Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, April 5, 2019

Hijrah

Hijrah itu Ada Hikmahnya
Rasulullah terpaksa berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah. Baginda bukan setakat tidak diterima di tempat sendiri sendiri, bahkan pelbagai dugaan dari penduduk setempat terpaksa dihadapi.
Moral:
Adakala ia hampir sama dengan keadaan yang berlaku disekeliling kita. Biasanya orang yang jauh yang lebih menerima diri kita. Oleh itu jangan pelik bila ini berlaku. Tidak perlu bersedih mengharap penerimaan. Teruskan usaha dan buktikan pencapaian. 
Satu masa mereka akan celik mata, dan menerima kita sebagaimana diri kita. Hakikatnya kita yang dulu mungkin tak sama dengan yang sekarang.

Konsep Kendiri

Konsep Kendiri
3 aspek yang boleh dilihat bagi menilai konsep kendiri:
🎓Bagaimana dia melihat dirinya.
👩‍🎓Bagaimana dia mahu dirinya dilihat
👨🏻‍🎓Bagaimana dia mempamerkan dirinya 
kepada orang lain.
Nota:
Bagaimana kita menilai diri kita bersandarkan 3 aspek ini akan menyumbang kepada kejayaan dalam hidup kita.

Parenting: Didik Anak Hidup Sederhana

Parenting: Didik Anak Hidup Sederhana 
Sebelum ini saya berkongsi tentang perlunya ibu bapa memantau dan mengambil tahu perihal anak-anak sewaktu keluar bekerja.
Bila anak boros berbelanja, mudah mengambil rokok dan membuat perkara yang tidak elok dengan duit belanja yang diberi, bermakna anak tidak belajar mengurus wang. Anak juga mungkin kurang dilatih untuk hidup secara sederhana dan lebih berdikari.
Hidup sederhana ada banyak cara yang boleh diterap. Paling mudah perbelanjaan harian, duit saku, makan minum dan sebagainya.
Menjadi ibu bapa yang mampu dari segi kewangan bukan bermakna kita perlu memberi duit saku lebih untuk anak ke sekolah.
Bayangkan jika anak ada duit lebih di tangan, banyak perkara boleh mereka gunakan duit tersebut. Termasuk membeli perkara yang tidak berfaedah. Bahkan anak boleh terjebak dengan gejala menghisap rokok dan sebagainya.
Sederhana juga boleh dipupuk dari segi pakaian. Berpakaian menutup aurat dan tidak menjolok mata itu sudah menjadi prasyarat. 
Dalam konteks ini, bagi melatih anak bersederhana, kita boleh mengajar anak memakai apa yang ada selagi boleh dipakai. Apa yang penting ia mengikut syariat.
Bayangkan jika anak terlalu mengikut fashion atau trend yang ada, sudah pasti banyak pakaian yang lama tidak akan dipakai, bahkan sentiasa ada keinginan mereka membeli yang baru. Itu belum lagi fesyen masa kini yang rata-rata tidak memenuhi syariat.
Begitulah juga dalam hal pemakanan. Bersederhana dengan makan apa yang berkhasiat dan mengenyangkan. Berapa ramai anak yang jika tidak dapat McD atau KFC akan meragam. Salah siapa? 
Mungkin ada ibu bapa bila memujuk anak menggunakan konsep membeli makanan sebegitu. Ia budaya yang ibu bapa terap dalam keluarga tanpa sedar. 
Salahkah makan perkara tersebut? Mahal sangatkah? Jawapannya ia hanya bagi yang mampu, dan bukan dalam kategori sederhana.
Apabila mengamalkan konsep sederhana, ia bukan bermakna langsung tiada peluang. Sekali sekala membeli baju baru, makan diluar bersama tidak mengapa. 
Ia bukan menjadikannya satu rutin hingga menjadi budaya dalam keluarga.Akhirnya anak-anak sukar dibentuk.
Pepatah menyebut " melentur buluh biarlah dari rebungnya".