Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Showing posts with label mengurus masa. Show all posts
Showing posts with label mengurus masa. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

Mengurus masa


Rezeki bukan semata wang ringgit atau harta benda. 

MASA juga rezeki

Setiap kita diberikan 24 jam. Bagaimana kita mengagihkan, bagaimana menggunakan masa dengan cara terbaik.

Thursday, June 2, 2016

Memburu Waktu



Memburu Waktu
============
Ramai mengeluh sibuk dan tidak cukup masa. Bila buat banyak perkara terasa tercungap menyudahkannya.
Ramai juga yang mempertikaikan ke mana perginya masa 24jam. Terasa amat singkat hingga banyak tidak terbuat.
Masa bagi yang tidak memburunya akan menjadi masa yang tersia.
Tip mengurus masa paling mudah adalah DISIPLIN DIRI.
Jika mampu untuk solat awal waktu, ke masjid/surau sebelum waktu, atau bila muazzin sudah mengalunkan azan, kita ada rasa mahu bergegas ke rumah Allah, atau bersedia untuk berjemaah.
Solat yang ditunaikan pada awak waktu akan mendapat barakah di sisi Allah. Dengan kata lain Allah akan melapangkan masa untuk kita.
Ada banyak perkara untuk diselesaikan. Tapi kita dapat menyelesaikan semuanya.
Penat mengejar masa? Mudah sahaja, bila hati dekat dengan Allah, apa yang diperbuat terasa mudah dan membawa bahagia.

Sunday, May 8, 2016

Sesi Bedah Buku bersama Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Sesi Bedah Buku bersama
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
======================
Belajar buat banyak perkara dalam satu waktu, tidak bertangguh dan memberi prioriti. Bila kita boleh buat perkara terbaik, yang utama, kesibukan juga boleh diurus dan membuat banyak perkara dalam satu masa.
Carikan unsur barakah dalam kehidupan. Barakah akan jadikan banyak kerja boleh siapkan dalam satu waktu.
Kemampuan yang kita kembangkan, belajar cara menulis, praktikkan dalam penulisan, kemahiran dalam mencari keberkatan.
Setiap perkara ada sebab kita mahu lakukan. Menulis dapat menolong diri sendiri bagi belajar.
Akan datang satu masa orang tidak ambil endah dari mana sumber pendapatan mereka. Semua ini akan ditanyakan di alam barzakh. 
Jangan kamu masuk ke dalam pasar sebelum kamu tahu hukum hakam ( ada dalam buku riba). Ibnu Abas berkata orang yang makan riba ibarat orang yang ambil senjata bagi berperang dengan Allah.
Bagaimana mahu datang ilham atas kesilapan? Maka saya (Dr Zaharuddin) tulis tentang sedekah. Perbuatan baik boleh halang kecacatan, bagi peluang rasa nak mengajar. Sedekah dan doa membuka ilham pada diri dan orang lain.
Catatan ringkas
PBAKL
8.Mei.2016

Tuesday, January 5, 2016

Bekalan menuju abadi ; Target harian


Bismillah,

Pejam celik, pejam celik dah masuk 6 Januari 2016. Betapa cepat masa berlalu. Apapun syukur kerana Allah masih memberikan kita semua anugerah menghirup udaranya, masih berpeluang untuk beribadat kepadaNya.

Hari berlalu memang tidak terasa, namun bagaimana dengan target harian kita, adakah sudah tercapai misi? Saya percaya pembaca mesti ada target harian, bulanan dan tahunan apa yang mahu dicapai, dan apa yang mahu direalisasikan.

Ramai yang pastinya dihujung tahun lalu atau diawal tahun sudah menyenaraikan azam untuk tahun ini, dan pastinya pada peta perjalanan itu adanya target harian yang mahu dicapai.

Sekadar ingatan bersama, adakah tersenarai dalam senarai 2016 tersebut mahu khatam al Quran setiap bulan? Mungkin ini target bulanan. Atau adakah tersenarai mahu membaca al Quran satu juzuk satu hari? Atau mungkin mahu menghafal satu ayat satu hari?

Inilah yang dikatakan target harian. Jangan kita hanya meletakkan target kejayaan mencari duit ringgit, berapa untunh harian, bulanan dan tahunan. Target utama perlu dicapai juga adalah pencapaian diri menuju ke alam sana.

Perlu diingat, kita tidak lama di sini, hanya singgahan sementara sahaja. Lalu bagaimana dengan bekalan untuk ke sana? Kita biasa kehabisan minyak kereta sewaktu perjalanan? Apakah rasanya? Bagaimana jika tiada RnR? Pasti kita kelaparan, dahaga, perlu istirehat dan sebagainya.

Maka bayangkan kita menuju satu perjalanan yang amat jauh, tiada kepastian berapa tahunkah perlu menunggu di alam barzakh, kemudian perlu menuju ke padang mahsyar, menanti pula untuk dihisab. Maka bagaimana jika tiada bekalan amal?

Oleh itu mari kita membina azam, agar kita semua dapat memastikan target harian ini boleh dicapai. Membaca al Quran, banyakkan solat sunat, bangun malam, puasa sunat, sedekah dan sebagainya adalah satu perkara yang perlu ada dalam senarai, jika belum masukkan ia sebagai perkara yang mesti kita lakukan.

Letakkan rasa takut mati, pasti jadi! Ameen.
Wallahuaalam.

Tuesday, July 7, 2015

Ciri-ciri orang yang bijaksana



Bismillah,

Sesuatu yang sangat sinonim dengan hidup kita adalah masa dan usia. Masa adalah sesuatu yang kita ketahui bila berlalu ia tidak akan kembali. Ia penting dalam memastikan apa yang kita manfaatkan bagi mengisi usia kita semenjak kecil hingga kita dewasa.

Perhatikan ramai yang bila usianya meningkat namun sikap dan perangai masih seperti gaya hidup semasa muda. Kenapa demikian? Ini kerana usia yang semakin meningkat adakala tidak dirasai dek kerana terasa diri masih muda.

Usia sangat signifikan dalam menentuka apa yang telah kita raih dalam kehidupan. Hingga ada yang membuat satu rumusan bahawa jika di usia 50-60 ia masa kita mengecap kejayaan hasil dari usaha semasa muda. Ia dikira masa untuk individu berpencen dari segala urusan pekerjaan dan lebih menumpukan kepada kehidupan menuju dunia abadi.

Sahabat pernah ditanyakan, siapakah orang yang bijaksana? Lalu kata Rasulullah, orang yang bijkasana adalah orang yang mengingati mati.

Ini ternyata benar, orang yang mengingati mati akan lebih banyak menghisab amalan diri dan memuhasabah diri sendiri. Mereka ini amat mengerti bahawa hidup di akhirat adalah hidup yang sebenarnya, ia hakikat bahawa dunia ini pentas yang sementara.

Lalu apa ada pada masa dan usia? Ia adalah petanda untuk kita tahu saat berangkat kian hampir pada penamatnya. Masa hampir tamat. Kita akan berangkat meningglkan pelabuhan menuju akhirat yang abadi. Maka Allah bersumpah " Demi Masa" manusia itu berada dalam kerugian!.

Benar sekali. kita sering lalai dan lupa bahawa dunia kata pergi, kubur kara mari!
Persoalannya? Bersediakah kita?

Wallahuaalam.

Saturday, October 26, 2013

Mengurus Masa Secara Bijak


Bismillah,

Seringkali alasan masa membantutkan impian mahu berjaya. Masa diletakkan sebagai halangan untuk mencapai apa yang dicitakan. Persoalannya bolehkah memberikan alasan gagal dalam sesuatu kerana masa yang tidak mencukupi buat diri. Walhal setiap individu tiada seorang pun yang diberi lebih dari 24jam dalam satu hari. Persoalannya kenapa orang lain dengan masa 24jam yang sama mampu meraih kejayaan dan kita tidak mampu menjadi sebagaimana mereka. Jawapannya mudah, ia berkemungkinan kita tidak pandai atau kurang bijak mengurus masa yang ada.

Ramai wanita yang bekerja memberikan alasan sibuk, hingga ada banyak perkara yang mahu dilangsaikan tidak dapat dilakukan. Ada yang tidak bekerja juga memberikan alasan sibuk hingga ada yang tidak sempat berbuat apa-apa untuk pembangunan diri seperti memberi ruang masa untuk menambah ilmu pengetahuan. Ada pelbagai alsan yang diberikan. Realtinya satu alasan sudah cukup untuk mengagalkan kita dari melaksanakan apa yang sepatutnya.

Masa itu berharga tetapi ada yang tanpa sedarmembazirkan masa begitu sahaja. Contoh ada yang begitu leka mengahbiskan masa bersembang kosong dengan rakan-rakan tanpa rasa bersalah. Ada yang asyik dengan facebook hingga terlewat masa bersolat. Ada yang lewat menyediakan masakan untuk kelaurga kerana melayan drama tv kesukaan. Inilah yang dikatakan gagal mengurus masa dengan bijak.

Individu yang berjaya bijak membahagikan masa serta boleh memberikan keutamaan kepada pekerjaan bersesuaian dengan masa yang ada. Mereka mengetahui bahawa masa itu tidak boleh dipersia dengan perkara yang remeh temeh atau tidak memberi manfaat. Mereka ini sering mengejar masa kerana tahu masa yang pergi tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit.

Bagi menyedari betapa kita sebenarnya telah banyak menghabiskan masa dengan sia-sia cuba kita mengira masa yang ada berbaki dalam hidup ini? Adakah kita tahu berapa banyak masa lagi yang kita ada? Sudah tentunya jawapannya kabur dan tidak pasti betul kerana masa yang ada di hadapan hanya Allah yang tahu, kerana itu masa yang ada bersama kita yang kita jalani ini perlu kita manfaatkan dengan bijak. Isilah masa yang berbaki ini dengan beramal salih dan melakukan perkerjaan yang diredhai agar kita berjaya dunia akhirat.