Seperti biasa rutin harian yang ingin dilakukan adalah membaca akhbar dan dalam masa yang sama hati pasti akan teringin menjengok di ruangan alam maya FB. Jika tidak menatap FB seperti tidak sah kerana banyak perkara baru yang boleh dipelajari dan info baru yang kedapatan. Sambil bekerja sambil curi-curi membaca apa yang patut setidak menghilangkan rasa boring menyiapkan kerja. Ia seperti satu selingan. Namun habit sebegini perlu ada limitasi supaya kerja yang perlu dibereskan tidak tertangguh. Dua hari lepas adalah hari keramat bagi pelajar UPSR tahun ini kerana keputusan peperiksaan telah rasmi diwawarkan. Pelbagai berita dari segenap ceruk kedapatan dalam akhbar ditambah pula cerita kegembiraan di FB. Apa yang paling seronok adalah membaca kisah-kisah mereka yang Berjaya, dan ada juga yang memberi semangat kepada yang gagal. Paling menarik hati penulis bila membaca berita di Harian Metro dengan tajuk SRIKANDI KELAS COROT. Memang satu berita yang sangat memberi inspirasi kerana seorang belajar yang lahir dari keluarga yang bercerai dan tinggal bersama nenek. Sudah pasti ia memberi sumber inspirasi kepada pelajar yang lain, yang berada dalam situasi yang sama. Bahkan cerita ini juga memberi semangat untuk diri penulis sendiri untuk menyiapkan novel Islamik yang dalam pembikinan. Moral paling bagus dalam berita ini sebenarnya adalah KEINGINAN UNTUK BERJAYA“The burning desire”. Keinginan yang kuat inilah yang menjadi pendorong bagi setiap individu yang ingin yang ingin menjadikan impian menjadi kenyataan. Kejayaan itu memang subjektif sifatnya, biar bagaimana keadaan namun seseorang boleh tampil dengan kejayaan yang tersendiri kerana usaha gigih yang berterusan,doa yang berpanjangan serta keizinan dariNya. (Berita ini sendiri sebenarnya juga menjentik perasaan sendiri...)
Selain berita kejayaan yang diberitakankan, apa yang seronok juga untuk saya kongsikan apabila di FB adanya pesanan dari wanita hebat yang berjaya dan menjadi IKON kepada saya mengingatkan kepada semua warga supaya jangan bersedih jika anak anda tidak mendapat keseluruhan sebagaimana yang diimpikan. Memetik kata-kata beliau “Saya mahu beri kata-kata motivasi kepada ibu bapa pelajar yang tidak dapat banyak A. "Dalam dunia realiti, pegawai bank tidak peduli berapa 'A' kita dapat. Mereka mahu tengok berapa 'kosong' dalam akaun kita...." dan salah satu respon dari rakan FB kepada kata-kata beliau iaitu “Dari segi idealnya, kita perlu BERUSAHA untuk dapatkan hasil cemerlang dalam apa jua yg kita usahakan. Sebanyak mungkin A/ '000/ title didepan dibelakang. Tetapi yg menetapkan ganjaran dan hasilnya ialah Allah. Jika gagal usah kecewa dan marah. Hanya DIA yg tahu rahsia disebaliknya. Tabah dan tawakkal. Yang berlalu ialah qada' n qada' darinya. Yang semasa ialah usaha dan doa kita. Yang didepan ialah harapan dan doa . Apa jua keputusan dan ganjaran di dunia berada ditanganNYA. Setiap anak ada keupayaan dan keistimewaan sendiri . Kita hanya berupaya menyokong, dan motivasikan mereka dan semaikan kekuatan ugama. insyaAllah Allah akan sentiasa melindungi mereka. ( my own realisation after making so many mistakes -- dan masih berharap kepadaNYA)”
Manakala respon seorang lagi berkata: “Banyak A pun kadang-kadang tak ada maknanya. Seorang kawan beberapa tahun muda daripada saya, dulu dia dapat 4A UPSR dan 8A PMR. Tapi dia berhenti sekolah semasa tingkatan empat tanpa sebab kukuh. Seorang kawan lagi amat slow dan pendiam, dan resultnya nyawa-nyawa ikan, sekarang menjadi guru yang berjaya.”
Ikon ini mengatakan bahawa“Motivasi dari mantan murid kelas corot untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat 'A': Nasib baiklah hidup ini bukan macam garis lurus -- lurus di pangkal, lurus sampai ke hujung. Kalau hidup ini macam garis lurus, tidaklah PTS sekarang mempunyai 7 orang pegawai kewangan yang mengira duit saya setiap hari. (Sayalah mantan murid kelas corot itu!”
Kesimpulanya apapun dalam kehidupan kita sejarah kegagalan silam bukan bermakna kita akan gagal selama-lama kerana pasti ada peluang lain untuk kita Berjaya dan berubah menjadi lebih baik. Bagi yang berjaya pertama kali pastikan kejayaan berkali-kali selepas itu. Semoga kejayaan itu bukan untuk dibanggakan tetapi apa yang penting biarlah ia menjadi contoh kepada orang lain serta mengingatkan diri bahawa kejayaan bukan kerana kita Hebat tetapi sekdara kehebatan yang dipinjamkan olehNya sahaja. Maka sesuailah dengan doa yang sering kita lafazkan “ Rabbana aatina f-idunia hasana wafil-akhirati hasanah..(Ya Allah Berilah aku kejayaan dunia dan kejayaan akhirat..)”
No comments:
Post a Comment