,
Hari ini meriah dengan sambutan Aidil Adha dan aktiviti korban. Biarpun tidak pulang ke kampung halaman kerana cuti yang singkat namun kemeriahan tetap terasa. Apalagi bila aktiviti korban dapat diadakan dengan meriah bersama rakan-rakan. Untuk kali pertama mengadakan korban di Baheera Camp, Pangsun Ulu Langat, ia satu pengalaman yang baru. Suasana hari raya tetap terasa biarpun jika dibanding tanah kelahiran sudah pasti ia lebih meriah. Tahun ini sahaja di bumi bertuah itu sebanyak 11,800 ekor lembu ditumbangkan sempena korban. Ternyata Allah melimpahkan rezeki buat umat Islam di bumi Kelantan. Kesedaran untuk berkorban rata-rata sudah ada di kalangan umat Islam. mereka bukan semata berkorban di bumi sendiri bahkan ramai juga yang berkorban di Kemboja, Vietnam dan juga di negara yang sedang bergolak.