Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, August 11, 2012

Andai Kita Berdosa Pohonlah Keampuanan dariNya



Sebagai insan sudah pasti kita tidak maksum, pasti ada sahaja kesilapan yang kita lakukan baik secara sengaja atau tidak sengaja. Jika diri menyedari telah tersilap maka jangan diulangi kesilapan tersebut.  Jika kesilapan kita dengan manusia maka pintalah kemaafan dari mereka. Sempena Ramadhan ini mari kita sama panjatkan keampuanan kepada Allah dan kita diberi peluang untuk masuk ke syurganya. Ameen

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya

Friday, August 10, 2012

Antara Kita Berdua sebagai Suami Isteri



Renungan kenali diri mengajak pembaca yang bergelar suami atau juga isteri untuk sama-sama menilai dan muhasabah diri tentang peranan baik sebagai suami mahupun sebagai isteri. Seringkali kita dengar berlakunya pergaduhan antara suami isteri kerana masing-masing tidak menjalankan kewajipan yang sepatutnya. Walhal sebelum termeterai ijab kabul, masing-masing berjanji untuk menunaikan segala tanggungjawab. Berjanji mahu menjadi yang terbaik. Namun ada ketikanya ia tidak berlaku.

Maka untuk mengelakkan terjadinya perkara sebegini, elok jika kita sesama suami isteri saling ingat mengingti, saling berpesan ke arah kebaikan. Tekad ini sering ada dikalangan pasangan, tetapi tidak semua pasangan boleh menerima teguran atau pesanan, ingatan atau kata-kata perangsang dari pasangan mereka. Hingga adakalanya pesanan atau ingatan yang diberi dilihat sebagai satu kritikan. Ia adakala akan menjadikan suasana lebih keruh dan membawa kepada persengketaan dan perbalahan. Maka disalah datu pihak yang mahukan kesempurnaan dan mel;ihat perubahan akan merasa "helpless". Contoh si suami mahu menegur kesilapan isteri yang suka membuka aurat atau si isteri mahu menegur suami yang merokok kerana tahu keduanya haram. Namun ia tidak dapat dilakukan kerana pasangan masing-masing tidak boleh menerima dan ada hujjah tersendiri.
Jika ini berlaku bagaimana tindakan yang perlu di ambil, ibarat kita menegur salah tidak menegur juga salah. Bila perkara sebegini apa cara yang boleh kita lakukan? Pada hemat saya, kita boleh menegur dan memberi nasihat ,jika kita tidak berdaya maka berusahalah menjadikan diri kita terlebih dauhulu terbaik disisi Allah dan manusia. Hebat bagaimana mahukan kebaikan berlaku dalam rumah tangga kita perlu ingat, kita tidak mampu mengubah orang lain melainkan mereka mahu mengubahnya. Jalan yang selamat adalah panjatkan doa, moga suatu masa pasangan kita boleh menerima apa kebaikan yang mahu kita terapkan. 

Ada juga yang memujuk hati akan berkata "tidak mengapa, masuk kubur lain-lain... " apapun kita perlu ingat bahawa doa untuk kita kepada pasangan atau keluarga untuk bersama-sama di Jannah. Oleh itu bagi pasangan yang susah untuk dinasihati.. tepuk dada, tanyalah IMAN.

Wallahuaalam.

PETUA SENGUGUT


Tuesday, August 7, 2012

Bersyukur dengan Anugerah Allah




Hari ini dan semalam sungguh bertuah buat saya kerana bertemu dengan insan hebat yang begitu kental dan bersemangat walau dugaan yang menimpa amat hebat. Berkongsi kisah suka duka mereka menyebabkan saya berasa diri begitu bertuah. bersyukurnya saya walau saya merasa apa yang saya lalui dalam kehidupan amat mencabar. Terasa kecil ujian yang Allah beri buat kita bila mendengar orang lain lebih teruk ujian yang menimpa mereka.

Kita sepatutnya belajar menghargai orang-orang sekeliling kita sebelum terlamabat. Sebelum mereka hilang disisi kita. Kita kadang kala suka mengkritik, suka mencari kesilapan bahkan tidak pernah merasa apa yang dibuat oleh orang-orang yang kita sayang atau mereka yang disekeliling kita lakukan kepada kita. Bahkan kita merasa apa yang beri kepada tidak pernah cukup dan tidak penrah sempurna.

Bersyukurlah dengan segala pembarian Allah, buruk baik pasti ada. Namun jangan smapai kita tidak bersyukur dengan sedikit rahmat tersebut. Kita selalunya menyesal apabila yang kita milik telah diambil pergi. Kita biasanya mahu bersyukur bila apa yang ada hilang disisi. Belum terlambat buat kita untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berbudi buat kita. Ucaplah terima kasih, sampaikanlah ucapan kasih sayang moga saat mereka tiada disisi kita tidak terkilan dengan perbuatan sendiri.

Doa Murah Rezeki

Monday, August 6, 2012

MENILAI KARAKTER DIRI SENDIRI

Berbicara tentang individu dalam membuat satu-satu pertimbangan atau memberi kata putus ada pelbagai versi. Ada orang dalam satu-satu hal tidak ada langsung flexibility hingga dia dikatakan sebagai orang yang mengikut buku atau skema... Ada juga yang penuh timbang tara dan juga boleh bertolak ansur dalam banyak perkara.

Alasan yang suka mengikut buku atau 100% bergantung kepada skema alasannya untuk menjaga kualiti sesuatu perkara... manakala bagi yang lebih cenderung mengamalkan flexibility pula melihat kepada perlu adanya sifat kasihan belas...

Menilai dua kontkes yang berbeza ini, ia sebenarnya terletak kepada karakter individu itu sendiri. Ada pendapat mengatakan seseorang yang penuh skema atau ikut buku itu terjadi kerana itulah cara dia dibentuk, mana jadilah dia sebegitu, manakala ada orang yang flexible tetapi bukan kerana dia dibentuk dengan cara berlainan, dia pernah diperlakukan begitu tetapi dia memilih untuk lebih bertolak ansur.

Umpamanya dalam memberi permarkahan, menilai sesuatu perkara atau apa sahaja yang berkait dengan kehidupan. Contoh paling mudah ada orang yang dipanggil "particular" atau teliti yang akan meneliti setiap satu dengan terperinci hingga menyebabkan perkara mudah menjadi amat susah, yang senang menjadi rumit. Orang sebegini pastinya akan banyak memberikan kritikan, sebaliknya pula orang yang dikata terlalu bertolak ansur dilihat sebagai teramat mudah dan adakala boleh dieksploitasi. 
Sudah pasti setiap sesuatu ada PRO and CONS.. tanya diri anda bagaimana anda bertingkahlaku, adakah anda tergolong dalam orang yang mengikut buku atau penuh toleransi.. Apapun keputusan dan tindak tanduk.. tepuk dada, tanyalah Iman.. Jika ditanya pada saya...satu perkara yang saya amat percaya.. MEMPERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN..ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA...

renung-renungkanlah...

Friday, August 3, 2012

Madrasah Ramadhan; Lailatulqadar yang dirai..


Salam Ramadhan, 
Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...


Kita mencari malam yang satu..
Moga bakal bertemu dengan satu malam yang dikata...
Malam seribu bulan... 
LAILATULQADAR....


Ameen ya Allah
temukanlah kami..
rezekikan kami untuk berpeluang..
beribadat seperti seribu bulan...


أحبابي في الله، وصلنا في الثلث الثاني من رمضان. . من أحسن فاليزد ومن 
قصر فاليستدرك... اللهم بلغنا ليلة القدر. .



Sunday, July 29, 2012

Tarikh Kelahiran

Kalau ikut bulan Masehi tanggal 30 JULY setahun lagi usia saya bertambah. Namun tidak perlu ada celebration atau sambutan yang hebat kerana sesungguhnya ia sekadar ingatan kepada diri bahawa usia telah bertambah maka diri perlu sedar dan insaf kematian itu semakin mendekati...


Setiap kali usia bertambah maka sudah pasti akan ada harapan baru yang mahu dilaksanakan.. Pada diri saya masih ada tugasan lama yang belum sempurna dilaksanakan dan ada tugasan baru yang menjadi misi mahu direalisasikan... 

Apapun bersyukur Allah masih memberi peluang untuk bernafas dan melakukan ibadat kepadaNya. Moga Allah akan memanjangkan usia agar bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang. Bertmabahnya usia maka harapannya bertambah kuantiti dan kualiti ibadah. Ameen

Wednesday, July 25, 2012

Madarasah Ramadhan : Di mana Kita

Cepat masa berlalu, hari ini sudah masuk hari kelima kita berpuasa. Sedetik masa berlalu adakah kita menghitung banyak mana amalan kita? Memamadaikah dengan azam dan tekad yang kita lafazkan sebelum ini untuk menjadikan ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita? Cukupkah setakat apa yang kita lakukan? Atau kita setakat menyatakan MAHU tetapi realtinya kita masih di takuk yang lama...

Tiap kali mata mahu membaca Al Quran, mata pula begitu cepat menjadi lena... Saat takbir solat tarawih di angkat saat itu juga bada merasa berat unutk meneruskan.. Bila mahu membuka mata unutk bangun qiamullail.. hati pula merasa..tidurku belum cukup.. maka dugan demi dugaan dalam kemahuan menunaikan ibadat sera kemalasan diri bertukar silih berganti.. 

Melontar pertanyaan bukan bermakna diri sudah begitu bagus dan sempurna. Pertanyaan dijana mahu mendidik dan mengingatkan diri sendiri bahawa... masih banyak yang mahu dilakukan.. ramadhan pula seperti amat cepat berlalu.. masih belum selesai target dan perencanaan.. Maka Ya Allah berilah kekuatan unutk kami beribadat agar kami mampu mempersembahkan ibadat yang terbiak,yang ikhlas bukan untuk dipuji manusia, tetapi untuk di terima oleh Mu segala-galanya.... 

Sungguh..Ramadhan ini kami mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik..agar ada kesempatan ramadhan yang mendatang menjanjikan gandaan kebaikan yang lebih sempurna buat kami...  

Sunday, July 22, 2012

Madarsah Ramadhan: Ujian Kesabaran


Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca,
Tulisan kali ini saya ingin menyentuh persoalan sikap kita di bulan Ramadhan. Sesungguhnya saat berpuasa pastinya kita akan diuji dengan pelbagai perkara. Ujian atau cabaran yang paling dekat dengan orang yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi bagaimana mengawal rasa marah. 


Waktu tengah lapar, ramai orang amat sensitif dengan perskitaran dan apa yang berlaku di sekilingnya. Individu mudah bertindak, adakala yang bukan pemarah menjadi pemarah, panas baran serta moody gara-gara sedang menahan kelaparan. Soalnya jika kita marah atau cepat panas baran (dengan alasan orang sekeliling yang mencetuskan) di manakah tarbiyyah puasa kepada diri kita?


Puasa sepatutnya mencetuskan lebih rasa sabat di dalam diri. Puasa sepatutnya menjadikan diri kita lebih menerima seadanya. Jika kita mampu menahan kemarahan dan bukan setakat kita menahan lapar dan dahaga, sesungghunya puasa kita sudah mencapai tingkat yang ke dua... 


Tahniah buat yang sudah berjaya mentarbiyyah diri.. bagi yang masih gagal mempraktikkan sifat-sifat mahmudah dan   membuang sifat-sifat mazmumah.. jadikan puasa kali ini sebagai pemangkin untuk mendidik jiwa dan rohani menjadi insan yang lebih baik...


Wallahuaalam

Thursday, July 19, 2012

MADRASAH RAMADHAN


Status Hadis: Ramadhan;
Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;
أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار ]
Ertinya: Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalahpembebasan dari neraka.
Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.
Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya’qub, MA :Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.
Jalur Pertama: Salah satu jalur periwayatan hadisi ini versinya demikian:أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-’Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis dha’if yang berjudul ‘Adh-Dhu’afa‘. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu ‘Asakir. Mereka Yang Mendhaifkan.
Adapun para muhaddis yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi.
Beliau mengatakan bahwa hadis ini dhaif (lemah periwayatannya). [Al-Jami’ Al-Saghir]
2. Syeikh Al-Albani.
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadis dhaif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu’ (palsu). [Lihat: Dhaif Al-Jami’ Al-Saghir, No. 2135 “Dhaif Jiddan’]
Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar.
2. dari Maslamah bin Shalt.
3. dari Az-Zuhri.
4. dari Abu Salamah.
5. dari Abu Hurairah.
6. dari Nabi SAW.
Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini disebut dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah ‘adik’ dari hadis maudhu’ (palsu).
Bezanya, kalau hadis maudhu’ itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu’.
Kesimpulan:
Kesimpulannnya, hadisi ini punya dua gelaran.
Pertama, gelarannya adalah hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Gelaran kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.
Wallahu a’lam bishssowab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ulasan Ust. Zaharuddin:
Jawapan yang diberi adalah benar, saya telah melakukan semakan juga, dan hasilnya adalah sama. Hadith tersebut adalah kurang kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan dihujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.
Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu,  إن صح الخبر
Ertinya : “Jika sohih khabar ini” ( Rujuk ibn Khuzaymah)
Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata:-
وفي سنده من صحّح وحسن له الترمذي، لكن ضعفه غيره، ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله: إن صح.
Ertinya: “Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya: Sekiranya Sohih” (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)
Saya juga tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya, antaranya seperti berikut:-
1) I’anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469 ;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58
Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.
Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohiholehnya sendiri:
صحيح ابن خزيمة - باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر.
حدثنا علي بن حجر السعدي، ثنا يوسف بن زياد، ثنا همام بن يحيى، عن علي بن زيد بن جدعان، عن سعيد بن المسيب، عن سلمان قال: خطبنا رسول الله r في آخر يوم من شعبان فقال: « أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء»، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم، فقال: «يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، من خفف عن مملوكه غفر الله له، وأعتقه من النار، واستكثروا فيه من أربع خصال(1): خصلتين(2) ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله، وتستغفرونه، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما: فتسألون الله الجنة، وتعوذون به من النار، ومن أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة ». [(1) الخصال: جمع خصلة وهي خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة. (2) الخصلة: خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة] [صحيح ابن خزيمة، 3/161و رقم: 1887. قال محقق الكتاب، الدكتور محمد مصطفى الأعظمي،: "إسناده ضعيف].
 Tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-‘Ayni dalam kitab ‘Umdah Al-Qari’ sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-
ولا يصح إسناده، وفي سنده إياس. قال شيخنا: الظاهر أنه ابن أبي إياس، قال صاحب (الميزان) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف، والخبر منكر.
Sekian, terima kasih. [http://www.zaharuddin.net/ 12 Ramadhan 1427H].
[Komentar Pentahqiq Kitab, Dr. Mohd Mustafha Al-A’Zami “Sanadnya Dhaif”].
Disusun oleh:

www.dartaibah.com
21 Sya’ban 1430H.

Tuesday, July 17, 2012

Memberi Kemaafan


Salam Ukhuwwah,

Saya ingin memperkatakan tentang kemaafan, pada hemat saya ada beberapa cara kemaafan dari individu:

  1. individu mengatakan bukan mudah memberi maaf 
  2. individu yang tidak akan memaafkan sampai bila-bila
  3. individu yang berkata sudah memberikan kemaafan tetapi parutnya masih ada
  4. individu yang sudah memberi kemaafan tetapi perasaan masih dendam
  5. individu yang memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku
  6. individu yang samapi mati masuk ke lubang cacing tidak akan memaafkan orang yang bersalah terhadapnya
Dia antara kategori di atas dimanakah tahap diri anda? Ada yang megatakan tahap tersebut berlainan mengikut individu yang bersalah terhadap mereka. Ada juga yang mengatakan tiada satu pun yang tepat pada dirinya kerana dia tidak pernah disakiti...
Di mana jua tahap kemaafan kita, maka mari kita menyelami cara bagaimana konsep kemaafan dalam Islam.




"Dan tidaklah sama kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditunjukkan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karibmu."
(Surah Fushilaat : 34)

Dalam pada itu ingatlah orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(As Syuraa : 43)
Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.
(Surah Al A’raf : 199)


Wallahuaalam

Monday, July 16, 2012

SIKAP SEORANG PENGGAPAI




1. MELIHAT DENGAN PANDANGAN POSITIF
2. MELIHAT DAN MENGIMPIKAN SESUATU MRNGATASI JANGKAUAN
3. GIGIH BERUSAHA MEREALISASIKAN MATLAMAT
4. BERANI BERIMPIAN DAN MENYATAKAN TUJUAN
5. MEMILIH UNTUK BERUBAH
6. BOLEH MENERIMA KRITIKAN
7. TIDAK PUTUS ASA


Friday, July 13, 2012

Retrospection Introspection and Prospective


Retrospection generally means to take a look back at events that already have taken place. For example, the term is used in medicine, describing a look back at a patient's medical history or lifestyle
events that already have taken place. 

  1. Having reference to what is past; affecting things past; retroactive; as, a retrospective law.
  2. Looking backward; contemplating things past; -- opposed to prospective; as, a retrospective view.
Introspection (or internal perception) is the self-examination of one's conscious thoughts and feelings.[1] In psychology, the process of introspection relies exclusively on the purposeful and rational self-observation of one's mental state; however, introspection is sometimes referenced in a spiritual context as the examination of one's soul. Introspection is closely related to the philosophical concept of human self-reflection, and is contrasted with external observation.
A view of the inside or interior; a looking inward; specifically, the act or process of self-examination, or inspection of one's own thoughts and feelings; the cognition which the mind has of its own acts and states; self-consciousness; reflection.

Prospective literally means "looking forward". It can also refer to an event that is likely or expected to happen in the future. For example, a prospective student is someone who is considering attending a school — typically a high school student who is seriously considering applying to a university, or who has already applied and been accepted, but not yet enrolled.
looking towards the future


Wednesday, July 11, 2012

TEAM BULIDING


Bilakah masanya sesebuah organisasi memerlukan team-building? Team-building diperlukan apabila ciri-ciri team yang kuat tidak wujud pada pasukan kita, ataupun ciri-ciri itu wujud tetapi tidak cukup kuat.

Simptom-simptom bahawa sesuatu team itu amat lemah adalah sangat banyak. Yang paling mudah dilihat adalah tingkah laku anggota team semasa mereka menghadiri mesyuarat.

Tingkah laku yang menunjukkan sesuatu team itu lemah: 

1. Masing-masing anggota mesyuarat ada tujuan masing-masing.

2. Masing-masing tidak jelas apa sebenarnya peranan masing-masing dalam team.

3. Tidak banyak kemajuan dicapai dalam mesyuarat.

4. Bila ada orang bercakap dalam mesyuarat, tidak banyak yang peduli mahu mendengar betul-betul.

5. Cara mesyuarat dijalankan tidak betul.

6. Mereka yang datang mesyuarat tidak bersedia.

7. Apa tujuan mesyuarat dipanggil pun tidak jelas.

8. Keputusan dalam mesyuarat tidak dicatatkan dengan betul.

9. Masalah yang sepatutnya diselesaikan dalam mesyuarat tidak diselesaikan.


Di petik dari;
http://binapasukanislam.blogspot.com/2012/07/bilakah-sesi-team-building-diperlukan.html

Sunday, July 8, 2012

Kedudukan Hadith 9/10 Rezeki Dari Perniagaan


Kedudukan Hadith 9/10 Rezeki Dari Perniagaan = Ianya Merupakan Hadith Mursal
Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.


Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.

SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'
Berdasarkan pencarian dan dibantu oleh kajian-kajian terdahulu, hadith ini disebutkan dalam beberapa lafaz berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Didapati hadith ini disebut oleh Imam al-Ghazali (wafat 505H) di dalam bukunya yang terkenal iaitu Ihya' Ulumiddin. Menurut cetakan yang ada pada saya iaitu cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, tahun 2001, ia disebut dalam jilid 2, muka surat 59 dalam Kitab Aadaab al-Kasb wa al-Ma'asy, Bab pertama 'Fadhl al-Kasb wa al-Hatth 'Alaih (Kitab adab-adab mencari rezeki dan pendapatan, bab kelebihan mencari rezeki dan galakkan ke atasnya). Tetapi ini tidak bermaksud Imam al-Ghazali 'meriwayatkannya' kerana beliau tidak menyebutkan sanad (rantaian periwayat) terhadap hadith ini. Maka yang lebih tepat ialah Imam al-Ghazali 'menyebutkannya' di dalam buku Ihya' Ulumiddin. (saya menasihatkan sahabat-sahabat yang menulis tentang hadith agar berhati-hati dengan perbezaan antara 'menyebutkan' da 'meriwayatkan' atau 'mengeluarkan' - ذكره, رواه, أخرجه )
Bagi yang pernah membaca buku Ihya' Ulumiddin, mereka pasti akan tahu bahawa terdapat seorang ahli hadith yang digelar al-Iraqi (wafat 806H) yang telah menyemak dan memberikan ulasan terhadap hadith-hadith yang ada di dalam buku Ihya' Ulumiddin. Apa yang beliau lakukan ialah atas permintaan pencinta ilmu untuk mengetahui kedudukan dan sumber asal hadith-hadith di dalam buku tersebut. Malah kebanyakan cetakan Ihya' Ulumiddin dimuatkan bersama komentar dan ulasan al-Iraqi ini dalam bentuk nota kaki di bawah teks asal Ihya' Ulumiddin.


KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'
Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat (dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.), maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.
Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda' sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'.


KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI
Apa yang dapat kita fahami daripada ulasan al-Iraqi - bagi sahabat-sahabat yang memahami bahasa Arab, boleh baca ulasan beliau dalam jilid dan muka surat yang telah disebut di atas - ialah:
- Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi.
- Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w.

- Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian.
- Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i.
- Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih' . Ia perlukan kepada banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal' pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud kedhaifan.


SUMBER LAIN

Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Mari kita lihat bersama. Hadith ini ditemui antaranya di dalam :
a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari laman web islamweb.net (fatwa no.61297), namun saya tidak dapat menemui ia dalam buku tersebut untuk mengesahkan kedudukannya dan nombor serta kedudukannya yang lebih terperinci. Namun Markaz Fatwa menyatakan ia berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.

b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian periwayatan yang sama.
c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini, hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya kita dapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'. Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal' dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.
d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat 224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun2003) - di dalam jilid pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd. Rahman.

KESIMPULAN PENTING
1- Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.

2- Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting - berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.

3- Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia (rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati menilainya sebagai dhaif.

4- Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri.

5- Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.

6- Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif. Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - "terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa...", "sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif...", agar masyarakat tidak terkeliru.

7- Pandangan ini hanyalah sekadar kemampuan saya dan artikel ringkas ini diharapkan dapat dinilai dan diterima dengan adil. Jika berlaku kesilapan dan kekurangan, harap dapat diberi maklum balas secepat mungkin kepada penulis - sama ada dengan pm kepada nickname alitantawi di laman web al-ahkam.net atau dengan alamat e mail [url=mailto:pemudaiman@yahoo.comThis]pemudaiman@yahoo.comThis[/url] e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , [url=mailto:alitantawi@yahoo.comThis]alitantawi@yahoo.comThis[/url] e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan juga dalam facebook - adlan abd. aziz.


wallahu a'lam
DI AMBIL DARI AL-AHKAM.NET 

Saturday, July 7, 2012

MERENTAS MASA MENUJU BAHAGIA


Ramadahan semakin menghampir, tinggal beberapa hari lagi kita akan menginjak ke bulan yang dinanti ini. Setiapkali datangnya Ramadhan perasaan gembira tidak mampu dinyatakan. Ada orang gembira kerana akan bertemu raya, kita gembira bukan kerana raya yang tiba tapi kegembiraan itu kerana Allah masih memberi kita ruang dan menghirup udara hingga ke hari ini dan semoga DIA mengizinkan kita untuk bersama menyambut Ramadhan dan mampu beribadat sepanjang bulan tersebut.
Masa sesungguhnya begitu pantas, seperti baru saja Ramadhan sebelumnya berlalu. Alangkah kehidupan begitu cepat berlalu. Adakah masa yang pantas itu terisi sepenuhnya dengan amalan serta ibadat? Sungguh manis mengenangkan masa yang berlalu jika ia terisi dengan perkara yang manfaat. Namun jika masa yang lepas kita terleka, terlalai dalam beribadat, maka berdoalah agar sempena Ramadhan kali ini, kita mampu berubah menjadi lebih baik dari semalam yang kita tinggalkan.
Merentas masa menuju bahagia, tiada cara lain melainkan kita sentiasa berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Moga hidup kita semua dilimpahi keberkatan... 
'ALLAHOMMA BALIGHNA RAMADHAN'