Sikap merupakan sesuatu yang dipelajari untuk respons kepada seseorang, sesuatu keadaan atau sesuatu idea secara positif atau negatif. Sikap juga memperlihatkan apa yang anda suka dan tidak suka. Jika anda menyukai rakan anda, bermakna anda mempunyai sikap yang positif kepadanya. Jika anda tidak dilahirkan menyukainya tetapi anda telah mempelajari untuk menyukainya. Kepercayaan pula berkait dengan apa dan bagaimana mindset kita berfikir tentang sesuatu. Bagaimana menstrukturkan kefahaman anda tentang apa yang difikirkan betul, apa yang tidak. Ia banyak berdasarkan pengalaman lampau yang dialami. Anda mungkin bersikap positif tentang sesuatu tetapi masih mempercayai bahawa terdapat kesalahan dalamnya. Manakala nilai adalah sesuatu yang berkonsepkan baik dan buruk, betul dan salah yang telah dimantapkan. Nilai anda lebih sukar diubah berbanding sikap dan kepercayaan serta sukar untuk dikesan dan dikenal pasti. Kesimpulannya, kepercayaan merujuk kepada benar/betul atau palsu/salah nilai pula merupakan komponen utama dalam diri kerana telah dipupuk dan dimantapkan sejak awal, berbanding sikap, ia mencerminkan sama ada kita suka atau tidak kepada sesuatu perkara.
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
No comments:
Post a Comment