Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label Silaturrahim; Travelog Ruhiyyah As Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Silaturrahim; Travelog Ruhiyyah As Sakinah. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Iman Ihsan seindah namanya



Bismillah,

Semalam, adalah hari ulang tahun kelahiran Iman Ihsan dan Iman Najmi. Ia tarikh yang sama untuk mereka berdua. Bagi Iman tiada sambutan untuk hari kelahiran, tiada juga hadiah berharga. Hanya sekadar ucapan dan ingatan dari Ummi, Baba dan kakak-kakak.

Bagi seorang ibu, anugerah anak satu yang amat berharga. Setiap kelahiran mereka pasti ada sejarah tersendiri. Mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Iman banyak memberi keinsafan pada diri.

Setiap hari berjuang memandaikan anak bangsa. Setiap pagi selama bertahun mendengar kata-kata inspirasi dari Murabbi bahawa kunci kejayaan adalah KEIKHLASAN.

Apalagi Hadith Islam Iman dan Ihsan itu juga dikongsi dengan ratusan pelajar. Sama berjuang dengan mereka agar berjaya dunia akhirat. Lalu tiada nama lain buat anak ini, melainkan... namanya Iman Ihsan. Ia signifikan dengan pelbagai laluan dan cabaran yang dihadapi.

Islam Iman Ihsan, Alhamdulillah, jika sebelumnya hanya mendengar Murabbi berkongsi dicorong radio, maka giliran diri ini pula diminta berkongsi baik di TV juga radio. Ia bukan kerana diri yang terbaik, namun ia peluang mengali leibh banyak ilmu dan mengasah bakat.

Saturday, March 1, 2014

Mengenal Allah


Bismillah,

Sifat yang baik adalah orang yang mengenal Tuhan. Ilmu adalah penyuluh kepada konsep mengenal Tuhan. Ilmu memberi kefahaman yang jelas dalam memahami ilmu Allah untuk mencapai MARIKFAH ALLAH dan MARDHATILLAH.
Menurut Ibnu Ataillah, 
Siapa yang mengetahui hak Allah melalui nama dan sifat Allah maka segala makhluk yang kita lihat bahawa Allah itu wujud. Adanya Allah adalah tanda kewujudan makhluknya. Dengan melihat kepada kejadian Allah maka ia memberi keyakinan kepada Allah itu ada. Dia yang menjadikan alam ini seluruhnya.

Dengan melihat fenomena ia menginsafkan kita betapa Allah itu wujud dan maha berkuasa. Gerakan aqal ini membawa kepada kesedaran betapa Allah Maha Kuasa. Sesiapa yang banyak berzikir dan beribadat serta memahami dengan ilmu maka dia tidak merasakan kepentingan kepada perkara lain. Dunia tidak lagi berharga dimata mereka. Apabila menghayati kekuasaan dan keesaan Allah maka tiada lain yang kita ingat dalam dada. Hidup tiada lain tujuan melainkan hanya mencari kecintaan Allah. Merasa diri lemah dna kerdil disisi Allah.

Orang yang kenal Allah apa sahaja berlaku baik yang baik atau buruk maka tiada lain di sudut hati melainkan semuanya dari Allah. KECINTAAN kepada Allah membawa insan lupa kepada dunia yag lagha. Kenikmatan itu dirasakan hanya sementara sahaja. Manisnya iman bagi orang yang cinta kepada Allah dan rasulnya. 

Kemanisan iman ini dirasai dalam tiga perkara: Allah dan Rasul dikasihi melebihi segalanya, kasih pada seseorang semata kerana Allah, benci kepada kekufuran dan takut kepada Api neraka. 

Sunday, September 15, 2013

Wahai Jiwa yang Tenang....

Bismillah..

Apa yang kita mahu adakala tidak sebagaimana yang berlaku, itulah kehidupan. Kita akan sering betemu dengan suka dan duka. Ia adalah pelangi yang indah jika kita mampu melihat dengan mata hati dan mencari makna disebalik warna itu. Saat warnanya terang kita ceria, bila warnanya kelam kita berduka. Lalu bagaimana memujuk jiwa agar redha dengan segalanya?
Mudah sahaja... hidup ini jalan berliku yang perlu dipandu dengan jiwa yang tengan hati yang lapang dan minda yang terbuka. Persoalan yang datang dalam hidup perlu dijawab bukan dengan emosi, ia perlu diteliti dengan membelek diari diri, muhsabah bersama penelitian pada kalam ilahi dan sunnah Nabi.

Ia juga bukan dengan semata menjamu lahiriah menjamu mata di pantai indah atau melabuh badan di air terjun, bahkan ia menuntut rasa kesyukuran pada Rabb, mengenal pencipta dan menghayati alunan panorama dengan hakikat bahawa makhluk itu banyak kelemahan, lalu saat diuji ke mana mengadu? Saat tercalar emosi di mana beradu? Asyik dengan lagu atau beradu di sejadah? Leka bercerita mengadu domba hal masalah atau berkeluh kesah dengan Khalik dengan mengakui diri yang sebenarnya mennzalimi diri sendiri..

Terlerai rasa dan bersatu jiwa dalam tenang bila diri mengerti semua itu untuk menperbaiki peribadi, mengiklhaskan diri bahawa ujian itu latihan Rabbani... Lalu talkinkan ia dengan  "addabani rabbi fa ahsana taadibi"

Wallahuaalam..

Saturday, July 27, 2013

Aku Bukan Selebriti


Bismillah,

tajuk yang seperti agak sensasi. tapi kenapa selebriti? Mudah saja, ramai yang kalangan kita cenderung kepada glamer, suka dikenali, mahu tampil ke depan sebagai susuk yang berpengaruh, mahu dilihat hebat, mahu dilihat cantik..segala-galanya mahu yang TER.... lalu salah satunya ramai yang beranggapan menjadi selebriti itu sesuatu yang hebat. Dek kerana itu ramai remaja memasang impian mahu menjadi artis.. kerana artis sinonim dengan selebriti. Walhal selebriti itu bukan hanya dari golongan artis bahkan sesiapa sahaja susuk yang dikenali baik ahli politik, bisnesman, pendakwah adalah juga selebriti. tetapi remaja melihat hidup gaya artis itu lebih hebat lebih dilihat sebagai selebriti.

Salahkah mahu menjadi selebriti? Sudah tentu ia tidak salah.Tidak semua selebriti itu tidak bagus atau mencerminkan sesuatu yang tidak baik. Namun disebalik sesuatu ada kekurangan. Ia merupakan privacy yang hilang. Bila dikenali serba serbi tidak lagi menjadi rahsia. Lalu salahakan menjadi terkenal. Tidak salah jika dikenali dengan kebaikan, namun malang bagi kita bila dikenali dek keburukan. Lalu selebiriti itu apa signifikannya.

Umapam orang yang berpeluang masuk TV/Radio dilihat sebagai glamer, hebat. Mungkin bagi segelintir, walhal sesiapa yang muncul di kaca TV membawa satu wadah yang penting. Mereka menjadi cermin kepada para penonton. Mereka itu membawa mesej. Lalu mesej apa dan bagaimana ia mahu di bawa tanyalah kepada diri. Jangan kita tersalah langkah berimpmian menjadi selebriti tetapi akhrinya ia membawa musibah.

Sering saya katakan, APA YANG KITA SUKA BELUM TENTU BAIK UNTUK KITA... lalu berpada dalam banyak ha.. jadilah insan yang tawadduk.. mencari dan mahu meraih taqwa agar diterima menjadi selebriti warga langit.
Wallahuaalam.


Monday, July 1, 2013

How to increase self efficacy?


Self efficacy is the belief that one can master a situation and produce positive outcomes. How can you increase your self efficacy?

  1. Select something you expect to be able to do, not something you expect to fail at accomplishing.
  2. Distinguish between past performance and your past present project.
  3. Pay close attention to your successes.
  4. Keep written records so that you will be concretely aware of your successes.
  5. List the specific kinds of situations in which you expect to have the most difficulty and the least difficulty.

Monday, June 24, 2013

Jerebu ; Bila Nikmat Allah didustakan


Bismillah

Malaysia sekali lagi dilanda jerebu, Nifsu Syaaban menjadi kurang ceria dengan bau asap dan kabut jerebu yang menghalang pandangan mata dan menyesakkan nafas. Inilah yang berlaku bila manusia menggunakan tangan sendiri menuju kebinasaan. Asap hasil tangan manusia membakar secara terbuka tanpa mengira kesan yang berlaku kepada orang lain. Dek kerana inginkan keuntungan maka orang lain menjadi mangsa. Lalu tidak pelik kita sering diperingatkan dalam Al Quran betapa manusia itu seringlupa kepada peringatan yang diberi.

Bila berlaku jerebu banyak sekolah di tutup, pelbagai urusan tergendala dek kerana tidak mahu mengharung jerebu bahkan berapa ramai anak-anak dan orang tua yang mengidap asma terpaksa mendapatkan rawatan. Bayangkan betapa kita selama ini menghirup udara bersih, nyaman menyedut oksigen percuma tanpa terbit rasa syukur pada Allah. Bila diuji dengan jerebu baru kita ketahui betapa alam ciptaan Allah ini begitu besar nikmatnya buat kita.
Wallahuaalam.
15 Syaaban 1434 Hijrah

Friday, June 21, 2013

Bijak buat keputusan


Bismillah

Hidup seringkali berkait dengan keputusan yang kita buat, keputusan tersebut pastinya ada yang betul dan adakala silap walau seperti telah dibuat pertimbangan sebelumnya. Bahkan ada keputusan yang betul tidak perlu memakan masa yang lama. Lalu bagaimana mengatasi bila silap berbuat keputusan?

Pada hemat saya perbincangan dan mendapat mendapatkan pandangan orang lain adalah satu cara yang baik, namun ia tetap perlu diteliti kerana yang bakal menaggung segalanya adalah diri. Maka yang baik adalah bila bermusyawarah lakukanlah istikharah. Supaya hati tenang. Memang adakala permasalahan tidak akan selesai hasil keptusan yang silap tadi. Namun setidaknya kita pasrah dengan apa jua takdir berlaku. Setidaknya Allah mempermudahkan kita setelah silap melakukan keputusan. ia juga merupakan satu bentuk pengalaman dan ilmu buat diri.

Wallahuaalam

Bila ajal tiba

Bismillah

Hari ini 13 Syaaban 2013 seorang sahabat zaman persekolahan meninggal dunia kerana kanser. Al Fatihah buat beliau dan takziah buat keluarga. Satu persatu insan yang hadir dalam hidup pergi meninggalkan kita lalu terdetik pada diri bilakah giliran diri ini. Ramai yang pergi ada yang begitu mengejut perginya mereka, tidak sakit terlantar atau tidak juga ada tanda-tanda. Ada juga yang kerana sakit dan sebab musabab tersendiri.

Walauapa jua keadaan ajal tetap akan tiba, cuma tidak kita ketahui bila, dimana kerana ia adalah dalam pengetahuan Rabbuljalill. Lalu bertanya diri bersediakah diri saat dipanggil Illahi? Cukupkah amalan sebelum ini? Atau banyak perkara belum dipenuhi?

Maka saat hati tertarik pada dunia maka bila mengenang saat kematian maka hati terdidik untuk muhsabah dan murajaah.. diri menuntut kepada muraqabah lalu pasrah hati untuk dekat kepada Dia. Maka bila dalam suka atau duka ingatlah mati itu bila bila masa... Moga Allah menerima segala amalan dan mengampunkan segala dosa.
Ya Allah tempatkan kami disyurga,
Ameen

Sunday, June 16, 2013

Apa yang membuat kita bahagia?


Bismillahirrahmanirrahim,
Masih bercerita tentang bahagia...
Mengikut kajian bahagia dalaman lebih kekal dibanding bahagia secara luaran. Apa beza bahagia luaran dan bahagia luaran. bezanya bahagia dalaman merupakan ketenangan yang dicapai oleh diri serta memiliki hubngan yang bermakna. Manakala bahagia luaran pula dilihat kepada material yang dimiliki serta kehebatan yang diraih secara lahiriah. 

Bagaimana meraih bahagia?
Ia merupakan usaha sendiri yang perlu diraih dengan rasa kehendak dan kemahuan kepada kebahagiaan yang hakiki. Ia diperoleh dengan mendekatkan diri kepada Allah. Ramai yang merasakan kecantikan yang dimiliki itu merupakan suatu kebahagiaan yang smepurna hingga ramai yang mengejar untuk memiliki kecantikan wal hal ia tetap tidak memberikan kebahagiaan, sebab itu ramai yang memilik wajah canti kdan material yang cukup namun mengapa mereka membunuh diri dan tidak bahagia dengan kehidupan? 

Jawapannya bahagia bukan pada duit berjuta, Ia bukan wajah cantik jelita tetapi ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata. Rasa tenang, pasrah dengan ujian memberi bahagia tersendiri inilah bahagia dalaman yang diperoleh dengan mendekatkan diri dan menjaga hubungan dengan Allah. Selain itu sokongan orang sekeliling seperti kasih sayang merupakan satu kebahagiaan yang tidak ternilai. ia bukan semata hubungna kasih sayang antara keluarga tetapi dengan sahabat handai, jiran tetangga dan ahli masyarakat am nya. 

Seorang tua yang duduk di Indai memiliki rumah yang sempit serta hidup dalam daif apabila di tanya bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan begitu. Jawabnya dia bahagia dengan apa yang ada kerana dia miliki keluarga yang bahagia walau hidup susah, rumahnya mengadap sungai bila angin menyapa dia merasa begitu nyaman dan nikmatnya Alam penciptaan Allah. Di sini jelas kepada kita bahawa bahagia itu adalah rasa syukur dalam diri ayas apa yang diperoleh. Ia bukan menidakkan usaha dan mengubah hidup, namun ia untuk dimuhasabah di nilai pada diri sendiri betapa kita tidak merasa bahagia kerana kita melihat apa yang belum kita milik dan kurang menghargai apa yang telah kita milik. 

Biarapa jua bahagia yang mahu diraih, kita mahukan bahagia yang hakikiki, nun di syurga nan abadi. Maka tiada lain berbuat kebaikan dan jauhi kemungkaran. 
Wallahuaalam.

Wednesday, June 12, 2013

Syukuri kasih sayang


Harta tidak bermakna
apalagi emas permata
pangkat dan segala isi dunia
bila kasih sayang tiada

Apa erti bila semuanya pergi
hati retak seribu impian punah
meranap segala harapan

Ketika kasih sayang masih ada
hargai dan nikmati
hilangnya tiada ganti
syukuri nikmat ini

ummu eiman ihsan
Jun 2013

Tuesday, June 4, 2013

Tips Membina Semangat Diri


Adakala diri bertanya mengapa sering gagal? Lalu ada pelbagai jawapan yang diberi. Gagal kerana malas berusaha, gagal kerana tidak cukup persediaan, gagal kerana kurang keyakinan, gagal kerana tiada keyakinan, gagal kerana terlalu meletak harapan.... dan akhirnya gagal kerana takdir yang mahu begitu. itulah sebaik-baik jawwapan setelah kita merasakan diri sudah memberikan yang terbaik.

Monday, June 3, 2013

Tips kejayaan


Kehidupan bukan sesuatu yang sentiasa mudah.. ia akan datang dengan kesusahan.. sama juga dengan kejayaan. Ramai yang mahu berjaya hidup senang lenang tetapi hakikatnya tidak mahu bersusah. Jika seseoarang yang lahir dalam zon selesa maka bukan mudah untuk keluar dari zon selesa tersebut.Oleh itu ibu bapa wajar melatih anak sejak kecil untuk "bersusah dahulu dan bersenang kemudian". Ini kerana bila anak-anak terbiasa dengan kesenangan maka mereka tidak dapat menerima kesusahan yang terpaksa dihadapi...

Ramai yang tidak tahu erti bersyukur dengan nikmat yang diperoleh, kerana merasakan sesuatu perkara itu datang dengan mudah. Mereka tidak menyedari bahawa apa yang diperoleh bukannya datang dengan mudah, ia diraih dengan penat lelah dan juga kesabaran. Setiap perkara yang mahu dicapai banyak yang pelru dikorbankan ia bukan semata eang ringgit, tenaga, idea tetapi lebih penting penrgorbanan perasaan. Oleh itu bersabarlah dengan ujian yang sedikit kerana ada orang sekeliling kita yang lebih besar ujiannya.

wallahuaalam

Friday, May 31, 2013

Membina Keluarga Bahagia




Alhamdulillah sempena kedatangan Jumaat yang barakah akhirnya saya berjaya menyiapkan draft buku Membina Keluarga Bahagia. Dengan segala macam kerja yang perlu dibereskan ada rasa sepeti tidak percaya boleh menyiapkannya.. ternyata Allah mempermudahkan jalan dan urusan..

Tuesday, May 28, 2013

Peranan Pendidik

Guru tidak sepatutnya jadi seperti sebatang jarum. Menjahit segala jenis pakaian, tetapi dirinya sendiri sedang ‘tidak berpakaian’. Demikian juga kita sebagai seorang pendidik, jangan hanya sibuk mencurahkan ilmu dalam masa yang sama kita berkelakuan seperti orang yang tidak memiliki ilmu.




Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013



Selamat hari guru pada semua warga pendidik..

Pendidikan amat penting kepada anak-anak. Ramai ibu bapa memilih pendidikan agama demi memastikan anak-anak bakal lahir sebagai generasi yang beriman dan bertaqwa. Ini adalah satu insiatif yang bagus. Bersekolah di sekolah aliran agama bukan satu lesen yang anak-anak akan lahir menjadi anak yang baik dan beriman. Biarpun tidak semuanya tidak berhasil kerana rata-rata pelajar yang bersekolah agama lebih bagus dari segi syakhsiah mereka kerana ilmu yang dipelajari disekolah. 

Sebagaimana yang penulis katakan memang ada segelintir pelajar yang bersekolah agama, tetapi bila mereka keluar ke universiti, berada di alam pekerjaan watak dan karakter mereka tidak lagi bercirikan pelajar sekolah agama. Ada yang tidak segan silu melahirkan karakter, minat dan kcenderungan mereka dari gaya mereka berpakaian, minat yang mereka tonjolkan, rakan-rakan yang mereka gauli serta cara berfikir mereka adakala seperti mereka bukan dari didikan atau hasilan sekolah aliran agama. 

Persoalannya kenapa ini berlaku? Adakah ia kesilapan guru walhal pelajar-pelajar ini kebanyakannya cemerlang dari segi akademik. Adakah kesalahan ibu bapa kerana ibu bapa sudah cukup memberikan contoh terbaik kepada mereka. Adakah kesilapan sistem pendidikan yang ada bilaman silibus menekankan juga terhadap nilai-nilai yang perlu.Pada pandangan setengah sen penulis, ini berlaku kerana AQIDAH yang tidak mantap. Mereka belajar agama tetapi tidak meresap ke dalam jiwa. Mereka belajar agama tetapi penghayatan hanya surface sahaja. Mereka belajar agama setakat kehendak ibu bapa tanpa jiwa dan perasaan mereka menghargai ilum yang dipelajari dengan mempraktikkan apa yang mereka pelajari. 

Selain dari aqidah, mereka yang sebegini realtinya belum matang, dan masih tercari-cari erti dan makna kehidupan. Mereka masih mengagungkan hiburan yang tiada makna kerana matlamat kehidupan akhirat masih kabur. Dunia yang singkat dan sementara ini dilihat sebagai medan untuk melampias kehendak dan nafsu yang merajai diri... lalu harapan ibu bapa melihat anak-anak menjadi anak yang soleh berkecai... 

Bukan salah ibu bapa.. tetapi ia merupakan cabaran kepada ibu bapa untuk sentiasa menerapkan ilmu agama pada anak-anak sepanjang kehidupan.. Anak-anak yang iman mereka  kurang mantap perlu sentiasa diingatkan akan matlamat kehidupan. Ibu bapa perlu memahami bahawa ada anak-anak yang merasa dikongkong (dek kerana jiwa mereka masih bercelaru dan cintakan dunia) maka apabila sudah belajar di universiti, sudah bekerja ia seperti satu kebebasan yang bermakna buat mereka untuk buat apa yang mereka suka dan minat, walaupun bercanggah dengan kehendak agama. 

Kita perhatikan seorang pelajar yang hebat dan kental imannya biarpun tidak belajar di aliran agama, dikelilingi oleh biah yang kurang Islamik tetapi masih menjaga ciri-ciri Muslim yang sebenar kerana mereka faham kenapa mereka bergelar Islam. Mereka menghayati apa maknanya menjadi hamba Allah. 
Biar apapun isu ini hanya berlaku segelintir kepada pelajar aliran agama. Masih ramai yang lahir sebagai cendikiawan terbilang, menjadi pelapis perjuangan ulama. Jangan merasa serik memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap cabaran yang di beri, setiap peristiwa yang allah uji ada hikmahnya. Sebagai ibu bapa jangan putus berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah.
Wallahuaalam.

Friday, May 10, 2013

Mari Berselawat Menambah Berkat


Setiap hari kita sibuk.. ada yang sesudah subuh sudah berkejar ke tempat.. ada yang setiap kali terburu-buru untuk solat dan menyambung pekerjaan hingga tidak sempat untuk berzikir dan berselawat.. walhal setiap hari kita digalakkan untuk berselawat kepada Rasulullah SAW. Ingatlah dihari akhirat nanti kita amat memerlukan syafaat Nabi Muhammad SAW. Maka mari sama-sama kita memperbanyakkan selawat kepada baginda. Kelebihan berselawat antaranya:


Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” Hadis riwayat Ahmad.

 “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Friday, May 3, 2013

Amalkan Zikir, Wirid dan Doa


Kesempurnaan hidup adalah keinginan semua, ini berkait dengan menyempurnakan amalan seperti solat, berzikir, berdoa dan banya melakukan amalan sunatnya selain amalan yang wajib. Bagi memelihara diri agar boleh menjaga kewajipan amalan serta menambah yang sunat maka kita perlu banyak melakukan muhasabah diri. Cuba bayangkan seandainya kita mati esok hari apa bekalan kita. Adakah semuanya sudah mencukupi untuk dibawa kea lam sana? Yakinlah bahawa setiap yang kita lakukan baik kebaikan atau kejahatan ada dua malaikat iaitu malaikat Raqib dan Atib yang sentiasa mencatat amalan kita. Oleh itu pastikan diri kita sentiasa berada dalam ibadat contohnya banyak berzikir kepada Allah.
Bila mahu berbuat sesuatu kita fikirkan pilihan yang kita ada. Contoh kita boleh memilih antara iman @ nafsu, dosa @ pahala, syurga @ neraka, taat @ maksiat, Allah redha @ Allah murka.  Bila kita boleh member peluang kepada diri untuk berfikir sebelum memlakukan sesuatu maka ini boleh menjaga kita dari melakukan perkara mungkar dan membawa kita mengerjakan perkara makruf. Lalu biasakanlah diri setiap masa dengan zikir sambil melakukan apa sahaja seperti sewaktu memandu, melakukan pekerjaan. Bila waktu bersolat ajarlah diri untuk wirid terlebih dahulu, agar kita ada masa untuk Allah dari perkara-perkara lain yang berbentuk dunia. Selebihnya, berdoalah agar Allah memelihara kita dengan rahmat dan taufiqNYA.
Wallahuaalam.
3.Mei.2013

Thursday, May 2, 2013

Kesan pergaulan kepada anak-anak


Komunikasi anak-anak dibanding generasi kita dulu amat berbeza, mereka bergaul tanpa ada garis sempadan.. Segalnya boleh dibaca dan dilihat dengan mudah walaupun dibilik tidur, walau jauh berjuta kilometer.. Itulah hebatnya teknologi.. komunikasi dialam maya membawa kepada komunikasi di alam realti.. dari bertemu di fb, twitter ia membawa kepada bercakap-cakap dan bersms menerusi telefon. Tidak sudah disitu ia membawa kepada pertemuan dialam realti.. maka terjadilah date pertama.. bertemu atas nama kawan... lalu dari situ pergaulan tidak lagi ada batas.. ia membawa ke satu kehancuran moral dan akhlak..