Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Tuesday, November 29, 2011
Cabaran Berdakwah
Menyusuri perjalanan kehidupan dalam melaksanakan dakwah tidak semudah yangt kita sangka. Adakala kita dipuji adakala kita dikeji, namun berdiri atas pronsip "dikeji tidak merasa hina, di puji tidak membekaskan bangga' maka tanggungjawab itu tetap diteruskan demi satu perjuangan atas nama Islam. Persoalan yang sering mejadi satu permasalahan adalah apakah teknik terbaik dalam menyampaikan dakwah itu, adakala menggunakan mata pena, ada ketika menjadikan media maya dan adakala menjadikan lidah sebagai senjata...kesemuanya itu memberikan hasil dan penerimaan yang berbeza. Kita perlu sedia maklum kerana orang yang menerima dari pelbagao latarbelakang, dari pelabagai golongan maka sudah pasti penerimaan berbeza. Apatah lagi sekiranya orang yang kita maksudkan itu pangkat dan kejayaan atau status mereka lebih tinggi dari kita maka penerimaan itu kepada segala dakwah yang diberi itu amat payah untuk diterima, adakalnya kita menjadi bahan cercaan secara tersirat bilamana apa yang disampaikan itu tidak berpihak kepada diri dan kepentingan mereka . Berlandaskan kepada konsep dakwah bukan untuk membodek atau kepentingan diri maka kita perlu berkata-kata benar, berdiri atas yang HAK walalpun pahit untuk menerima segala tentangan, tapi itulah hakikat berdakwah, yang benar itu akan menjadi tidak popular manakala yang batil itu akan menjadi popular dan disenangi..maka untuk meneruskan perjuangan dalam dakwah, tidak perlu mengharapkan penghargaan atau pembalasan dari orang lain. Niat yang ikhlas dan istiqamah dalam dakwah membantu diri untuk kekal berjuang. Dalam masa yang sama kita perlu bermohon kepada Allah supaya dipermudahkan dan dikuatkan hati dan jiwa untuk melalui semua rintangan.. Adakala keletihan itu amat dirasa, putus asa itu menyinggah jiwa namun kerana mengingati bahawa KEMATIAN adalah tempat berheat yang kekal maka perjuangan yang berbaki ini akan diteruskan ketitisan terakhir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment