Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Muhasabah Diri


Bismillah,

Hakikat kehidupan, tiada satu yang akan kekal. Apa yang kekal hanya Dia, Allah yang Maha Kuasa.
Setiap kali menerima perkhabaran kematian, setiap kali itu ia seperti jam loceng yang menjadi siren peringatan buat diri untuk sentiasa muhasabah apakah sebenarnya tujuan hidup ini.

Hidup tiada lain, untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dalam berkata, dalam tunduk dan sujud. Ada ketika insan leka dengan dunia. Sibuk dengannya hingga terabai kadangkalanya perkara wajib yang dituntut yang menjadi bekalan untuk dibawa.

Bila nyawa diambil Izrail, ia kadang tiada sebarang petanda. Sampai masa tidak telrambat atau tercepat walau sesaaat. Pun insan tetap hidup seolah dunia ini adalah miliknya. Walhal ia sementara sahaja. Sekelip mata bila Allah ambil maka tiada berguna lagi segala isi dunia. 

Waktu itu, penyesalan tiada guna. Oleh itu, masa yang ada kini, penuhi ia dengan amal ibadat. Jadikan setiap detik yang dilalui tiada lain untuk mencari redha Allah. Mahu memperbanyakkan amal agar bila masa tiba untuk diri berangkat pergi kita di sambut malaikat dengan seruan.... 
" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Semoga kita tergolong dalam golongan yang menjadi kekasih Allah. Amin

Monday, September 21, 2015

Bagaimana Menggapai Husnul Khatimah



Bismillah,

Menggapai Husnul Khatimah, itulah buku yang siap direviu dua hari lepas. Ia satu buku yang sangat mahu dibaca, sementelah siapa yang tidak mahu meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah. Apa yang dimaksudkan? Ia bermakna kita mati dalam keadaan yang baik.

Umpamanya kes terbaru ramai yang meninggal di Mekah disebabkan kren terbalik semasa ribut pasir melanda. Mereka yang meninggal dunia dianggap sebagai syahid dan mati dalam husnul khatimah. Ini kerana mereka meninggal dalam keadaan beribadat iaitu ibadat haji, berada di tempat yang paling mulia iaitu di Masjidil Haram, pada hari Jumaat.

Maka siapa yang tidak mendambakan Husnul Khatimah, kerana ia petanda perjalanan mereka seterusnya dilihat lebih mudah. Bahkan pemergian mereka ditangisi ramai, dan ramai yang mendoakan kesejahteraan. Inilah jua yang berlaku pada arwah Tok Guru bila meninggal. Kematiannya menjadi satu fenomena bila jenazahnya dikunjungi puluhan ribu manusia. Bahkan seluruh negara berduka dengan kehilangannya.

Husnul Khatimah, milik siapa?

Berdasarkan buku karangan Dr Muhammad Widus Sempo saya kongsikan beberapa tip bagaimana memperoleh husnul khatmah.


  1. Berdoa agar pengakhiran hidup dengan amal  kebaikan.
  2. Berbakti kepada kedua ibu bapa,sepanjang hayat mereka
  3. Sentiasa berada dalam naungan kalimah tauhid
  4. Menghidupkan amalan zikir
  5. Banyak beristighfar
  6. Sentiasa berselawat
  7. Membaca al Quran setiap hari
  8. Makan minum dari sumber rezeki halal
  9. Mata yang sering menangis kerana takutkan Allah
  10. Dermawan
  11. Bersifat pemaaf
  12. Banyak beramal dan membantu orang lain
  13. Sentiasa berpesan pada kebaikan
  14. Menjadi Ashabul Yamin
  15. Mencintai dan mendekati ilmuan dan ulama
  16. Hati yang lembut sering bertaubat
  17. Menyayangi binatang
  18. Mencintai dunia untuk tujuan akhirat semata.
  19. Keimanan yang kuat
  20. Allah tempat mengadu
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya meraih husnul khatimah

Saturday, September 20, 2014

Merancang kematian


Bismillah,

Ramai yang merancang kehidupan dunia tetapi gagal merancang kehidupan akhirat. walhal akhirat adalah kehidupan hakiki. Insan yang cerdik adalah yang senitasa mengingati mati. Mernacang kematian itu sudah pasti akan memberi kita satu peluang untuk menuju dunia abadi dengan tenang. Lalu bagaimana merancang kematian?

Rasulullah berpesan apabila matinya anak Adam maka 3 perkara yang ditinggalkan iaitu; anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang manfaat.

Bagi merancang kematian maka 3 perkara ini perlu diambil kira. Mendidik anak soleh yang bakal mengurus kematian kita adalah satu kemestian. Bila kita meninggal biarlah anak-anak yang memandi dan menguruskan jenazah kita. Bila kita telah tiada anak-anak bakal menjadi penyambung amal kebajikan yang mendoakan kebaikan buat kita di alam barzah. Anak yang soleh akan mengursukan harta dan apa jua peninggalan dengan sebaik mungkin.

Perkara yang kedua adalah sedekah jariah. Sebaik-baik sedekah adalah sewaktu kita tiada. Jika kita dikurinakan kekayaan maka banyakkanlah sedekah dan derma kepada yang memerlukan. Ramai yang kaya raya tetapi tiada sikap dermawan. Alangkah rugi kerana apa yang kita miliki yang hakiki adahal apa yang kita beri. Itulah milik yang hakiki. Pemberian yang ikhlas besar pahalanya disisi Allah.

Terakhir bagi merancang kematian kita perlu menjadi insan yang berilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut. Ilmu yang baik mampu memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang dikongsi ibara menanam buah, hasilnya akan diperoleh oleh orang lain walau si penanam sudah tiada.

Merancang kematian juga pastinya perlu mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Amal makruf nahi mungkar sepanjang hayat akan membawa kepada syurga nan abadi.

Wallahuaalam

Friday, July 26, 2013

Erti Memberi Pada Yang Mengerti


Bismillah,

"Erti hidup dengan memberi kerana kita apalah yang kita beri, tanpa memberi tiadalah erti. Maka usahakanlah sesuatu untuk memberi, moga pemberian ikhlas dari sanubari".

Muqadimmah tulisan saya pagi Ramadhan yang hening ini adalah mahu memperkatakan tentang konsep amalan sedekah. Saya percaya ramai yang mahu memberi dan berbudi tetapi ramai yang menyempitkan usaha memberi dengan nilai wang dan material. Walhal memberi itu skopnya amat luas. Menyedekahkan fatihah pada sahabat yang dalam kesusahan, mendoakan orang yang dilanda musibah, memberi idea pada kawan yang sedang menagih pandangan, memberikan tenaga kepada saudara yang memerlukan pertolongan semuanya termasuk dalam kategori memberi. Lalu kenapa bila mahu memberi ia sukar buat diri

Jawapan ringkas kerana jiwa kita belum merdeka. Kita masih merasakan hak kepada apa yang kita miliki padahal semua milik Allah. Hatta setitis ilham dan secangkir idea yang hadir jua adalah milik Allah, siapalah kita. Maka jika ada rasa diri ini begitu kerdil maka tidak hadir rasa bangga diri, tidak datang sifat bongkak dan takbur dalam hari, tidak tersimpan ujud yang ada. Maka mudahnya memberi saat mengetahui ada ganjaran besar menanti.

Muhasabahlah diri sendiri, kerana saya juga berpesan kepada diri ini yang adakala datang sifat bakhilnya. Adakala hadir sekelumit kedekut bila diminta sesuatu, lalu bagaimana harus membuang sifat mazmumah yang satu ini.. Seringkali, dan perbanyakkan membaca isi kandungan Al Quran dengan menghayati ayat-ayat yang mengajak kita kepada melihat kebesaran Allah. " ...Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan" (Al Baqarah: 110). Untuk hilangkan sifat kedekut dan mendatangkan sifat memberi maka perhatikanlah sekeliling kita dengan mata hati, lihat tidak cukup, tetapi memerhati dan menghayati hingga terbit rasa bersyukur dalam diri.. Lalu sifat memberi akan hadir bila mana Ruh menyedari jasad ini hanya satu kenderaan menggapai matlamat syurga abadi. ".. Maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan menganut Islam" (Al Baqarah-132). 
Moga Allah menamatkkan usia kita dalam husnul Khatimah. Mga-moga dengan MEMBERI ia menjadi tali hayat di negeri abadi. Ameen.

Wallahuaalam.

Thursday, June 27, 2013

Prihatin Keselamatan Anak-anak


Assalamualakum, Moga Jumaat kali ini membawa kita lebih dekat pada Allah sedekat Ramadhan yang beberapa hari lagi akan tiba. Bersyukur jika kita diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. 1434 Hijrah

Hari ini seawal pagi sudah terbaca kisah anak hilang di Metro. Saya tidak dapat membayangkan perasaan ibu dan ayah mereka. Dua orang anak yang disuruh si bapa membelikan lampin hilang di tengah kota raya. Mungkin jika kita membaca isi cerita ia seperti kesilapan ayah yang memberi izin anak yang masih kecil 8 tahun dan 10 tahun untuk keluar ke kedai. Ada juga kemungkinan si bapa terpaksa menjaga anak yang masih kecil lalu dia mengharapkan anak yang lebih besar keluar membeli lampim. Pokoknya bukan mencari salah sesiapa, perkara bila mahu terjadi ada sebab musababnya namun perlu kita mengambil alternatif beringat sebelum kena....

Friday, June 21, 2013

Bila ajal tiba

Bismillah

Hari ini 13 Syaaban 2013 seorang sahabat zaman persekolahan meninggal dunia kerana kanser. Al Fatihah buat beliau dan takziah buat keluarga. Satu persatu insan yang hadir dalam hidup pergi meninggalkan kita lalu terdetik pada diri bilakah giliran diri ini. Ramai yang pergi ada yang begitu mengejut perginya mereka, tidak sakit terlantar atau tidak juga ada tanda-tanda. Ada juga yang kerana sakit dan sebab musabab tersendiri.

Walauapa jua keadaan ajal tetap akan tiba, cuma tidak kita ketahui bila, dimana kerana ia adalah dalam pengetahuan Rabbuljalill. Lalu bertanya diri bersediakah diri saat dipanggil Illahi? Cukupkah amalan sebelum ini? Atau banyak perkara belum dipenuhi?

Maka saat hati tertarik pada dunia maka bila mengenang saat kematian maka hati terdidik untuk muhsabah dan murajaah.. diri menuntut kepada muraqabah lalu pasrah hati untuk dekat kepada Dia. Maka bila dalam suka atau duka ingatlah mati itu bila bila masa... Moga Allah menerima segala amalan dan mengampunkan segala dosa.
Ya Allah tempatkan kami disyurga,
Ameen