسناده، وفي سنده إياس. قال شيخنا: الظاهر أنه ابن أبي إياس، قال صاحب (الميزان) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف، والخبر منكر.
Sekian, terima kasih. [http://www.zaharuddin.net/ 12 Ramadhan 1427H].
[Komentar Pentahqiq Kitab, Dr. Mohd Mustafha Al-A’Zami “Sanadnya Dhaif”].
Disusun oleh:

www.dartaibah.com
21 Sya’ban 1430H.

Tuesday, July 17, 2012

Memberi Kemaafan


Salam Ukhuwwah,

Saya ingin memperkatakan tentang kemaafan, pada hemat saya ada beberapa cara kemaafan dari individu:

  1. individu mengatakan bukan mudah memberi maaf 
  2. individu yang tidak akan memaafkan sampai bila-bila
  3. individu yang berkata sudah memberikan kemaafan tetapi parutnya masih ada
  4. individu yang sudah memberi kemaafan tetapi perasaan masih dendam
  5. individu yang memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku
  6. individu yang samapi mati masuk ke lubang cacing tidak akan memaafkan orang yang bersalah terhadapnya
Dia antara kategori di atas dimanakah tahap diri anda? Ada yang megatakan tahap tersebut berlainan mengikut individu yang bersalah terhadap mereka. Ada juga yang mengatakan tiada satu pun yang tepat pada dirinya kerana dia tidak pernah disakiti...
Di mana jua tahap kemaafan kita, maka mari kita menyelami cara bagaimana konsep kemaafan dalam Islam.




"Dan tidaklah sama kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditunjukkan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karibmu."
(Surah Fushilaat : 34)

Dalam pada itu ingatlah orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(As Syuraa : 43)
Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.
(Surah Al A’raf : 199)


Wallahuaalam

Monday, July 16, 2012

SIKAP SEORANG PENGGAPAI




1. MELIHAT DENGAN PANDANGAN POSITIF
2. MELIHAT DAN MENGIMPIKAN SESUATU MRNGATASI JANGKAUAN
3. GIGIH BERUSAHA MEREALISASIKAN MATLAMAT
4. BERANI BERIMPIAN DAN MENYATAKAN TUJUAN
5. MEMILIH UNTUK BERUBAH
6. BOLEH MENERIMA KRITIKAN
7. TIDAK PUTUS ASA


Friday, July 13, 2012

Retrospection Introspection and Prospective


Retrospection generally means to take a look back at events that already have taken place. For example, the term is used in medicine, describing a look back at a patient's medical history or lifestyle
events that already have taken place. 

  1. Having reference to what is past; affecting things past; retroactive; as, a retrospective law.
  2. Looking backward; contemplating things past; -- opposed to prospective; as, a retrospective view.
Introspection (or internal perception) is the self-examination of one's conscious thoughts and feelings.[1] In psychology, the process of introspection relies exclusively on the purposeful and rational self-observation of one's mental state; however, introspection is sometimes referenced in a spiritual context as the examination of one's soul. Introspection is closely related to the philosophical concept of human self-reflection, and is contrasted with external observation.
A view of the inside or interior; a looking inward; specifically, the act or process of self-examination, or inspection of one's own thoughts and feelings; the cognition which the mind has of its own acts and states; self-consciousness; reflection.

Prospective literally means "looking forward". It can also refer to an event that is likely or expected to happen in the future. For example, a prospective student is someone who is considering attending a school — typically a high school student who is seriously considering applying to a university, or who has already applied and been accepted, but not yet enrolled.
looking towards the future


Wednesday, July 11, 2012

TEAM BULIDING


Bilakah masanya sesebuah organisasi memerlukan team-building? Team-building diperlukan apabila ciri-ciri team yang kuat tidak wujud pada pasukan kita, ataupun ciri-ciri itu wujud tetapi tidak cukup kuat.

Simptom-simptom bahawa sesuatu team itu amat lemah adalah sangat banyak. Yang paling mudah dilihat adalah tingkah laku anggota team semasa mereka menghadiri mesyuarat.

Tingkah laku yang menunjukkan sesuatu team itu lemah: 

1. Masing-masing anggota mesyuarat ada tujuan masing-masing.

2. Masing-masing tidak jelas apa sebenarnya peranan masing-masing dalam team.

3. Tidak banyak kemajuan dicapai dalam mesyuarat.

4. Bila ada orang bercakap dalam mesyuarat, tidak banyak yang peduli mahu mendengar betul-betul.

5. Cara mesyuarat dijalankan tidak betul.

6. Mereka yang datang mesyuarat tidak bersedia.

7. Apa tujuan mesyuarat dipanggil pun tidak jelas.

8. Keputusan dalam mesyuarat tidak dicatatkan dengan betul.

9. Masalah yang sepatutnya diselesaikan dalam mesyuarat tidak diselesaikan.


Di petik dari;
http://binapasukanislam.blogspot.com/2012/07/bilakah-sesi-team-building-diperlukan.html

Sunday, July 8, 2012

Kedudukan Hadith 9/10 Rezeki Dari Perniagaan


Kedudukan Hadith 9/10 Rezeki Dari Perniagaan = Ianya Merupakan Hadith Mursal
Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.


Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.

SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'
Berdasarkan pencarian dan dibantu oleh kajian-kajian terdahulu, hadith ini disebutkan dalam beberapa lafaz berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Didapati hadith ini disebut oleh Imam al-Ghazali (wafat 505H) di dalam bukunya yang terkenal iaitu Ihya' Ulumiddin. Menurut cetakan yang ada pada saya iaitu cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, tahun 2001, ia disebut dalam jilid 2, muka surat 59 dalam Kitab Aadaab al-Kasb wa al-Ma'asy, Bab pertama 'Fadhl al-Kasb wa al-Hatth 'Alaih (Kitab adab-adab mencari rezeki dan pendapatan, bab kelebihan mencari rezeki dan galakkan ke atasnya). Tetapi ini tidak bermaksud Imam al-Ghazali 'meriwayatkannya' kerana beliau tidak menyebutkan sanad (rantaian periwayat) terhadap hadith ini. Maka yang lebih tepat ialah Imam al-Ghazali 'menyebutkannya' di dalam buku Ihya' Ulumiddin. (saya menasihatkan sahabat-sahabat yang menulis tentang hadith agar berhati-hati dengan perbezaan antara 'menyebutkan' da 'meriwayatkan' atau 'mengeluarkan' - ذكره, رواه, أخرجه )
Bagi yang pernah membaca buku Ihya' Ulumiddin, mereka pasti akan tahu bahawa terdapat seorang ahli hadith yang digelar al-Iraqi (wafat 806H) yang telah menyemak dan memberikan ulasan terhadap hadith-hadith yang ada di dalam buku Ihya' Ulumiddin. Apa yang beliau lakukan ialah atas permintaan pencinta ilmu untuk mengetahui kedudukan dan sumber asal hadith-hadith di dalam buku tersebut. Malah kebanyakan cetakan Ihya' Ulumiddin dimuatkan bersama komentar dan ulasan al-Iraqi ini dalam bentuk nota kaki di bawah teks asal Ihya' Ulumiddin.


KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'
Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat (dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.), maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.
Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda' sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'.


KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI
Apa yang dapat kita fahami daripada ulasan al-Iraqi - bagi sahabat-sahabat yang memahami bahasa Arab, boleh baca ulasan beliau dalam jilid dan muka surat yang telah disebut di atas - ialah:
- Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi.
- Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w.

- Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian.
- Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i.
- Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih' . Ia perlukan kepada banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal' pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud kedhaifan.


SUMBER LAIN

Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Mari kita lihat bersama. Hadith ini ditemui antaranya di dalam :
a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari laman web islamweb.net (fatwa no.61297), namun saya tidak dapat menemui ia dalam buku tersebut untuk mengesahkan kedudukannya dan nombor serta kedudukannya yang lebih terperinci. Namun Markaz Fatwa menyatakan ia berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.

b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian periwayatan yang sama.
c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini, hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya kita dapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'. Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal' dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.
d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat 224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun2003) - di dalam jilid pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd. Rahman.

KESIMPULAN PENTING
1- Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.

2- Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting - berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.

3- Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia (rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati menilainya sebagai dhaif.

4- Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri.

5- Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.

6- Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif. Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - "terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa...", "sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif...", agar masyarakat tidak terkeliru.

7- Pandangan ini hanyalah sekadar kemampuan saya dan artikel ringkas ini diharapkan dapat dinilai dan diterima dengan adil. Jika berlaku kesilapan dan kekurangan, harap dapat diberi maklum balas secepat mungkin kepada penulis - sama ada dengan pm kepada nickname alitantawi di laman web al-ahkam.net atau dengan alamat e mail [url=mailto:pemudaiman@yahoo.comThis]pemudaiman@yahoo.comThis[/url] e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , [url=mailto:alitantawi@yahoo.comThis]alitantawi@yahoo.comThis[/url] e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan juga dalam facebook - adlan abd. aziz.


wallahu a'lam
DI AMBIL DARI AL-AHKAM.NET 

Saturday, July 7, 2012

MERENTAS MASA MENUJU BAHAGIA


Ramadahan semakin menghampir, tinggal beberapa hari lagi kita akan menginjak ke bulan yang dinanti ini. Setiapkali datangnya Ramadhan perasaan gembira tidak mampu dinyatakan. Ada orang gembira kerana akan bertemu raya, kita gembira bukan kerana raya yang tiba tapi kegembiraan itu kerana Allah masih memberi kita ruang dan menghirup udara hingga ke hari ini dan semoga DIA mengizinkan kita untuk bersama menyambut Ramadhan dan mampu beribadat sepanjang bulan tersebut.
Masa sesungguhnya begitu pantas, seperti baru saja Ramadhan sebelumnya berlalu. Alangkah kehidupan begitu cepat berlalu. Adakah masa yang pantas itu terisi sepenuhnya dengan amalan serta ibadat? Sungguh manis mengenangkan masa yang berlalu jika ia terisi dengan perkara yang manfaat. Namun jika masa yang lepas kita terleka, terlalai dalam beribadat, maka berdoalah agar sempena Ramadhan kali ini, kita mampu berubah menjadi lebih baik dari semalam yang kita tinggalkan.
Merentas masa menuju bahagia, tiada cara lain melainkan kita sentiasa berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Moga hidup kita semua dilimpahi keberkatan... 
'ALLAHOMMA BALIGHNA RAMADHAN'

Hakikat Rezeki





Pernahkah anda mengalami dimana makanan yang anda makan tiba-toba terkeluar semula? Baik kerana tersedak atau termuntah. Ini menunjukkan bahawa makanan itu bukan rezeki kita walaupun dah masuk ke mulut, dah berada di dalam perut. itulah hakikat rezeki dimana Rezeki itu Milik Allah. Dia berhak memberi dan mengambilnya kembali.

Saya sendiri ada pelbagai kisah perihal rezeki. Seperti ia sudah milik kita, berada disepan mata.. tetapi kerana ia bukan milik kita maka... ia tidak kita miliki dan pergi kepada orang lain. Kenapa saya memperkatakan ini? Ada segelintir merungut dan tidak berpuas hati kerana setelah berhempas pulas berusaha namun rezeki yang septaut menjadi miliknya jatuh ke tangan orang lain. Ini banyak berlaku kepada orang yang berniaga.

Jika kita boleh berlapang dada dengan rezeki maka kita akan merasa tenang dengan keadaan yang menimpa. Lebih-lebih lagi jika kita snetiasa berdoa agar Allah memberikan kita rezeki yang halal dan berkat. Itu sebabnya Allah menarik reseki kita lebih awal. Atau mungkin juga jika diberi kita boleh jadi lupa diri, bangga dengan rezeki yang diperoleh... 
Ada orang begitu obses dengan rezeki.. Hingga merasa harta dan rezeki itu tidak pernah mencukupi, mengejar harta sampai banyak perkara tidak dapat dilakukan terutama ibadat.. Mahukah kita menjadi begitu? Kita sudah pasti tidak mahu Allah menguji kita begitu.. Maka berpada-padalah dalam usaha memilik harta dunia..Jika banyak dan disedekahkan Alhamdulillah, jangan kita diuji dengan ketamakan.. jangan pula riak dengan rezeki tersebut. 


Biar apapun hakikat rezeki, jangan kita menjadi penutup pintu rezeki orang lain seperti menabur pasir ke periuk nasi kawan kita... Ingatlah..biar orang memperlakukan kita..jangan kita memperlakukan orang lain.. 

Berdoa moga setiap rezeki yang kita peroleh mendekatkan kita kepada Allah bukan menjauhkan.. Moga rezeki itu membawa kita ke syurga.. Ameen



Jauhi Zina... Bertaubat Sebelum Terlambat,



http://www.hmetro.com.my/articles/Onarkeluarga69/Article

KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

33 Persoalan Jodoh dan PerkahwinanMembaca artikel ini kita merasa sungguh aib. Dunia memang sudah akhir zaman. Manusia tidak lagi merasa takut atau malu berbuat dosa. bahkan ada juga yang merasa bangga. Di dalam buku saya berkenaan persoalan jodoh saya ada menulis tentang permasalahan ini pada persoalan yang ke 25 : BERMAIN CINTA DENGAN ABANG IPAR. 
Moga kes-kes yang kita baca boleh menjadi iktibar kepada diri sendiri. Elakkan diri dari berzina. Sesungguhnya zina itu ibarat kasturi harumnya. ia menarik inidividu untuk merasa seronok melakukan dosa, syaitan pula menyucuk manusia untuk menyukai daging yang busuk dibanding daging yang halal. 
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari semua kemaksiatan. Ameen


Suci atau Cuci Makanan Yang Kita Makan?



Memperkatakan tentang makanan, antara SUCI dan CUCI saya pasti kita semua sudah memahami maksud tersebut. Suci berkait dengan halal manakala cuci berkait dengan kebersihan. Seminggu yang lalu saya meminta suami belikan kuetiaw kerang. Dia menjawab ' tidak payah lagi makan kuetiwa kerang sebab mereka  (penjual) ramai yang tidak membasuh telur dan mee yang diguanakan". Memikirkan itu saya merasa geli juga. Bukan apa sebab biasanya kita memang prihatin apabila mahu memakan makaanan berupa mee, kuetiaw yang diberi dari kedai, jika membasuh berkali-kali, lemak dan minyaknya susah unutk hilang. Bayangkan jika kita makan tanpa membasuhnya.

Saya pernah ke sebuah gerai unutk makan, namun saya bertanya adakah telur itu sudah di basuh. Bagusnya adik yang menjual itu menjawab dengan jujur bahawa telur yang dibasuh sudah habis. Lalu saya meminta beliau membasuh telur tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Itu belum lagi makanan panas yang pesan menggunakan serbuk perasa. Suami saya jika ada ketikanya kami makan di restoran, beliau akan berpesan kepada tukang masak supaya bahan-bahan perasa tidak digunakan dalam makanan. Jika kerap mengambilnya akan menyebabkan sakit kepala. Di rumah kami sudah semestinya bahan-bahan ini tidak akan digunakan kerana pada kami sedap itu bukan kerana bahan perasa, tetapi sedap itu kerana kasih sayang yang ada serta keseronokan kita memasak untuk keluarga.

Begitu juga bahan-bahan makanan yang berkait dengan halal. Contohnya kek, memang sekrang ada banyak kedai-kedai Islam yang menjual kek, tetapi malangnya mereka tiada logo halal. Ada segelintir mereka menggunakan bahan yang diragui bahan-bahannya. Pada saya, memilih kedai kek amat penting. Bukan semata yang menjual itu Islam tetapi perlu ada logo halal sah yang tertera dari Jakim. (Saya pernah menulis juga tentang aiskrim buatan Thailand di post sebelum ini).

Sedap itu pada rasa, bahagia itu pada hati. Tepuk dada tanya iman. Prihatinlah dalam memilih makanan dan menyediakan makanan. Makanan mempengaruhi jiwa dan rohani kita. Jika suci dan bersih apa yang kita makan, maka ia memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat kepadaNya. 

Friday, July 6, 2012

Khatam Al Quran Seminggu Sekali

Impian yang jarang dapat direalisasikan adalah dapat khatam Al Quran seminggu sekali bagi diri ini, melainkan saat berada di Tanah Suci. Dua tiga malam yang lalu, saya mendengar kisah yang di ceritakan oleh Ustaz Don di TV Hijrah yang memperkatakan Datuk Hashim Yahya yang mengamalkan khatan Al Quran setiap minggu. Masya Allah, Subhanallah, memang sesungguhnya ia satu anugerah Allah. Menurut Ustaz Don, perkara ini diceritakan oleh Datin Aminah (yang juga merupakan Ustazah saya sewaktu belajar di Maahad Muhammadi)

Sesungguhnya bertuahlah sesiapa yang menjadikan membaca Al Quran sepanjang kehidupan serta sentiasa khatam. Malangnya ramai kita menjadikan Al Quran sekadar hiasan semata. Apabila datangnya Ramadhan barulah kita mahu membaca atau setidaknya bertadarrus.

Kebanyakan kita lebih suka membuang masa dengan menatap dan membaca komen-komen di facebook. Kita leka dengan hiburan dunia. Saya tidak berkata pada orang lain kerana adakala diri sendiri juga hanyut saat melayari dab berfacebook. Namun mendengar cerita orang-orang sekeliling kita yang boleh melakukan atau mempraktikkan membaca Al Quran dan khatam dalam masa seminggu sebagai amalam merupakan satu inspirasi buat kita untuk mencontohi.

Moga Allah memberi kerahmatan buat Datuk Hashim dan memberi kesembuhan pada beliau. Sesungguhnya beliau merupakan inspirasi buat semua. Kita yang masih sihat walafiat dan diberi masa oleh Allah ini, ambillah kesempatan kerana Rasulullah berpesan buat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya waktu sihat sebelum datangnya sakit unutk kita mengejar masa membuat ibadat sebelum Allah mengambilnya dari kita.

Wallahuaalam  

Thursday, July 5, 2012

KENANGAN RAMDAHAN

Photo: Get a snapshot of a mountaineer's world with this amazing image. Have a photo of the last beautiful starry sky you saw? Don't forget to submit it to the annual National Geographic Traveler Photo Contest: http://on.natgeo.com/L7QwfU.


Hanya dia tempat aku 
bersimpuh bersujud mengadu
Beratnya tanggungan mata
Berat lagi tanggungan rasa

Ramadan datang lagi
Membawa bersama cerita lama
Terguris rasa
Terkelam kata

Kenangan Ramadhan
Mengetus jiwa 
Mengenang keperitan
Membawa seribu kepiluan

Ramadhan yang mendatang
Ku panjatkan jutaan doa
Ku lontarkan segunung harapan
Moga sinaran Ramadhan
Dan keberkatan Lailatulqadar
Melakar pelangi 
Buatku

Ummu ieman ihsan  

Airmata Tumpah Lagi



Setiap kali permaslahan ini mendatang setiap kali itulah aku cuba unutk tidak mahu lagi menangis, namun ternyata jiwa ini rapuh, hati ini tidak kental, perasaan ini ampuh. Berdepan dia airmata ku tumpah lagi. Aku hanya insan biasa yang tidak mampu lagi mengalas semua ini. Cukuplah rasanya. Kedatangan surat itu sudah cukup memberi kedukaan dan kelukaan buatku.

Kenapa kehidupan harus begini. Kenapa perlu aku yang seringkali ditimpa masalah? Kenapa tidak mereka yang seringkali bahagia? Sungguh masalah ini tidak mampu lagi ku bendung. Dulu sekali aku mampu bertahan unutk tidak lagi menangis. Aku seringkali menunjukkan betapa machonya kau setiapkali berita duka itu datang. Tapi ternyata aku tewas dengan situasi ini.

Sewaktu Tok Wan meninggal aku begitu tabah. Mengetahui ibuku akhirnya pergi selamanya aku masih mampu gagahkan semangat. Namun mengetahui kebenaran tentang dia, menyebakan airmata den sendu tidak tertahan mengalir. Tidak boleh dipaksa. Aku harap aku mampu, tapi aku amat kerdil. Dia yang Maha Tahu kenapa aku diuji begini.

Petikan Novel : Embun di Hujung Mentari 

Sunday, June 24, 2012

Tentang Hati


Hati adalah bertempatnya iman dan nafsu. Ketika hati beriman, nafsu tercampak. Ketika nafsu bertakhta, iman tertekan. Hati yang beriman mampu membuat keputusan yang bijaksana, mempunyai gerak hati yang tajam, celik mata hati dan sentiasa redha serta syukur. Sebaliknya hati yang bernafsu kotor adalah hati yang sakit. Ia sentiasa mencari kurang, mengkaji buruk, mencari salah, merasa marah dan resah serta gundah. Oleh itu, untuk didik insan, mulalah dari hatinya. Untuk wujudkan kerja berpasukan, satukanlah hatinya. Untuk capai kecemerlangan suluhlah apa isihatinya. Untuk mencari kebahagiaan, jernihkanlah hatinya. ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi ~

Friday, June 22, 2012

Jutawan Muslimah




Selesai sudah misi yang lalu, sekarang ini misi yang baru akan memulakan penulisan tentang jutawan Muslimah. Ada yang bertanya saya, apa yang mendorong saya menulis tentang jutawan? Apa signifikan tulisan kali ini? Sementelah pilihan saya berkisar kepada Muslimah. 
Saya katakan bahawa ini sebelum ini Allah telah menunjukkan dalam sejarah bahawa salah seorang tokoh hebat yang menjadi isteri pertama Rasulullah adalah Saidatina Khadijah. Ada banyak hikmah, salah satunya ia menunjukkan bahawa tidak salah bekerjaya sebagai ahli bisnes. Khadijah sendiri telah melakar kejayaan dengan menggunakan ast beliau unutk syiar Islam.
Buku terbaru saya akan memaparkan tokoh-tokoh bukan kerana mereka itu bergelar Islam tetapi lebih penting Islam bukan hanyap ada jenama tetapi pada pengamalan. Moga Allah mempermudahkan laluan perjalanan menyiapkan buku ini.
Wallahuaalam.

Friday, June 15, 2012


Lamanya tidak bertemu
hati menjadi rindu
ingatkah lagi dikau pada diriku
bersama menongkah arus kedewasaan
berjalan mengutip sisa-sisa pengalaman
memburu kematangan

sudah sedekad masa berlalu
menjengah aku si sini
melihat bumi tempat tercipta kenangan
meraih semula nostalgia silam

hari ini aku di sini
mengutip kembali segala kenangan
disimpulkan menjadi anyaman silaturrahim
moga ia akan terjalin kukuh
memberi nafas baru
buat gedung ini

saat ini kembara hati telah kembali
memberi semula kepada yang berjasa
moga AMM
teguh dipersada
kerana mu sahabat-sahabat FILLAH



Tuesday, June 12, 2012

Apa Yang Kita Suka

Setiap orang ada kegemaran dan kesukaan tersendiri, namun perlu diingat tidak semua perkara yang kita suka orang akan suka. Manakala apa yang kita suka juga belum tentu mendatangkan kebaikan terhadap diri dan orang lain. Contoh, suka tengok perkara hiburan, maka masa kita akan terbuang secara sia-sia. Suka membeli belah tanpa ada keperluan, maka kita membazirkan wang dan mensia-siakan wang ringgt yang ada.

Ada banyak perkara suka akhirnya memberi manfaat dan kebaikan jika perkara yang kita suka disalurkan dengan cara yang betul. Perkara yang kita suka adakala boleh menghasilkan dan menjana kewangan. Namun ada juga perkara yang kita suka membazirkan wang ringgit, masa dan tenaga. Begitu juga jika diri cenderung melakukan semata-mata apa yang orang lain suka hingga menyebabkan kita sengsara, maka dalah hal ini perlu ada pertimbangan dan ada balance antaranya. Apa yang orang suka kita tidak suka akan menjerat diri kita.


Kesimpulannya,  hati-hati dalam berbuat apa yang kita suka dibimbangi boleh mendatangkan duka. 

Friday, June 8, 2012

Hidup Tidak Selalunya Indah


Bismillah,

Biasa kita dengar ungkapan ini... " Hidup Tidak Selalunya Indah ". Realtinya memang begitu bila kita menerima musibah atau mendapat mudarat. Namun disebalik itu jika kita memahami yang tersirat kita akan merasa kehidupan amat indah walau ia seringkali diselang seli dengan kesedihan. 

Kenapa demikian? Mudah saja, saat kita dirundung kesedihan kita akan terasa sepinya hidup, sengsaranya kehidupan lantas ingatan kita kepada Tuhan yang menjadikan makhluk bersarang di jiwa dan minda. Sebaliknya bila kita gembira, dihujani dengan keindahan dan kebahagiaan di samping manusia atau dianugerah dengan apa saja bentuk material yang menarik maka kita cepat lupa kepada DIA. 

Kita lalai dalam melaksanakan suruhannya. Sebab itulah kita diingatkan " Izkurni uzkurkum/ Ingatlah AKU dan AKU akan mengingatimu ".


Manisnya ujian dalam hidup akan memberikan keindahan pada kehidupan bila kita boleh melihat dari sisi yang lain. Ada inidividu merasa dirinya cukup gembira dan indah kehidupannya, namun saat dia sendirian dia merasa sedih, hati tidak tenang, jiwa merasa gelisah, kehidupan dirasakan tidak aman walhal dikelilingi dengan pagar besi, tembok mewah yang tidak samapi pada jangkauan manusia. 

Ada pula inidividu yang bahagia biarpun derita dan kesusahan tidak putus-putus mendatang, namun hatinya tenang, jiwanya tenteram, perasaanya bahagia dan dia tidak merasa terasing atau sunyi kerana dia percaya Allah, yakni DIA sering menjadi peneman buatnya. Dia yakin derita itu sekadar peringatan supaya hatinya sentiasa mengingati penciptanya.



Dalam keadaan ini ternyata... "Hidup ini amat indah" kerana Allah memilih kita untuk berdamping dengannya disaat susah dan senang kita....  Oleh itu ingatlah wahai diri.. indah hidup di dunia ini perlu diawasi agar indah juga hidup di alam sana nanti... AMEEN.

Wallahuaalam

Ilmu Perubatan Islam

Monday, June 4, 2012

Percutian Di Tok Aman Bali Beach Resort




Menghabiskan masa bersama keluarga bersempena hari keluarga Alumni Maahad Muhammadi.
Indah dan nyaman, seronok bersama keluarga dan rakan taulan
Moga ada masa dan ketika di hari kemudian 
Boleh kita meraikan kegembiraan dan kenangan silam
Indahnya negeriku diabadikan dalam lipatan kenangan
Detik ini pastinya tidakkan berulang
Namun harap ada peluang masa akan datang
Moga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan

Sunday, June 3, 2012

Jauhi Sifat Malas


Seronokkah menjadi orang yang pemalas? Orang yang malas tidak punya cita-cita besar. Orang malas sering melihat masalah dan tidak melihat peluang. Orang yang malas seringkali susah melakukan banyak perkara. Orang malas meremehkan dan menagguhkan banyak perkara.

Tanya diri sejauh mana kita dihinggap rasa malas? Rasa malas akan menguasai diri bila...
lebih banyak tidur dari berbuat sesuatu perkara manfaat
mengingatkan hiburan dari beribadat
suka menghabiskan waktu secara sia-sia dari bekerja
memenuhi kehendak nafsu makan dari menahan diri dan belapar seketika
seronok menonoton TV dari membaca Al-Quran
berat dan lenguh segala fizikal kerana tiada kekuatan mental unutk bangkit
tidak mahu bercita-cita tinggi serta tiada azam yang jelas
mudah meminta tolong dari melaksanakan usaha sendiri
banyak menyalahkan orang lain dari diri sendiri
tidak bahagia dan banyak berkeluh kesah

Jika anda rasa malas.. ingatkan pada diri anda sedang mengulit syaitan yang ada dalam diri. Luatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan, dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni. Malas boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada hasrat yang inigin dilaksanakan. Maka bila terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal menanti. Berusahalah hari ini untuk nikmat hari esok.

Wednesday, May 23, 2012

Kelebihan Surah Al Mulk


Surah al-Mulk merupakan surah pertama dari juzuk kedua puluh sembilan. Surah ini mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi saw. Surah ini sepatutnya berada dalam dada setiap mukmin. antara kelebihan surah ini ialah :

Pertama:  Memang banyak fadhilat dan keutamaan dari surah al-Mulk, diantara hadis yang sahih adalah:

ـ(1) عن أبي هريرة، عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: سورة من القرأن، ثلاثون اية؛ تَشْفَعُ لصاحبها حتى يُغْفَرَ له: تبارك الذي بيده الملك. (رواه أبو داود واللفظ له, والترمذي وغيرهما، وصححه ابن حبان والحاكم والذهبي، وحسنه الترمذي والألباني)ـ

Dari Abu Hurairah, Nabi  saw bersabda:

 “Ada surah dari Alqur’an yang terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi ‘temannya’ (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, yaitu: Surah Tabarokalladi bi yadihil mulk“. (HR. Abu Dawud dg redaksinya, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya. Hadits ini di-sahih-kan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi, sedangkan at-Tirmidzy dan Albani menghasankannya)

ـ(2) عن أنس بن مالك قال، قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: سورة من القرآن، ما هي إلا ثلاثون آية، خاصمت عن صاحبها حتى أدخلته الجنة، و هي تبارك. (رواه الطبراني في المعجم الأوسط وحسنه الألباني في صحيح الجامع)ـ

Anas bin Malik mengatakan, Nabi saw bersabda: “Ada surah dari Alqur’an, ia hanya terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat membela ‘temannya’ sehingga memasukkannya ke surga, yaitu: Surah Tabarok“. (HR. Thobaroni dalam Mu’jamul Ausath, dan dihasankan oleh Albani dalam Sahihul Jami’)

ـ(3) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: من قرأ تبارك الذي بيده الملك كل ليلة، منعه الله عز وجل بها من عذاب القبر، وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نسميها “المانعة”، وإنها في كتاب الله عز وجل سورة، من قرأ بها في ليلة فقد أكثر وأطاب.  (رواه النسائي واللفظ له والحاكم وقال صحيح الإسناد وحسنه الألباني)ـ

Abdulloh bin Mas’ud mengatakan: “Barangsiapa membaca surah Tabarokalladi bi yadihil mulk setiap malam, maka Alloh azza wajall menghindarkannya dari adzab kubur, dan dahulu kami (para sahabat) di saat Nabi saw(masih hidup) menamainya “al-Mani’ah” (penghindar/penghalang). Sungguh surah tersebut ada dalam Kitabulloh, barangsiapa membacanya dalam suatu malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan” (HR. Nasa’i dengan redaksinya, diriwayatkan pula oleh al-Hakim dan ia mengatakan: sanadnya Sahih, dan dihasankan oleh Albani)

ـ(4) عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ. (رواه أحمد والترمذي وغيرهما وصححه الألباني)ـ

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi  saw tidak pernah tidur (malam) sehingga ia membaca surah Alif lam mim tanzil (biasa disebut Surah as-Sajdah) dan surah Tabarokalladi bi yadihil mulk (biasa disebut surah al-Mulk). (HR. Ahmad, at-Tirmidzi dan yang lainnya, dihasankan oleh Albani)

ـ(5) عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الْأَسْقَعِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُعْطِيتُ مَكَانَ التَّوْرَاةِ السَّبْعَ، وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الزَّبُورِ الْمَئِينَ، وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الْإِنْجِيلِ الْمَثَانِيَ، وَفُضِّلْتُ بِالْمُفَصَّلِ. (رواه أحمد وحسنه الألباني والأرناؤوط)ـ

Dari Waatsilah ibnul Asqo’, sesungguhnya Nabi sawbersabda: “Aku telah dikaruniai Assab’u yang sebanding dengan kitab Taurat, aku juga diberi Alma’in yang sebanding dengan kitab Zabur, aku juga diberi Almatsani yang sebanding dengan kitab Injil, dan aku dikaruniai kelebihan dengan Almufash-shol” (HR. Ahmad, dan dihasankan oleh Albani dan Al-Arnauth).

Kedua: Fadhilah Surah Almulk boleh diraih oleh mereka yang banyak membacanya, terutama di waktu malam menjelang tidur, sebagaimana diterangkan dalam hadits no: 3 dan 4. Jadi tidak tepat kalau dikatakan bahwa keutamaan tersebut hanya khusus bagi mereka yang menghafalnya saja.

Ketiga: Waktu untuk membaca Surah Almulk ini dapat dibaca pada bila-bila masa , akan tetapi Nabi saw biasa membacanya saat menjelang tidur malam.

Keempat: Melihat keterangan hadits-hadits di atas kita dapat mengambil kesimpulan bahwa memperbanyak membaca Surah Almulk dapat menghindarkanseseorang dari siksa kubur dan siksa neraka.Semoga kita semua dapat mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian

Tuesday, May 22, 2012

Remaja oh Remaja



Remaja seringkali terkesima bila menyebut tentang perasaan cinta. Saat ini yang dikatakan oleh Hall sebagai "saat storm and stress". Remaja lebih suka melayan perasaan mereka, cepat sensitif dengan keadaan sekeliling, mudah terasa dengan percakapan serta inign diberi perhatian. 

Remaja begitu complex dan adakala sukar unutk difahamai, apalagi mereka sering dibuai dengna fnatasi dan tercari-cari identiti diri. Kerana demikian mereka akan mencuba ppebagai perkara yang dirasakan betul oleh pemikiran.

Remaja tingkahlakunya sering tidak terarah kerana mudah dipengaruhi rakan sebaya, sukakan perhatian mereka. Apalagi jika terasa ada yang meminati diri maka hatinya cepat berbunga. Tangannya terus menghulur tanpa mengira keihlasan, tanpa mengira akhlak yang perlu dibela dan maruah yang perlu dijaga.


Remaja ada ketikanya lebih percaya orang lain dari ibu bapanya. Mereka tidak suka ditegur, tidak mahu diatur kerana mereka percaya pada haluan sendiri. Mereka ingin merealisasikan impian sanubari tidak peduli dengan risiko.


Remaja oh remaja
Masa yang amat kritikal buat dirimu dan juga ibu bapa. Namun jika baik cara didikannya, engkau akan lahir menjadi manusia cemerlang, jika tidak kena pada gayanya engkau akan kecundang di pertengahan jalan. 
Remaja, dunia ini hiburan sementara, jika kalian leka maka kalian akan ketinggalan. Oleh itu kejarlah cita-cita murni mu. Bekalkan diri dengan iman dan taqwa. Jadilah dirimu contoh teladan buat semua. Kerana engkau penyambung generasi, pewaris kami.

Nukilan 
Ummu Ieman Ihsan 

Sunday, May 20, 2012

Seruan Jihad



sebentar di sini
meragut rasa kehampaan
bila agama tidak menjadi satu kebesaran
bila aqidah bukan lahi kebanggaan
mana pergi suara syahid Al Fateh
hilang sudah waliullah Said Nursi
tamat sudah satu perjuangan wira terdahulu
kini ia perlu bersambung
pada mujahid generasi baru
menyahut seruan ke arah makruf
melontar jauh kekhilafan Atatturk
menukar wajahnya
menjadi Muslim sebagaimana namanya
biar sebutan berbeza
ertinya masih sama
biar warna kuli dan bahasanya berlainan
namun ia hanya mengEsakan yang satu..
Allah Rabbul Aalameen.


Ummu ieman ihsan
 


Salam Ukhwah,

Lama rasanya tidak berkongsi diruangan ini, masa dan tanggungjawab yang hakiki menghambat diri hingga tiada kesempatan untuk mengisi sesuatu yang manfaat sebagai perkongsian bersama. Apapun selama tempoh tersebut banyqak perkara dan pengalaman yang dijana hasil dari pengalaman. Selama beberapa hari dibumi Turki perkara yang inign dikongsi adalah tentang betapa nikmat yang Allah beri kepada rakyatnya yang memiliki iklim yang baik (tidak terlalu panas/terlalu sejuk) sesuai dengan iklim Meditranenan. Buminya juga subur hingga memungkinkan pelbagai tumbuhan hidup subur.

Rahmat Allah maha besar unutk mereka di saat umat lain terseksa dengan kemarau dan kebulurna, dihimpit perang saudara yang berterusan, huru hara yang berpanjangan. Namun bumi Turki ternayta menjadi tumpuan dan kunjungan serata manusia dari pelbagai negara. Keindahan alamnya tidak dinafikan, namun apa yang amat dikesali biarpun masjidnya megah berdiri namun tidak ramai anak muda yang berkunjung, yang ada hanya orang-orang tua, Itupun hanya ada beberapa orang sahaja.

Masjid indah dibiar sepi. Alasan unutk memelihara khazanah tinggalan lama tidak boleh diterima pakai, masjid bukan sekadar untuk tatapan pelancong namun ia untuk diimarahkan. Iap erlu dihudpkan dengan pelbagai program dakwah unutk menarik anak-anak muda serta masyarakat Turki amnya yang lebeh cenderung kepada gaya hidup yang secular. Berada di Turki adakala seperti berada ditengah kota Paris apabila melihat gaya sebahagian mereka.


Saat azan berkumandang tiada siapa yang berluru dan bersegera unutk ke masjid, walhal masjid hanya beberapal angkah sahaja. Melihat kepada kisah-kisah sejarahnya yang berlaku kepada umat terdahulu yang telah menempa kejayaan dalam pelbagai hal, namun Allah timpakan bala, yang tinggal hanya runtuhan bangunan yang menjadi kesan tinggalan supaya manusia mengambil iktibar dariNya. Saat diri melihat semua itu, terasa dekat dengan ayat-ayat surah Ar Rahman yang berkali-kali diulang-ulang supaya manusia insaf dan mengambil iktibar darinya. Firman Allah bermaksud: Maka nimat Tuhanmu yang mana yang kamu hendak nafikan/dustakan"(Ar-Rahman:13).

Insaf dengan memerhati segala yang ada dimuka bumi mengajak diri unutk bersyukur dengan nikmat iman dan hidayah dariNya. Moga ummat Islam menyedari betapa pemberina Allah itu perlu disyukuri... Allah berfirman: " Apabila Kiamat pun berlaku, kejadian Kiamat itu tidak dapat dinafikan lagi.. (al-Waqiah: 1-2)

Wallahuaalam.

Thursday, May 10, 2012

Ratapan Selcuk


Terasing di sini
Selcuk.....
Menangisi masa dan keadaan
meratap hiba bila yang diseru tiada datang
memanggil dan melaung
bukanlagi menjadi tugas muazzin
namun teknologi hebat menguasai segala
alangkah begini keadaan
mendera ia menjadi sebegitu rupa
terbiar ia tanpa jemaah

bangunan menjadi kaku dan bisu
keindahan yang ada sekadar untuk santapan mata
ruangan yang ada bukan lagi untuk bersujud pada Dia
ia sekadar menjadi binaan sejarah
untuk tatapan semata

alangakah malang
tersergam utuh
namun kosong dan sepi
kudus malam itu
kulaungkan bacaan Fatihah
ku gemakan bacaan Yassin
moga selepas ini ia bersemarak kembali...


ummu ieman ihsan