Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, October 15, 2013

Ikhlas dalam Pengorbanan


,

Hari ini meriah dengan sambutan Aidil Adha dan aktiviti korban. Biarpun tidak pulang ke kampung halaman kerana cuti yang singkat namun kemeriahan tetap terasa. Apalagi bila aktiviti korban dapat diadakan dengan meriah bersama rakan-rakan. Untuk kali pertama mengadakan korban di Baheera Camp, Pangsun Ulu Langat, ia satu pengalaman yang baru. Suasana hari raya tetap terasa biarpun jika dibanding tanah kelahiran sudah pasti ia lebih meriah. Tahun ini sahaja di bumi bertuah itu sebanyak 11,800 ekor lembu ditumbangkan sempena korban. Ternyata Allah melimpahkan rezeki buat umat Islam di bumi Kelantan. Kesedaran untuk berkorban rata-rata sudah ada di kalangan umat Islam. mereka bukan semata berkorban di bumi sendiri bahkan ramai juga yang berkorban di Kemboja, Vietnam dan juga di negara yang sedang bergolak. 


Pengorbanan duit ringgit untuk ibadah korban sudah pastinya tidak sama dengan pengorbanan saudara kita yang terpaksa berdepan dengan peluru dan bom kerana perang yang tidak berkesudahan. Apapun apabila membicarakan tentang pengorbanan, ia satu skop yang amat luas.Pengorbanan yang mencakupi semua perkara dalam hidup perlu kita lakukan demi memastikan kita berjaya dunia dan akhirat. Pengorbanan ini tidak cukup dengan masa, idea dan tenaga tetapi ia menuntut keikhlasan dalam beramal, agar ia diterima oleh Allah swt. 

No comments:

Post a Comment