
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Sunday, April 28, 2013
Saat diri dirantai masalah

Thursday, April 25, 2013
Janji yang ditagih

Janji itu amanah
ia bukan sekdar lontaran kata
atau jua luahan bahasa
saat dipertutur
hadir bersama tanggungjawab
munafik bagi yang engkar
lalu janji itu
jangan dipermain sesuka hati
kelak termakan diri
janji bukan sebarang janji
menjadi bukti di hari kemudian
janji yang tertunai
pasti tersedia ganjaran
Nukilan; ummu ieman ihsan
Monday, April 22, 2013
Kejayaan perlukan skrip kehidupan

Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah baik dalam apa bentuk kejayaan yang kita mahukan. Kita mahu berjaya dalam pelajaran, perniagaan, pekerjaan, keluarga atau apa sahaja maka tips terbaik adalah melakarkan skrip kehidupan. Apakah yang dikatakan skrip kehidupan? Skrip kehidupan adalah perancangan yang kita tulis dan kita sering nyatakan secara lisan apa yang kita mahukan.
Saturday, April 20, 2013
Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Bunyi
ayam tanda subuh akan tiba mengejutkan Nek Peah, dia bingkas bangun
dari baringan sambil mencapai penutup kepala lusuhnya yang sudah terbiasa di
letakkan di kepala. Dia melihat suaminya Pak Bakir masih berdengkur dalam
mimpinya. Kakinya terasa pijat-pijat saat kaki menyentuh lantai. Terasa tulang belikatnya
tidak seperti dulu lagi. Dia menghayun kaki menuju ke bilik air untuk menyiram
tubuh dan mengambil wuduk.
Selesai
gilirannya baru dia akan kejutkan Pak Bakir untuk bangun sama-sama mengerjakan
solat sunat tahjjud. Amalan bangun ssebelun sunuh dan beribadat di waktu
dinihari sewaktu orang lain enak di buai mimpi sudah menjadi kebiasaan kepada
Nek Peah. Sewaktu selesai berwuduhk sewaktu dia melintas di pintu bilik sarah,
dilihat lampu bilik Sarah terpasang, mengintai di balik celahan rekahan dinding,
dia dapat melihat Sarah sedang tekun mengulangkaji.
Cucunya
itu memang rajin belajar. Tidak perlu disuruh unutk belajar, dia tahu keinginan
dan tanggugjawabnya. Saat memakaikan telekung solat Nek Peah mendekati Pak
Bakir sambil mengejutkan suaminya itu dengan suara perlahan. ”Tok Wan,
bangunlah, dah nak hampir subuh ni, takut nanti terlepas pula untuk tahajjud”. Tok
Wan Bakir yang mata terkebil-kebil melihat isterinya yang tersenyum manis
sambil tangan Mak Peah diletakkan di atas lengannya berlapikkan telekung. ”Dah
pukul berapa ni? Macam mana saya tidak tersedar, penat sungguh rasa badan
sampai ayam berkokok pun tak kedengaran”Jawab Tok Wan sambil mengensut
kepayahan untuk bangun.
Saat
Tok Wan berdiri di atas sejadah untuk menunaikan solat tahajud Nek Peah sudah
selesai solat tahajjud dua rakaat terus dia mengikut Tok Wan berjemaah bersama.
Sempurna solat Tok W melafazkan doa kepada Allah sambil air matanya bercucuran
membasahi janggutnya yang meliar tumbuh di bawah dagu.
“Ya, Allah! Bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan
bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi
serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan
bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu kerajaan langit dan bumi
serta seisi-nya. Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, firman-Mu
benar, bertemu dengan-Mu benar, Surga adalah benar (ada), Neraka adalah benar
(ada), (terutusnya) para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar
(dari- Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepada-Mu aku pasrah,
kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku kembali
(bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir),
kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh karena itu,
ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang. Engkaulah yang
mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau,
Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau”.
Dari Novel Embun Minits...
PRU 2013: Rasional dalam tingkah laku, jaga akhlak dan adab

Hari ini sekali lagi detik bersejarah terukir bila pengumuman untuk pencalonan calon-calon PRU 2013. Dan ia juga menjadi detik bersejarah kerana hari ini saya menempah tiket untuk pulang mengundi.. Setelah layak mengundi sebanyak 4 kali bari ini kali pertama saya in sya Allah akan menjalankan kewajipan mengundi. Ramai yang bertanya bahkan menyalahkan saya kerana tidak mengundi. Sekali fikir saya tidak mahu mengundi kerana saya tidak minat berpolitik, walaupun tahu politk adalah sebahagian dari agama. Pun begitu saya tetap menyokong dalam senyap mana-mana pemimpin yang layak pada mata saya.
Thursday, April 18, 2013
Wanita Srikandi
Sheikh Mustafa Sibai’i seorang ulama’ dan tokoh di dalam Ikhwanul Muslimin pernah menulis,
Wanita adalah penyakit dan juga penawar. Perempuan yang cerdik, berakhlak mulia dan mempunyai perasaan yang halus adalah ubat serta penawar kepada suami dari segala keletihan maknawi dan fizikal.
Manakala wanita yang jahil dan bodoh menjadi penyakit kepada keluarga dan beliau mencemarkan setiap ahli keluarga dengan kuman-kuman keluh kesah serta pergaduhan.
Wanita solehah dan istiqamah pula menjadi penyembuh kepada seluruh penyakit yang menimpa masyarakat.
Dipetik dari:http://www.muhdkamil.org/pensyarah_tamu/noor_azma
Bila bapa kencing berdiri anak kencing berlari

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak dalam menjadi role model. Ibu bapa adalah guru pertama di rumah dalam mendidik anak-anak. Lalu bila berlaku sesuatu hal yang tidak baik yang dilakukan anak-anak maka itu adalah tempias dari cermin yang dilihat oleh anak-anak,Mereka meniru apa yang dilakukan dan apa yang diperbuat oleh ibu bapa. Memang ada segelintir kes di mana ibu bapa sudah memberi contoh terbaik tetapi anak-anak masih tidak seperti ajaran mereka. Namun kes sebegini tidak banyak berlaku, jika ada ia merupakan ujian kepada ibu bapa dalam mencari redha Allah.
Tuesday, April 16, 2013
Ribut
melepas lelah semalam
lalu hadir bersamanya mimpi
tersentak dari tiduran
dihembus angin deras
lalu berterbangan mimpi indah
berganti dengan gusar
melihat ribut mendatang bagai kilat
tersilau mata terpana pancaindera
musibah apakah ini Tuhan
lalu nafas seakan berhenti
gerak bibir mengatur doa
la haw la wala quwwata illa billah
moga terhindar segala bencana
agar pergi segala musibah
ya Allah
amankan kami dari ketakutan ini
ummuiemanihsan
Friday, April 12, 2013
Thursday, April 11, 2013
Bijak membuat pilihan
Seronoknya perasaan mahu balik kampung, itu bagi yang tiada komitmen. tapi bagi yang ada komitmen pastinya akan ada sambungan ayat yang seterusnya iaitu... seronok balik kampung jika tak perlu pergi tuisyen, bahagia balik kampung jika tidak memikirkan kerja-kerja ofis yang menimbun..serta pelbagai lagi sebab-sebab yang memusnahkan perasaan ingin pulang ke kampung. Tetapi untuk kali ini, bila diumumkan pilihanraya 2013 maka ia seperti satu tolakan bagi yang mengatakan tiada masa dan ruang unutk bercuti ke kampung kerana terpaksa pulang demi menunaikan keawajipan. Itu bagi yang nama mereka tersenarai untuk mengundi di kampung halaman. Bagi yang mengundi di kawasan kediaman maka sudah pasti ia satu kemudahan. Berbalik kepada terpaksa balik kampung kerana mengundi ia juga satu keseronokan kerana adanya peluang unutk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Semalam saya berkenalan dengan seorang hamba Allah yang mahu menempah tiket bas untuk pulang ke kampung. Katanya tiket nanti kehabisan, jadi beliau perlu cepat-cepat beli. Lalu sempat saya bertanya.. "bukan main semangat lagi mahu balik mengundi, agak-agak mahu undi parti mana la gamaknya yea.." saya sekadar bersoloroh sahaja tetapi, beliau menjawab.. "saya sepuluh tahun berada dlm parti x.. saya pernah menghina dan memaki serta mencaci seseorang ..... sekarang saya sangat-sangat insaf, rasa sangat2 bersalah, saya mahu pulang ke kampung kerana mahu memastikan parti y ini menang"..terkedu saya mendengar.. Lalu panjang lebar diceritakan pada saya kisahnya..
Moral ceritanya.. kita tidak boleh terlalu taksub dengan sesuatu hal hingga sanggup mencaci dan memaki orang lain. Insan yang beliau sebut itu pernah saya ketemu beberapa kali. setiap kali beliau akan berpesan satu perkara ini yang tidak saya lupa..beliau tidak banyak mercerita soal parti..tetapi lebih banyak menasihati soal ibadat dan prinsip.. sementelah bercakap dengan kami yang sememangnya dari sekolah aliran agama..kata beliau" walau sesibuk mana pun kita jangan tinggal solat tahajjud..amanah Allah perlu dijaga..".
Lalu siapapun pilihan parti yang kita pilih dan percaya untuk memegan tampuk negara pastikanlah ia boleh membawa kita kepada insan yang lebih baik yang tiada lain matlamatnya melainkan untuk mencari redha Allah agar hidup di negeri hakiki akan selamat...
Wallahuaalam.
Tuesday, April 9, 2013
Ucapkan Terima Kasih
Pernahkan anda mengira, berapa kali mengucapkan terima kasih kepada suami? Atau hakikatnya lebih banyak anda merungut dan mengkritik dari mengucapkan penghargaan. Maka sudah pasti berpuluh alasan diberi untuk menyatakan suami tidah berhak mendapat penghargaan. Bahkan suami yang perlu berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban. Bila ditanya pula pada suami, berapa kali menyatakan penghargaan pada isteri. Lalu jawapannya sama.Sifat manusia seringkali mencari kekurangan dibanding kelebihan. Maka kerana itu rumahtangga tidak menjadi aman. Ada sahaja yang tidak cukup dan tidak kena pada pasangan. Bagi mewujudkan rumahtangga yang aman dan sejahtera maka kita perlu sentiasa menerima dan memberi. bersabar atas kekurangan dan bersyukur atas kelebihan. Wallahuaalam.
Sifat sifat personaliti yang berjaya
KEPERIBADIAN YANG BERJAYA
- Membimbing sifat sifat yang dikehendaki
- Ketrampilan diri/imej positif (learned optimism) dalam konteks kerjaya & kehidupan.
- Imej diri dalam pergaulan professional.
- Membina sikap daya tahan (resilience) apabila menghadapi rintangan
- Membina sifat asertifness untuk memupuk daya juang dan daya saing.
- Membina matlamat dan halatuju kerjaya cemerlang.
- Membina sikap ketelitian untuk mempastikan pelaksanaan tugas dengan bermutu tinggi
Friday, April 5, 2013
TIPS PENGURUSAN STRES
- Kenali punca-punca stress
- Terima perubahan di dalam kehidupan
- Menangani perubahan & adaptasi skil-skil baru
- Psikologi Positif - Paradigma Baru
- Pandangan Optimistik
- Mengembangkan skil-skil yang berkuasa dan semulajadi di dalam menangani tekanan
- Mengubah stres menjadi kekuatan dan ketahanan diri sendiri
Konsep Belajar ; Adakan Jurnal Peribadi untuk Inspirasi
- Niat kerana Allah
- Jihad mencari ilmu
- Mendapatakna ilmu pengetahuan
Seseorang yang berjaya kerana mendapat pengetahuan bukan semata keputusan yang bagus. bagi mendapat kepuasan belajar dunia dalaman menentukan dunia luaran. Jika kita belajar kerana Allah, kerana ia satu jihad maka ia bukan satu perkara yang susan dan bukan juga satu keterpaksaan untuk kita laksanakan. Bahkan belajar adalah satu perkara yang amat menyeronokkan. Untuk mengubah diri supaya seronok dan gembira menjadi pelajar, maka inidividu boleh mengadakan jurnal peribadi. Jurnal peribadi ini mampi mengubah diri masa 40 hari untuk menjadikan ia satu tabiat yang baik. Apabila memilik jurnal maka ia perlu ditulis setiap hari, dalam seminggu apa yang ditulis pasti diingat. Jurnal adalah satu yang boleh memberi motivasi untuk melakukan dan ia juga boleh memberi inspirasi untuk membangkitkan jiwa dan semangat terhadap belajar. Dengan adanya jurnal peribadi ia mengingatkan kita apa yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
Selamat Mencuba
Wednesday, April 3, 2013
Tunaikan Kewajipan Mengundi (PRU2013)
Hari ini telah diumumkan pembubaran Parlimen untuk PRU 2013. Sikit punya lama menunggu untuk dibubarkan. Sebenarnya saya selama hidup tidak pernah mengundi, tetapi kali ini saya akan pastikan saya mengundi demi hak untuk menentukan pemimpin yang layak. Selama 3 penggal tempat saya mengundi calonnya adalah sepupu arwah ayah, yang saya panggil Pak Muda. namun untuk kali ini sudah pasti laluan kepada calon yang baru. Alasan untuk saya tidak balik mengundi kerana saya penuh yaki beliau akan menang pilihan raya. Karakternya dan cara hidup beliau sudah pasti menyebabkan beliau menjadi pilihan.
Untuk penggal ini saya belum pasti siapa calonnya, tetapi saya akan pastikan saya memilih berdasarkan kriteria pemimpin tersebut. Bagi anda yang layak menggundi pastikan anda menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hebatnya kali ini saya mendengar statistik di ruangan Bicara TV Hijrah pertambahan anak muda mendaftar untuk mengundi adalah 20%. Kesedaran anak muda untuk mengundi pasti bersebab.. apapun TENTUKAN PILIHAN ANDA DENGAN BIJAK.
Monday, April 1, 2013
Berhalus dalam Bicara Berhikmah bila Berbahas

Berbahas dengan berhemah, jangan diguna perkataan yang tidak elok apabila membalas sesuatu perkara yang tidak sukai. Biar orang menyakiti jangan kita menyakiti. Ia telah diberi contoh dan teladan oleh Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam. Bila memberi komen fikirlan terlebih dahulu buruk baik kata-kata kita terhadap orang yang membaca, mendengar dan menjadi pemerhati. Mungkin kita merasakan kita ada alasan dan sebab yang kukuh untuk membalas segala hinaan dan cacian kepada kita, tetapi persoallah kepada diri. Perlukah kita berbuat demikian dan mengikut cara dan jejak yang sama.
Friday, March 29, 2013
Pengalaman Pertama Menaiki Keretapi KTM
Setiap kali cuti sekolah maka sudah pasti anak-anak akan meminta dibawa berjalan-jalan. Memandangkan lama tidak pulang ke kampung halaman saya, maka suami lebih awal menempah tiket menaiki keretapi. Oleh kerana beliau, anak-anak dan saya sendiri tidak ada pengalaman menaiki keretapi maka untuk percutian kali ini keretapi menjadi pilihan. Sebulan lebih menepah tiket, akhirnya tiba waktunya.. namun malangnya suami tidak boleh bercuti kerana cuti semester beliau tidak sama dengan cuti sekolah. Maka saya dengan anak-anak sahaja yang boleh balik ke kampung.
Berkali-kali tiket yang diprint di belek-belek.. kata suami tiket kami pukul 10.00mlm. Anak-anak dari awal sudah bersiap. Iman sangat teruja untuk menaiki keretapi. Pengalaman pertama ini memang amat mendebarkan. Apa tidaknya kerana tidak ada pengalman berjalan jauh menaiki keretapi. Kata suami lepas maghrib kami bertolak ke KL Sentral. Waktu dalam perjalanan, saya melihat tiket tersebut sekali lagi. Tiba-tiba mata terpaku melihat masa yang tertera. Lalu saya kata" Eh bang ini bukan pukul 8.30 ke?" Saya menunjukkan masa 19.30 pada suami. Apalagi suami sendiri terkejut kerana dia sendiri tidak melihat tiket tersebut setelah menempahnya secara online. (PENGAJARAN: Semak tiket bila membeli, tulis peringatan).
Konon-konon kami dah awal keluar dan mahu singgah makan malam di mana-mana. lalu kami berhenti maka disebuah restoran, lepas tu anak-anak saling gelak. suami juga seperti tak percaya dia silap melihat masa waktu membeli tiket sebelum ini. saya sendiri berkali-kali melihat tiket tersebut tapi tidak perasan pada masa yang tertera pada tiket. Dalam masa menunggu makanan yang dipesan sampai, rupanya ada yang bersedih, siapa lagi jika bukan Iman. Dialah yang paling teruja dan tidak sabar menaiki kereta api. Selesai makan malam kami balik semula ke rumah. Ahli keluarga yang bersiap sedia kepulangan kami juga bersedih terutama ibu saya yang sudah berapa lama menunggu saat kami pulang.
Selepas berbincang maka saya dan suami mebuat keputusan mengambil tiket bas untuk mereka pulang ke kampung, tiket keretapi juga sudah kehabisan memandangkan musim cuti sekolah, Lusanya mereka bertolak pulang, memang lah rugi kerana terpaksa berhabis untuk membeli tiket sekali lagi, tetapi demi memberi pengalaman kepada anak-anak maka saya merasakan itu semua Allah akan menggantikan dengan cara yang berbeza. Anak-anak yang tidak biasa menaiki bas express juga teruja menaiki bas. Iman memang seronok menaiki bas dua tingkat. Saya pula tidak putus berdoa agar mereka selamat dalam perjalanan pulang. Memandangkan saya ada kerja yang perlu diuruskan maka, saya pulang agak lewat dengan menaiki flight.

Dua hari dikampung rasa tidak puas, namun masa unutk merasa menaiki keretapi akhirnya tiba jua. berkecemak juga rasanya.Kami dihantar olej kakak dan anaknya ke stesen keretapi Tanah Merah. A3wal-awal lagi kami sudah sampai kerana takut terlewat atau jem.Kami sempat makan di cafe keretapi Tanah Merah. Boleh tahan masakannya. Selesai makan kami semua sempat solat jamak di surau yang disedaiakan. Tak sampai sepuluh minit keretapi tiba... suspen juga bila naik. ta[i sebelum itu saya bertanyakan staf KTM di mana kami patut menunggu kerana gerabaknya panjang. Rupanya koc kami di depan.Jadi bila keretapi sampai mudah untuk kami mencari kabi yang ditempah.

Anak-anak seronok memilih tempat masing-masing. Semuanya teratur, kemas dan sesuai dengan harga tiket. Kakak saya dan anak buah melambai-lambai dibalik cermin tingkap keretapi. Saat keretapi berjalan maka bermulalah pengalaman kami menaiki keretapi. Semuanya boleh okay pada saya cuma ia sedikit bergoyang. Mungkin tidak boleh dibanding dengan bullet train di Jepun, underground di UK atau tube di paris..tapi semuanya boleh dikatakan bagus, cuma satu perjalanan yang lama membuatkan agak borong perjalanan tersebut. lebih-lebih lagi ia bergerak pada waktu malam sahaja. Sewaktu sampai di Kuala Lumpur, kata Iman dia lebih seronok naik kereta..tapi kalau waktu pulang beraya mungkin sesuai sebab jem pun lama juga makan masa untuk sampai.
Perjalanan ini memberi pengalaman kepada anak-anak untuk sekali sekala belajar tentang hidup dan keluar dari zon selesa. Sudah pasti ia adalah satu pengalaman yang indah yang boleh mereka bukukan dalam diari mereka masing-masing. Wallahuaalam

Dua hari dikampung rasa tidak puas, namun masa unutk merasa menaiki keretapi akhirnya tiba jua. berkecemak juga rasanya.Kami dihantar olej kakak dan anaknya ke stesen keretapi Tanah Merah. A3wal-awal lagi kami sudah sampai kerana takut terlewat atau jem.Kami sempat makan di cafe keretapi Tanah Merah. Boleh tahan masakannya. Selesai makan kami semua sempat solat jamak di surau yang disedaiakan. Tak sampai sepuluh minit keretapi tiba... suspen juga bila naik. ta[i sebelum itu saya bertanyakan staf KTM di mana kami patut menunggu kerana gerabaknya panjang. Rupanya koc kami di depan.Jadi bila keretapi sampai mudah untuk kami mencari kabi yang ditempah.
Anak-anak seronok memilih tempat masing-masing. Semuanya teratur, kemas dan sesuai dengan harga tiket. Kakak saya dan anak buah melambai-lambai dibalik cermin tingkap keretapi. Saat keretapi berjalan maka bermulalah pengalaman kami menaiki keretapi. Semuanya boleh okay pada saya cuma ia sedikit bergoyang. Mungkin tidak boleh dibanding dengan bullet train di Jepun, underground di UK atau tube di paris..tapi semuanya boleh dikatakan bagus, cuma satu perjalanan yang lama membuatkan agak borong perjalanan tersebut. lebih-lebih lagi ia bergerak pada waktu malam sahaja. Sewaktu sampai di Kuala Lumpur, kata Iman dia lebih seronok naik kereta..tapi kalau waktu pulang beraya mungkin sesuai sebab jem pun lama juga makan masa untuk sampai.
Perjalanan ini memberi pengalaman kepada anak-anak untuk sekali sekala belajar tentang hidup dan keluar dari zon selesa. Sudah pasti ia adalah satu pengalaman yang indah yang boleh mereka bukukan dalam diari mereka masing-masing. Wallahuaalam
Sunday, March 24, 2013
Responsibilities, Rights & Respect
Salam ukhuwah.Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Hanya Pada Dia Kita Berserah
Ada ketika yang kita fikirkan baik untuk kita tidak semestinya ia sebagaimana yang kita fikirkan. Hidup ini akan diuji dengan rasa dan emosi yang mana memerlukan kita mebuat pertimbangan. Bila mahu membuat keputusan, maka fikirkanlah sejenak keputusan itu baik atau tidak. Adakala kita ada kecenderungan sendiri, kita sudah ada pilihan yang kita mahu, maka kita tidak lagi mengendahkan segala pandangan dan nasihat. Kita percaya dengan apa yang telah kita putuskan. Kita yakin apa yang kita fikir itu bagus tanpa mengambil kita hal-hal lain.

Ada ketika kita cenderung membuat sesuatu hanya kerana kita. Kita sekadar nampak apa yang ada didepan manta. Kita tidak mahu melihat perkara yang dihadapan. Pilohan yang dibuat mengundang risiko sama ada sikit atau banyak. Kita bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang kita pilih hari ini. Kesannya mungkin bukan dalam sehari, tetpai memakan masa yang panjang. Maka bila memilih, saat berfirki sesuatu perkara, berilah pertimbangan yang adil dengan mengambil kita baik buruk. Buatlah timbang tara dengan hati yang lapang dan bebas dari kecenderungan dengan solat. Konsep istikharah dna istisharah perlu diletakkan prioriti, selebihnya mohonlah agar Allah menjaga diri kita dari perkara yang tidak baik, dari bala bencana, Hanya DIA tempat kita mengadu dan bermnohon. Moga DIA memberi rahmat dan barakah untuk kita. Ameen.
Wallahuaalam
Thursday, March 21, 2013
Bila Perasaan Mahu Memiliki Menguasai Diri

Ramai dikalangan kita apabila inginkan sesuatu kita seperti tidak sabar, lalu apabila kita telah mendapatkan apa yang dibutuhkan maka ia seperti tidak bermakna apa-apa. Kita hilang rasa bersyukur, kita tiada rasa berunutung, bahkan kita sering lupa janji kita kepada Dia saat kita belum memperoleh apa yang diingini atau yang dicitakan. Itulah manusia, seringkali lupa, jika tidak lupa tetapi tiada rasa mahu bersyukur dengan apa yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)










