Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, November 30, 2011

PERMASALAHAN UMMAT DAN PERANAN DAKWAH

Membicarakan tentang permasalahan ummat hari ini memang tidak dinafikan ada pelbagai factor yang membawa kepada kejatuhan Islam. Tn Abdul Latip dalam tulisannya memetik ucapan Badiuzzaman Said Nursi di Masjid Umayyah Damsyik pada tahun 1911)
 “Saya dapati orang Islam mundur dari segi kebendaan berbanding dengan orang barat.Ia berpunca dari enam perkara. Pertama merebaknya sikap putus asa.Kedua tidak ada keikhlasan dalam kehidupan bermasyarakat.Ketiga wujudnya sikap permusuhan. Keempat tidak adanya hubungan persaudaraan di kalangan umat islam seluruh dunia.Kelima berleluasanya pelbagai bentuk sifat pentingkan diri sendiri, dan keenam wujudnya kezaliman. Sekarang saya akan cuba mrengubati ke enam penyakit itu dengan berpandukan gedung ubat dari al Quran.
Al amal ialah dengan meletakkan sepenuh harapan kepada rahmat Allah.Dunia Islam lebih-lebih lagi Turki dan Arab sedang mula bangun menentang segala bentuk rintangan. Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia ini adalah untuk Islam. Kebenaran al Quran dan iman akan tertegak, JIka kita benar-benar melaksanakan akhlak dan keimanan Islam penganut-penganut agama lain akan berpusu-pusu memeluk Islam.
 Tamadun Asia akan menggantikan tamadun Barat kerana tamadun barat berlandaskan nafsu jahat, penindasan dan persaingan. Tamadun Barat tidak berlandaskan petunjuk Ilahi. Dalam tamadun Barat kejahatan mengatasi kebaikan. Tamadun Barat sedang reput. Lantaran itu tamadun Asia akan mengantikan tamadun Barat
.”

Apa yang boleh kita perkatakan tentang pandangan yang bernas dari tokoh yang hebat ini bahawa ummat Islam sebenarnya mampu untuk cemerlang dan menandingi kehebatan orang bukan Islam seandainya mereka percaya dengan yakin dan mengamalkan segala apa yang diperintahkan oleh Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Kita lihat hari ini bagaimana hebatnya keruntuhan moral dan salah laku dikalangan umat Islam sendiri. Apakah punca sebenarnya? 

Kegagalan ummat Islam hari ini mereka bukan semata tidak beramal dengan Islam tetapi mereka sebenarnya amat jauh dengan ilmu walaupun menyebut slogan “ISLAM ADALAH CARA HIDUP”. Mana mungkin ingin jadi cemerlang jika ilmu yang sepatutnya digali dan dicungkil dan kemudiannya di amalkan tidak dilaksanakan? Disinilah peranan dakwah memainkan satu peranan yang amat besar, seruan dakwah ini tercapai bila segala mesej kebaikan itu didengari. Bukan setakat didengari tetapi segala seruan dan tarbiyyah itu dipelajari, dihayati dan boleh diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan. Sebagaimana Firman Allah mengingatkan kita kepada peranan dakwah ini "Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung". Al Quran : Ali-Imran: 104. Sebagai insan yang bergelar khalifah marilah sama-sama memainkan peranan untuk menegakkan Islam dan menjadikan ummatnya muncu menjadi ummat terbaik sesuai dengan firman Allah menyebut: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS. Ali Imran: 110). 


Tuesday, November 29, 2011

Remaja dan Inspirasi Kerjaya

Pengaruh kawan dikalangan remaja sering diperkatakan dalam segenap isu. Pengaruh yang besar sudah pasti pengaruh yang suka dan mudah di tiru iaitu pengaruh yang negatif. Kita lihat betapa ramai remaja yang musnah kehidupan mereka kerana pengaruh negatif rakan sebaya. Akbar harian merto 1.11.2011 melporkan bahawa pelajar sekolah yang baru berusia tujuh dan lapan tahun menjadi dalang aktiviti pecah rumah serta bijak mengatur strategi. Biarpun usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kit tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu. Ini membuktikan bahawa pemgaruh rakan jika tidak dikawal dengan baik boleh membawa kesan yang besar dalam kehidupan dan juga kerjaya sesorang individu. Jika mereka berkawan dengan orang yang baik maka cita-cita mereka juga menjadi postif, bersing untuk berjaya dan mengecapi kerjaya yang hebat.
Biarpun begitu jangan kita lupa, pengaruh guru juga boleh memberikan faktor dalam menyuntik inspirasi kerjaya kepada remaja. Guru memainkan perana yang besar dalam menyuntik semangat juabg untuk belajar dan keluar menjadi orang yang berjaya. Sewaktu di alam persekolahan, remaja diberi pendedahan oleh guru-guru untuk memilih kerjaya mereka malauli pelbagai aktiviti penerangan dan juga program kesedaran kerjaya. ini memberi idea kepada pelajar atau remaja untuk membina impian kerjaya mereka bila dewasa nanti.
Selain itu kaunselor di sekolah boleh menggunakan teknik kaunseling seperti menyarankan remaja membuat”genogram keluarga” bagi membantu klien menyelesaikan masalah dalam hal kerjaya. ’Genogram keluarga” dapat membantu individu untuk membina kerjaya sama ada sama seperti ahli keluarga atas lebih baik dari itu. Contoh mudah, seorang kenalan saya merupakan seorang doktor perubatan, begitu juga suaminya, maka anak mereka terdorong untuk menjadi doktor atas faktor ibubapa mereka menjadi doktor. Dorongan motivasi pada diri individu terbina kerana melihat kerjaya yang ada dalam keluarga. Ada ahli keluarga yang berjaya dalam perniagaan misalnya, ini boleh mendorong ahli keluarga yang lain terutamanya remaja untuk membina impian mereka tersendiri. Motivasi dalam diri remaja akan terhasil bila mereka melihat sendiri kejayaan orang sekeliling mereka ibarat kata pepatah Inggeris ”seen is believing” 
Petikan dari penulisan buku " Inspirasi Kerjaya"

MAAL HIJRAH : ANTARA AZAM DAN CABARAN

Setiap kali tibanya tahun baru maka kita akan mula berazam dengan matlamat dan tekad yang baru. Adakah azam kita itu azam yang lama atau azam yang baru. Ramai yang mulakan azam yang baru walaupun azam yang lama masih belum terlangsai. Apapun azam dan cita-cita yang kita semai biarlah ia selari dengan seruan hijrah. Biarlah azam kali ini boleh membawa satu perubahan pada diri kita dan dalam masa yang sama memberi tempias yang sama kepada orang lain. Untuk melaksanakan dan merealisasikan azam yang baru sudah pasti kita akan berdepan dengan cabaran baik cabaran dalaman atau juga cabaran luaran, ini adalah salah satu faktor yang boleh mengagalkan usaha kita merealsasikan azam tersebut. Salah satu cabaran yang kita perlu atasi adalah bagaimana mendisiplinkan diri supaya kita mampu istiqamah dengan azam serta bagaimana  kita menggandakan usaha dan mempertingkatkan strategi untuk mencapainya. Satu cabaran sahaja boleh menggagalkan segala yang diidamkan jika kita mengalah pada cabaran itu. Biar apapun cabaran, azimat yang mampu mengerakkan kita kekal dengan keazaman dan bertindak melawan segala cabaran adalah kekuatan dalaman  diri serta mental yang kuat  mahukan kejayaan. Orang yang kuat keazamannya walaupun ujian datang bertali arus adalah orang yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah dengan beribadat serta berlapang dada dengan ujian. Oleh itu antara azam dan cabaran jika mahu berada diGARIS KEJAYAAN....BISIKKAN HATI DENGAN LAUNGAN kalimah AL-FALAH...iaitu dengan  ZIKRULLAH.

Cabaran Berdakwah

Menyusuri perjalanan kehidupan dalam melaksanakan dakwah tidak semudah yangt kita sangka. Adakala kita dipuji adakala kita dikeji, namun berdiri atas pronsip "dikeji tidak merasa hina, di puji tidak membekaskan bangga' maka tanggungjawab itu tetap diteruskan demi satu perjuangan atas nama Islam. Persoalan yang sering mejadi satu permasalahan adalah apakah teknik terbaik dalam menyampaikan dakwah itu, adakala menggunakan mata pena, ada ketika menjadikan media maya dan adakala menjadikan lidah sebagai senjata...kesemuanya itu memberikan hasil dan penerimaan yang berbeza. Kita perlu sedia maklum kerana orang yang menerima dari pelbagao latarbelakang, dari pelabagai golongan maka sudah pasti penerimaan berbeza. Apatah lagi sekiranya orang yang kita maksudkan itu pangkat dan kejayaan atau status mereka lebih tinggi dari kita maka penerimaan itu kepada segala dakwah yang diberi itu amat payah untuk diterima, adakalnya kita menjadi bahan cercaan secara tersirat bilamana apa yang disampaikan itu tidak berpihak kepada diri dan kepentingan mereka . Berlandaskan kepada konsep dakwah bukan untuk membodek atau kepentingan diri maka kita perlu berkata-kata benar, berdiri atas yang HAK walalpun pahit untuk menerima segala tentangan, tapi itulah hakikat berdakwah, yang benar itu akan menjadi tidak popular manakala yang batil itu akan menjadi popular dan disenangi..maka untuk meneruskan perjuangan dalam dakwah, tidak perlu mengharapkan penghargaan atau pembalasan dari orang lain. Niat yang ikhlas dan istiqamah dalam dakwah membantu diri untuk kekal berjuang. Dalam masa yang sama kita perlu bermohon kepada Allah supaya dipermudahkan dan dikuatkan hati dan jiwa untuk melalui semua rintangan.. Adakala keletihan itu amat dirasa, putus asa itu menyinggah jiwa namun kerana mengingati bahawa KEMATIAN adalah tempat berheat yang kekal maka perjuangan yang berbaki ini akan diteruskan  ketitisan terakhir...

Thursday, November 24, 2011

JIKA AKU LUPA...

Jika aku terlupa ingatkan aku...
Jika aku terleka nasihatkankan aku..
Jika aku terlena kejutkan aku...
Jika aku bermimpi sedarkan aku..
Jika aku bukan...
Sebagaimana engkau kenal sebelum ini..
Sebagaimana engaku ketahui siapa aku dulu..
maka...
Lakukanlah sebagaimana permintaanku...
Buatlah sebagaimana pintaku....
kerana...
Aku insan tidak sempurna...
Sifat manusiaku fitrahnya begitu...
Mudah lupa dan perlu dingatkan sentiasa...
Apa jua antara kita...
Maafkan Aku...

Tuesday, November 22, 2011

MENCARI REZEKI MELALUI PERNIAGAAN

Berniaga adalah merupakan satu bentuk pekerjaaan yang halal dan berkat jika kena pada cara dan gayanya. Ia juga menjanjikan pintu rezeki yang amat luas sebagaimana janji Alllah bagi orang yang berniaga dimana 9/10 pintu atau punca rezeki adalah dari perniagaan.itulah sebabnya rata-rata orang berniaga mendapat limpahan rezeki Selain itu perniagan itu sendiri adalah sunnah Rasulullah kerana Baginda sendiri berniaga dan berjaya dalam perniagaan. Maka kita semua amat digalakkan untuk berniaga den menceburkan diri dalam perniagaan. Perniagaan boleh membawa keuntugan yang lebih besar jika kena strategi dan gayanya. Persoalannya, ramai dikalangan kita takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan lantaran takut kepada risiko.Biar apapun risiko sebenarnya kita perlu berani untuk mencuba dengan meletakkan dan menyandarkan rezeki semuanya dari Allah. Hakikat rezeki dari perniagaan ini mendapat keuntungan lumayan kerana usaha dari perniagaan ini adalah berbentuk kerja sendiri. Disebalik keuntugan perniagaan yang berlipat ganda hasil dari perniagaan kerana ia sembilan pintu rezeki, kita juga perlu ingat bahawa terdapat juga sembilan pintu cabaran. Setiap orang yang berniaga perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa saja keputusan yang dibuat. Untuk berjaya dalam perniagaan, risiko dalam perniagaan perlu ditangani dengan cekap bagi mengelakkan kegagalan. Oleh itu kita perlu melektakkan usaha, komitmen dan kesabaran yang tinggi apabila kita ingin terlibat dalam perniagaan. Untuk kekal berjaya dalam berniaga, maka jangan lupa syariat yang perlu dilakukan iaitu mengeluarkan zakat perniagaan, moga dengan berkongsi hasil perniagaan dengan cara berzakat dan bersedekah, ia boleh menjana perniagaan yang untungnya berlipat ganda.

MENJAGA HUBUNGAN DAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim merupakan perkara yang menajdi nadi dalam kehidupana. Allah mengingatkan kita bukan hanya setakat mejaga hubungan dengannya, tetapi kita juga diingatkan untuk menajaga hubungan sesama insan. Menajga hubugnana adalah satu kemestian dalam hidup jika kita inign berjaya dunia dan akhirat. Ramai dikalangan kita apapbila memeperkatakan tentang hubungan maka hanya melihat yang didepan mata seperti ibu bapa. Adik beradik dan sahabat handai. Apa yang perlu kita sedrati dalam kehidupan ini kita perlu mempunyai ramai kawan dibanding dengan musuh. Tetapi sebaliknya, kita banayk mencipta musuh daripada kawan kerana sifat dan tabiat yang ada pada kita sendiri. Ibarat kata pepatah ” berkawan biar seribu...” hari ini nilailah diri kita adakah kita sudah sempurna dalam menjaga hubungan. Berapa kerap kita memberi salam atau senyuman kepada orang yang kita temui. Adakah kita telah menziarahi rakan kita yang sakit? Sudahkah kita bertanya keadaan jiran kita yang lama tidak kita berjumpa? Jika kita berjauhan dengan ibu bapa, berapa kerap kita mengunjungi dan mennziarahi mereka? Adakah kita menghubungi dan bertanyakan khabar saudara kita? Jika sentiasa kita lakukan maka itu sangat baik dan biarlah ia dilakukan secara istiqamah, jika belum mari sama-sama kita laksanakannya..moga dengan bersilaturrahim secara ikhlas Allah memberikan kerahmatan dan keberkatan kepada kehidupan kita. 

Monday, November 21, 2011

Hukum Sambutan Hari Jadi

Mungkin selama ini dari kecil sehingga kini tanpa kita sedari kita melakukan bid'ah yang dianggap kecil oleh kita kerana ibubapa kita pun melakukan, anak ustaz juga melakukan termasuk pemimpin-pemimpin kita. Mungkin ramai yang menolak dan tidak bersetuju. Tetapi itulah sebenarnya sambutan hari jadi yang telah kita sambut sejak dahulu lagi. Jika sambutan hari jadi ini perkara yang baik. Mungkin pada zaman sahabat, tabiin dan seterusnya. Nescaya mereka lebih awal menyambutnya. Renung-renung dan fikirkan sendiri.

Kenyataan ini disebutkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam buku beliau al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-muslim fi al-Syariah al-Islamiah, (cetakan ke 2 (1994M-1415H), jilid 9, halaman 310-311). Kenyataan ini juga disebut oleh Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris dalam buku beliau Fatawa Syar'iyyah (jilid 2, halaman 788-789). Menurut beliau, tidak ada sambutan (عيد) hari jadi sekalipun mereka itu pemerintah, pembesar atau anak-anak.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan sambutan hari lahir lahir (hari jadi/birthday) yang diadakan saban tahun oleh golongan lelaki mahupun wanita, diadakan sambutan (haflah) yang dihadiri oleh keluarga dan kerabatan dan anak yang disambut hari lahirnya. Pada majlis itu disusun meja dan diletakkan kek yang besar yang dinamakan kek hari jadi yang pelbagai bentuk sama ada bulat, berlapis-lapis yang dipacakkan dengan lilin yang jumlahnya mengikut umur mereka yang disambut dan dipotong kek itu. Budak itu (mak budakpun ada)akan memulakan mengambil sepotong kek dan diikuti para hadirin.

Menurut beliau, sambutan hari jadi yang disifatkan di atas merupakan perkara bidah yang munkar yang wajib ditinggalkan dan dicegah. Ia merupakan amalan bukan islam yang ditiru oleh orang Islam atau sebahagian orang Islam. Sambutan ini merupakan perkara yang ditegah oleh syarak. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, ia adalah dari mereka (hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, No. Hadis 8593). Maksud hadis itu ialah sesiapa berpakaian dengan pakaian mereka, beramal dengan amalan mereka, berakhlak dengan akhlak mereka dan mengikut jejak langkah atau tred mereka dalam perpakain dan amalan mereka.

Beliau menyambung, Nabi s.a.w diutuskan dengan disyariatkan perkataan dan amalan yang berbeza dengan amalan Yahudi dan Nasrani ( والضالين المغضوب عليهم) ). Nabi s.a.w diperintah supaya menyalahi mereka (berbeza dengan mereka) dalam perkara-perkara zahir yang membawa kepada muwafakah dan tasyabuh dengan akhlak dan amalan mereka.

Orang Islam hendaklah berpada dengan apa yang disyariatkan kepada mereka:-

Cukuplah bagi orang-orang Islam mengadakan akikah untuk anak pada hari ketujuh dengan mengadakan walimah untuk anak itu.

Orang-orang islam pada zaman Nabi s.a.w., begitu juga Tabiin tidak kenal dan tidak memperkenalkan sambutan ini kepada anak-anak mereka. Mereka tidak menyambutnya saban tahun. Pada mereka itu ada qudwah yang baik


Oleh: Ulasan Al Ustaz Ab Hakimee Abdullah ( Sumber asal Artikel Mohd Noor bin Daud, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris. B.A (Hons) Universiti Yarmouk, M.A, Universiti Malaya)

STATUS WANITA SEBAGAI ISTERI

Gelaran yang di berikan bagi `isteri' di dalam Al Quran adalah perkataan yang sama iaitu Zaujah. Jika bahasa lain contoh bahasa inggeris disebut wife atau husband. Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Isteri adalah pasangan, pelengkapkepada rumahtangga serta pelindung kepada anak2, oleh itu mereka dilihat memainkan peranan yang amat penting. Peringatan Allah kepada suami dalam hadis Rasulullah yang berbunyi:

"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

Menjana Minda Positif

Kemahiran melihat masalah secara kreatif dan inovatif akan membantu melahirkan guru yang dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan cemerlang.  Selain itu keperluan kepada guru untuk membuat keputusan dan bertindakbalas terhadap sesuatu dengan cepat adalah kemahiran yang amat penting dalam menguruskan pengajaran dan pelajar. Malahan pentadbiran di peringkat sekolah juga telah diarahkan untuk bertindakbalas dan membuat sesuatu perancangan dengan cepat dan berkualiti. Oleh itu dalam konteks ini guru-buru perlu membina minda yang positif yang boleh menghasilkan kecenderungan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan tersebut. 
Membina minda yang positif, kreatif serta inovatif bukanlah satu perkara yang baru, ia merupakan satu kemahiran yang sebenar telah sedia ada dalam pada setiap indivdiu. Cuma bagaimana seseorang guru itu melaksanakan serta mengaplikasikan semua ini dalam melakukan tugasan mereka sebagai tenaga pengajar. Memetik kata-kata “Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people”.
Dalam konteks ini guru memainkan peranan untuk menjana cara berfikir kepada pelajar. Minda yang positif mampu menjana motivasi dalaman yang ada dalam diri seseorang individu adakalanya amat berfungsi dalam menjana kecemerlangan diri , ada guru yang berimpian besar dalam hidupnya namun disebabkan halangan kemiskinan serta cabaran hidupnya sebelum ini maka dia tidak mampu merealisasikan cita cita untuk dirinya sendiri, tetapi dia menyalurkan impian itu kepada pelajar dan anak didiknya untuk menjadikan  mereka lebih cemerlang darinya.  
Sebagai seorang guru amat penting bagi mereka memahami konsep  keupayaaan berfikir yang dapat memahami, menjelaskan, dan menjangka bagaimana fikiran, perasaan, dan tindakan seseorang pelajar itu adakalanya dipengaruhi oleh fikiran, perasaan, dan tindakan-tindakan orang lain yang dilihatnya, atau yang dibayangkan olehnya. Ini akan dapat membantu guru untuk bukan setakat meringkai permasalahan dirinya sendiri tetapi dalam masa yang sama dia dapat membantu pelajar dalam memahami diri mereka dalam menentukan halatuju dan matlamat kehidupan yang sebenar.
Kebanyakan pengkaji merumuskan bahawa system pendidikan yang sedia ada sekarang ini banyak menekankan pelajar yang cemerlang dari segi kecerdasan demi memastikan golongan pelajar ini mampu menempatkan diri dalam kerjaya yang hebat selepas tamat pengajian. Dengan kata lain pelajar lebih banyak dilatih untuk cuba menggunakan kecerdasan dengan menggunakan kebolehan berfikir secara logic dengan berkesan. Namun begitu kesannya kepada keupayaan berfikir lebih cenderung menggunakan otak kiri lebih dari otak kanan menyebabkan ketidakseimbangan menggunakan otak kiri dan otak kanan. Otak kiri lebih tertumpu pebguasaanannya dari segi aspek logic seperti matematik, bahasa, istilah, analisa dan rasional. Manakala otak kanan pula menumpukan kepada aspek imaginasi, kreatif, seni, muzik dan abstrak. 
Oleh itu dalam keadaan suasan yang berubah maka permasalahan juga berbeza yanh mengubah cara penyelesaian yang juga berbeza. Oleh itu dalam konteks membina minda positif, kreatif dan inovatif, guru perlu melakukan perubahan diri untuk keluar dari zon sedia ada yang mana segelintir dikalangan guru tida mahu berfikir. Guru juga suka menggunakan kaedah yang sama untuk menangani keadaan sekarang dengan alas an tidak mahu berdepan dengan risiko yang baru.
Guru yang kreatif dalam menggalas tugas pastinya akan bertemu dengan keseronokan mernjadi guru, manakala sebaliknya pula bagi guru yang tidak mahu berfikir secara positif atau melihat sesuatu perkara dari sudut yang bertbeza makan dia akan menemuia kebuntuan dalam menyelasikan maslalah dan menunaikan tugas. Kesannya dia tidak akan merasa seronok dengan cabaran yang ada sekaligus merasakan bebanan. Guru yang positif,kreatif dan inovatif pastinya akan menjadi guru yang disenangi oleh pelajar, rakan seperjuangan dan juga pihak pentadbiran. Adakalanya risiko menjadi orang yang kreatif perlu melawan arus, kerana tidak semua orang mudah menerima pembaharuan, Oleh membina minda kreatif perlu yakin dan percaya pada diri bahawa kejayaan dapat dibuktikan.

Mencari Kepuasan Diri


“ Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
Ungkapan ini amat bermakna untuk menjadi orang yang cemerlang. Ia perlu didalami dan difahami dalam konteks membina karakter guru yang cemerlang bagi meneruskan kesinambungan melahirkan warga yang cemerlang. Sebagai guru yang bergelumang dengan ilmu untuk dikongsi kepada anak-anak didik sentiasa perlu menjana inovasi dan kreativiti untuk mengorak serta mengekalkan kejayaan dari segi prestasi kerja.
Pembentukan guru yang berintegriti terbina dari kesedaran diri dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, anak didik, masyarakat dan negara. Ia perlu dipraktikkan dalan kehidupan seharian melalui penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia. Seorang guru perlu mengetahui kekuatan dan potensi diri yang dimiliki dan menilai apakah kekurangan yang perlu dikuasai dan diperbaiki serta sentiasa berusaha kearah kecemerlangan. Selain itu guru perlu menyelongkar kelemahan diri yang perlu diperbaiki supaya kelemahan tersebut tidak menjadi kekangan untuk berjaya. Adakalanya untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang ada, seseorang itu perlu pandangan orang lain kerana tidak semuanya kita ketahui melainkan orang yang hampir dengan kita. Umpama seorang guru yang terkenal, hebat pengalaman dan ilmunya tetapi kurang disenangi oleh rakan dan taulan, mungkin kerana masalah komunikasi, atau idea yang sering berbeza. Ia perlu diperbaiki kerana kecemerlangan perlu seiring, iaitu guru yang hebat mengajar di kelas perlu juga hebat dalam menjaga hubungan sesama rakan sekerja, pentadbir dan juga para ibu bapa khasnya.
Kecemerlangan tidak akan cukup syaratnya tanpa membuat perancangan kejayaan. Ia merupakan perkara wajib dilakar diatas kertas dan ia perlu dinyatakan dalam bentuk tindakan yang berterusan demi mencapai matlamat. Perancangan memerlukan gabungan kesabaran yang tinggi dan strategi perancangan yang baik, termasuk menggunakan sumber sebaik mungkin untuk mencapai objektif perancangan. Ini kerana dalam sesuatu hal adakalanya berlaku cabaran yang datang tanpa disangka sangka, justeru guru perlu tahu tindakan apa yang sesuai untuk mengatasi cabaran tersebut. Selain itu, adalah perlu bagi setiap guru untuk memahami sikap, perangai, budaya, kedudukan dan status individu lain dan masyarakat umumnya agar guru tersebut berupaya untuk menggembeleng usaha dan menyusun strategi bagi menjayakan matlamt kearah kecemerlangan.
Rahsia motivasi kearah pembinaan kecemerlangan ada di dalam ketegasan setiap guru.  Ia datang dalam bentuk tindakan yang positif dan rasa seronok menjalani hidup untuk meraih apa yang diinginkan. Ada segelintir dari insan yang bergelar guru hilang perasaan keseronokan menjadi guru dek kerana cabaran getir yang dilalui serta bebanan amanah besar yang terpaksa dipikul. Justeru, untuk mengatasinya, setiap guru perlu muhasabah diri, menilai kembali serta mencari faktor faktor yang membangkitkan semangat dan rasa keseronokan bergelar guru. Tentunya teramat banyak untuk disenaraikan. Apabila keseronokan telah diketemui dalam apa yang kita lakukan, sudah pasti masa yang panjang terasa amat singkat dan yang pahit terasa manis. Benarlah jika ditanyakan kepada guru yang hampir bersara, pasti amat merindukan saat berada dalam kelompok guru dan merasakan puluhan tahun bergelar dan menyandang tugas mengajar terasa begitu singkat. Oleh itu carilah apa yang mampu memberikan kita keseronokan. Jika tidak seonok dengan rakan sejawat kerana berlainan pendapat pastinya keseronokan berada dalam bilik darjah sewaktu mengajar, atau melihat anak didik penyambung generasi mengorak langkah langkah kejayaan menjadi pemangkin kepada keseronokan menjadi guru. Ada juga guru yang menyalurkan keseronokan mengajar dengan cara menyalurkan minat serta potensi yang dimilikinya kepada pelajar. Guru tersebut menggarap para pelajarnya untuk memaksimakan potensi diri melalui minat dan kesungguhan dalam sesuatu bidang atau disiplin. Perhatikan berapa ramai guru mampu mengilap potensi dan kebolehan pelajar melalui pengalaman dan minatnya sendiri sehingga mampu menobatkan pelajar tersebut menjadi pelajar terbaik.  

Ibuku....ampuni daku

video

Sunday, November 20, 2011

MEMENUHI PERMINTAAN


Keinginan atau permintaan yang dipenuhi mampu memberikan insipirasi atau sebaliknya... Mungkin ada yang setuju..namun rata-rata kita sering melakukan ini pada anak-anak. Iaitu menwarkan ganjaran jika sesuatu yang kita inginkan itu tercapai. Mana satu yang biasa kita lakukan? Hadiah dulu baru ada motivasi atau lakukan sesuatu dahulu baru ada ganjaran..
Biasakah anda melihat anak-anak yang menangis bila berdepan dengan mainan, dan ibu bapa pula amat sukar untuk memujuk sehingga mereka merasa malu dengan orang yang memandang dek kelakuan anak. Kenapa anak jadi begitu? Salah siapa? Pada saya kesilapannya dari ibu bapa sendiri...
Sewaktu kecil anak-anak memang akan suka dengan mainan. Dalam tempoh mereka membesar itu adakah kita sering membelikan apa sahaja yang mereka minta atau kita beli apabila kita sendiri yang merasakan ianya perlu? Saya amat percaya ibu bapa pasti ada tekinik yang berbeza...ada yang semasa kecil memanjakan anak-anak dengan membelikan apa sahaja..alasan tak mengapa...seronok layan..atau murah sahaja..tanpa anda sedar bila anak membesar dan pandai meminta dimasa itu anda tidak lagi mampu mengadakan sentiasa...mereka pula sudah terbiasa ...maka itulah kesan yang paling cepat dapat kita perhatikan dari teknik kita yang member tanpa had atau member bukan untk mendidik
Tahukah anda bahawa anak-anak yang membesar dalam keadaan segalanya mudah bagi mereka sebenarnya kurang mendidik jiwa mereka. Saya percaya kepada anak-anak perlu merasa susah barulah mereka kenal dunia...kenal erti hidup..Kehidupan anak-anak perlu diasuh dengan disiplin, namun bukan dengan kekerasan..
Berbalik kepada permintaan...sebelum saya menunaikan permintaan anak-anak, mereka perlu lebih dahulu menunaikan permintaan saya sebagai ibu..biasanya kecenderungan manusia bila mereka sudah mendapat dahulu keinginnan maka mereka kurang berusaha...jadi jangan terlalu mudah memenuhi permintaan anak kerana mereka cenderung menjadi manja ‘spoil’.
Jika anda tidak bersetuju itu tidak mengapa, kerana saya percaya hidup kita perlu ada ‘try and error’. Jika anda rasa experiment anda itu sesuai maka teruskanlah memberi dan menunaikan permintaan anak-anak...tunggu bila mereka sedikit dewasa adakah mereka mahu menurut kata anda atau kata mereka?
Ingatlah kali pertama anda melakukan sesuatu itu adalah member kesan jangka-panjang yang amat mendalam tanpa anda sedari..sewaktu anak anda meminta..”ibu belikkan Aiman maninan itu” anda dengan mudahnya memenuhi permintaan itu.. maka untuk kali ke-dua anda tidak menunaikannya..dia akan menangis dan merengek..oleh itu saat dia meminta untuk kali yang pertama anda katakana “tidak perlu mainana itu sudah ada” atau “duit ibu sekadar cukup untuk beli keperluan rumah”.
Adakah zalim kita tidak menunaikan permintaaan si kecil? Mungkin pada masa itu kita tidak tunaikan permintaan itu, tetapi jika ada sesuatu yang anak lakukan yang baik maka anda boleh memberikannya sebagai ganjaran,tidak perlu membawanya ke kedai mainan itu..cukup sekadar anda hulurkan permintaannya sebelum ini dan dia akan merasa lebih dihargai...

BECAUSE I SAID SO

Pernah anda dengar perkataan ini atau anda menggunakannya?Selalunya pada siapa ayat ini ditujukan?Apa perasaan anda bila seseorang mengatakan begini kepada anda? Sudah pasti jawapannya cukup mudah, seseorang yang mengatakan ayat ini pastinya seorang yang ‘authoritative’atau seorang yang mempunyai kuasa ke atas seorang yang lagi.. Perkataan ini mengingatkan saya kepada seorang ibu yang sering berdepan dengan anak yang tidak mahu mendengar alas an atau suka bertanyakan ‘why’. Lantaran sudah tidak ada jawapan yang boleh diberikan kepada anak maka dia member jawapan yang mudah untuk anak fahami dengan... because i said so.....
Dalam konteks mendidik anak-anak, bolehkah mereka menerima perkataan ini, adakah dengan menggunakan perkataan atau ayat sebegini  dapat membangun jiwa dan kefahaman mereka tentang kehidupan? Tidak salah untuk menggunakan ketegasan baik dalam mendidik anak-anak atau mungkin juga seorang majikan ingin menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.
Harus diingat dalam proses mendidik kita perlu MEMAHAMKAN dan proses ini menuntut kesabaran dan juga approach yang betul, salah satunya adalah member jawapan yang rasional kepada anak-anak.
Saya mempunyai anak yang remaja yang sedang membesar..memperkatakan remaja perlu kita ketahui bahawa mereka ini sedang meniti satu fasa dalam kehidupan iaitu menurut Hall “storm & stress “. Jiwa dan emosi mereka kurang stabil. Fasa ini perlu lebih banyak kepada kefahaman tentang diri. Mereka juga ada kecenderungan iaitu sukakan sesuatu yang bersifat hiburan..seperti contohnya mereka ingin sentiasa bersama rakan-rakan dengan anggapan rakan mereka lebih memahami jiwa mereka..
Bersandarkan itu, bagaimana ibubapa harus berperanan? Sudah pasti jika kita ingin  mendidik bukan jawapan di atas yang perlu kita beri...kita perlu member jawpaan yang jelas, rasional dan sesuatu yang bersifat fakta dan dalam masa yang sama kita perlu memberi ketegasan dengan cara yang berhemah. Anak-anak yang dididik dengan cara yang sebegini tanpa mereka ketahui kenapa dan mengapa.. akan memberi ending atau hasil  yang tidak/kurang bagus. Ini kerana mereka anak membawa perkara itu selamanya dalam keadaan diri tidak faham, pengetahuan, fakta tidak sampai kepada pemahaman diri. Anak ini akan mengikut kehendak ibu bapa sewaktu diarah namun biasanya apabila kuasa ‘veto’ sudah tidak mengawal mereka, maka mereka akan kembali kepada perbuatan atau keadaan yang asal. Kenapa begitu? Kerana mereka mengikut dengan tanpa penjelasan dan kefahaman. Kesannya mereka tidak kenal diri, mereka mudah hanyut mengikut pengaruh sekeliling.

Saturday, November 19, 2011

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah ada di mana-mana, jangan anggap orang lain ceria seolah dia tidak punya masalah. Besa orang yang namap seperti orang yang tiada masalah dan orang yang ada maslalah adalah cara bagaimana mereka mengatasi dan mencari penyelesaina kepada masalah tersebut. Selain itu mereka tidak menyemakkan fikiran dengan berfikir semata-mata kepada permasalahan tersebut, tetapi sentiasa mencari alternative dan kreatif menyelesaikannya. Kenapa kita jadi rungsing bila ada masalah? Sebabnya mudah, kerana kita menggalas masalah tersebut tanpa membuat penyelesaian berhemah serta kita mahu menyelesaiakn measalah terbut secara serentak atau ‘on the spot’ semua ingin selesai….
Mengapa kita bermasalah? Mudah saja…kerana adanya masalah maka kita memaksa fikiran kita berfungsi secara optimum…orang yang merasa diri tiada masalah amat berbahaya kerana kita berada di ‘comfort zone’. bahaynya berada di zon selesa ini adalah membawa kita lupa pada diri…
Cuba Tanya diri kita masa kita bersedih atau bergembira kita banyak ingat Allah ..pendapat saya masa kita bersedih, berduak…saat kita ditimpa musibah…jadi jangan rasa gundah bila Allah bagi kita masalah kerana Allah saying pada kita..dan kita berpeluang mendekatkan diri pada Allah.
Ingat, ada masalah boleh selesai dengan mudah dan cepat, ada juga yang mengambil masa yang lama…itu bergantug kepada cara kita mengendalikan maslaah tersebut. Jika anda stress dengan masalah itu pastikan anda keluar dulu dari zon itu, untuk release stress anda boleh baca Quran, zikir, berselawat dan pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan. Disini saya ingin berkongsi tipss yang boleh anda lakukan dalam bentuk tindakan:
a)      Kenalpasti masalah yang menganggu fikiran anda itu satu persatu
b)      Senaraikan diatas kertas /diari
c)      Letak mengikut keutamaan atau letakkan pembahagian, contoh mungki masalah ditemapt kerja, urusan keluarga, hal berkait kawan-kawan, masalah kewangan etc
d)     Senaraikan plan bertindak mengikut kesesuaian disebelahnya
e)      Letakkan dateline atau bila anda pelru selesaikan perkara itu atau rancang juga masa untuk ada selesaikan perkata tersebut
f)       Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup. Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain.

Friday, November 18, 2011

Srikandi Kelas Corot

Seperti biasa rutin harian yang ingin dilakukan adalah membaca akhbar dan dalam masa yang sama hati pasti akan teringin menjengok di ruangan alam maya FB. Jika tidak menatap FB seperti tidak sah kerana banyak perkara baru yang boleh dipelajari dan info baru yang kedapatan. Sambil bekerja sambil curi-curi membaca apa yang patut setidak menghilangkan rasa boring menyiapkan kerja. Ia seperti satu selingan. Namun habit sebegini perlu ada limitasi supaya kerja yang perlu dibereskan tidak tertangguh. Dua hari lepas adalah hari keramat bagi pelajar UPSR tahun ini kerana keputusan peperiksaan telah rasmi diwawarkan. Pelbagai berita dari segenap ceruk kedapatan dalam akhbar ditambah pula cerita kegembiraan di FB. Apa yang paling seronok adalah membaca kisah-kisah mereka yang Berjaya, dan ada juga yang memberi semangat kepada yang gagal. Paling menarik hati penulis bila membaca berita di Harian Metro dengan tajuk SRIKANDI KELAS COROT. Memang satu  berita yang sangat memberi inspirasi kerana seorang belajar yang lahir dari keluarga yang bercerai dan tinggal bersama nenek. Sudah pasti ia memberi sumber inspirasi kepada pelajar yang lain, yang berada dalam situasi yang sama. Bahkan cerita ini juga memberi semangat untuk diri penulis sendiri untuk menyiapkan novel Islamik yang dalam pembikinan. Moral paling bagus dalam berita ini sebenarnya adalah KEINGINAN UNTUK BERJAYA“The burning desire”. Keinginan yang kuat inilah yang menjadi pendorong bagi setiap individu yang ingin yang ingin menjadikan impian menjadi kenyataan. Kejayaan itu memang subjektif sifatnya, biar bagaimana keadaan namun seseorang boleh tampil dengan kejayaan yang tersendiri kerana usaha gigih yang berterusan,doa yang berpanjangan serta keizinan dariNya. (Berita ini sendiri sebenarnya juga menjentik perasaan sendiri...)
Selain berita kejayaan yang diberitakankan, apa yang seronok juga untuk saya kongsikan apabila di FB adanya pesanan dari wanita hebat yang berjaya dan menjadi IKON kepada saya mengingatkan kepada semua warga supaya jangan bersedih jika anak anda tidak mendapat keseluruhan sebagaimana yang diimpikan. Memetik kata-kata beliau “Saya mahu beri kata-kata motivasi kepada ibu bapa pelajar yang tidak dapat banyak A. "Dalam dunia realiti, pegawai bank tidak peduli berapa 'A' kita dapat. Mereka mahu tengok berapa 'kosong' dalam akaun kita...." dan salah satu respon dari rakan FB kepada kata-kata beliau iaitu “Dari segi idealnya, kita perlu BERUSAHA untuk dapatkan hasil cemerlang dalam apa jua yg kita usahakan. Sebanyak mungkin A/ '000/ title didepan dibelakang. Tetapi yg menetapkan ganjaran dan hasilnya ialah Allah. Jika gagal usah kecewa dan marah. Hanya DIA yg tahu rahsia disebaliknya. Tabah dan tawakkal. Yang berlalu ialah qada' n qada' darinya. Yang semasa ialah usaha dan doa kita. Yang didepan ialah harapan dan doa . Apa jua keputusan dan ganjaran di dunia berada ditanganNYA. Setiap anak ada keupayaan dan keistimewaan sendiri . Kita hanya berupaya menyokong, dan motivasikan mereka dan semaikan kekuatan ugama. insyaAllah Allah akan sentiasa melindungi mereka. ( my own realisation after making so many mistakes -- dan masih berharap kepadaNYA)
Manakala respon seorang lagi berkata: “Banyak A pun kadang-kadang tak ada maknanya. Seorang kawan beberapa tahun muda daripada saya, dulu dia dapat 4A UPSR dan 8A PMR. Tapi dia berhenti sekolah semasa tingkatan empat tanpa sebab kukuh. Seorang kawan lagi amat slow dan pendiam, dan resultnya nyawa-nyawa ikan, sekarang menjadi guru yang berjaya.
Ikon ini mengatakan bahawa“Motivasi dari mantan murid kelas corot untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat 'A': Nasib baiklah hidup ini bukan macam garis lurus -- lurus di pangkal, lurus sampai ke hujung. Kalau hidup ini macam garis lurus, tidaklah PTS sekarang mempunyai 7 orang pegawai kewangan yang mengira duit saya setiap hari. (Sayalah mantan murid kelas corot itu!
Kesimpulanya apapun dalam kehidupan kita sejarah kegagalan silam bukan bermakna kita akan gagal selama-lama kerana pasti ada peluang lain untuk kita Berjaya dan berubah menjadi lebih baik. Bagi yang berjaya pertama kali pastikan kejayaan berkali-kali selepas itu. Semoga kejayaan itu bukan untuk dibanggakan tetapi apa yang penting biarlah ia menjadi contoh kepada orang lain serta mengingatkan diri bahawa kejayaan bukan kerana kita Hebat tetapi sekdara kehebatan yang dipinjamkan olehNya sahaja. Maka sesuailah dengan doa yang sering kita lafazkan “ Rabbana aatina f-idunia hasana wafil-akhirati hasanah..(Ya Allah Berilah aku kejayaan dunia dan kejayaan akhirat..)” 

Memahami Persoalan Aqidah Siri 1


Persoalan Aqidah



Untuk memahami ilmu aqidah ia sebenarnya satu ilmu yang amat mudah.Ianya telah ditinggalkan kpd kita oleh Allah dan rasulNya dgn maklumat yg amat jelas ..wudhuuhulbaidho' ulama' pada zaman qurun mufaddholah tidak pernah bercanggah pendapat pada hal aqidah. Namun menelusuri zaman, berbagai fitnah timbul antaranya penterjemahan buku2 falsafah yunan, grik kedlm bahasa arab yg mewujudkan fahaman2 baru pada pentafsiran ayat2 mutsyabihaat yg pada asalnya hyalah usaha utk menangani falsafah2 perosak yunan dan lainnya.


Aqidah perlu mengikut manhaj yang dipegang oleh para salafu al-soleh.perkara ini amat penting supaya aqidah yang kita pegangi adalah aqidah yang suci dan sahih sebagaimana yang Rasulullah ajarkan kepada sahabatnya tanpa dipengaruhi oleh aqidah atau pegangan yang lain. Perkataan manhaj yang digunakan adalah bermaksud kayu pengukur atau program yang mana boleh kita rujuki untuk memastikan kesahihan sesutau pendapat atau amalan atau pegangan. Dalam konteks ini ia bermaksud kayu pengukur yang diguna pakai oleh para salaf as-soleh. Realiti kita sekarang ini, ramai antara kita berada dalam krisis nilai. Kita tidak tahu menilai apa yang betul dengan yang tidak, yang sohih dan yamg bathil bahkan ada juga yang samar.

Sebagai contoh, aqidah golongan syiah berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah, ini adalah bersamaan denga golongan Sunni, begitu juga golongan Muktazilah. Kesemua golongan mendakwa mereka betul. Oleh yang demikian, bagaimana dalam hal furu' bila sesorang kafir ingin memeluk islam? Mazhab mana pula harus mereka yang berminat ini akan ikuti? Mengapa Syafei dan mengapa tidak Hambali?Begitulah sebaliknya, inilah yang dinamakan krisis nilai dikalangan umat. Ini belum temasuk pada ideologi modern/barat. Western ideology melalui ilmu-ilmu falsafah yang banyak diterapkan dalam sistem pembelajaran baik pada tahap university, kolej atau tahap awal pembelajaran sejak sekian lama terutama di negara-negara islam sendiri. Ini amat jelas kepada kita tentan keperluan kepada manhaj. Memperkatakan tentang Manhaj, ianya bukanlah dibentuk sewenang-wenangnya melainkan dari istibat dari nas-nas (ayat-ayat al-Quran yang sahih sahaja. Namun timbul pula persoalan bahawa sememangnya manhaj itu sudah disandarkan kepada nas atau dalil naqli tetapi mengapa ia perlu disandarkan kepada manhaj golongan terawal?

Bagi menjawap persoalan diatas, manhaj perlu disandarkan pada golongan terawal pertamanya kerana mereka adalah golongan yang paling dipercaya (thiqah) yang terdiri dari para sahabat yang menerima pengajaran atau sumber direct (secara langsung) atau  terus dari Rasulullah. Bahkan ada di antara ayat-ayat al Quran yang diturunkan (asabul-nuzul) kerana kejadian yang berlaku dikalangan mereka. Dari sini golongan sahabat memainkan peranan mengajarkan dan menyampaikannya kepada generasi selepas mereka iaitu tabiin atau tabiin-tabiin yang mana mereka ini termasuk dikalangan mereka iaitu imam-imam besar dalam mazhab 4 iaitu Maliki, Hambali Hanafi dan Syafiie.  ini termasuk juga ulama-ulama hadith iaitu Bukhari, Muslim, Tirmizi dan lain-lain perawi.Manhaj golongn terawal ada juga disebut sebagai manhaj golongan yang berjaya .. Manhaj firqah annaajiyah.

Daripada nas-nas yang sahih ini juga ada pula fahaman yang berbeza, maka maka bagaimana pula untuk menentukam fahaman yang benar-benar sahih? Jika dinilai  dalam konteks penyelidikan, manhaj atau metodologi merupakan perkara asas yang menjadi tunjang kepada sesuatu penyelidikan. Sebagai contoh dalam menilai halal atau haram sesuatu makanan, maka ia perlu kepada asas atau manhaj yang tertentu. Contohnya yang jelas iaitu menggunakan terminologi yang digunapakai dalam mazhab-mazhab Syafii Hambali, Maliki atau Hanafi. Metodologi kajian yang dijalankan mestilah jelas supaya hasil kajian nanti tidak bercampur aduk antara beberapa mazhab tersebut. Seperti dalam hal hukum memakan buaya, menurut pendapat Maliki ianya halal tetapi syafii kata tidak. Dalam hal usul atau akidah ini, metodologi yang digunapakai mestilah jelas dan disokong oleh dalil naqli..bukan akli.

Definisi
Aqidah menurut bahasa berasal dari kata al-‘Aqdu yang berarti ikatan, at-Tautsiqu yang berarti kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-Ihkamu artinya mengokohkan/ menetapkan, dan ar-rabthu biquwwah yang berarti mengikat dengan kuat.[1] Menurut istilah adalah iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya.

Aqidah Islamiyah adalah keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan segala pelaksanaan kewajiban, bertauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ dan Shifat Allah) dan ta’at kepada-Nya. Beriman kepada Malaikat-Malaikat-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Kitab-Kitab-Nya, hari akhir, taqdir baik dan buruk dan mengimani seluruh apa-apa yang sudah shahih tentang Prinsip-Prinsip Agama (Ushuluddin) dan perkara-perkara yang ghaib. 

Beriman kepada apa yang menjadi ijma’ (kon-sensus) dari Salafush Shalih, serta seluruh berita-berita qath’i (pasti), baik secara ilmiah maupun secara amaliyah yang telah ditetapkan menurut al-Qur-an dan as-Sunnah yang shahih serta ijma’ Salafush Shalih. [Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa]

Pemahaman Tentang Aqidah
Akidah dan iman merujuk kepada perkara yang sama. Kekuatan akidah bermaksud keimanan yang teguh. Sebagai langkah untuk memantapkan aqidah, perlu kita melihat kepada asas atau punca kepada iman. Mudah bagi kita untuk mengatakan kita seorang yang beriman, tetapi amat sukar untuk menentukan tahap keimanan kita.lagi sukar untuk memastikan bila masa iman bertambah atau berkurang.apa yang penting, kita perlu ada kesedaran untuk memahami perkara ini...dan tidak akan diperoleh secara percuma tanpa ilmu yang mendalam. Hanya dengan ilmu kita akan dapat memantapkan keyakinan yang merupakan asas kepada keimanan yang teguh. Kepercayaan semata2 tanpa disusuli dengan amaln masih tidak menjamin seseorang untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Asas akidah kita adalah tauhid. Tauhid rububiah, uluhiah dan asma wa sifaat menjadi tunjang kepada iman. Tauhid rububiah merujuk kepada keyakinan bahawa Allah adalah adalah Tuhan yang mencipta, Penguasa dan mentadbir sekelian alam.sebenarnya fitrah semula setiap manusia samada Islam atau bukan Islam mengakui hakikat ini. Firman Allah: walain saaltahum man khalaka alsamawat walard layakulunna Allah. Yang bermaksud mereka (kafir) ditanya siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan mengatakan Allah.Pada tahap rububiyyah semua makhluk terima bahawa Allah adalah tuhan tapi pada masa yang sama percaya juga wujud tuhan lain yg menjaga urusan tertentu ..pada tahap uluhiyyah, itulah yg membeza mukmin dgn kafir dimana pd tahap ini kita nengatakan bahawa hanya Allah yg berhak ditujukan segala ibadat dan tiada sekutu bagiNya



Dipetik dari perbahasan Maahad Forum

Wednesday, November 16, 2011

Keikhlasan Dalam Membina Kerjaya


Segelintir dikalangan kita begitu mudah menyebut perkataan ikhlas tetapi jarang memahami apakah maksud di sebalik kata-kata itu. Pengertian di sudut bahasa atau betapa panjang lebar penjelasan yang diberikan tidak cukup untuk kita memahami atau megentahui dengan begitu terperinci dan menghayatinya dengan begitu mudah. Keikhlasan adalah pokok kepada Ihsan yang buahnya adalah hasil dari segala perbuatan yang kita lakukan yang hanya kita diri sendiri lebih mengetahui apa yang di dalam diri dan yang lebih utama Allah yang Maha Esa yang lebih arif lebih mengetahui nilai atau darjah peratusan keikhlasan hambanya dalam melakukan apa jua. Meletakkan matlamat yang betul dan bersih serta bebas dari unsur-unsur yang tidak baik seperti pepatah ” ada udang sebalik batu” atau ” ada yang tersirat di sebalik yang tersurat” ini lah yang kita perlu berikan keutamaan. Oleh itu apabila kita ingin meletakkan matlamat dalam hal berkait dengan kehidupan maka letaklah nilai keikhlasan itu didepan dan pastinya segala matlamat yang kita capai itu akan mendapat keredhaan Allah baik kita berjaya atau gagal dalam menjayakan matlamat kita.

Menjaga Pemakanan


Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang individu. Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitaamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental. Mengambil makanan berkhasiat dan makan dalam kuantiti yang sederhana dan berkhasiat. Makanan yang diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah perut seperti perut berangin dan masalah kepada usus dan hati. Pada tanggapan kita pemakanan seimbang yang semulajadi seharusnya menyihatkan. Sebenarnya makanan yang diproses bukan dari tanaman atau ternakan organik adalah berisiko untuk mengandungi bahan kimia pertanian. Oleh itu bagi menjaga pemakanan, adalah elok sekiranya pengguna memilih makanan yang bebas dari racun pertanian.

Penyakit :Membuah Keinsafan, Menjana Kesedaran

Sebagai pesakit yang diuji Allah dengan penyakit, sebenarnya anda sedang berada di bawah pengawasan ketat Allah (s.w.t). Setiap gerak laku baik anda akan dinilai dan digandakan pahalanya berlipat kali ganda berbanding ketika anda sihat. Oleh itu jagalah adab sebagai pesakit dan sedarlah dengan pemerhatian Allah yang lebih teliti. (perumpamaan untuk manusia supaya mudah difahami. Sifat Allah sebenarnya tidak boleh dibandingkan). Oleh itu bersangka baik kepada Allah dengan menyakini bahawa semua perkara dan peristiwa yang Allah datangkan kepada kita adalah baik serta mempunyai hikmah tersendiri. Banyak kebaikan yang kita boleh ambil biarpun pada pandangan zahirnya nampak seperti malapetaka dan beban yang amat besar. Kita nampak ujian dari Allah sebagai bala kerana kita gagal melihat ujian itu dari perspektif yang menyeluruh terutama dari pandangan batin (perkara tersirat).

Monday, November 14, 2011

Kepentingan Komunikasi dalam Rumahtangga

Layanan yang diharapkan dari pasangan adalah;
  • difahami
  • diterima
  • dihormati
  • disayangi
  • diberi perhatian
  • diberi sokongan
  • dipercayai
Keperluan dalam komunikasi adalah:
  • menjadi pendengar yang baik
  • mengambil berat 
  • memberi reaksi positif apabila berkomunikasi
  • ikhlas mendengar atau berkata-kata
  • Memberi galakan dan pujian apabila perlu
  • Elakkan isu panas
Komunikasi mata melibatkan;
  • Kedudukan tubuh dan pergerakan
  • Mimik muka dan air muka
  • Ketrampilan
  • Suara merasa senang dan gembira

Sunday, November 13, 2011

Pengalaman adalah Guru Terbaik

Bagaimana mencipta kejayaan cemerlang dalam kerjaya yang di ceburi? Itulah antara persoalan yang sering berlegar dikalangan individu yang ingin meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi. Pandangan penulis untuk berjaya dalam kerjaya ada pelbagai cara, salah satunya dengan mencari dan mencedok ilmu sebanyak mungkin dalam kerjaya yang kita ceburi. Selain itu pengalaman adalah satu perkara yang juga penting dalam meningkatkan kerjaya. Ada dua bentuk pengalaman iaitu pengalaman diri sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pengalaman ini amat berharga dalam membentuk dan memberi garis pandu kepada inidividu dalam melakar kerjaya HEBAT.

Saturday, November 12, 2011

Kanser dan Risikonya


Apakah  itu kanser?
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.
Apakah yang menyebabkan kanser?
Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak diketahui dengan jelas. Sehingga 90% daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan cara hidup. Faktor-faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama seperti berikut;
§  Faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti jantina, umur dan pembentukan genetik.
§  Faktor yang boleh diubahsuai yang dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling.
Faktor risiko kanser
§  Merokok menyebabkan kanser paru-paru.
§  Makanan yang tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
§  Pengambilan makanan yang diawet dengan garam, bersalai dan jeruk bernitrit yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.
§  Melakukan hubungan seks pada usia yang sangat muda dan dengan ramai pasangan dikaitkan dengan kanser serviks.
§  Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan secara berterusan menambahkan risiko kanser ruang mulut, farinks dan esofagus dan juga kerap dikaitkan dengan kanser hati.
§  Mengunyah sirih tembakau dikaitkan dengan kanser mulut. Jangkitan virus hepatitis B mendedahkan seseorang kepada kanser hati.
§  Pendedahan kepada agen karsinogen di tempat kerja dan alam sekeliling dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
Apakah tanda amaran awal kanser?
§  Berlaku pendarahan yang luar biasa di antara tempoh haid atau selepas putus haid atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
§  Benjolan atau bengkak pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
§  Terdapat perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2- 3bulan.
§  Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit dibahagian tersebut.
§  Pendarahan yang luarbiasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung.
§  Luka atau benjolan bisul yang tidak sembuh atau ulser atau tompok-tompok putih dan merah di mulut .
§  Suara menjadi garau atau serak yang berpanjangan lebih dari dua minggu.
§  Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen yang berpanjangan.
§  Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
§  Badan sentiasa rasa letih atau hilang berat badan secara mendadak (10% atau lebih dalam masa 3 ke 6 bulan)
§  Senak atau kesukaran untuk menelan makanan
§  Batuk berterusan dan kahak berdarah.
Langkah pencegahan dan Pengesanan awal kanser
Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Untuk jenis kanser yang boleh dikesan lebih awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.
Amalkan gaya hidup sihat akan dapat memerangi risiko kanser tersebut. Ini membawa maksud:-
§  Jangan merokok
§  Aktif setiap hari
§  berupaya mengekalkan berat badan yang unggul
§  lebihkan makan berupaya buah-buahan, bijiran dan sayur-sayuran
§  Makan makanan yang berstatus rendah lemak, gula dan garam
§  Jauhi pengambilan alkohol
Link:http://www.infosihat.gov.my & pemplet National Cancer Society Malaysia