Bismillah,
Seseorang yang tidak mempunyai motivasi seringkali berhadapan dengan perasaan rendah diri dan merasakan duri serba kekurangan. Pembinaan keyakinan diri adalah penting bagi seseorang indiviu meningkatkan motivasi diri.
Keyakinan diri akan terbina sekeranya individu mengenal potensi yang ada pada dirinya. Bagi mengenal potensi diri individu perlu sedar "Siapa" dirinya, perlu mengetahui asal usul serta menerima segala yang ada pada diri dengan seadanya dari segenap aspek seperti rupa paras, keluarga, kisah silam yang mungkin tidak menarik atau apa-apa sahaja.
Jika individu tidak dapat menerima keadaan yang dikatdirkan Allah pada dirinya maka secara tidak langsung dia akan hilang keyakinan diri dan secara tidak langsung perasaan tidak yakin pada diri sendiri membawa kepada perasaan rendah diri, berfikiran negatif, susah mempercayai orang lain dan pelbagai lagi sifat negatif terhasil dari tidak yakin diri.
Seseorang yang ingin membina keyakinan diri perlu percaya bahawa setiap kekurangan yang ada pada diri perlu di muhasabah dan ditingkatkan dengan mengilap kelebihan yang ada pada diri. Kita perlu menerima takdir yang ditentukan Allah.
Ingatlah! Segala kelemahan dan kekeurangan itu mampu dijana kelebihan dengan mencari kekuatan dan hikmah disebaliknya. Potensi diri perlu digilap dan perbaiki dari semasa ke semasa. Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan diri.
Untuk menyokong diri supaya mendapat tenaga yang positif, maka kita perlu memilih kawan yang dapat memberikan kata-kata atau rangsangan yang positif. Ini membantu ke arah membina nilai positif yang ada pada diri. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif dari orang sekeliling.
Individu perlu bijak mana yang baik dan mana yang buruk. Menggunakan perhatian atau 'observation' boleh digunakan dalam menilai sesuatu. Walaupn begitu, jangan tertipu dengan penglihatan kita, kadang-kadang apa yang kita lihat bagus itu adalah sebaliknya berlaku,lihat lah menerusi kaca hati dalam membuat penilaian. Bila yakin diri dapat dimilik maka sudah pasti ia mampu memberi kesan kepada kehidupan yang lebih positif.
Kenali Diri Bina Identiti
saya suka ayat awk ni...Bagi mengenal potensi diri individu perlu sedar "Siapa" dirinya, perlu mengetahui asal usul serta menerima segala yang ada pada diri dengan seadanya dari segenap aspek seperti rupa paras, keluarga, kisah silam yang mungkin tidak menarik atau apa-apa sahaja..
ReplyDelete