Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, October 23, 2011

Apa dan Mengapa Dalam Piramid Makanan


Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.
Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.
Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.
Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang pelu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.
Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.
Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.
Piramid makanan terbahagi kepada lima peringkat atau kumpulan makanan yang diletakkan para paras berbeza berdasarkan keperluan pengambilannya.
Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kumpulan Paras 1
Nasi, ubi-ubian, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin
Pengambilan: Antara lapan dan 12 sajian sehari
Kumpulan Paras 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan segar
Pengambilan: Antara tiga dan lima sajian sehari
Kumpulan/Paras 3
Terdiri daripada ayam, ikan, itik, daging dan kekacang serta susu dan produk tenusu
Pengambilan: Antara dua dan tiga sajian sehari
Kumpulan/Paras 4
Lemak, minyak, garam dan gula
Pengambilan : antara satu dan dua sajian sehari
Apakah maksud
satu sajian makanan
Kumpulan 1
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian:
½ cawan nasi putih
½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
1 keping roti bijirin penuh
½ keping capati (saiz kecil)
1 cawan bubur nasi
½ cawan bijiran sarapan
1 biji ubi kentang saiz sederhana
3 keping biskut tawar/krim

Kumpulan 2
Sayur-sayuran
½ cawan sayuran berdaun hijau tua
½ cawan sayuran buah atau ubian
½ cawan lain-lain sayuran

Kumpulan 3
Buah-buahan
½ biji jambu batu saiz sederhana
Sepotong potong betik / tembikai / nanas
Sebiji pisang / oren / pir / epal
½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan produk tenusu
Secawan susu
½ cawan dadih
Sekeping keju
l Tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Kumpulan 4
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
Seketul paha ayam saiz sederhana
Seekor ikan kembung
Dua ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
Lima sudu makan ikan bilis tanpa kepala
½ cawan kekacang kering
Empat sudu sudu makan udang kecil dengan kulit
Sekeping tauhu
Sekeping tempe
Sebiji telur saiz sederhana (gred C)

No comments:

Post a Comment