Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Thursday, November 3, 2011
Jadilah Insan Yang Prihatin
Setiap kali peperiksaan sudah pasti kita ibubapa akan begitu ingin tahu bagaimana dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Begitulah juga dengan saya, sebagai ibu, pencapaian anak perlu diketahui untuk kita mengenalpasti kelemahan anak-anak. Selain itu saya juga akan bertanya markah siapa yang paling tinggi di dalam kelas unutk menhetahui tahap dan kedudkan pencapaian anak. Menjawab pertanyaan itu anak saya Ieman Ihsan sering bercerita tentang kehebatan seorang pelajar di kelasnya yang sering menjadi saingan di dalam peperiksaan. Mereka berdua bersaing secara sihat dalam mempertingkatkan prestasi. Sebagai ibu, dari dulu saya ingin mengenali dan mengetahui dengan siapa anak saya berkawan bukan mengira kekayaan atau pangkat tetapi dengan mengenal kawan anak-anak saya maka saya dapat mengetahui kecenderungan dan sifat anak saya sendiri. Ibubapa pelajar ini hanya bekerja menjual di pasar, pakaian sekolahnya lusuh, ada masa dia tidak membawa bekal duit ke sekolah.Biarpun adik beradik yang lain sedikit tercicir di sekolah sementelah ibubapa bekerja unutk mencari rezeki namun si kecil ini punyai jati diri yang hebat. Dia mampu membawa diri hingga boleh seiring dengan orang lain bahkan mampu menjadi lebih hebat dibanding pelajar yang lain walaupun rata-rata pelajar di dalam kelas itu dari golongan pertengahan dan elite. Ada ketika Ieman ke sekolah dia diberi wang saku yang lebih untuk dijkongsi bersama pelajar ini. Jika membawa makanan saya kirimkan sekali untuk Ieman berkongsi dengan dia. Apa yang berlaku menyebabkan kawan-kawan begitu musykil dengan Ieman, kenapa sering berkongsi semua perkata dengan rakan yang seorang ini. Pernah satu ketika saya mengethuai beg sekolahnya koyak, maka saya kirimkan beg yang baru melalui Ieman. Menyedari kekurangannya dan kesusahan hidup menyebabkan hati saya tersangat ingin mengenali diri beliau. Keinginan ini menjadi kenyataan apabila mengambil report kad sekolah saya berkesempatan melihat wajahnya dari jauh. Pemalunya orangnya kerana apabila di panggil dia tidak mahu menghampiri. Kekaguman saya kepada pelajar ini bukan semata pelajaran akademiknya namun dia juga mempunyai kemahiran dalam pendidikan Islam, bairpun tidak di hantar ke sekolah agama atau KAFA, namun dia pandai mengaji. Hari ini saya menulis kerana beberapa kali saya terfikir untk bertemu ibu bapanya. saya amat mengharap pelajar ini dapat belajar di sekolah agama KAFA. Dia pelajar yang baik, pandai maka pendedahan perlu diberi bukan setakat ilmu akademik tetapi juga ilmu agama. Beberapa kali saya terfikir untuk mendaftarkannya di sekolah KAFA belajar bersama-sama dengan Ieman, namun saya bimbang mencampuri urusan keluarga orang lain. Impian itu ssering terbantut. Namun hari ini saya bersemngat kembali unutk bertemu ibu bapanya, namun no tel yang di dail yang saya dapatkan dari sekolah tidak berjawab. Jika ada kesmepatan saya berhajat untuk pergi ke rumahnya. Buka sebagai ibu kepada Ieman tetapi sebagai guru yang prihatin kepada anak mereka. Pengalam menjadi guru kebajika serta guru biasiswa di sekolah hampir tujuh tahun yang lalu menyebabkan jiwa saya tidak betah melihat pelajar yang berpotensi untuk pergi jauh dalam pendidikan namun kerana kekurangan dan kedhaifan keluatga menyebabkan mereka tidak berpeluang belajar sebagaimana orang lain. Mengenali seseorang yang rapat dengan anak kita juga membantu ibubapa untuk mendidik jiwa dan perlaku anak. Seringkali saya katakan kepada Ieman..lihat lah Fadi Iman..dia belajar dalam serba kekurangan, namun dia tidak menjadikan itu satu alasan untuk dia berjaya cemerlang. Pernah jua terfikir alangkah baik jika pelajar ini saya boleh ambil sebagai anak angkat....Apa yang boleh saya katakan..menjadi ibu bapa serta dalam masa yang sama pernah berkhidmat sebagai guru sebenarnya mencelikkan diri kepada bukan hanya kepada isu dan perihal anak-anak sendiri namun apa yang ada disekitar anak-anak kita. Kita juga secara tidak langsung perlu tahu dengan siapa anak kita berkawan, siapa di sekeliling mereka dan dengan siapa mereka suka bergaul. Apabila kita belajar dan mempunyai keinginan untuk tahu dan mengambil tahu kita sebenarnya mendidik diri untuk menjadi prihatin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment