Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, December 13, 2013

Bangkit Memburu Azam


Bismillah,

Sejenak merenung masa, ia berlari laju hingga ada ketika kita lelah menghambatnya. Lalu masihkah kita perlu menunggu ia pergi tanpa turut sama berlari mengejar masa itu. Kini bukan lagi masa untuk merintih pada kegagalan tetapi masa melaksanakan segala tekad dan azam.

Tahun baru Hijrah sudah mendatangi, tahun baru Masehi bakal menyusul lagi. Maka di mana kita sekarang? Mahu ke mana kita di hari mendatang?

Jika seperti masih kabur dan masih dengan angan-angan. Sudah itba waktu untuk bangkit dari mimpi. Masa untuk mengorak langkah dan berjalan menuju impian.

Apa bekal yang dibawa dalam perjuangan. Ia kalimat tulus yang mengerti Allah bersama dalam setiap pendakian. Jagalah Allah, Allah menjagamu.

Friday, December 6, 2013

Aktiviti Musim Cuti Sekolah


Bismillah,

Cuti sekolah sudah di pertengahan, ramai anak-anak menghabiskan cuti dengan cara pelbagai. Ada yang memilih bercuti dengan melawat dan menziarah saudara mara di kampung, ada yang memilih destinasi percutian. Bahkan ada yang menghantarkan kem dan sebagainya. Namun ada yang sekadar di rumah kerana ibu bapa bekerja. 

Persoalannya bagi anak-anak yang tidak dipantau oleh ibu bapa, di manakah anak-anak ini menghabiskan masa bila mereka keluar bekerja? Adakah mereka tinggal di rumah atau merayau dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan tanpa faedah. Ada anak-anak yang tidak di pantau pegunaan internet di rumah perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Kerana itu aktiviti-aktiviti semasa cuti perlu disusun oleh ibu bapa agar anak-anak tidak mengguakan masa dengan cara yang tidak berfaedah. 

Monday, November 18, 2013

Petua Sihat



Sup labu air boleh mengubati kencing manis

untuk wanita -  daun sirih direbus bersama pinang muda boleh mengecut organ peranakan

untuk cuci usus, sembelit dan buadir - kisar buah delima muda beserta kulit dan minum 


-dipetik dari FB

Imej Diri Pekerja

Imej Diri adalah cermin kita kepada masyarakat. Ia berkait dengan tingkahlaku dan sikap kita. Elemen-elemen penjagaan tingkahlaku seperti:
qcara berpakaian,
qberkomunikasi,
qtidak mengadakan hubungan dengan pelajar,
q mematuhi masa,
qmenghormati rakan sejawat,
qmengelak plagiarisme,
qkerja berpasukan dan

qmenjaga kerahsiaan

Mengapa Melayu mudah sesat- TV Hijrah

Bismillah.

Bagi memahami Islan asasnya adalah aqidah. Kerangka aqidah itu jelas halal dan haramnya, sesat dan menyesatkan. Sebagai contoh amalan syiah sendiri tidak boleh menerima bidaah dan amalan yang sesat. Begitu juga adanya fahaman moden yang membawa mesej fahaman agama itu kolot dan menghalang kemodenan.

Inilah yang membawa pengaruh tidak sihat kepada umat Islam hari ini. Pada zaman ini ada yang juga anti hadis. Inilah mereka yang tergolong sebaga orang yang sesat. Mereka ini hanya percaya kepada Al Quran sahaja. ia muncu sejak zaman Umar bin Abdul Aziz lagi. Ia juga berlaku pada zaman Imam Syafie. Bagaimana kita perlu ikut dengan Sunnah Nabi. Orang yang menolak Sunnah maka mereka ini menolak al Quran.

Apabila kita tidak memahami nas secara keseluruhan maka ia membawa kepada kesesatan. Sejak zaman Nabi juga ada penyelewengan dan agama sesat. Sebab-sebab ikhtilaf itu pada zaman Nabi, sahabat boleh merujuk kepada Nabi. Nabi menyebut; " Bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat,  sesunghunya siapa dikalangan kamu hidup dengan panjang di sana akan terdapat pertelingkahan yang banyak, maka berpegang teguhlah kepada sunnahku, dan khulafa ar Rasyidin.....

Jika dikaji konteks ajaran sesat di mana kita perlu kembali kepada ahli sunnah wal jamaah. Kefahaman yang menggangu-gugat ini dapat dibasmi dengan kembali kepada Ahli sunnah wal jamaah.

Perkongsian Dr Zukifli dan Dr Ashrf


Profesionalisme dalam pendidikan

Profesionalisme adalah keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran.
Seseorang yang profesional adalah terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika kemahiran.
Pembudayaan kualiti memastikan setiap hasil kerja mereka sesuatu yang berkualiti dalam semua aspek.
Kualiti ini dapat dinilai melalui sumber manusia yang dilahirkan.


Akauntabiliti

Akauntabiliti adalah tanggungjawab seseorang kepada setiap perkara mahu pun hasil kerjanya.
Memelihara akauntabiliti adalah niat mendidik kerana mencari keredhaan Allah
al-Bayyinah: 5 ”Dan tiadalah mereka itu diperintahkan, melainkan supaya mereka menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya”.

Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amalan melainkan apa yang ikhlas kepadaNya dan yang ditujukan hanya untukNya. (Riwayat Abdu Daud dan an-Nasai).

Peranan pendidik


Bismillah,

5 peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik bagi memastikan kecemerlangan dan kegemilangan ummah adalah:

MUDARRIS
ÒMengajar ataupun pengajaran.
ÒBertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial.

ÒApa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh.

MUAALIM
ÒMengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan.
ÒMempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
ÒMengajar kerana Allah dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

MURABBI
ÒMurabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.
ÒSentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka.
ÒMenjadi kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

MUADDIB
ÒMendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar.
ÒBertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar
ÒMemberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. 
MURABBI
ÒMembawa kepada jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah dan khalifahNya dimuka bumi.
ÒMempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan.
ÒAlim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Tuesday, November 12, 2013

Tips kejayaan


Bismillah,

Kegagalan dan kejayaan adalah satu perkara yang sinonim hadir dalam kehidupan. Persoalan bagaimana menangani itu amat bergantung kepada individu dan persekitarannya. Inidividu yang negatif akan melihat kegagalan sebagai satu halangan, manakala uang berfikiran positif akan melohat kegagalan sebagai satu pengalaman dan batu loncatan untuk memulakan semula perjalanan dan mencari strategi bagi mencapai kejayaan.

Orang yang gagal sering mencari insan yang senasib demi menyatakan bahawa mereka gagal kerana orang lain dan bukan orang lain. Mereka ini suka meraih simpati malah banyak perkara silap diletakkan dibahu orang lain tanpa diri sendiri mahu belajar dari kesilapan. Bagi mengelakkan sikap negatif dan perasaan serta emosi dipengaruhi oleh kegagalan dan pengalaman lampau maka amat bagus sekiranya individu menghampiri orang berjaya agar aura positif akan tempias pada diri.

Akan ada rasa malu serta rendah diri, tetapi orang yang ada kemahuan yang kuat untuk berjaya perlu kental dan kuat serta tega dengan diri untuk bangkit semula. Ia itdak mudah tetapi tekad yang kuat memunkginkan sesuatu kegagalan itu dapat menghasilkan kejayaan.

Wallahuaalam

Wednesday, October 30, 2013

Akademi Al Quran ABS



Bismillah,

Akademi Al Quran ia satu nama yang sinonim di dengar cuma mungkin bezanya dari sudut method, approach dan pengurusan. Selama berkecimpung dalam dunia pendidikan saya memerhati dan meneliti banyak perkara, banyak sekolah agama atau alternatif school tumbuh seperti cendawan yang membawa slogan agama dan mempromokan cara hidup Islam. Masing-masing percaya dengan apa yang difikirkan terbaik pada pengamatan mereka berdasarkan ilmu dan pengetahuan masing -masing.

Perhatikan banyak sekolah tahfiz dibuka, ramai yang menghantar anak-anak ke kelas tahfiz, namun endingnya ada segelintir apabila keluar dari pusat tahfiz tidak mengaplikasikan apa yang sepatutnya. Apa yang saya perhatikan ada segelintir yang menghafal secara mebuta tuli tanpa memahami dan menghayati isi kandunganya. Maka bila mahu diterapkan pada diri ajaran-ajaran al Quran yang terkandung didalamnya ia memberi satu bebanan pada individu. Seorang huffaz yang diimpikan tidak berjaya dilahirkan.

Maka kami dan team membawa satu pendekatan baru di Akademi al Quran ABS dengan menggunakan ayat seruan yang baik-baik. Ia satu teknik yang dugunakan pakai dengan mengambil ayat-ayat al Quran yang menceritakan berita gembira. Ia pencdekatan yang membawa pelajar seronok dengan apa yang mereka dengari. Pengahyatan al Quran itu sendiri amat penting kepada setiap individu untuk mereka bukan setakat tahu membaca bahkan menghayati isi pengajiannya.

Wallahuaalam

Sunday, October 27, 2013

Cerita Rezeki Dari Langit

Bismilah,
Inilah kisah yang dikongsikan oleh Dr Zulkifli dalam rancangan Tasawuf Harian di TV al Hijrah. Setiapkali beliau dikaca TV saya sebolehnya tidak mahu melepaskan berkongsian ilmu dari beliau yang mantap. Seringkali bila berkisar kisah sola rezeki maka semua teruja mahu mengetahui bagaimana mendapatkan rezeki yang murah. Semoga kisah ini memberi manfaat buat kita dalam memahami konsep rezeki.

Seorang lelaki yang berpegang kepada prinsip rezeki adalah dari langit. Ini kerana beliau mengambil kefahaman ini berdasarkan ayat al Quran bahawa rezeki itu dari langit. Oleh itu apabila disarankan unutk isterinya mencari rezeki dengan bercucuk tanam maka beliau tidak mahu melakukan kerja-kerja tersebut percaya rezekinya dari langit bukan di bumi.

Suatu hari beliau bermimpi bahawa ada tertanam harta di dalam tanah, namun mimpi itu tidak diendahkan, esoknya beliau bermimpi perkara yang sama, lalu diceritakan mimpi itu kepada isteri beliau. Maka jenuh si isteri meminta suaminya menggalikan harta yang dimimpikan itu. Perkara mimpi ini diceritakan kepada isteri jirannya. Si suami tidak mahu mengali harta tersebut kerana beliau yakin rezeki adalah dari langit.

Isteri jiran itu menceritakan kepada suaminya. Lalu si suami berusaha menggali harta tersebut. Maka tanpa disangka ada dua bungkusan yang berat di dalam bungkusan tersebut. Lalu di bawa pulang bungkugsan tersebut ke rumahnya. Bila dibuka dua uncang tersebut, rupanya didalam itu teradpat ular.

Sahabat ini tidak berpuas hati, lalu di ambil bungkusan itu dilempar ke bumbung rumah jiranya yang percaya rezeki dari langit. Si suami yang percaya rezeki dari langit ini terdengar sesuatu hatuh dari bumvung rumahnya, ternyata bila dilihat terdapt dinar dan dirham di dalam bungkusan tersebut. 

Cerita ini bukanlah cerita yang diketahui kebenarannya, namun moral cerita ini, rezeki itu memang dari Allah, namun kita perlu mengusahakannya dan bukan sekadar menadah tangan tanpa ada usaha da ikhtiar. Bila sudah berusaha maka kita perlu bertawakkal dengan Allah agar dilimpahkan rahmat. 
Wallahuaalam.

 

Saturday, October 26, 2013

Mengurus Masa Secara Bijak


Bismillah,

Seringkali alasan masa membantutkan impian mahu berjaya. Masa diletakkan sebagai halangan untuk mencapai apa yang dicitakan. Persoalannya bolehkah memberikan alasan gagal dalam sesuatu kerana masa yang tidak mencukupi buat diri. Walhal setiap individu tiada seorang pun yang diberi lebih dari 24jam dalam satu hari. Persoalannya kenapa orang lain dengan masa 24jam yang sama mampu meraih kejayaan dan kita tidak mampu menjadi sebagaimana mereka. Jawapannya mudah, ia berkemungkinan kita tidak pandai atau kurang bijak mengurus masa yang ada.

Ramai wanita yang bekerja memberikan alasan sibuk, hingga ada banyak perkara yang mahu dilangsaikan tidak dapat dilakukan. Ada yang tidak bekerja juga memberikan alasan sibuk hingga ada yang tidak sempat berbuat apa-apa untuk pembangunan diri seperti memberi ruang masa untuk menambah ilmu pengetahuan. Ada pelbagai alsan yang diberikan. Realtinya satu alasan sudah cukup untuk mengagalkan kita dari melaksanakan apa yang sepatutnya.

Masa itu berharga tetapi ada yang tanpa sedarmembazirkan masa begitu sahaja. Contoh ada yang begitu leka mengahbiskan masa bersembang kosong dengan rakan-rakan tanpa rasa bersalah. Ada yang asyik dengan facebook hingga terlewat masa bersolat. Ada yang lewat menyediakan masakan untuk kelaurga kerana melayan drama tv kesukaan. Inilah yang dikatakan gagal mengurus masa dengan bijak.

Individu yang berjaya bijak membahagikan masa serta boleh memberikan keutamaan kepada pekerjaan bersesuaian dengan masa yang ada. Mereka mengetahui bahawa masa itu tidak boleh dipersia dengan perkara yang remeh temeh atau tidak memberi manfaat. Mereka ini sering mengejar masa kerana tahu masa yang pergi tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit.

Bagi menyedari betapa kita sebenarnya telah banyak menghabiskan masa dengan sia-sia cuba kita mengira masa yang ada berbaki dalam hidup ini? Adakah kita tahu berapa banyak masa lagi yang kita ada? Sudah tentunya jawapannya kabur dan tidak pasti betul kerana masa yang ada di hadapan hanya Allah yang tahu, kerana itu masa yang ada bersama kita yang kita jalani ini perlu kita manfaatkan dengan bijak. Isilah masa yang berbaki ini dengan beramal salih dan melakukan perkerjaan yang diredhai agar kita berjaya dunia akhirat.

Wednesday, October 16, 2013

Simbol kekayaan


Bismillah,

Tulisan kali ini mengajak pembaca memahami apa itu kaya, dan apakah yang dikatakan simbol kekayaan. Ramai yang merasakan simbol kekayaan adalah kereta mewah, rumah besar, perabot mahal, pakaian cantik dan segala-gala yang bersifat mahal, cantik, berjenama dan unik. Persoalannya hanya untuk mendapatkan simbol kekayaan ini manusia sanggup berbuat apa sahaja. Ada yang sanggup melakukan rasuah, melakukan perkara yang haram dan bersalahan dari sisi agama.

Bahkan lebih parah lagi menambah kepada dosa sedia ada, simbol kekayaan ini dipertonjolkan pula kepada orang lain demi menyatakan dan menunjukkan bahawa diri adalah kaya. Apakah maknanya kepada individu Muslim yang mengerti bahawa simbol kekayaan tidak terletak kepada perkara yang bersifat material. Kekayaan bukan untuk diperaga, bahkan kekayaan itu untuk dikongsi dan dibahagi. Inilah yang di ajar oleh Rasulullah dan para sahabat.

Perhatikan apa yang berlaku disekeliling kita, kerana mahu mencari simbol kekayaan ramai yang lupa solat, lupa beribadat. Alangkah ruginya kita kerana mencari kekayaan yang diibaratkan seperti fatamorgana. Semakin di cari semakin ia hilang dan pergi. Maka letaklah kepada diri, simbol kekayaan yang sebenar adalah insan yang memilik kekuatan iman, banyak beramal dan bertawa kepada Allah. Simbol sebenar orang yang kaya adalah yang begitu zuhud dengan dunia, yang rendah hatinya didepan manusia apa lagi de dapan Khaliq.

Berpesan kepada diri ku yang lalai...
Wallahualam...


Tuesday, October 15, 2013

Erti Kejayaan


Kejayaan dan kebahagiaan adalah dua perkara yang berbeza. Ada yang memperoleh kejayaan tapi tiada kebahagiaan. Ada yang memperoleh bahagia biar seperti tiada kejayaan. Lalu mana satu hadir dahulu? Kejayaan atau kebahagiaan? Sudah pasti ia amat subjektif bagi individu, namun pada diri penulis kejayaan hadir bila hadirnya kebahagiaan. Ini kerana kejayaan dunia itu akan bermakna bila ia termasuk memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta memanfaatkannya, mempunyai harta dan menafkahkan sebahagian daripadanya, memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan bersama.Manakala kejayaan di akhirat kelak ialah terlepas azab seksaan kubur, mendapat syafa’at daripada Rasulullah, melepasi titian siratul mustaqim dan dipilih menghuni syurga Allah. Maka inilah bahagia yang diidamkan iaitu bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.


Petikan dari buku yang bakal terbit 3i Inspirasi buat wanita

Ikhlas dalam Pengorbanan


,

Hari ini meriah dengan sambutan Aidil Adha dan aktiviti korban. Biarpun tidak pulang ke kampung halaman kerana cuti yang singkat namun kemeriahan tetap terasa. Apalagi bila aktiviti korban dapat diadakan dengan meriah bersama rakan-rakan. Untuk kali pertama mengadakan korban di Baheera Camp, Pangsun Ulu Langat, ia satu pengalaman yang baru. Suasana hari raya tetap terasa biarpun jika dibanding tanah kelahiran sudah pasti ia lebih meriah. Tahun ini sahaja di bumi bertuah itu sebanyak 11,800 ekor lembu ditumbangkan sempena korban. Ternyata Allah melimpahkan rezeki buat umat Islam di bumi Kelantan. Kesedaran untuk berkorban rata-rata sudah ada di kalangan umat Islam. mereka bukan semata berkorban di bumi sendiri bahkan ramai juga yang berkorban di Kemboja, Vietnam dan juga di negara yang sedang bergolak. 

Monday, October 14, 2013

Hari Arafah yang dinanti


Hari Arafah yang dinanti, 
doa dipanjat sepenuh hati, 
moga dimakbul RabbulIzzati, 
Menjadi penghuni syurga Firdausi.

Allah berkati kami, rahmati kami,
Terimalah segala amalan ini,
HambaMu mohon diampuni
segala dosa dulu dan kini


Berikan kami bahagia di sini
jua di akhirat nanti
satukan hati kami 
jauhkan dari fitnah dan hasad dengki

Allah sampaikan segala hajat ini,
Engkau jua yang mengetahui
Apa yang terbaik untuk kami
Saat ini dan kemudian nanti

Addabani Rabbi
Fa ahsana taadibi...


Nukilan
Ummu Eiman Ihsan
9 Zulhijjah 2013

Thursday, October 10, 2013

MOTIVASI WANITA MUSLIMAH



Formula Membina Empayar Bahagia,
Kehidupan Sejahtera
Menjadi Wanita Unggul, 
Menjaga Syariat,

Membina Cita-cita, 
Mengharap RedhaNya .....

Membina Potensi Diri Anak-anak


Bismillah,

Setiap ibu bapa pastinya mendambakan anak-anak yang bijak pandai serta berpotensi baik dalam akademik mahupun kurikulum. Bagaimana membina potensi anak-anak supaya kelebihan yang ada mampu diserlahkan. Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang amat penting. Antara tips yang boleh diguna pakai adalah:


  1. Memberi kata-kata semangat
  2. Sentiasa memuji dan bukan mengkritik
  3. Elakkan membuat perbandingan dengan orang lain
  4. Memberi idea yang bernas pada anak-akan
  5. Latih anak-anak berdikari dan yakin diri
  6. Jika anak-anak membuat silap elakkan memarahi mereka
  7. Kenal pasti kebolehan anak-anak yang boleh dikembangkan
  8. Galakkan keterlibatan anak-anak di sekolah
  9. Memberi kepercayaan pada anak-anak mencuba sesuatu yang baru
  10. Menjadi mentor pada anak-anak

Diari Penulis

Bismillah,

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang tidak terhingga. Hari ini dan kelmarin mendapat berita ke dua buku yang terbit pada bulan Jun baru-baru ini telah diulang cetak. Saya rasa amat terharu dengan sokongan dari pembaca. Apa yang lebih saya harapkan agar semua ilmu yang bermanfaat akan menjadi pahala di akhirat nanti. 

Sekarang ini saya sedang mempersiapkan buku Motivasi 3i untuk wanita. In sya Allah moga-moga hujung/awal tahun ia dapat diterbitkan dan sampai kepada pembaca. Buku yang terbaru ini hadiah buat wanita yang sering tercari resepi bahagia dan berjaya. ia kesinambungan dari buku motivasi 3i yang dikupas berkait dengan wanita. Membicarakan pelrbagai persoalan berkait wanita dan dalam masa yang sama membawa kisah wanita yang hebat yang boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi buat wanita. 

Menulis menjadi satu keseronokan jika ia memberi manfaat kepada pembaca. Namun ada banyak halangannya. Ia bukan satu perjalanan mudah kerana disiplin dan ketekunan amat dituntut. Moga Allah permudahkan perjalanan dakwah ini serta memberikan ilmu dan ilham yang baik bagi dikongsi bersama pembaca. 
Wallahuaalam.