Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, April 18, 2013

Bila bapa kencing berdiri anak kencing berlari

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak dalam menjadi role model. Ibu bapa adalah guru pertama di rumah dalam mendidik anak-anak. Lalu bila berlaku sesuatu hal yang tidak baik yang dilakukan anak-anak maka itu adalah tempias dari cermin yang dilihat oleh anak-anak,Mereka meniru apa yang dilakukan dan apa yang diperbuat oleh ibu bapa. Memang ada segelintir kes di mana ibu bapa sudah memberi contoh terbaik tetapi anak-anak masih tidak seperti ajaran mereka. Namun kes sebegini tidak banyak berlaku, jika ada ia merupakan ujian kepada ibu bapa dalam mencari redha Allah. 


Perumpamaan Bahasa Melayu yang sering kita dengar "bapa borek anak rintik" " bapa kencing berdiri anak kencing berlari'   dan satu lagi pesanan untuk kita.. "melentur buluh biarlah dari rebungnya".. Lalu mari sama kita nilai betapa pesanan ini amat bererti buat kita sebagai ibu bapa. Jika kita diberi masalah dalam mendidik dan mentarbiyyah anak-anak, maka muhasabahlah diri kita. Adakah perjalanan kehidupan kita itu kita menjaga diri kita dari melakukan maksiat? Adakah rezeki yang kita cari itu berkat? Adakah kita mementingkan waktu solat dalam apa jua keadaan atau kita suka berlengah-lengah maka ia tidak pelik jika -anak kita juga liat untuk solat apalagi bila di ajak solat berjemaah. 
Pembaca yang dirahmati Allah, kita sememangnya tidak sunyi dari dosa. Iman kita adakala bertambah ada kala berkurang,  maka ia perlu sentiasa diperkuatkan dengan amalan yang sepatutnya. Sama juga dalam hal mendidik anak-anak, ia perlukan kesabaran dan juga satu perjuangan untuk mendisiplinkan diri sendiri agar roh amalan ibadat kita akan menyerap kepada anak-anak kita sendiri walau di mana mereka berada. Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment