Bismillah,
Kegagalan dan kejayaan adalah satu perkara yang sinonim hadir dalam kehidupan. Persoalan bagaimana menangani itu amat bergantung kepada individu dan persekitarannya. Inidividu yang negatif akan melihat kegagalan sebagai satu halangan, manakala uang berfikiran positif akan melohat kegagalan sebagai satu pengalaman dan batu loncatan untuk memulakan semula perjalanan dan mencari strategi bagi mencapai kejayaan.
Orang yang gagal sering mencari insan yang senasib demi menyatakan bahawa mereka gagal kerana orang lain dan bukan orang lain. Mereka ini suka meraih simpati malah banyak perkara silap diletakkan dibahu orang lain tanpa diri sendiri mahu belajar dari kesilapan. Bagi mengelakkan sikap negatif dan perasaan serta emosi dipengaruhi oleh kegagalan dan pengalaman lampau maka amat bagus sekiranya individu menghampiri orang berjaya agar aura positif akan tempias pada diri.
Akan ada rasa malu serta rendah diri, tetapi orang yang ada kemahuan yang kuat untuk berjaya perlu kental dan kuat serta tega dengan diri untuk bangkit semula. Ia itdak mudah tetapi tekad yang kuat memunkginkan sesuatu kegagalan itu dapat menghasilkan kejayaan.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment