Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, December 14, 2011

Aktiviti Bersama Keluarga Mengeratkan Hubungan

Ramai yang merungut dengan kesibukan kerja sdan dalam masa yang sama perlu mencuri masa untuk bersama keluarga. Jika masa yang ada tidak diperuntukkan bersama keluarga maka akabn rengganglah hubungan. Jika memperkatakan tentang kerja memang selagi kita bergelar pekerja akan sentiasalah kita sibuk dengan kerja, dan akan sentiasa diri kita dihimpit tugasa demi tugasan yang perlu diselesaikan . Dek sibuk dengan kerja hingga kita adakalanya  terlepas pandang perkara yang juga penting pada kita iaitu mengisi masa bersama keluarga.

Jika kita bijak mengendalikan masa yang ada sebenarnya kita mampu mengadakan waktu nuntuk bersama keluarga.  Jika kita boleh memperuntukkan masa untuk minum kopi atau bersembang-sembang dengan kawan-kawan kenapa tidak boleh kita luangkan sedikit waktu untuk bersama pasangan atau anak-anak. Dengan kata lain kita sendiri perlu ada kemahuan untuk bersama keluarga. Perkara yang paling mudah adalah dengan memastikan kita boleh makan bersama-sama, jika waktu tengahari mungkin kita kesuntukan masa dan berada di pejabat. Maka kita boleh memilih bersama-sama minum pagi atau makan malam. Selain makan bersama aktiviti riadah seperti joging, bermain badminta di hario minggu atau juga membersihkan halaman rumah bersama-sama. Buka itu sahaja, kita jutga boleh menjadikan aktiviti menonton TV bersama-sama, jika tidak setiap masa mungkin juga sekali sekala. Anak-anak sudah pasti ingin melihat movie sebagai hiburan, maka inilah kesempatan kita untuk menapis apay ang boleh mereka tonton. Mugkin ada ibb bapa boleh memilih movie/cerita kartun yang boleh menceriakan seisi keluarga dengan melihat pada tema cerita tersebut.

Ternyata ada pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan. Jika sudah agak lama aktiviti ini tidak kita lakukan, maka ambiklah ruang waktu yang ada untuk diisi bersama keluarga. Moga dengan melakukan sebegini ia mampu mengeratkan lagi hubungan dan membolehkan kita berinteraksi mesra dengan keluarga tercinta.

KITA MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MEMBETUKAN KEADAAN ATAU MENERUSKAN APA YANG SEBELUM INI KITA TINGGALKAN

No comments:

Post a Comment