Menjadi ibu bapa memang mempunyai pelbagai resepi tersendiri. Ada yang percaya mendidik anak dengan kekerasan seperti rotan, pukul adalah datu cara supaya anak mendengar kata dan menghormati ibu bapa. Ternyata cara ini berjaya pada zaman kita dulul-dulu. Namun untuk menggunakan pada cara sekarang belum tentu is boleh berjaya bahkan adakala anak-anak akan jadi lebih memberontak. Ada juga yang suka dengan cara yang lembut,mengikut kehendak hingga anak-anak menjadi manja atau spoil. ada juga yang percaya cara begini boleh berjaya. kesimpulannya, ada pelbagai approach, ada yang berhasil dan ada tidak. Ia sangat subjektif dan bergantungk kepada kepercayaan masing-masing. Pada hemat saya mendidik anak-anak adalah dengan cara kita sendiri perlu menjadi contoh terbaik.
Dalam konteks melatih anak-anak berdikari ibubapa perlu percaya kepada kebolehan anak-anak. Saya dan suami dari dua cara didikan yang amat berbeza. Oleh itu sebagai ibu, banyak kecenderungan menggunakan cara saya dididik. Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai anak yatim yang sudah biasa melakukan segala kerja rumah dari suia kecil kerana ibu saya terpaksa mencari rezeki demi menyara keluarga. Seusia kecil sudah pandai memasak, melakukan segala kerja rumah walaupun saya anak bongsu. Saya pandai membawa diri dan tahu matlamat dalam hidup. Saya percaya semua ini kerana seusia kecil saya sudah menanam satu tekad untuk menjadi orang yang berjaya. Segala pengalaman ini saya praktiskan kepada anak-anak. Saya ingin membentuk mereka menjadi insan yang berdiakri dan tahu nilai kehidupan melalui kesusahan hidup.
Melatih anak sikap bertanggungjawab juga bukan perkara yang mudah. Saya tidak biasa bermewah seperti kanak-kanak lain dan sentiasa di ajar untuk berjimat cermat. maka kecenderungan ini saya terapkan pada anak-anak. Belanja sekolah anak saya sekadar cukup untuk membeli makanan yang mengenyangkan. Ramai kawan-kawan mempertikaikan, tapi saya percaya, anak-anak yang cenderung menggunakan duit belanja pada perkara yang tidak berfaedah kerana ibubapa sendiri memberikan duit belanja yang banyak dan dalam masa yang sama tidak mengajar anak dimana duit tersebut perlu digunakan.
Komunikasi amat penting bersama anak-anak. Setiap masa pertuturan percakapan bersama anak-anak perlu ada contoh-contoh yang positif, ini membolehkan kita sentiasa mengingatkan anak-anak tentang cabaran kehidupan. Cara percakapan bukan dalam bentuk berleter tetapi lebih kepada perkonsian. Ini kerana tiada siapa berminat mendengar leteran. Oleh itu belajarlah untuk berkongsi dengan anak pelabagai hal tetapi dengan pendekatan yg tersendiri. Semua itu adalah percubaan. Jika rasa kurang berjaya dengan pendekatan sedia ada maka tidak salah mencuba yang lain. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh ego...belajar meminta maaf dan memberi maaf. Ketegasan itu penting, tetapi ia perlu bersama dengan belaian yang sewajarnya.
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment