Pengaruh kawan dikalangan remaja sering diperkatakan dalam segenap isu. Pengaruh yang besar sudah pasti pengaruh yang suka dan mudah di tiru iaitu pengaruh yang negatif. Kita lihat betapa ramai remaja yang musnah kehidupan mereka kerana pengaruh negatif rakan sebaya. Akbar harian merto 1.11.2011 melporkan bahawa pelajar sekolah yang baru berusia tujuh dan lapan tahun menjadi dalang aktiviti pecah rumah serta bijak mengatur strategi. Biarpun usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kit tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu. Ini membuktikan bahawa pemgaruh rakan jika tidak dikawal dengan baik boleh membawa kesan yang besar dalam kehidupan dan juga kerjaya sesorang individu. Jika mereka berkawan dengan orang yang baik maka cita-cita mereka juga menjadi postif, bersing untuk berjaya dan mengecapi kerjaya yang hebat.
Biarpun begitu jangan kita lupa, pengaruh guru juga boleh memberikan faktor dalam menyuntik inspirasi kerjaya kepada remaja. Guru memainkan perana yang besar dalam menyuntik semangat juabg untuk belajar dan keluar menjadi orang yang berjaya. Sewaktu di alam persekolahan, remaja diberi pendedahan oleh guru-guru untuk memilih kerjaya mereka malauli pelbagai aktiviti penerangan dan juga program kesedaran kerjaya. ini memberi idea kepada pelajar atau remaja untuk membina impian kerjaya mereka bila dewasa nanti.
Selain itu kaunselor di sekolah boleh menggunakan teknik kaunseling seperti menyarankan remaja membuat”genogram keluarga” bagi membantu klien menyelesaikan masalah dalam hal kerjaya. ’Genogram keluarga” dapat membantu individu untuk membina kerjaya sama ada sama seperti ahli keluarga atas lebih baik dari itu. Contoh mudah, seorang kenalan saya merupakan seorang doktor perubatan, begitu juga suaminya, maka anak mereka terdorong untuk menjadi doktor atas faktor ibubapa mereka menjadi doktor. Dorongan motivasi pada diri individu terbina kerana melihat kerjaya yang ada dalam keluarga. Ada ahli keluarga yang berjaya dalam perniagaan misalnya, ini boleh mendorong ahli keluarga yang lain terutamanya remaja untuk membina impian mereka tersendiri. Motivasi dalam diri remaja akan terhasil bila mereka melihat sendiri kejayaan orang sekeliling mereka ibarat kata pepatah Inggeris ”seen is believing”
Petikan dari penulisan buku " Inspirasi Kerjaya"
No comments:
Post a Comment