- mengatakan sesuatu yang tidak benar, tidak bohong atau menipu semata-mata supaya orang diri kelihatan baik, agar diterima, menghindari kemungkinan kesan negatif, atau untuk menutup kesilapan.
- memberi gambaran yang tidak sebenarnya secara pertuturan dan perbuatan, dilakukan dengan cara menokok-tambah cerita yang sebenar
- tidak mengatakan perkara yang sebenarnya, bertujuan menyembunyikan kebenaran sebagai satu cara untuk mengelakkan diri dari menghadapi kesan dari akibatnya, seperti takut atau tidak mahu bersikap jujur serta tidak mahu kelihatan jahat.
- berpura-pura tidak tahu, sifat ini bukan semata membohongi orang lain tetapi juga menipu diri sendiri.
Kejujuran amat berkait rapat dengan integriti diri, telus menjadikan diri hebat di mata orang lain dan dapat dipercayai serta mempunyai aura kepimpinan dan karisma tersediri baik dalam dalam rumahtangga mahupun masyarakat. Dalam konteks perhubungan rumahtangga, bersikap telus dan tulus ialah perlakuan jujur, ikhlas dengan pasangan. Jangan sekali-kali berbohong atau menipu pasangan semata-mata unutk mengmabil jalan mudah. Sifat telus ini perlu dalam setiap bicara, perbuatan dan juga keputusan. Sebagai contoh pasangan yang seringklali bersikap tidak telus perlu sedar bahawa apa yang ingin disorokkan dari pasangan pasti akan terbongkar jua. Sikap tidak telus akan membawa kepada pembohongan demi pembohongan, jika segala pembohongan atau penipuan itu terbongkar mana secara tidak langsung akan punah kepercayaan kita kepada pasangan. Pasangan yang telah memberi kita kepercayaan akan selamanya bersikap curiga. Rentetan ini boleh berlaku pergaduhan yang berpanjangan, ungkit mengungkit dan sebagainya. Berkata kata benar walaupun pahit itu adalah jalan terbaik.
No comments:
Post a Comment