Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, November 16, 2012

Esok yang Samar....


Redup daun yang merimbun
Telus sinar dicelahnya
Mencuri pandang mata yang pejam
lalu membias ke wajah sayu
Mengering baki airmata
Namun pilu hati tidak berlalu
Duka masih menjelma
Bayu menyapa lara
Apa masih ada sinar esok
Atau gerimis yang bakal singgah
Ternanti dalam kesamaran

Nukilan:
Ummu Ieman Ihsan

Diari Seorang Penulis 3


Menjadi penulis adalah cita-cita ramai orrang, namun tidak semuanya menjadi kenyataan dek kerana ada pelbagai kekangan. Antaranya ada beberapa orang sahabat saya yang mahu menyiapkan buku mereka tetapi tidak berkesudahan kerana merasa susah membuat olahan dari segi bahasa. Ada juga yang mempunyai fakta dan mesej yang mahu disampaikan namun masa pula tidak mengizinkan. Ada juga yang sudah menyiapkan beberapa naskah tetapi ia tidak pula mendapat kelulusan dari pihak penerbitan. Pendek kata menjadi penulis bukanlah satu perkara mudah walau dilihat seperti mudah. 

Pada saya, nergelar penulis tidak perlu mendabik dada merasakan diri hebat, kerana menulis adalah satu tanggungjawab. Ia sekadar satu medium menyampaikan segala misi. Menjadi penulis juga bukan bermakna kita tahu segala, ia sebenarnya banyak memberi kesedaran bila menulis ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu kerana untuk menulis perlu banyak membaca. Bagi yang mahu bergelar penulis jangan serik mencuba, kerana saya juga banyak melakukan percubaan... Percubaan sekali bukan bererti gagal..tapi ia sekadar permulaan untuk langkah kejayaan... 
Good luck.  

Wednesday, November 14, 2012

Detik 1 Muharam 1434 H



Hari ini Khamis bersamaam 15hb November bermula tahun baru dalam kalendar hijrah tahun 1434H. Seawal pagi sudah merasakan betapa hari ini begitu indah. Terasa satu kekuatan dan semangat meresap ke dalam jiwa. Bila azan subuh pula berkumandang, seperti satu kesayuan terasa mengingatkan setahun usia telah berlalu. Terasa seperti banyak perkara yang mahu diraih, tapi masih ada yang belum kesampaian.

Hujan pagi ini menambahkan rasa sayu dan memberi sentimen kepada panorama alam. (pagi sudah bersedia untuk mengorak langkah pertama di awal tahun baru. Ramai orang meraikannya dengan cara berbeza, sementelah hari ini cuti am. Pagi ini merupakan pertemuan secara tidak langsung beberapa ahli ALK Koperasi Khalifah Jiwa untuk membincangkan agenda buku Kompas Jiwa serta perancangan untuk setahun program-program Khalifah Jiwa. Biarpun mengorbankan masa cuti, tapi harapan mengatakan biarlah semua ini diberkati oleh Allah dan menjadi satu cara transformasi diri ke arah yang lebih produktif demi memajukan dan memartabatkan ummah. Detik 1 Muharram ternyata tidak akan disiakan, kerana petang nanti akan ada pula pertemuan ilmu bersama para sahabat dari Group Peramah terdiri dari bekas pelajar Maahad Muhammadi yang juga membawa misi " khiarunnnas yannfaunnas"... Semoga perjalanan ini diberkati dan di redhai olehNya. 

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H

Teringat saya pada nasyid yang sering di alun saat tibanya Maal Hijrah... "1 Muharram derik permulaan, penghijrahan Nabi dan Umat Islam , dari kota Mekah ke Kota madinah....
Pejam celik-pejam celik, sudah masuk ke tahun baru 1434H. Hari ini hari terakhir untuk tahun 1433H. Masa amat pantas berlalu, apabila di muhasabah perjalanan kehidupan seperti banyak perkara lagi yang belum selesai. Apapun semoga masa yang telah berlalu memberi kita banyak pengalaman dan ikitibar agar tahun baru yang akan tiba esok bakal memberikan satu harapan dan kejayaan yang lebih baik dan hebat dari apa yang telah diperoleh. 

Mungkin petang ini ramai yang akan bersedia dengan doa akhir tahun dan awal tahun. Sekadar peringatan agar ia tidak disandarkan kepada sunnah rasulullah, ini kerana tahun Hijrah di kira pada pemerintahna Umar bin Al-Khattab. Berdoa itu tidak salah tetapi perlu kita ketahui bahawa itu bukan amalan sunnah. Moga tahun baru Hijrah 1434 memberi kita kekuatan iman dan juga dapat mempertingkatkan amalan yang sedia ada, Wallhuaalam.

Thursday, November 8, 2012

Bila ada irihati maka apa sahaja boleh terjadi...


Lawak juga membaca di blog Asam Garam tentang sakit jiwa... sememangnya manusai ini ada pelbagai watak yang kadangkala berwatak baik tetapi di dalam hati mereka penuh dendam dan iri hati. Kita perhatikan perkara ini banyak berlaku di mana-mana. Terutama di ofis/pejabat, di dalam perhubungan dan sebagainya. Apabila orang yang irihati ini melakon wataknya dengan berkesan maka akan berlakulah kekeruhan dalam perhubungan,akan ada orang yang menagguh di air keruh, mereka ini seronok melihat orang lain kecewa dan kecundang. 

Kehidupan ini memang penuh dengan politik, baik dalam perhubungan atau pun di tempat kerja. Perkara ini tidak boleh kita lari, bahkan ada yang bermasalah ditempat kerja kerana adanya adu domba, kata mengata, kipas mengipas dan sewaktu dengannya memilih untuk berpindah kerja atau berpindah department. pada hemat saya, di mana jua kita pergi, walau dalam organisasi mana sekalipun, kita akan bertemu dengan orang-orang yang bersikap irihati dan dendam kepada orang lain, dengan katal ain mereka yang begini tidak boleh melihat orang lain senang. Maka objek cemburu ini yang akan menjadi mangsa. Nasihat saya bersabarlah dengan apa jua, kerana Allah sebenarnya mahu membentuk sikap kita yang terbaik maka Dia meletakkan orang-orang sepperti ini di sekeliling kita. Berdoalah agar orang sebegini mendapar rahmat dari Allah untuk berubah. 

Monday, November 5, 2012

Bila Diri Rasa Terhina


Sekadar berkongsi rasa dengan para pembaca... adakalanya bagus juga apabila kita dihina atau diperlekehkan oleh yang bergelar manusia. Jika kita boleh mengambilnya sebagai satu insiatif untuk kita bergerak ke depan. Kata-kata tersebut walaupun adakalanya melukakan, namun ia memberi semangat buat diri untuk terus melangkah dan membuktikan bahawa kita juga mampu untuk bangkit semula dan meneruskan kejayaan. Namun ramai yang apabila di hina mereka memilih untuk bersedih dan berduka serta tidak berbuat apa-apa. Padahal bila diri kita merasa terhina kita harus ingat, bahawa terhina di sisi manusia tidak mengapa, jangan kita hina di sisi Allah. 

Saya juga seringkali merasa terhina, apabila mendapat sindiran atau kata-kata yang sinis dari orang sekeliling yang pada saya ada nada cemburu pada diri mereka. Apabila ini berlaku seringkali saya muhasah diri, beristighfar serta memohon agar diberi kekuatan Ayat yang sering saya lafazkan saat diri merasa dianiaya adalah doa Nabi Yunus sewaktu dalam perut ikan Nun serta doa Nabi Ibrahim ketika dicampak kedalam api oleh Namrud. Jika hina itu memberi keinsafan buat diri maka ambilah ia secara positif.  Ingatlah... hidup hanya sementara..masa yang ada kita mencari bahagia untuk bekal di sana tempat yang abadi. 

Friday, November 2, 2012

Sempadan Kasih Sayang

Pertama kali saat menatap gambar ini satu waktu dulu hati amat-amat tersentuh...  Namun tersirat disebaliknya kasih sayang itu amat mahal.. ia tiada ternilainya. Betapa kita perhatikan.. ada ramai yang punya segala kemewahan namun mereka ketandusan kasih sayang... Maka bahagia bukanlah pada rupa..tetapi pada apa yang kita rasa di sudut sanubari.. Ribuan mata melihat kepada kesusahan.. tetapi ada satu mata, iaitu mata hati yang menyatakan... alangkah indahnya kasih sayang. 

Thursday, November 1, 2012

Apa yang kita fikir dan apa yang sebenarnya berlaku..


Salam Jumaat,
Sahabat, ada banyak perkara dalam kehidupan kita yang berlaku seringkalu menjangkaui apa yang kita fikirkan dan apa yang kita inignkan. Itulah kuasa Allah yang Maha Mengetahui apa yang Dia Mahu "kunfayaku". Saat kita mengalami pengalaman tersebut maka pasti lidah sepantas menyebut.. "tidak ku sangka.." " mustahil ini berlaku".. "tidak percaya kejadian ini boleh menimpa" ....
Bahkan akan ada pelbagai bentuk ungkapan yang tercetus dari hati dan bibir. Namun perkata yang berlaku tetap berlaku. Jika begini yang terjadi apakah reaksi kita? Apakah kita akan kecewa? Apakah kita akan menyalahkan keadaan sekeliling kita? Atau kita memahami bahawa yang berlaku itu adalah ketentuan buat kita dari Allah. Sehebat mana kita mahu menahannya ia tetap akan terjadi, segalanya akan berlaku dengan kehendakkNya. Maka mohonlah kekuatan dan kesabaran agar kita mampu bertahan. Kita mampu meneruskan dan yang lebih penting lagi, kita boleh menerima segala suratan.

Dorongan Kejayaan



Insan yang kenal diri, sedar dirinya siapa dan masih berpijak di bumi nyata setiap kata dan sindiran memberi satu makna, keyakinan dan kepercayaan, bahawa langit tidak selalunya mendung, ribut juga pasti akan berhenti, mentari pasti memberi sinar untuk meneruskan perjalanan yang suram. Maka sabar dan kuatlah wahai diri kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Tuesday, October 30, 2012

Monday, October 29, 2012

Bila Si Anak Melawan Cakap Ibu Bapa

Lama rasanya tak mencoret di sini... cuti yang panjang sempena Aidil Adha.. ditambah batuk dan selsema selepas naik bercuti memang menyeksakan. Apapun hari ini ingin berkongsi sedikit tentang anak-anak. Ramai dikalangan kita sering mempersoalkan kenapa anak-anak tidak mahu mendengar kata. Bila dilarang makin dibuat. Hingga menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran. 

Jika anda berdepan masalah sebegini, cuba tanya diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana bahasa anda bila berkomnuikasi dengan anak-anak. Intonasi suara yang bagaimana anda guankan bila bercakap dengan anak-anak? Isu apa yang anda sering kemukakan? dan lebih penting lagi adakah anda menggunakan gaya leteran atau (dengan kata lain menunjukkan kuasa VETO yang ada sekalu ibu bapa) atau anda lebih suka menggunakan cara yang lebih persuasif iaitu lebih memberi peluang unutk anak-anak berkongsi dengan santai dan tidak dipaksa mendengar leteran ibu bapa. 

Sebagai ibu bapa kita perlu menjadi pendengar yang bai kepada anak-anak, bukan sahaja kita mahu anak-anak mendengar kita. Masalahnya kita suka menggunakan oneway communication, sebab itu anak-anak tidak mahu mendengar, bahkan suka melawan cakap. Selain itu telek juga cara kita bercakap, adakah kita ibu bapa yang bersikap authoritarian? Jika kita bersikap begini memenag confirm anak-anak akan menjauh dan lebih suka menyimpan perasaan dari berkongsi.... 
Jika anda mahu anak-anak mudah dilentur, pastikan kita juga mahu berubah. Belum terlambat, kerana apabila kita mula berubah, orang sekeliling kita juga akan berubah... Alangkah bagus jika kita ibu bapa cuba memahami anak-anak bukan semata mahu anak-anak mendengari segala pesanan kita.  Selamat mencuba... 

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Eidil Adha 1433H

Sempena tibanya hari raya Edil Adha yang bakal disambut esok oleh seluruh warga Malaysia, saya mengucapkan selamat menyabut hari raya korban. Harapanya agar hari raya yang bakal tiba ini memberi lebih kesedaran kepada kita dalam konteks memahami apa itu pengorbanan. Sesungguhnya apabila memperkatakan tentang pengorban ia amatlah luas. Kita bukan membuat pengorbanan dalam erti kata menyembelih haiwan ternakan sebagai niat unutk berkorban namun disebalik falsafah korban itu sendiri banyak perkata yang perlu kita lihat. 
Ramai yang mengaku telah berkorban baik kepada keluarga, masyarakat, negara namun adakah kita sudah cukup ikhlas dalam melakukkannya. Ada yang berkorban tapi mengungkit-ungkit pengorbanan tersebut. Pengorbanan apa jua haruslah tulus ikhlas agar kita memperoleh pahala darinya. Pengorbanan juga biarpun kecil namun tetap memberi impak yang besar sebenarnya. Oleh itu sempena hari raya korban yang bakal tiba mari kita sama menghayati konsep sebenar pengorbanan agar kita memperoleh redha Allah.
Selamat hari Raya Eidil Fitri

Monday, October 22, 2012

Kewajipan Solat


Solat itu wajib bagi semua umat Islam yang akil baligh. Namun ramai yang meremehkan solat. Solat sebenarnya mampu merawat banyak penyakit terutama penyakit resah gelisah, kebimbangan dan sebagainya. Dengan bersolat hati akan menjadi tenang. 
Ada yang merasa susah untuk solat kerana dari usia muda tidak menjadikan solat sebagai rutin ,namun ia tidak susah jika kita insaf dan mengetahui bahawa solat itu adalah kewajipan ke aats setiap individu Muslim. setiap ibu bapa perlu mempraktiskan solat bersama anak-anak dirumah supaya mereka akan menjadikan solat itu sebagai rutin kehidupan. Kesedaran untuk bersolat ini akan wujud bila kita mengetahui keesaan Allah. Bagi seorang yang takut kepada azab Allah pastinya akan memastikan solatnya berkualti iaitu kyusuk dan melakukan solat dengan sempurna.

Friday, October 19, 2012

Peristiwa Dalam Sejarah Di hari Sabtu


Hari (Sabtu) pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya, kerana...

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara -saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa untuk membunuhnya. Lalu, Allah S.W.T mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Bangsa Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad s.a.w di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah S.W.T dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
 


Thursday, October 18, 2012

Apa yang paling bernilai dalam hidup kita?


Sedetik mengambil masa.. 
cuba tanya apa yang bernilai dalam kehidupan kita? 
Adakah emas permata atau kemewahan dunia? 
Sudah pasti ada pelbagai jawapan.. 
kerana ada banyak perkara yang bernilai dalam hidup kita.. 
biar apa pun ia 
pastikan kita meletakkan yang satu ini paling utama..
KELUARGA KITA.

 

Tuesday, October 16, 2012

Jauhi Sifat Angkuh, Sombong dan Buruk Sangka



Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat Sombong, Angkuh dan Buruk Sangka



1) Jika kita berjumpa dengan Kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Belum Banyak Melakukan Dosa daripada kita
2) Apabila bertemu dengan Orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Sudah Lama Beribadat
3) Jika kita berjumpa dengan Orang Alim(Berilmu), anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana Banyak Ilmu yang Mereka Pelajari dan Ketahui
4) Apabila bertemu dengan Orang Jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Melakukan Dosa dalam keadaan Jahil(Tidak Mengetahui)
5) Jika kita berjumpa dengan Orang Jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti mereka akan Insaf dan Bertaubat daripada Melakukan Dosa
6) Apabila bertemu dengan Orang Kafir, katakan di dalam Hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah untuk Memeluk Agama Islam, maka segala Dosa mereka akan Diampunkan oleh Allah

Monday, October 15, 2012

Sikap Diri

Apabila memperkatakan sikap manusia ini adakala kita melihat mereka begitu baik dan sopan, tetapi ada juga yang suka berbohong, Mulut manis, sopan santun jika dilihat, namun apabila berkata-kata suka berbohong dan menokok-tambah segala benda. Jika sepuluh orang kita berkawan dengan orang sebegini maka kita akan sengsara. 
Kita tidak perlu kecewa dengan sikap manusia yang sebegitu. lalu apa yang harus kita lakukan untuk mengubah mereka? Kita perlu melihat sikap kita sendiri, adakah bila kita dilayan dengan kasar, kita mahu membalasnya juga dengan kekasaran? Atau jika sesorang itu bersikap dingin dan menunjuk-nunjuk maka kita juga berkelakuan sebegitu? 
Jawapan kepada persoalan apabila seseorang melayan kita dengan layanan yang buruk ,bersabar dan senyumlah...percayalah mereka adalah golongan yang tidak mengerti... mereka belum mengenal diri hingga mereka menjadi orang yang "bodoh sombonh". yang penting kita jangan bersikap seperti itu. Berdoa agar merekay ang begini akan berubah menjadi lebih baik... 

Friday, October 12, 2012

Menangkis Cabaran Membina Strategi Kejayaan Siri 1



Setiap kali kita mempunyai agenda dan misi yang besar dalam kehidupan, pasti akan ada cabarannya. Seperti saya sendiri tidak terlepas juga dengan cabaran, contoh terdekat adalah cabaran untuk menyiapkan buku terbaru saya iaitu Tips 10 Tokoh Usahawan Muslimah. Buku ini menjadi misi penting kerana ingin mengenegahkan kehidupan Muslimah yang bergelar ahli perniagaan dan dalam masa yang sama menjaga syariat Islam serta pelaksanaannya. Perjalanan ini memang bukan mudah kerana ia melibatkan individu yang berjaya serta sibuk dengan urusan perniagaan mereka.

Biar berapa banyak halangan, namun kita tidak boleh mengalah padanya. Pelbagai cara dan kreativiti perlu difikirkan supaya misi dan visi dapat disempurnakan. Jika mahu mengalah memang boleh mengalah, tetapi sesoerang yang mahhu berjaya perlu lebih kuat dan perlu positif dengan apa jua halangan dan cabaran yang ada. Cara saya mempositifkan minda adalah dengan meletakkan setiap perkara itu pasti ada hikmah. Contoh apabila seseorang tokoh itu menarik diri dengan alasan tersendiri, membatalkan temu janji, serta apa -apa sahaja yang melibatkan mereka, maka saya katakan.. "Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya meneruskan misi dakwah ini"

Kehidupan kita juga sering dikelilingi dengan segala macam ragam dan sikap manusia. Seseorang yang mahu berjaya perlu tahan sabar dengan cabaran seperti ini. Ini sama juga keadaannya di mana-mana, sikap manusai sekeliling kita adalah untuk melatih diri kita sendiri bagaimana bertingkahlaku dengan sitausi dan keadaan sekeliling kita. Adakah kita bersikap positif atau negatif? Jika mahu berjaya maka kita perlu kekal positif, memang adakala kita tersasar, tapi perlu ingatkan diri, banyakkan beristhgfar maka laluan kita akan dipermudahkan oleh Allah. 


sssss

Thursday, October 11, 2012

Apa Ada Pada Pangkat dan Gelaran


Dialog Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah.
Kata Rajak bin Haiwah:
Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.
Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.
Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis.
‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.
Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
 

Monday, October 8, 2012

Berlari Ke Garis Penamat



Pelari di garis akhir
Mengejar waktu 
Menghambat masa 
Pada detik penentu
Yang belum ada garis penamat
Kecundang belum ternoktah
Namun keringat kian membasah
Tenaga berjuang bermatian sudah
Menuju ke garis itu
Penentu satu kejayaan


Nukilan Ummu Ieman Ihsan
*selamat menempuh peperiksaan buat anak-anak 
ku semua..moga kejayaan milik kalian