Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Saturday, August 13, 2011
Jadilah Insan yang Rendah Diri
Hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 14. Bicara kali ini adalah berkenaan sifat rendah diri. Sifat rendah diri @ humble nampak seperti mudah dilaksana, tapi tidak semua ornag memiliki sifat sebegini. Rendah diri, sederhana, low profile, humble adalah antara perkataan yang sering kita gunakan untuk menggambarkan sifat tersebut. Sifat inilah adalah salah satu ciri untuk melaksanakan tuntutan ihsan. Secara psikologi manusia suka dipuji, dan bersikap kurang senang bila dikritik. Orang yang mempunyai sifat rendah diri tidak kisah pada apa pandagan negatif orang lain terhadap mereka, apa yang penting adalah bagaimana Allah melihat mereka. Jika kita hebat di sisi manusia sekalipun tapi di sisi Allah kita gagal maka kita boleh dikatakan sebagai manusia angkuh. Insan yang rendah diri sentiasa mersakan diri kerdil dan hina disisi Allah (biarpun dikurnia kehebatan di dunia baik dalam bentuk material sprt harta benda, ilmu dll) dek kerana insan sifatnya bergantung dan mengharap kepadaNya yang Maha Kuasa. Manusia yang tinggi diri, sombong dan merasa diri hebat, tidak pernah berpijak di bumi nyata bahawa manusia biar bagaimana hebat sekalipun dia tetap bernama makhluk, kejadian yang diciptakan Allah. Maka belajarlah menjadi rendah diri, tidak perlu ditonjol dan riak dengan segala yang dimiliki. Ingatlah.. kita tidak kekal di sini..dunia akhir kita adalah akhirat. Selagi nyawa yang ada ini biarlah kita mampu memberi contoh dan teladan kepada insan lain. Oleh itu belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa merendah diri. Tidak ada ruginya kita. Tidak perlu mendabik dada menyatakan kita hebat kerana insan yang sebenarnya hebat pasti akan dikenang dan disebut-sebut namanya bukan kerana apa material/kejayaan yang dimiliki tetapi kerana kualiti sifat yang dimiliki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment