Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, October 16, 2013

Simbol kekayaan


Bismillah,

Tulisan kali ini mengajak pembaca memahami apa itu kaya, dan apakah yang dikatakan simbol kekayaan. Ramai yang merasakan simbol kekayaan adalah kereta mewah, rumah besar, perabot mahal, pakaian cantik dan segala-gala yang bersifat mahal, cantik, berjenama dan unik. Persoalannya hanya untuk mendapatkan simbol kekayaan ini manusia sanggup berbuat apa sahaja. Ada yang sanggup melakukan rasuah, melakukan perkara yang haram dan bersalahan dari sisi agama.

Bahkan lebih parah lagi menambah kepada dosa sedia ada, simbol kekayaan ini dipertonjolkan pula kepada orang lain demi menyatakan dan menunjukkan bahawa diri adalah kaya. Apakah maknanya kepada individu Muslim yang mengerti bahawa simbol kekayaan tidak terletak kepada perkara yang bersifat material. Kekayaan bukan untuk diperaga, bahkan kekayaan itu untuk dikongsi dan dibahagi. Inilah yang di ajar oleh Rasulullah dan para sahabat.

Perhatikan apa yang berlaku disekeliling kita, kerana mahu mencari simbol kekayaan ramai yang lupa solat, lupa beribadat. Alangkah ruginya kita kerana mencari kekayaan yang diibaratkan seperti fatamorgana. Semakin di cari semakin ia hilang dan pergi. Maka letaklah kepada diri, simbol kekayaan yang sebenar adalah insan yang memilik kekuatan iman, banyak beramal dan bertawa kepada Allah. Simbol sebenar orang yang kaya adalah yang begitu zuhud dengan dunia, yang rendah hatinya didepan manusia apa lagi de dapan Khaliq.

Berpesan kepada diri ku yang lalai...
Wallahualam...


No comments:

Post a Comment