Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, November 12, 2011

Kanser dan Risikonya


Apakah  itu kanser?
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.
Apakah yang menyebabkan kanser?
Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak diketahui dengan jelas. Sehingga 90% daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan cara hidup. Faktor-faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama seperti berikut;
§  Faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti jantina, umur dan pembentukan genetik.
§  Faktor yang boleh diubahsuai yang dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling.
Faktor risiko kanser
§  Merokok menyebabkan kanser paru-paru.
§  Makanan yang tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
§  Pengambilan makanan yang diawet dengan garam, bersalai dan jeruk bernitrit yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.
§  Melakukan hubungan seks pada usia yang sangat muda dan dengan ramai pasangan dikaitkan dengan kanser serviks.
§  Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan secara berterusan menambahkan risiko kanser ruang mulut, farinks dan esofagus dan juga kerap dikaitkan dengan kanser hati.
§  Mengunyah sirih tembakau dikaitkan dengan kanser mulut. Jangkitan virus hepatitis B mendedahkan seseorang kepada kanser hati.
§  Pendedahan kepada agen karsinogen di tempat kerja dan alam sekeliling dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
Apakah tanda amaran awal kanser?
§  Berlaku pendarahan yang luar biasa di antara tempoh haid atau selepas putus haid atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
§  Benjolan atau bengkak pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
§  Terdapat perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2- 3bulan.
§  Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit dibahagian tersebut.
§  Pendarahan yang luarbiasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung.
§  Luka atau benjolan bisul yang tidak sembuh atau ulser atau tompok-tompok putih dan merah di mulut .
§  Suara menjadi garau atau serak yang berpanjangan lebih dari dua minggu.
§  Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen yang berpanjangan.
§  Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
§  Badan sentiasa rasa letih atau hilang berat badan secara mendadak (10% atau lebih dalam masa 3 ke 6 bulan)
§  Senak atau kesukaran untuk menelan makanan
§  Batuk berterusan dan kahak berdarah.
Langkah pencegahan dan Pengesanan awal kanser
Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Untuk jenis kanser yang boleh dikesan lebih awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.
Amalkan gaya hidup sihat akan dapat memerangi risiko kanser tersebut. Ini membawa maksud:-
§  Jangan merokok
§  Aktif setiap hari
§  berupaya mengekalkan berat badan yang unggul
§  lebihkan makan berupaya buah-buahan, bijiran dan sayur-sayuran
§  Makan makanan yang berstatus rendah lemak, gula dan garam
§  Jauhi pengambilan alkohol
Link:http://www.infosihat.gov.my & pemplet National Cancer Society Malaysia

No comments:

Post a Comment