Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, March 29, 2013

Pengalaman Pertama Menaiki Keretapi KTM

Setiap kali cuti sekolah maka sudah pasti anak-anak akan meminta dibawa berjalan-jalan. Memandangkan lama tidak pulang ke kampung halaman saya, maka suami lebih awal menempah tiket menaiki keretapi. Oleh kerana beliau, anak-anak dan saya sendiri tidak ada pengalaman menaiki keretapi maka untuk percutian kali ini keretapi menjadi pilihan. Sebulan lebih menepah tiket, akhirnya tiba waktunya.. namun malangnya suami tidak boleh bercuti kerana cuti semester beliau tidak sama dengan cuti sekolah. Maka saya dengan anak-anak sahaja yang boleh balik ke kampung. 

Berkali-kali tiket yang diprint di belek-belek.. kata suami tiket kami pukul 10.00mlm. Anak-anak dari awal sudah bersiap. Iman sangat teruja untuk menaiki keretapi. Pengalaman pertama ini memang amat mendebarkan. Apa tidaknya kerana tidak ada pengalman berjalan jauh menaiki keretapi. Kata suami lepas maghrib kami bertolak ke KL Sentral. Waktu dalam perjalanan, saya melihat tiket tersebut sekali lagi. Tiba-tiba mata terpaku melihat masa yang tertera. Lalu saya kata" Eh bang ini bukan pukul 8.30 ke?" Saya menunjukkan masa 19.30 pada suami. Apalagi suami sendiri terkejut kerana dia sendiri tidak melihat tiket tersebut setelah menempahnya secara online. (PENGAJARAN: Semak tiket bila membeli, tulis peringatan).

Konon-konon kami dah awal keluar dan mahu singgah makan malam di mana-mana. lalu kami berhenti maka disebuah restoran, lepas tu anak-anak saling gelak. suami juga seperti tak percaya dia silap melihat masa waktu membeli tiket sebelum ini. saya sendiri berkali-kali melihat tiket tersebut tapi tidak perasan pada masa yang tertera pada tiket. Dalam masa menunggu makanan yang dipesan sampai, rupanya ada yang bersedih, siapa lagi jika bukan Iman. Dialah yang paling teruja dan tidak sabar menaiki kereta api. Selesai makan malam kami balik semula ke rumah. Ahli keluarga yang bersiap sedia kepulangan kami juga bersedih terutama ibu saya yang sudah berapa lama menunggu saat kami pulang.

Selepas berbincang maka saya dan suami mebuat keputusan mengambil tiket bas untuk mereka pulang ke kampung, tiket keretapi juga sudah kehabisan memandangkan musim cuti sekolah, Lusanya mereka bertolak pulang, memang lah rugi kerana terpaksa berhabis untuk membeli tiket sekali lagi, tetapi demi memberi pengalaman kepada anak-anak maka saya merasakan itu semua Allah akan menggantikan dengan cara yang berbeza. Anak-anak yang tidak biasa menaiki bas express juga teruja menaiki bas. Iman memang seronok menaiki bas dua tingkat. Saya pula tidak putus berdoa agar mereka selamat dalam perjalanan pulang. Memandangkan saya ada kerja yang perlu diuruskan maka, saya pulang agak lewat dengan menaiki flight.

Dua hari dikampung rasa tidak puas, namun masa unutk merasa menaiki keretapi akhirnya tiba jua. berkecemak juga rasanya.Kami dihantar olej kakak dan anaknya ke stesen keretapi Tanah Merah. A3wal-awal lagi kami sudah sampai kerana takut terlewat atau jem.Kami sempat makan di cafe keretapi Tanah Merah. Boleh tahan masakannya. Selesai makan kami semua sempat solat jamak di surau yang disedaiakan. Tak sampai sepuluh minit keretapi tiba... suspen juga bila naik. ta[i sebelum itu saya bertanyakan staf KTM di mana kami patut menunggu kerana gerabaknya panjang. Rupanya koc kami di depan.Jadi bila keretapi sampai mudah untuk kami mencari kabi yang ditempah.

Anak-anak seronok memilih tempat masing-masing. Semuanya teratur, kemas dan sesuai dengan harga tiket. Kakak saya dan anak buah melambai-lambai dibalik cermin tingkap keretapi. Saat keretapi berjalan maka bermulalah pengalaman kami menaiki keretapi. Semuanya boleh okay pada saya cuma ia sedikit bergoyang. Mungkin tidak boleh dibanding dengan bullet train di Jepun, underground di UK atau tube di paris..tapi semuanya boleh dikatakan bagus, cuma satu perjalanan yang lama membuatkan agak borong perjalanan tersebut. lebih-lebih lagi ia bergerak pada waktu malam sahaja. Sewaktu sampai di Kuala Lumpur, kata Iman dia lebih seronok naik kereta..tapi kalau waktu pulang beraya mungkin sesuai sebab jem pun lama juga makan masa untuk sampai.

Perjalanan ini memberi pengalaman kepada anak-anak untuk sekali sekala belajar tentang hidup dan keluar dari zon selesa. Sudah pasti ia adalah satu pengalaman yang indah yang boleh mereka bukukan dalam diari mereka masing-masing. Wallahuaalam     



No comments:

Post a Comment