Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Friday, November 4, 2011
Hari Arafah
Hari ini adalah hari wukuf di Arafah. Semua yang mengerjakan haji berada di tanah Arafah berhimpun tanpa mengira latarbelakang, darjat, semapdan geografi dan bahasa. Apa yang sama adalah mereka semua berhimpun atas perkara yang SATU, menyebut menyeru dan memohon hanya kepada Allah yang Esa. Hati-hati ini bersatu dalam beribadat dan sujud kepada Allah yang KUASA. Saat ini adalah tarikh keramat kerana Allah turun ke langit dunia untuk mendengar segala permohonan hambanya. Bagi yang tidak berkesemapatan berada di bumi Arafah maka mereka disunatkan berpuasa. Puasa itu boleh menyucikan dosa setahun dan tahun yang akan datang. Maka ambillah kesempatan ini walau di mana kita berada untuk bersama-sama menyerah diri beribadat kepada Allah berzikir kepadaNya. maha Suci Allah, Moga Dia yang Esa meredhai segala apa yang kita lakukan serta menerima segala ibadat dan amal kebaikan serta menyucikan segala dosa. Moga harapan untuk berada di hari wukuf di bumi Arafah untuk hampir kepada Nya diberikan bukan sekali, namun berkali-kali olehNya... Ameen Ya Rabbal Aallamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment