Faktor sekeliling memainkan peranan yang amat besar seperti cara didikan bagaimana seseorang individu itu ditarbiah dididik atau diajar. Mungkin ini salah satu sebab ramai dikalangan ibu bapa yang berdepan dengan masalah mendidik anak-anak cenderung untuk memilih sekolah yang terbaik bagi menempatkan anak-anak belajar. Ini bagi memastikan anak-anak dapat menyerap bukan semata-mata ilmu yang disampaikan pada guru tetepi ‘biah’ itu juga mampu mempengaruhi sikap dan perilaku anak-anak. Memetik kata-kata seorang pakar : “Effective character education is not adding a program or set of programs to a school. Rather it is a transformation of the culture and life of the school.” Dr. Marvin Berkowitz
Faktor persekitaran baik positif atau negative mampu memberi kesan kepada individu. Sebab itu pepatah Arab ada menyebutkan: “ Sahabat kita adalah cermin diri kita”. Sesungguhnya sahabat adalah orang yang rapat dan sering bergaul mesra dengan kita. sahabat mampu mempengaruhi tingkah laku dan cara kita berfikir (mindset). Menjadikan kita individu yang hebat dan baik akhlaknya maka pilihlah kawan kita, hiduplah dalam ‘biah’ Islam. Jika ditakdirkan kita hidup atau berada dalam suasana yang bukan Islam @ tidak baik maka siapkanlah diri dengan benteng keimanan. Biarpun factor persekitaran boleh mempengaruhi diri namun jangan jadikan itu sebagai alasan kerana setiap individu perlu membina jati dirinya.
Membincangkankan tentang isu di atas, penulis percaya 'biah' atau faktor sekeliling yang memberi kesan bukan semata kepada manusia tetapi kepada binatang. Penulis mempunyai hobi memelihara binatang termasuk memelihara ikan. Seekor ikan kaloi dipelihara sejak kecil di dalam kolam yang di dalamnya penuh dengan pelbagai ikan kecil, pohon-pohon keladi dan pepohon air, menjadikan ikan ini tidak ganas atau memakan ikan-ikan kecil tersebut. Bahkan ikan-ikan kecil begitu senang membiak melahirkan generasi demi generasi manakala ikan kaloi juga menjadikan pepohon yang tumbuh subur di kolam itu sebagai sumber makanan baginya. Namun berbeza dengan seekor lagi ikan kaloi yang dipelihara di dalam aquarium. Ikan ini ganas dan garang sewaktu lapar dan menjadikan ikan-ikan kecil sebagai makanan. Bayangkan dua jenis ikan yang sama namun dibesarkan dalam dua suasana dan pemakanan berbeza menzahirkan sifat dan tingkahlaku berbeza. Maka adalah tidak mustahil manusia juga begitu. Maka berbalik pada konteks diri sendiri dan juga anak-anak kita, binalah jatidiri dengan 'biah' Islam. Jadilah seperti ikan dilaut biarpun hidup dilautan yang masin, namun isinya tidak menjadi masin. Itulah insan yang hebat.
No comments:
Post a Comment