Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, August 16, 2011

Ujian dan Cabaran Menambah Pengalaman Mematangkan Diri

Ujian dan cabaran sering datang dalam kehidupan tanpa mengira siapa. Datangnya ujian dan cabaran dalam bentuk pelbagai, ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang berhadapan masalah hutang piutang, ada yang diuji dengan kegagalan, ada juga yang diberi ujian kematian insan yang disyangi, ada yang tidak semena-mena mendapat musibah kehilangan harta benda, ada yang diuji masalah hubungan dengan insan sekeliling. Memang pelbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh setiap lapisan individu baik yang tua mahu pun yang muda. Biar apa jua bentuk ujian dan cabaran itu, ia sebenarnya memberi pengalaman yang amat bermakna buat kita. Pengalaman ini mampu mengajar kita untuk belajar dari kesilapan, bangkit dari kejatuhan. Apa yang lebih utama dengan ujian ini kita akan matang dengan corak kehidupan yang sentiasa ada hujan dan panas, ada masa berada di atas, ada masa berada di bawah. Oleh itu bila kita diuji, belajarlah mensyukuri apa saja pemberian Allah, kerana hikmah yang kita dapat apabila diuji ialah melalui jalan redha dan berlapang dada. Jika kita putus asa maka rugilah kita kerana tidak mengambil iktibar dari ujian dan cabaran itu dengan positif.

No comments:

Post a Comment