Isu jodoh tidak pernah selesai baik bagi yang muda atau yang tua, baik yang sudah berkahwin mahupun mereka yang baru mengenal erti kehidupan. Ini kerana masing-masing berhasrat menentukan perjalanan jodohnya yang bersesuaian dan mendambakan jodoh memberi kebahagiaan. Perlu kita fahami dan akui bahawa jodoh merupakan takdir sebagaimana kata-kata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk" Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan sudah menjadi pegangan kepada entiti dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini di letakkan ditempat yang salah adakalanya.Ini kerana jodoh sememangnya di tangan tuhan dan takdir dariNya maka ada kebenarannya.Tetapi biarpun kita harus redha menerima kelebihan dan kekurangan seseorang namun begitu kita tetap mempunyai pilihan ke atas pilihan kita. Kita boleh dan berhak memilih pasangan kita. Oleh itu kita tidak boleh menyalahkan takdir semata-mata jika pilihan kita adakalanya tidak tepat. Kita seringkali menyatakan : "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang."
Hakikatnya jodoh merupakan takdir dan perlu dicari dan diplih berdasarkan kriteria yang tepat dan mengikut saranan agama. Seperti sedia maklum jodoh adalah takdir ketentuan dan pilihan dari Tuhan, namun begitu sebagai insan, kita harus berikhtiar mencari dan memilihnya. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. Disamping itu kita wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan".Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Seperti peraturan mencari jodoh, Islam telah menetapkan supaya mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Dengan memilih kepada agama. Hadis Rasulululah mengingatkan : "Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik”. Peranan setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting dimana seseorang itu perlu memahami dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya dengan lengkap dan terperinci baik suami, isteri, ibu bapa serta anak-anak, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin hidup berkeluarga yang selaras dengan syariat Islam. Bagi menjamin hidup aman, tenteram, tenang, bahagia dan harmoni. Kesyumulan perundangan yang ada dapat mengawal dan menjamin keamanan dan keharmonian keluarga. Kesedaran keagamaan amat penting apabila seseorang itu ingin berkahwin. Kesedaran ini mampu membentuk individu untuk menyediakan diri bagi menghadapi realti alam perkahwinan serta bersdia berhadapan dengan pelbagai isu dan persoalan jodoh.
No comments:
Post a Comment