Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, March 29, 2013

Pengalaman Pertama Menaiki Keretapi KTM

Setiap kali cuti sekolah maka sudah pasti anak-anak akan meminta dibawa berjalan-jalan. Memandangkan lama tidak pulang ke kampung halaman saya, maka suami lebih awal menempah tiket menaiki keretapi. Oleh kerana beliau, anak-anak dan saya sendiri tidak ada pengalaman menaiki keretapi maka untuk percutian kali ini keretapi menjadi pilihan. Sebulan lebih menepah tiket, akhirnya tiba waktunya.. namun malangnya suami tidak boleh bercuti kerana cuti semester beliau tidak sama dengan cuti sekolah. Maka saya dengan anak-anak sahaja yang boleh balik ke kampung. 

Berkali-kali tiket yang diprint di belek-belek.. kata suami tiket kami pukul 10.00mlm. Anak-anak dari awal sudah bersiap. Iman sangat teruja untuk menaiki keretapi. Pengalaman pertama ini memang amat mendebarkan. Apa tidaknya kerana tidak ada pengalman berjalan jauh menaiki keretapi. Kata suami lepas maghrib kami bertolak ke KL Sentral. Waktu dalam perjalanan, saya melihat tiket tersebut sekali lagi. Tiba-tiba mata terpaku melihat masa yang tertera. Lalu saya kata" Eh bang ini bukan pukul 8.30 ke?" Saya menunjukkan masa 19.30 pada suami. Apalagi suami sendiri terkejut kerana dia sendiri tidak melihat tiket tersebut setelah menempahnya secara online. (PENGAJARAN: Semak tiket bila membeli, tulis peringatan).

Konon-konon kami dah awal keluar dan mahu singgah makan malam di mana-mana. lalu kami berhenti maka disebuah restoran, lepas tu anak-anak saling gelak. suami juga seperti tak percaya dia silap melihat masa waktu membeli tiket sebelum ini. saya sendiri berkali-kali melihat tiket tersebut tapi tidak perasan pada masa yang tertera pada tiket. Dalam masa menunggu makanan yang dipesan sampai, rupanya ada yang bersedih, siapa lagi jika bukan Iman. Dialah yang paling teruja dan tidak sabar menaiki kereta api. Selesai makan malam kami balik semula ke rumah. Ahli keluarga yang bersiap sedia kepulangan kami juga bersedih terutama ibu saya yang sudah berapa lama menunggu saat kami pulang.

Selepas berbincang maka saya dan suami mebuat keputusan mengambil tiket bas untuk mereka pulang ke kampung, tiket keretapi juga sudah kehabisan memandangkan musim cuti sekolah, Lusanya mereka bertolak pulang, memang lah rugi kerana terpaksa berhabis untuk membeli tiket sekali lagi, tetapi demi memberi pengalaman kepada anak-anak maka saya merasakan itu semua Allah akan menggantikan dengan cara yang berbeza. Anak-anak yang tidak biasa menaiki bas express juga teruja menaiki bas. Iman memang seronok menaiki bas dua tingkat. Saya pula tidak putus berdoa agar mereka selamat dalam perjalanan pulang. Memandangkan saya ada kerja yang perlu diuruskan maka, saya pulang agak lewat dengan menaiki flight.

Dua hari dikampung rasa tidak puas, namun masa unutk merasa menaiki keretapi akhirnya tiba jua. berkecemak juga rasanya.Kami dihantar olej kakak dan anaknya ke stesen keretapi Tanah Merah. A3wal-awal lagi kami sudah sampai kerana takut terlewat atau jem.Kami sempat makan di cafe keretapi Tanah Merah. Boleh tahan masakannya. Selesai makan kami semua sempat solat jamak di surau yang disedaiakan. Tak sampai sepuluh minit keretapi tiba... suspen juga bila naik. ta[i sebelum itu saya bertanyakan staf KTM di mana kami patut menunggu kerana gerabaknya panjang. Rupanya koc kami di depan.Jadi bila keretapi sampai mudah untuk kami mencari kabi yang ditempah.

Anak-anak seronok memilih tempat masing-masing. Semuanya teratur, kemas dan sesuai dengan harga tiket. Kakak saya dan anak buah melambai-lambai dibalik cermin tingkap keretapi. Saat keretapi berjalan maka bermulalah pengalaman kami menaiki keretapi. Semuanya boleh okay pada saya cuma ia sedikit bergoyang. Mungkin tidak boleh dibanding dengan bullet train di Jepun, underground di UK atau tube di paris..tapi semuanya boleh dikatakan bagus, cuma satu perjalanan yang lama membuatkan agak borong perjalanan tersebut. lebih-lebih lagi ia bergerak pada waktu malam sahaja. Sewaktu sampai di Kuala Lumpur, kata Iman dia lebih seronok naik kereta..tapi kalau waktu pulang beraya mungkin sesuai sebab jem pun lama juga makan masa untuk sampai.

Perjalanan ini memberi pengalaman kepada anak-anak untuk sekali sekala belajar tentang hidup dan keluar dari zon selesa. Sudah pasti ia adalah satu pengalaman yang indah yang boleh mereka bukukan dalam diari mereka masing-masing. Wallahuaalam     



Sunday, March 24, 2013

Responsibilities, Rights & Respect


Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Hanya Pada Dia Kita Berserah


Ada ketika  yang kita fikirkan baik untuk kita tidak semestinya ia sebagaimana yang kita fikirkan. Hidup ini akan diuji dengan rasa dan emosi yang mana memerlukan kita mebuat pertimbangan. Bila mahu membuat keputusan, maka fikirkanlah sejenak keputusan itu baik atau tidak. Adakala kita ada kecenderungan sendiri, kita sudah ada pilihan yang kita mahu, maka kita tidak lagi mengendahkan segala pandangan dan nasihat. Kita percaya dengan apa yang telah kita putuskan. Kita yakin apa yang kita fikir itu bagus tanpa mengambil kita hal-hal lain. 


Ada ketika kita cenderung membuat sesuatu hanya kerana kita. Kita sekadar nampak apa yang ada didepan manta. Kita tidak mahu melihat perkara yang dihadapan. Pilohan yang dibuat mengundang risiko sama ada sikit atau banyak. Kita bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang kita pilih hari ini. Kesannya mungkin bukan dalam sehari, tetpai memakan masa yang panjang. Maka bila memilih, saat berfirki sesuatu perkara, berilah pertimbangan yang adil dengan mengambil kita baik buruk. Buatlah timbang tara dengan hati yang lapang dan bebas dari kecenderungan dengan solat. Konsep istikharah dna istisharah perlu diletakkan prioriti, selebihnya mohonlah agar Allah menjaga diri kita dari perkara yang tidak baik, dari bala bencana, Hanya DIA tempat kita mengadu dan bermnohon. Moga DIA memberi rahmat dan barakah untuk kita. Ameen.

Wallahuaalam

Thursday, March 21, 2013

Bila Perasaan Mahu Memiliki Menguasai Diri


Ramai dikalangan kita apabila inginkan sesuatu kita seperti tidak sabar, lalu apabila kita telah mendapatkan apa yang dibutuhkan maka ia seperti tidak bermakna apa-apa. Kita hilang rasa bersyukur, kita tiada rasa berunutung, bahkan kita sering lupa janji kita kepada Dia saat kita belum memperoleh apa yang diingini atau yang dicitakan. Itulah manusia, seringkali lupa, jika tidak lupa tetapi tiada rasa mahu bersyukur dengan apa yang ada.

Sunday, March 17, 2013

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR


Apa yang jarang diketahui oleh sesetengah pelajar adalah bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Ada juga yang tidak mengetahui bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.




Wednesday, March 13, 2013

Petua Awet Muda



Bila sebut awet muda, pasti semuanya berminat mahu mengetahuinya. Memang ada banyak produk yang menawarkan cara untuk awet. Sebenarnya awet muda mudah sahaja,


  1. Amalkan ibadat dengan iklhas
  2. Maafkan kesilapan orang lain
  3. Lihat masalah sebagai cabaran
  4. Redha dengan apa yang berlaku
  5. Senyum kepada dunia
  6. Elakkan sifat tamak
  7. Belajar terima hakikat
  8. Jangan suka menunjuk-nunjuk
  9. Jangan fikir masalah tetapi fikirkan solusi
  10. Dekatkan diri dengan Allah
  11. Basahkan wajah dengan wudhuk
  12. Banyakkan solat dan zikir

Merasa Diri Hebat Maka Jadilah Anda "Bodoh Sombong"


Bismillah,

Dengan siapa kita berinteraksi, dengan siapa kita berdepan, tidak penting siapa mereka tetapi apa yang penting adalah bagaimana sikap dan tingkahlaku yang kita tonjolkan terhadap mereka.  Cara kita melayan orang sekelilimg kita adalah cermin diri kita. Ia menonjolkan imej kita yang sebenar. 

Sunday, March 3, 2013

Salam Takziah Buat Yang Pergi


Bila baca berita tentang ramai anggota polis yang terkorban di Lahad datu dan Semporna hati sayu. Lantas ingatan menerjah kepada kaum keluarga mereka. Maka ramai yang mempunyai isteri bergelar balu, yang ada anak-anak akan bergelar anak yatim. Sesungguhnya semua ini adalah ujian kepada mereka. Kita sekadar menghulur simpati dan mereka yang menaggung lebih terasa beban kesedihan tersebut.Kehilangan orang tersayang bukan perkara yang dijangka. Sementelah ia pergi dengan cara yang mengejut, sudah pasti ia berbeza dengan terlantar sakit. Maka individu perlu belajar menerima suratan kehidupan. Hanya yang pernah kehilangan akan mengerti perasaan kehilangan. Kita terasa seperti mereka yang pergi itu masih ada, terasa seperti baru semalam berjumpa dan berkongsi tawa dan cerita. Realtinya mereka sudah tiada. Maka untuk menghilangkan kesukaran itu tiada lain kita perlu menerima hakikat bahawa Allah lebih menyayangi mereka. Kehidupan perlu diteruskan, ingatan yang ada menjadi kekuatan untuk bergerak ke depan. Moga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosa kepada orang-orang tersayang yang telah pergi dahulu dari kita. Ameen
 

Friday, March 1, 2013

Suratan Perjalanan Kehidupan



http://www.hmetro.com.my/articles/2013030203120320130302031203//Article

Salam Takziah kepada wira negara yang terkorban di Lahad Datu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apapun sudah pasti pengorbanan yang diberi akan setimpal dengan ganjaran diperoleh. Saat melihat anak kecil itu berkata-kata menjawab soalan pemberita sedih dan sayu mellihatnya. Bagi ibu muda yang sudah bergelar balu diusia muda sudah pasti hanya dia yang tahu erti kesedihan. Sungguh ia satu perjalanan yang bukan mudah disaat suami pergi dipanggil Illahi dalam masa yang sama mengandung anak yang ketiga, sementelah yang ada masih kecil. Moga Allah memberikan ketabahan buat mereka sekeluarga. Suratan perjalanan hidup adalah ketentuan Allah. "Kita merancang, tetapi Allah mempunyai sebaik-baik perancangan".   

Tuesday, February 26, 2013

Jalan Sufi ; Tasawuf Harian


Saat programnya bersiaran sudah pasti saya akan tercangak di depan TV tidak mahu 'miss' menandah ilmu. Penceramahnya sangat saya kagumi dengan ilmu dan sifat humblenya. Kali pertama mengenali beliau beberapa tahun lalu bila terlihat buku yang dikarang oleh beliau berkenaan tasawuf. Saat diri tercari-cari cuba memahamii makna tasawuf dan menghayati jalan sufi, maka Allah mempertemukan saya dengan buku tersebut. Sewaktu menunggu flight untuk balik ke Kuala Lumpur saya meninjau-ninjau gerai paeran buku. Bila ternanpak buku tersebut terus saya capai. Sejak itu saya mengikuti ceramah dan perkongsian beliau..

Sesungguhnya kehidupan kita berlingkar dalam perjalanan yang sama jika kita memahami. Tasawuf berkait dengan penjagaan akhlak. Sejak dulu kita telah memperoleh role model dari insan hebat iaitu Rasulullah. Baginda telah menujukkan kita jalan sufi. Ia diperturunkan pula oleh para sahabat. Tidak susah menyusur jalan ini jika diri mahu dan sanggup berubah menjadi lebih baik. Tasawuf harian berkait rapat dengan cara hidup kita. Maka kembali kepada ajaran Islam dan ajaran Rasulullah maka kita berada di landasan tersebut. Menyusur jalan sufi, mencari redha Illahi, moga hidup diberkati dan dirahmati

Bila DIA berpesan


bila Dia berbicara
menyampai pesan
hati sendu menahan rasa
betapa lama berada dalam dosa
insaf sanubari kerdilnya diri
mengharap keampunan berbaki masa yang ada
sempatkah mengganti yang hilang
moga pergi ku dengan kecukupan
saat ditimbangan merentas sirat
menuju syurga idaman

Nukilan
ummu ieman ihsan

Thursday, February 14, 2013

Ciri-ciri Pemimpin (A List of Leadership Qualities)



Antara ciri-ciri Pemimpin (A List of Leadership Qualities):
Takut kepada Tuhan (God Fearing), Adil (Just), Jujur (Honest), Amanah dan Boleh Dipercayai (Trustworthy), Berkata Benar (Truthful), Pegang pada janji (Keeps promises), Mempunyai Integriti (Has Integrity), Menegakkan Kebenaran (Upholds Truth), Pegang pada rahsia (Keeps Secrets), Baik pada ahli keluarga (Good and kind to his family), Mengaku apabila salah (Admits when wrong), Menerima teguran dan pendapat orang lain (Welcomes criticism and opinions) , Tidak suka dipuji atau disanjung (Dislikes compliments), Bertanggungjawab (Responsible), Mempunyai Belas Kasihan (Empathy), Tidak Sombong atau Ego (Not Arrogant and Egoistic), Tidak Membuat Keputusan Emosi (Does not make emotional decisions), Pandai membuat keputusan yg tepat dan betul (Decisive), Namun Berfikir atau kdg2 bermesyuarah utk mengelakkan membuat keputusan yg salah (Thinks carefully or sometimes has discussions to avoid making hasty decisions), Istiqamah (Consistent), Ingatan yg kuat (Great / Strong Memory), Semangat tinggi (Highly Motivated), Positif (Positive Person), Mempunyai prinsip benar yg tegas (Has strong principals), Tidak mudah mengubah fikiran dan keputusan (Not fickle minded), (Mencari Jalan yg Menyenangkan Semua Pihak (Prefers Win-Win Situations), Berani (Bold), Yakin Diri (Confident), Respectful (Menghormati), Respected (Dihormati), Sometimes feared (Ditakuti), Sometimes loved (Dikasihi), Sometimes hated (Dibenci), Sometimes Envied (Dicemburui), Mempunyai Matlamat yg Jelas (Clear Direction), Berkarisma (Charismatic) dan Menjaga Kesihatan Diri (Takes care of own health).

http://www.myorbitcafe.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=574

http://www.myorbitcafe.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=574



Hidayah Datang Dalam Pelbagai Cara


Salam Jumaat buat semua pembaca.
Baca petikan di bawah... sesungguhnya hidayah hadir dalam pelbagai cara .. hanya insan bertuah pilihan Allah berhad menerimanya. Namun kita yang telah beragama Islam sejak lahri jarang sekali mahu menghargainya. Kurang rasa bersyukur lantaran kita bebruat sesuka hati, tidak ingat kepada amal ibadat.. 
Moga masih ada ruang dan peluang untuk kembali kepangkal jalan..moga Allah menerima segala amalan.
Ameen



Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling

Petaling Jaya: “Nani satu anugerah Allah kepada saya dan keluarga. Kehadirannya sejak tujuh tahun lalu bukan saja membawa bahagia, malah menerbitkan sinar Islam dalam diri saya.
“Semua ini berlaku tanpa dijangka dan hidup saya benar-benar berubah selepas ibu kandung Nani datang dan menyerahkan Nani yang ketika itu berusia 15 hari kepada saya,” kata Rimi Abdullah, 35.
Mengimbas peristiwa pada 2006 itu, Rimi yang memeluk Islam pada Mac 2011 berkata, Nani atau nama sebenarnya, Umi Zauyah diserahkan kepadanya oleh ibu kandung kanak-kanak itu yang berdepan kesulitan dan tekanan hidup. 

Menurutnya, atas dasar tanggungjawab serta prihatin, dia setuju menerima Nani dan soal perbezaan agama langsung tidak difikirkannya ketika itu.

Foto

http://www.hmetro.com.my/articles/2013021504275920130215042759/Article


Jasa Ibu


Ibu Kita...

1 tahun..dia susukan kita : balasannya, kita menangis sepanjang malam

2 tahun..dia ajar kita berjalan : balasannya, kita tidak lagi endah panggilannya

3 tahun..dia masakkan makanan berkhasiat : balasannya, kita sepahkannya di lantai

4 tahun..dia belikan pensil warna : balasannya, kita conteng seluruh dinding rumah

5 tahun..dia belikan baju yang mahal : balasannya, kita senang mengotorkannya

6 tahun..dia menghantarkan kita ke tadika : balasannya, kita memberontak ‘TAK NAK!’

7 tahun..dia membelikan pelbagai buku : balasannya, kita koyakkannya

8 tahun..dia selalu memeluk kita : kita menjawab ‘RIMAS!’

9 tahun..dia membayar banyak tuisyen : balasannya, kita malas dan bermain-main

10 tahun..dia menjadi ‘driver’ kita : balasannya, kita keluar langsung tanpa terima kasih

11 tahun..dia ikut ke majlis bersama rakan : kita suruhnya duduk jauh dari kita

12 tahun..dia larang kita buat sesuatu yang kurang baik : kita tunggu sehingga dia tiada

15 tahun..dia menunggu kita pulang sekolah : balasannya, kita terus ke bilik dan menguncinya

..dia membayar kos lesen memandu : balasannya, kita selalu keluar seharian

..dia hadiahkan ‘handphone’ : balasannya, kita sibuk menelefon rakan-rakan

..dia doakan kita lulus peperiksaan : balasannya, kita meraikan dengan kawan

..dia hantar kita ke asrama : balasannya, kita minta diturunkan jauh kerana malu pada rakan

20 tahun..dia bertanya tentang aktiviti harian kita : balasannya, kita anggap dia penyibuk

25 tahun..dia cadangkan kita kerja : balasannya, kita jawab ‘saya lebih tahu masa depan saya’

..dia cadangkan pasangan hidup: balasannya, kita soal ‘saya ke mak yang nak kahwin?’

..dia ingin bertemu dan berbincang dengan pasangan kita : kita anggap merosakkan plan kita

..dia cerita tentang makanan kegemaran : balasannya, kita kata ‘saya dah tak suka lagi’

..dia belikan hadiah kegemaran kita dulu : balasannya, kita hadiahkan kepada orang

...dia bantu belanja perkahwinan kita : balasannya, kita berpindah ke rumah baru

30 tahun..dia nasihati cara menjaga anak : balasannya, kita tolak ‘sekarang zaman dah berubah’

31 tahun..dia beritahu jemputan saudara mara : balasannya, kita ceritakan kesibukan kerja kita

32 tahun..dia mula sakit-sakit : balasannya, kita suruhnya berjumpa doktor sendiri

33 tahun..dia ingin tinggal bersama : balasannya, kita beri alasan rumah sempit

34 tahun..dia telefon minta kita pulang : balasannya, kita selalu beri ‘nanti dulu’

35 TAHUN...
KITA MULA ADA PELBAGAI MASALAH DENGAN SUAMI, ANAK2 DAN KERJAYA...KITA INGIN SEKALI PULANG MENEMUINYA TETAPI DIA MUNGKIN TIADA KESEMPATAN UNTUK BERJUMPA DAN BERBICARA DENGAN KITA...DIA TENANG MENEMUI PENCIPTANYA!


dipetik dari FB

Friday, February 8, 2013

Resepi Chicken Pumpkin Soup

Chicken pumpkin soup - rebus labu macam nak wat sup sampai lembut dan boleh lenyek pakai senduk lam periuk tu. Ketepikan. Ambik pan, tumis ayam yg dipotong kecik pastukan masukkan campuran garlic sebiji, bwg besar, carrot, kacang buncis yg kesemuanya dipotong kecik2. Buh garam, pepper. Goreng agak2 dah masak campur semua dlm labu sup lenyek td. Masak sampai didih, tambah susu cair/susu kotak/cream/santan ikutla apa yg ada. Buh cheese. Td kitorang buh serbuk parmesan cheese dah itu je yg ada. Gelegakan sampai bahan lembut. Bila dah suam2, blend kasi hancur. Fullamak, sedap boh. Selamat mencuba.

Dipetik dari FB

Thursday, February 7, 2013

Keibubapaan : Prihatin Terhadap Anak-anak


Anak anak dimata kita adakala baik adakala tidak sempurna banyak perkara. Mungkni di rumah mereka pendiam tetapi di sekolah belum tentu.. begitulah sebaliknya. Pendek kata kita memang perlu bersangka baik tetapi dalam masa yang sama ibu bapa perlu berperanan mengambil tahu keadaan dan tingkahlaku mereka baik sewaktu di sekolah atau di rumah. Caranya bukanlah susuah, kita hanyap erlu mencari orang ke tiga. Salah seorangnya adalah guru kelas mereka atau mana-mana guru yang mengajar mereka. 

Banyak kes buli yang belraku di sekolah apabila di report kepada ibu bapa, ramai yang tidak percaya anak mereka terlibat dalam kes membuli rakan sekolah. Ini kerana di rumah anak-anak jarang menonjolkan tingkah laku sebenar mereka. Sama juga anak yang di buli, di sekolah mereak menjadi mangsa di rumah mereka akan berkelakuan lebih agresif atau membuli adik beradik. Ini disebabkan mereka mahu melepaskan perasaan tidak puas hati mereka. Ada juga yang menjadi pendiam dan tidka mahu berkomunikasi. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih dalam mendekati anak-anak. Anak-anak yang sentiasa di beri perhatian akan mengurangkan risiko mereka terjebak dalam gejala sosial. 

Thursday, January 24, 2013

Signal Kesakitan Mengingatkan Kematian

Lama saya tidak menjengah di sini, ia bukan semata kerana kesibukan tetapi adakala Allah mengambil kesihatan kita hingga kita tidak berupaya walau hati begitu mahu mencoret banyak perkara. Sebagai mengambil ingatan buat diri sendiri dan juga para pembaca maka nasihat saya, jagalah kesihatan diri, berhati-hati dalam banyak perkara, kerana apabila Allah mengambilnya kita tidak akan mendapatkannya kembali. Contoh seperti organ kita, Allah memberi pada setiap individu, maka jika sudah sakit pasti ia tidak akan sama walau ditukar dengan organ yang lain.

Sungguh masa sihat kita adakala lupa banyak perkara, maka sakitlah yang akan mengingatkan kita. Persoalannya adakah kita mahu menunggu sakit unutk kita berbuat perkara yang baik. Sudah pasti tidak jawapannya. saat kita sihat dan saat kita sakit sekalipun sekiranya berupaya kita mahu berpesan dengan kebaikan. Berbalik kepada menjaga kesihatan diri, bagi yang masih belum terkena penyakit kronik maka jagalah pemakanan, elakkan dari mengambil perkara atau makanan yang tidak elok. Bagi yang sudah sakit maka tidak mengapa kerana sakit itu signal untuk kita bahawa kita bukan menjadi penunggu selamanya di dunai ini. satu masa kembara kita akan tamat. Mungkin Allah boleh mengambil nyawa kita dengan pelbagai cara, namun doalah agar kita pergi dari dunia ini dengan cara yang terbaik. 

Alamgkah dari kecil saya bercita-cita untuk meninggal sebagaimana pesana guru tersebut. Disebuah surau usang itu saya yang berusia enam tahun waktu itu masih teringat kata-kata itu.. "Doalah agar kita meninggal pada hari Jumaat, sewaktu sujud, dan di tanah Suci Mekah'.. Sejak itu hati tertanam perasaan itu..mahu mati di Mekah..maka setiap kali  ke sana doa itu sentiasa dipanjatkan agar akan berkali-kali mahu ke sana lagi.. Bila usia menjengah 8 tahun.. ayah tercinta meninggal pada hari jumaat sewaktu mahu mengangkat takbir solat subuh, maka hati ini makin meronta-ronta.. doa ini tidak pernah putus agar diri ini dapat pergi dengan cara yang mulia... Layakkah ya Allah orang seperti ku ini?

 Allahua yashfi....Bila saya jatuh sakit.. saya katakan kepada suami.. agaknya saya seperti sudah hampir dipanggil Dia.. tapi banyak perkara yang belum selesai.. sakit yang tidak kritikal..saya masih boleh bernafas.. cuma banyak perkara terbatas.. ia banyak mengingatkan saya untuk mengejar pantas apa yang mahu saya usahakan sebelum saya menutup mata selamanya... ya Allah golongkan kami dalam golongan orang-orang yang soleh.. Terimalah semua amal ibadat kami..Ampunkan dosa kami.. Ameen

Sunday, January 6, 2013

Kisah Di Baling tahi



Kebiasannya kami adik beradik akan keluar  tanpa membuat sebarang bunyi kerana khuatir jiran sebelah akan menyedari kami berada di luar dan akan  cuba untuk melihat apa yang sedang kami lakukan. Kisah ini bermula apabila saya diminta untuk menyapu halaman yg penuh dengan daun-daun kering. Sedang saya leka menyapu tiba-tiba seorang wanita datang dengan membawa penyedok yang penuh dengan tanah datang di hadapan pagar rumah kami dan melemparkannya ke arah saya.
Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.Marah,geram,sedih dan takut semuanya bercampur baur. Bukan sekali dia berbuat begitu tapi berkali-kali sehingga yakin bahawa semua tanah yang bercampur tanah dan tahi itu sudah dilemparkan semuanya kearah saya,tidak cukup dengan itu dia juga turut menyumpah seranah keluarga kami terutamanya ibu saya. Mengenangkan bahawa dia adalah orang yang lebih tua dari saya maka tidaklah saya membalas kata-katanya sebaliknya hanya berdiam diri dan berharap bahawa dia segera pergi . Sejurus selepas itu saya membersihkan semua tanah dan tahi yang telah dilemparkan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa minit dia kembali dan memohon maaf kepada saya dan menyatakan dia berhak berbuat demikian sebagai balasan kerana kucing kami berak di halaman rumahnya walupun ia tidak benar sama sekali kerana pada hari sebelumnya kucing kami itu telah dibawa pergi dari rumah bagi mengelakkan daripada dia terus mengamuk.
Namun saya tidak mampu menahan Perasaan marah yang membuak-buak walaupun setelah dia memohon maaf. Kata-katanya cukup memeritkan dan sangat pedih sehingga menusuk ke hati. Ketika itu juga saya hairan bagaimana kedua ibu bapa saya mampu menahan segala tomahan yang telah dilemparkan selama beberapa tahun. Saya sentiasa berdoa semoga saya diberi kekuatan seperti kedua ibu bapa saya. Ini adalah pengalaan yang saya tidak akan sesekali lupa kerana di saat itu saya belajar  untuk bersabar dan belajar cara menghadapi meraka yang sedang dirasuk amarah.

dipetik dari catatan Anis Najwa

Friday, January 4, 2013

The Meaning of Sacrifice


Social psychology teaches us that when human beings sacrifice for the sake of a person or cause, their attachment and loyalty for that person or cause increases. Allah teaches us that when we give up something for His sake, He replaces it with something greater. Often we expect that 'something greater' to be some material thing and it may be. But the greatest of all gift is not in the material replacement. It is in His nearness. It is in the increased attachment we develop with Him because of the sacrifice itself! Thus our sacrifice for God is not a gift from us to Him. It is a gift from Him to us! Allahu akbar!

by Yasmin Mogahed