Bismillah,
Setiap kali mengajar dan bertemu dengan pelajar yang berlainan bangsa dan juga budaya ia satu pengalaman yang bagus dalam memantapkan ilmu dan mengunakan pengalaman sedia ada dalam kaunseling. Semalam saya mengajar topik Kemahiran Asas Kaunseling, ada tiga orang pelajar mualaf yang rata sudah melewati usia 40 an. Bertemu mereka yang sangat berminat dengan kaunseling kerana dengan belajar ilmu kaunseling ia dapat membantu mereka dalam kehidupan yang baru. Rata-rata baru memeluk Islam, adakala mereka merasa terpinggir, namun bila belajar ilmu psychology dan kaunseling ia membantu mereka untuk meningkatkan self esteem dan melihat masalah dengan positif.
Sebagai individu kita sememangnya tidak boleh memilih berdasarkan pangkat, warna kulit, dan lain-lain. Manakala dalam kaunseling pula ia dikatakan sebagai penerimaan tanpa syarat. Walau siapa klien kita maka kita tidak boleh bersikap bias dan memilih klien yang kita suka. Selain itu jika klien kita sakit seperti Aids, kusta dan sebagainya maka kita tidak boleh memandang mereka dengan jijik. Sebagai kaunselor yang profesional penerimaan tanpa syarat adalah asas bagi menjadi kaunselor.
No comments:
Post a Comment